Bab 5 : Aneh

Romance Series 6632

Iffat membuka pintu rumah dalam keadaan tersengih. Lupa terus akan keadaannya. Warda yang tersedar akan kepulangan anaknya itu terus meluru dan memeluk anak lelakinya.

Iffat terkejut. Warda di menangis di bahu Iffat.

" Ibu, kenapa menangis?" tanya Iffat. Pelukan masih tidak dileraikan.

" Kamu tanya ibu kenapa ibu menangis?" Warda memukul bahu Iffat dengan tangannya. Mengaduh Iffat kesakitan.

" Sakitlah bu." kata Iffat. Dia menggosok bahunya.

" Tahu pun sakit. Ibu ni? Ibu risau kamu tak balik semalam. Kamu pergi mana? Suka sangat buat ibu risau.. " Warda memandu Iffat ke sofa yang sudah lusuh warnanya.

" Ni..lebam-lebam ni. Siapa yang buat? Ibu dah cakap jangan cari fasal dengan orang. Kita bukannya senang, Iffat.. " bebel Warda sambil meneliti lebam Iffat.

Iffat menunduk. Takkan dia nak beritahu apa yang terjadi kelmarin? Luka yang disebabkan Aman, dipaksa melayan datin - datin gila dengan nafsu serakah, takkan dia nak beritahu semua tu?

" Iffat...masuk hospital semalam bu.." kata Iffat perlahan.

Warda terus terhenti meneliti lebam Iffat sebaliknya memandang mata anak lelakinya itu.

" Masuk hospital? Kenapa? Sebab lebam ni?"

Iffat menggeleng.

" Habistu?"

" Dehidrasi." jawab Iffat.

Warda mengeluh kuat. Ini mesti sebab pekerjaan sambilan dia. Tak cukup rehat, makanan tak selalu makan, air tak selalu minum...

Warda merehatkan kepala Iffat di ribanya. Dia mengelus lembut rambut Iffat. Iffat hanya membiarkan sahaja. Ibu sendiri kan? Tapi, satu je perkara yang buat Iffat takut. Warda kadang-kadang terlebih manja. Adakalanya, dia nak sentuh dada Iffat, nak tanggalkan baju Iffat. Iffat bagi jelah, kerana baginya ibunya berhak. Lagipun, dia yakin ibunya tiada niat tak baik padanya.

" Iffat, lain kali, berhenti jelah buat kerja sambilan. Lagipun, ibu ada untuk tanggung Iffat. Iffat cuma belajar je eh?" kata Warda dengan lembut.

Iffat mengangguk. Namun kemudian, Iffat berasa tidak selesa kerana sentuhan ibunya di rambut mulai turun ke leher, dan mengusap kedua dada Iffat. Iffat nak bangun tetapi Warda melarang.

" Iffat panas ke? Nak ibu buatkan air? " kata Warda sambil tangan masih mengusap dada Iffat. Iffat hanya menggeleng takut.

" Iffat nak ke bilik dulu. Nak rehat." kata Iffat.

Suasana jadi sunyi seketika. Iffat kaku cuma tangan ibunya sahaja semakin gatal menjelajah ke perut dan private partnya. Sebelum sempat tangan ibunya sampai, Iffat bangun pantas menyebabkan Warda terkejut.

" Iffat ke bilik dulu. " katanya sambil cepat meluru ke bilik.

Warda hanya melihat anak lelakinya itu masuk ke dalam bilik. Sungguh dia tidak tahan dengan aura anak lelakinya. Memang tidak dapat dibandingkan Iffat dengan mana-mana lelaki lain. Iffat memiliki rupa paras yang kacak dan bentuk badan yang ideal. Tetapi sayang, anak lelakinya sangat lemah dalam seni mempertahankan diri.
Dia sudah lama menaruh perasaan pada anak kandungnya itu. Dia yakin, pasti ramai juga yang terpikat dengan anaknya dan pernah merasainya sebelum ini. Dia akan pastikan peluang itu datang untuknya.

Iffat bersandar pada pintu bilik. Dia memikirkan Warda yang berkelakuan aneh tadi. Bukan kali pertama tetapi ini merupakan percubaan yang melebih-lebih. Kenapa Warda berkelakuan seperti itu.

Namun, dia tak nak fikirkan fasal itu dulu. Tak baik berprasangka buruk terhadap ibu sendiri. Dia mengusir jauh-jauh perkara itu dan bergerak ke arah meja belajarnya.

Dia membuka buku teks fizik lalu membacanya tapi tak lama ketika dia teringat sesuatu di dalam poket seluar.
Dia mengeluarkan gelang bermanik hitam yang diberikan oleh Suraya pagi tadi. Tanda persahabatan. Dia tersenyum sendiri. Ini hadiah pertama persahabatan untuknya dari Suraya. Dia berjanji dia akan menjaganya dengan elok.

Dia memakai gelang bermanik hitam itu langsung mengamatinya.

" Suraya Farhanah.." tanpa sedar bibirnya menyebut nama Suraya. Tiba-tiba, Iffat tepuk dahi. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar yang lagi satu.

'Mykard'!!

" Allah, aku lupa nak bagi dia mykard ni." bisik Iffat perlahan.

Takpa, esok aku bagilah kat dia. Dia menyimpan mykard itu di dalam beg sekolah dia dengan hasrat untuk mengembalikannya sebelum dia ke sekolah pagi esok.

*******

" Cikgu!!" jerit Suraya sambil menyatukan kedua-dua tapak tangannya kepada Cikgu Anita di hadapan.

Cikgu Anita pula telah bersilang tangan menanti ' pembohongan' Suraya yang seterusnya.

" Tolonglah bagi saya keluar kejap. Saya nak ambil mykard saya balik... " rengek Suraya. Dia sememangnya terlupa nak ambil mykard dia dengan Iffat. Dia ingat pun lepas 2 meter masuk dalam kolej. Tu pun lepas kena bebel dengan cikgu dia.

Cikgu Anita hanya memandang Suraya dengan pandangan bosan.

" Kamu ni penipu, Suraya! Saya dah bagi masa dekat kamu ambil mykard kamu semalam. Sampai tak balik kamu dibuatnya. Ingatkan kamu balik dah jumpa mykard kamu.." sindir Cikgu Anita.

" Eiiih, kan saya dah cakap saya teman kawan masuk hospital. Saya tak ingat langsung fasal mykard saya tu. Tu sebab saya nak ambil balik ni... "

" Kamu ni kan, tak habis - habis nak kelentong saya! Saya tahulah kamu tak balik semalam sebab kamu pergi enjoy dengan lelaki dekat luar sana kan? Tak payah tipu saya. Saya dah masak dengan perangai awak semua ni. " kata Cikgu Anita.

Tengok guys! Contoh-contoh guru yang gaada akhlak! Pemfitnah! Munafik! Sabar jelah, Sue. You can do it!

" Eh, tak baik cikgu cakap macamtu. Tu namanya fitnah. Berdosa. Neraka tempatnya, cikgu... Saya baik orangnya.. " Suraya angkat bakul sendiri.

" Kamu jangan nak sekolahkan saya pula eh! Dengar sini! Kamu tetap tak boleh keluar dari sini! Kalau kamu nak ambil mykard, tunggu sampai dia datang bagi. Tak payah nak gatal-gatal pergi sana. Kalau tak, saya report dekat Tan Sri Amar. Biar padan muka kamu! " kata Cikgu Anita lalu berlalu dari situ.

Suraya berdecit. Manalah Iffat tahu aku sekolah kat mana? Macammana dia nak cari aku? By the way, kau tunggu jelah. Mana tahu Iffat datang. Iffat kalau kau datang, aku belanja kau aiskrim...

*****

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience