BAB 11

Horror & Thriller Completed 175

“ Macammana begitu ramai boleh mati!!” Hanna pun berminat untuk tahu.
Dia masih mengurut tangannnya yang berasa sakit akibat luka ditikam tadi.

“Ni hal bangsa pangan ni jangan dilayan. Tak ada agama ni..Cari jalan
untuk selamatkan diri dulu..Aku akan cuba sedarkan Iffah.” Bisik Lutfya
perlahan ke telingannya. Bila teringatkan dia membeli makanan dari orang
tua ni tadi. Perutnya mula merasa loya, namum ditahan. Takut rancangan
yang tengah mereka atur untuk selamatkan diri tidak berhasil.

“ Ratu menghantar tsunami untuk membunuh bangsa kami…juga menuntut
korbannya supaya diberi..”

“ Dah makin mengarutkan..” Lutfya berbisik lagi. “Bodoh kita kalau
melayan!!”

“Kalau tak dilayan. Nanti dia terfikir nak apa-apakan kita pulak..kena
guna reverse psychology la ..tak terlawan kita orang tua sado ni..”
Amira yang terdengar bisikan Lutfya tadi berbisik pula pada Lutfya. “
Biar dia layan orang tua tu sampai Iffa sedar..”

“Kepala ini semua…” Lutfya pula menokok apabila melihat Hanna sudah senyap.

“Ini semua korban ratu yang jadi pelindung aku..Ratu sukakan korban dari
apa-apa yang bernyawa..hatta seekor semut pun kalau dikorban atas nama
ratu..dia akan akan menolong.Sebab itu juga ratu membenarkan aku
menyelamatkan kawan kamu”

“Kalau dah selamatkan dia. Kenapa tak lepaskan kami semua?” Amira
mencari jalan secara psikologi.

“Sebab kamu semuanya seharusnya jadi korban seterusnya..”

“Korban !!! Tapi…Bukan ke korban hanya dari keturunan kamu.tak seorang
pun dari kami dari keturunan kamu. Mana boleh Ratu menerima kami sebagai
korban.” Amira berhelah. Matanya sempat menatap Iffah yang sudah mulai
batuk-batuk. Dia bersyukur rakannya sudah sedar.

“Ha..ha..Kamu bukan dari anak cucu aku..tapi darah keturunanku ada dalam
diri kamu semua sekarang…kan” Aki Lawi melewakan pandangan ke arah
mereka semua dengan mata yang membulat.

“Macammana kau boleh tahu ha..orang tua!. Kau bukan ada bukti pun yang
kami ada darah keturunan kamu..”

“Aku dari kaum yang mahir berburu..Hidung kami tajam menghidu..darah
kamu berbau hampir sama dengan darah kami. Sebab itu aku mengenali kamu..”

“Bohong!!!” Iffah yang tersedar sepenuhnya membantah. “ Kau dari kaum
laut yang suka memburu kepala kan??”

“Ha..ha.. kamu jangan cuba menafikan yang darah si mati ini pernah masuk
ke tubuh kamu..Kan?” Kata Aki Lawi sambil menghalakan jari telunjuk
kearah kepala Laila.

Iffah yang baru sahaja tahu mulai tersentak. Hatinya dirundum kesedihan.
Tapi dia bertahan demi kawan-kawan yang di dalam bahaya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience