19 - Zuriat

Romance Completed 45760

Aidil melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan puan Kartini. Bosan kerana asyik berbaring sambil menghadap telefon pintarnya di dalam bilik. Biasanya pada hari cuti begini, ada saja aktiviti dilakukan bersama rakan-rakannya. Namun, mereka semua sibuk sejak kebelakangan ini. Bila ingin meluangkan masa bersama isteri, wanita itu pula sibuk keluar berseronok bersama rakan karibnya. Hujung-hujung, wanita itu akan mengeluh kerana kurang perhatian. Padahal, yang salah? Tak payah di cakap, sudah tentu lelaki salah!

“Neldia belum pulang lagi?” Puan Kartini membuka perbualan setelah lama berdiam diri. Aidil menggeleng perlahan.

“Belum lagi,” jawabnya ringkas. Jika wanita itu melangkah keluar daripada pintu rumah, jangan harap dia akan pulang awal melainkan ada hal penting. Aidil yakin, wanita itu akan pulang dalam terhuyung-hayang akibat terlalu banyak minum. Sudah pasti salah seorang rakan wanita itu akan menghantar isterinya sampai hadapan rumah. Ya, dia sudah biasa!

“Biasalah tu... biarkan dia enjoy dengan rakan-rakannya. Dapatlah lepaskan tekanan yang dia pendam dalam rumah ni. Ibu bukan apa, kasihan ibu tengok Neldia tu, dengan kamu asyik busy dengan kerja. Lain kali, bawalah sesekali isteri itu keluar bersama...” ujar puan Kartini. Dia sentiasa mengambil berat tentang menantu kesayangannya.

“Ya, ibu. Bukan Aidil tak nak bawa, tapi ibu tengoklah. Sekarang ni masa free tau. Tapi, dia pula tiada dekat rumah. Baru aje nak ajak keluar...” balas Aidil. Dia harus mempertahankan diri daripada terus menerus terkena leteran puan Kartini.

“Next time aje lah. Ibu nak tanya sesuatu boleh?”

“Sejak bila seorang ibu pandai minta izin untuk bertanya ni? Ibu nak tanya apa? Macam serius je,” Aidil memperkemaskan kedudukan menghadap ke arah puan Kartini yang tersenyum lebar. Wanita itu menghela nafas ringan. Dia berharap agar pertanyaan itu tidak menyinggung perasaan Aidil.

“Bila ibu boleh dapat cucu? Bukan apa, dah nak masuk empat tahun perkahwinan kamu dengan Neldia. Tak kanlah kamu berdua tak ada zuriat lagi. Kamu berdua tak teringin ke dukung zuriat sendiri?” kata puan Kartini lemah lembut. Sebelum ini dia sering mendukung cucu daripada rakannya, sekarang dia teringin pula untuk mendukung cucu sendiri. Lagipula, dirinya sering kali di tanya oleh rakan lainnya berkaitan cucu. Jawapan yang sentiasa diberikan adalah 'belum ada rezeki lagi'.

“Siapa cakap tak teringin ibu? Kitaorang dah berusaha, tapi tu lah tak ada rezeki lagi.” Jawab Aidil. Sama saja jawapan yang sentiasa Puan Kartini berikan kepada rakannya. “Ibu tolong doakan ye, mana tahu tahun ni Neldia berbadan dua...” tambahnya lagi. Dia terpaksa menyorokkan perkara sebenar daripada ibunya sendiri kerana bimbang masalah akan timbul. Dia juga dilanda kebingungan. Entah bagaimana cara untuk memujuk hati isterinya. Pelbagai macam ayat telah dia lontarkan, namun sikit pun wanita itu tidak hiraukan.

“Kalau isteri kamu tak boleh mengandung, cubalah pergi berubat. Kawan ibu kata, anak dia dulu mandul, tapi selepas berubat dengan dukun di kampung dia, sekarang dah dua anak. Kamu pujuklah Neldia. Tak sabar rasanya nak dukung cucu sendiri,” luah Puan Kartini.

“Tak kan lah sampai jumpa dukun. Aidil tak setuju. InsyaAllah, ada aje nanti tu. Ibu sabar, ya. Aidil pun sama tak sabar nak ada anak. Kita berdoa sama-sama agar tahun ni Aidil dan Neldia dapatlah zuriat dan ibu pula dapat cucu,” Balas Aidil tenang.

Puan Kartini mengangguk faham. “Yelah... Ni, ibu nak cerita sikit fasal Hanis. Bukan main dia sekarang. Neldia kata, dia rapat dengan kawan kamu. Tak silap ibu nama dia Jason eh? Betul ke? Ibu tak nampak pula kawan kamu masa majlis perkahwinan Jayden hari tu. Kalau ibu nampak, memang ibu malu kan Hanis depan lelaki tu...” kata puan Kartini tidak berpuas hati dengan Hanis.

“Kenapa pula ibu nak buat macam tu? Sudah, sudahlah ganggu hidup Hanis tu. Dia nak dekat siapa pun, bukan urusan kita lagi. Itu keputusan dia,”

“Ibu tahu. Tapi, kamu tak kasihan kah dengan kawan kamu tu? Ibu tahu Hanis sengaja ambil kesempatan dekat Jason. Yalah, kawan kamu tu kaya. Bolehlah dia kikis duit lelaki tu. Tak malu betul perempuan tu!” kata puan Kartini dengan rasa benci. Dia akui penampilan Hanis jauh beza dengan yang dahulu. Timbul juga rasa bimbang jikalau wanita itu memperalatkan Jason demi membalas dendam kepada keluarganya.

“Ibu ada bukti ke dia kikis duit Jason? Lupa kan aje pasal Hanis. Oh, kalau ibu nak tahu, Hanis baru saja keluar hospital. Dia accident dua hari lepas. Ibu tak nak lawat dia ke?” tanya Aidil. Dia pun baru saja tahu apabila terserempak dengan Jason dan Hanis semalam di tempat letak kereta. Di mana lelaki itu dari mengambil tapau makanan yang dipesan. Disitulah mereka berborak untuk beberapa minit.

“Padan muka dia. Kalau berniat jahat, memang macam tu. Apa kamu kata, melawat dia? Memang taklah! Ibu dah buang dia jauh-jauh dari hidup ibu. Kamu tu jangan gatal nak melawat dia pula. Siap kamu kena dengan ibu,” tegas nada itu terpantul pada gegendang telinga.

“Janganlah macam tu. Ibu dah lupa ke? Ibu dah habiskan semua harta dia untuk kesenangan hidup ibu sendiri. Okaylah, ibu. Aidil nak ke dapur jap. Tiba-tiba lapar pula...” Aidil mengukirkan senyuman sebelum mengorak langkah ke arah dapur.

Puan Kartini diam seribu bahasa mendengar kata-kata Aidil. Ya, setelah arwah adiknya iaitu ayah kepada Hanis meninggal dunia, Putri Hanis yang mendapat semua harta pusaka milik ayahnya. Disebabkan itu,dia beria hendak menjaga anak saudaranya sehingga besar. Hanya disebabkan ingin mendapatkan harta tersebut.

Untuk dia mendapatkan harta tersebut, Aidil dikorbankan untuk berkahwin dengan Hanis. Pada masa itu, dia tahu Hanis mempunyai perasaan cinta kepada anaknya, Aidil Hakimi. Maka, dia mengambil peluang itu untuk memujuk Hanis agar bersetuju berkahwin dengan anak lelakinya. Bahkan, setelah sah menjadi suami isteri, Aidil menjadi mangsa untuk memujuk Hanis memberikan harta itu kepada puan Kartini.

Hasilnya, dia mendapatkan kesemua harta itu. Tanah dan rumah tersebut telah dijual dengan harga yang lumayan tinggi. Duit yang didapatkannya, digunakan untuk membangun rumah yang lebih mewah serta mengeluarkan kereta yang baharu.

Secara tiba-tiba puan Kartini tersenyum sinis sambil menggeleng perlahan. “Bodoh betul kau, Hanis. Kalau tak, hidup kau mungkin senang sekarang ni. Ada rumah dan tanah sendiri. Bukan Kartini kalau tak bijak mengatur strategi. Lagi pula, ini bukan salah aku, anggap aje lah harta kau tu sebagai ganjaran untuk aku yang bersusah payah menjaga kau!” ujarnya sendirian.

***

TING!

Hanis melihat skrin telefon apabila mendapat pemberitahuan Whatsapp daripada seseorang. Matanya terpegun pada pesanan mesej itu. Riak wajahnya sedikit terkejut namun tidak lama dia mengukirkan senyuman dibibir.

'Tak lama lagi makanan kau sampai. Aku guna Foodpanda.' - Tuan Jason

'Baiknya hati, tuan. Tapi, lain kali janganlah macam ni. Saya dah banyak susahkan diri tuan.' - Hanis

'Kau nak aku gam mulut kau? Kau kata lagi sekali, satu kali restoran aku beli kan kau nak?' - Tuan Jason

'Ish, saya cuma tak nak tuan susah-susah!' - Hanis

'I don't care! Nanti kau tunggu rider tu depan pintu. Kau jangan mengada-ngada nak tunggu bawah flat pula,' - Tuan Jason

'Baiklah, terima kasih..'

Secara terpaksa dia menghantar pesanan itu. Mahu tidak mahu dia menerimanya. Setelah membalas pesan meseja itu, Hanis meletakkan telefon di sebuah meja kecil berdekatan katil lalu melangkah perlahan menuju ke ruang tamu. Jarak antara pintu tidaklah jauh mana. Ruang kediamannya itu kecil sahaja. Kakinya di tenung seketika. Dia berharap agar kaki kanannya itu segera pulih. Bosan duduk rumah tiada buat kerja.

Jika dibenarkan, dia nak sangat turun kerja walaupun dalam keadaan begitu. Dia kurang selesa pula dengan majikannya yang bersusah-payah menjaganya. Ini masuk hari ketiga Jason membelanja soal makanan. Itu belum termasuk dengan kos hospital Hanis. Ya, lelaki itu juga yang membayarnya. Itulah sebabnya Hanis dibelenggu rasa tidak nyaman terhadap lelaki itu. Bagaimana cara untuk membalas semua kebaikan lelaki itu?

“Mati aje lah, Hanis! Betullah kata ibu, hidup kau menyusahkan orang aje!” bebelnya terhadap diri sendiri.

TOK! TOK!

Hanis terus sahaja memulas tombol pintu. Terpacak seorang lelaki bersama bungkusan makanan di tangannya. Namun, wajah lelaki itu menarik perhatian Hanis. Mirip sangat dengan wajah majikannya. Eh, bukan mirip! Itu memang dia! Tercari-cari Hanis kelibat rider Foodpanda yang dimaksudkan oleh Jason sebentar tadi.

“Ma-mana rider Foodpanda? Ke-kenapa tuan yang hantar makanan?” Terpinga-pinga Hanis dibuatnya. Lain yang di tunggu lain pula yang datang.

“Akulah orangnya. Nah, ini untuk makan malam kau. Lepas makan nanti, jangan lupa makan ubat. Nak cepat pulih, ubat jangan skip.” Pesan Jason setelah bungkusan makanan itu bertukar tangan. Hanis mengangguk. Ayat itu tidak pernah tertinggal dari hari pertama dia menjenguk Hanis.

“Makanan ni harga berapa? Saya nak bayar. Saya tak nak tuan asyik keluar duit. Saya bukannya isteri tuan...” terkumat kamit mulutnya berkata-kata.

“Really? Lepas sembuh nanti, kita kahwin. Senang cerita kan? Kau pun tak payah asyik ulang benda yang sama.”

“Ishh... tuan, saya...”

“Masuklah cepat. Aku nak balik, jangan lupa kunci pintu. Jangan lupa roger aku kalau ada apa-apa,” ujar Jason bersama pesanan ringkasnya.

“Thank you so much, Sir! Saya masuk dulu. Tuan pula drive hati-hati tau...” pesan Hanis pula sebelum menutup pintu rumahnya. Senyuman Hanis tidak lekang dari bibirnya. Semakin lama satu perasaan tidak jelas mula muncul dalam jiwa. Dia tertarik dengan perhatian lelaki itu. Sekuat-kuat Imannya akan tewas apabila diberi perhatian sebegitu. Ya Allah, jagalah hatiku agar tidak mudah tertarik dengan perhatian lelaki itu.

****

HAPPY READING YOU ALL <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience