12

Romance Completed 132664

Sudah sejam lebih Hazim terbaring di sofa bilik kerjanya sambil termenung. Sejak beberapa hari lalu dia pusing memikirkan tentang perkara yang sama.

Fokus terhadap kerjanya terganggu. Tidur pun dia tak lena. Selama itu juga Hazim berjauhan dengan Hana. Rindu yang amat kepada isteri kesayangan, tetapi dia tidak punya pilihan.

Saban hari semakin banyak persiapan wedding yang menyibukkannya. Sehingga uminya meminta untuk tidur di rumah orang tuanya itu. Oleh itu Hazim tidak dapat pulang ke pangkuan Hana. Terpaksa berlagak biasa agar rahsianya tidak dihidu oleh umi.

Pintu bilik diketuk oleh seseorang, lantas Hazim bangun membetulkan kedudukan sambil mengarahkan supaya orang di luar masuk.

PA Hazim menjenguk ke dalam bilik itu sebelum melangkah masuk bersama buku catatan di tangan.

"Yusra."

"Bos. Petang ni bos akan ada meeting dengan pengarah OBEY Holdings at 2. Saya dimaklumkan venue dia dah berubah ke Wisma Dato' Aizuddin."

"Alright. Anything else?"

"Tu sahaja. Anyway Encik Hazim okay ke? Do you need anything?" rajin Yusra bertanya.

Dia perasan wajah majikannya itu yang agak tidak bermaya sedari pagi tadi. Bukankah sepatutnya orang yang bakal berkahwin gembira sahaja?

"No, thanks. I'm good. Do i look like i'm not okay?" tanya Hazim kembali.

Sambil itu Hazim membetulkan rambutnya yang barangkali terusik akibat berbaring dari tadi. Yusra yang hanya memerhati mengalihkan pandangan sebentar. 'Aduh boss aku ni, handsome la pulak!'

"Eh tak. You look fine, cuma macam penat sikit je?" laju gadis itu menjawab.

"Oh...right. Penat melayan perangai manusia.." bisik Hazim perlahan, entah dengar atau tidak.

Dahi Yusra berkerut, dia dengar dengan jelas ayat yang ditutur Hazim. 'Kenapa pulak boss ni?'

"Anyway, bos. Congrats for your upcoming wedding." ucap Yusra sekadar berbasa-basi.

Tidak dinafikan agak kecewa dia apabila mendengar khabar bosnya akan menamatkan zaman bujang tak lama lagi.

Malah dia yakin, bukan dia seorang tetapi ramai lagi staf perempuan yang lain frust apabila mendapat tahu berita itu. Maklumlah, bosnya itu ramai peminat.

"How did you know?" Hazim bertanya jengkel. Bosan setiap kali ada orang mengingatkan dia tentang perkara itu.

"Err... saya terdengar ada orang bercakap-cakap. Lagipun saya ada ternampak cik Mona upload gambar dia dengan encik di Instagram." jawab Yusra jujur.

Kecoh juga semalam apabila dia dan pekerja lain ternampak post dari akaun Instagram Mona itu. Apa lagi, membawanglah satu pejabat itu.

"Shit..." Hazim berbisik perlahan sambil meraup muka.

"Pardon, boss?" mujur Yusra tidak mendengar dia mencarut sebentar tadi.

"No, nothing. You can go now Yusra. And thanks." Hazim malas mahu berbicara lanjut.

Hazim kembali bersandar lemah ke sofa. Gambar dia di Instagram? Tidak disangka akan jadi begitu memandangkan dia tiada akaun Instagram pun. Fuck...

Pasti sudah ramai yang mengetahui tentang perkahwinan yang akan berlangsung nanti. Lebih-lebih lagi isterinya yang memang gemar melayari aplikasi itu. Fuck you, Mona.

-

Hazim tiba di rumah Hana kira-kira pukul 10 malam. Dalam hatinya bukan main berdebar untuk ke situ. Sudah agak pasti akan berlaku kekacauan. Malam itu dia berhajat untuk bermalam di sana, bagi memujuk Hana.

Hati dikentalkan untuk menghadap wajah Hana. Harus dijelaskan segala-galanya kepada Hana agar keadaan tidak semakin memburuk.
Loceng rumah Hana dibunyikan beberapa kali sebelum dia sendiri membuka kunci pintu itu dari luar.

Hazim menapak ke dalam rumah yang masih terang benderang itu. Kelibat Hana tidak ada di ruang tamu dan bilik. Pasti gadis itu di dapur.

"Sayang?" ada getar di sebalik suara Hazim. Dalam hati sudah berzikir panjang.

Tubuh Hana yang sedang duduk membelakanginya di meja makan yang tinggi dipandang.Tiada respon dari Hana. Jemari Hana leka bermain di sekeliling mulut cawan yang dipegang.

Hazim mengorak langkah mendekat. Dia tahu Hana dengar akan panggilannya. Tangan Hazim menyentuh bahu Hana takut-takut.

Bahu Hana dikucup lembut, begitu juga dengan telinga Hana. Lalu tangannya menjalar ke sekeliling pinggang Hana, membawa Hana dekat dengannya.

Hana tidak berganjak. Suaminya tahu dia sedang merajuk. Mata yang membahang ditahan saja. Dari kelmarin sudah banyak kali dia menangis.

Hana segera bangun bersama cawan, menuju ke sinki. Cawan diletakkan di situ sebelum dia bergerak meninggalkan Hazim.

Kecewa akan Hana yang tidak endahkan dia, Hazim membuntuti langkah Hana. Hana berhenti di balkoni rumah. Pandangan dilontarkan jauh ke luar.

"Ati.." panggil Hazim dari belakang. Hazim sudah tegak di sisi Hana.

"Abang boleh jelaskan. Abang memang nak bagitahu Ati."

"I'm just waiting for the right moment."

Hana terus membisu, membiarkan Hazim terus berkata-kata. Dia sudah punya keputusan. Dan dia yakin dengan keputusan itu. Memang berat, tetapi itu sahaja pilihan yang ada.

"Abang terpaksa. Betul-betul terpaksa."
Hazim kehilangan kata setelah melihat Hana hanya berdiam diri.

"Abang tahu Ati marah. Sepatutnya abang berterus terang lebih awal. You shouldn't know from anyone else first."

"I'm sorry. Percayalah, abang tak minta semua ni." Hazim melepas keluhan berat. Pandangnya pun Hana tak mahu.

"Say something sayang.." lengan Hana disentuh.

Hana akhirnya menoleh ke arah Hazim. Mata yang sudah bergenang masih ditahan-tahan. Pandangan yang agak kabur ditala ke mata Hazim.

"Ati izinkan abang kahwin."

Hana masuk semula ke dalam rumah. Sungguh dia kehilangan kata. Empangan matanya pecah jua, walaupun dia cuba berlagak kuat.

"Ati!" Hazim membiarkan Hana berlalu dengan hati yang memberat.

Hana berlari kecil lalu masuk ke dalam bilik tidur. Di situ dia melepaskan tangisnya lagi. Perasaan marahnya terhadap Hazim perlahan-lahan lenyap digantikan dengan perasaan sedih.

Sedih kerana dia tidak dapat menghalang daripada membiarkan Hazim menjadi milik perempuan lain. Perit rasanya apabila cinta hatinya bakal menjadi suami orang lain juga.

Sungguh singkat bahagia yang dikecapi dari rumah tangga yang baru dibina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience