(ottantacinque) 85

Other Series 152486

1 month ago, -nighmare-

"He suffered severe injuries, he should have died now. It's a miracle he's still alive." Dr. Hemmens memberikan pendapatnya mengenai keadaan pesakit.

Terkejut dibuatnya apabila dia diminta melihat keadaan pesakitnya itu. Orang-orang Dom yang diketuai Jacq mengiringi tubuh si tuan ke dalam makmal tersebut.

Keadaannya terlalu parah, sekali imbas terlihat seperti tiada harapan untuk hidup.

Dengan kesan tembakan yang banyak pada bahagian badannya, sebelah kakinya kehilangan fungsi saraf, belakang kepalanya cedera parah dan sebelah tapak tangan yang hancur ditembak.

Jika dia tidak mengetahui kondisi kesihatan lelaki itu yang menghidap Conginetal Insensitivity Pain (CIP), sudah tentu dia menganggap tubuh yang masih sedar di hadapannya itu adalah mayat hidup.

-Makmal persendirian Forrestor, Heiderberg, Ger.-

"What can you do to save him?" suara Jacq pula kedengaran.

" It would be a very complicated and hard procedures to save him. I can't decide whether he will be safe or not."

Suara seorang lelaki samar-samar pada pendengarannya. Mata yang berat dibuka sedikit, hampir tidak terbuka.

Seorang lelaki tua berkot putih bersama Jacq menyapa pandangan Dom yang berpinar. Mata kembali ditutup, sakit.

Perbualan tersebut berterusan, tiada sesiapa yang menyedari akan dia yang sudah sedar.

"We don't care how much payment you want Dr. Hemmens, as long as he recovers as usual." Jacq cuba menawar.

Kedengaran si doktor mengeluh berat sebelum memandang pada keadaan Dom kini.

"He'll have a permanent disability and the surgical procedure will probably risk his life." balas lelaki tua itu lagi. Risau.

"Do you still want to do it too?" tanyanya pula pada Jacq.

Lelaki itu terdiam sebentar, buntu. Dia cuba mencari doktor terbaik di dunia bagi menyelamatkan si tuan, tetapi pandangan dan maklum balas doktor itu juga sama seperti doktor-doktor pakar yang lain sebelumnya.

'Dom will die.'

Tiba-tiba, sebelah tangan yang kaku berbalut kain putih yang bertukar merah, basah dengan darah itu menggenggam kuat pergelangan tangan si doktor, mengejutkan mereka berdua.

Dom masih lagi memejam matanya, dengan suara yang serak dan sukar, dia berkata.

"Do it. No matter how difficult it is. Just do it. I can't die ... not now." suara Dom bertutur lemah, perlahan hampir tidak kedengaran.

Berombak dada lelaki itu bersusah-payah bertutur, sehabis saja pertuturannya tangan yang mencengkam kuat tangan si doktor tadi jatuh perlahan-lahan, bagaikan mati.

Dom tidak berupaya lagi. Dibiarkan saja kedua lelaki itu berbual.

"You heard what he said right?" ulang Jacq dingin pada Dr Hemmens.

Doktor itu ragu-ragu, dia sedar dia sedang berhadapan dengan situasi genting dan siapa kini. Dia tiada pilihan lain selain memberikan usaha terbaiknya untuk menyelamatkan lelaki di hadapannya ini.

"I will try my best to save him." akhirnya dia mengangguk pasrah, bersetuju. Ragu-ragu.

"You better keep your words if you don't want everyone.. I mean everyone around you to die after that." balas Jacq perlahan, serius selepas itu.

Langkah dibawa laju saja keluar meninggalkan Dr Hemmens sendirian.

'Oh God. Have mercy on me.' desis hatinya apabila melihat ke arah pesakitnya yang kaku terbaring.

Nafas dihela berat sebelum berkata,

"All right, let's get started." ujarnya gusar.

~~~~~~~~~~~~~~

Pembedahan rumit tersebut berterusan selama beberapa jam tanpa henti oleh pakar-pakar sekalian yang dicari Jacq dan orang bawahan Dom yang lain di seluruh negara.

Sebiji demi sebiji peluru yang terbenam di tubuh berotot itu dicungkil keluar. Dr. Hemmens membuangnya ke dalam sebuah bekas besi di meja sebelah.

Darah yang mangalir tak henti dari tubuh itu cuba dihentikan. Sudah berpaket-paket darah yang paling sukar dijumpai, O- yang sepadan dengan lelaki itu digunakan.

Kos nya tidak dihiraukan pihak Dom asalkan nyawa lelaki itu selamat. Beberapa orang pengawal berjaga di sekitar makmal dan luar bilik, lengkap bersenjata. Memastikan tiada sesiapa yang akan terlepas daripada pandangan.

"Now we will do amputation surgery.." Dr. Hemmens berkata pada ahli-ahli bedahnya yang lain, memulakan prosedur seterusnya pula.

Sememangnya tubuh itu terlalu lemah dan mungkin saja sudah mati bagi kebanyakkan orang. Tetapi, dia perlu melakukannnya juga. Pembedahan ini tak boleh dihentikan.

Mereka terpaksa teruskannya.

Kerosakan saluran arteri, peripherial arteries dss menyebabkan pengaliran darah tak dapat mengalir dengan lancar mengikut kitarnya.

Ketiadaan oksigen di dalam bloodstream menyebabkan tisu-tisu pada bahagian tubuh tertentu mula mati.

Prosedure amputation sepatutnya dijalankan ketika pesakit berada dalam keadaan anesthesia, oleh itu suntikan paralycs yang agak tinggi disuntik pada tubuh pesakit sebelum prosedur pengalihan tisu dapat dijalankan.

Dr. Hemmens selaku doktor bedah utama di situ mula mengalihkan sebanyak mungkin tisu yang rosak dan meninggalkan sebanyak mungkin tisu yang masih elok.

Aliran darah dijahit dengan suture thread dan juga atraumatic digunakan bagi memegang arteri dan menjahit aliran tersebut agar tertutup.

Prosedur-prosedur seterusnya mula menyusul. Pembalut steril kemudiannya diletakkan pada luka untuk menahan tiub saliran atau pembalut dari terdedah.

Dan segalanya dilakukan secara teliti dan penuh berhati-hati. Tiada ruang untuk sebarang kesilapan kecil berlaku.

Jahitan mula beralih pada bahagian wajah, dari dahi mengunjur ke kening, melalui kelopak mata hingga separa pipi pucat itu.

Tangan lelaki itu yang sudah hancur sebelahnya dilakukan prosedur yang sama dengan peha. Tetapi hasilnya amat mendukacitakan.

Keadaan tubuh itu mengerikan sebelum mereka menjahit dan menghentikan segala pendarahan yang ada.

Dos yang tinggi membuatkan si dia tak akan bangun dalam jangka masa yang panjang, alat sokongan hayat juga terpaksa digunakan apabila otak tidak lagi menghantar maklumat pada tubuh.

Mereka mengalami detik cemas apabila jantung lelaki itu berhenti berdegup dan bacaan nadi mula malar. Tertekan!

Defibrillator digunakan. Setelah beberapa kali renjatan pada dada, nadi lemah kembali hadir pada carta.

Keadaan tersebut berlanjutan beberapa kali dan menyebabkan tubuh yang terdampar itu memerlukan jagaan rapi.

Tetapi, pada suatu hari.. sesuatu berlaku.

~~~~~~~~~~~~

Sistem prostetik digunakan untuk membiarkan anggotanya diamputasi merasakan berbagai sensasi, membantunya secara fizikal menangkap berbagai benda halus, dari sebutir pasir hingga ke sebuah buku.

Pengasingkan 119 "konsep deria," atau persepsi, dari subjek anggota tersebut membuatkan mereka perlu memenuhi setiap titik-titik tersebut.

Elektrod pertama ditanamkan ke saraf periferi di lengan bawahnya, membuat sejenis sistem pendawaian pengganti bagi anngota yang rosak.

Kemudian, perangsangan rangkaian yang berlainan di dalam setiap elektrod mula dicetuskan untuk mengetahui apa yang memicu setiap perjalanan deria.

Hal ini membolehkan antara muka saraf untuk mendengar isyarat badan dan menerjemahkan kawalan motor manusia yang kompleks ke dalam pergerakan mekanikal.

Saraf motor otot sasaran yang berdekatan (biasanya dada) dinyahaktifkan, kemudian saraf motor yang tersisa di akan diamputasi dipindahkan dari tunggul ke dada.

Saraf tersebut akan mengikat semula diri dan tumbuh ke otot dada, kerana amputasi anggota badan tidak menghalang saraf yang tersisa di anggota badan yang tersisa dari memberi isyarat, prosedur pengubahan semula hanya memberi isyarat tujuan baru.

Apabila seseorang berfikir untuk
menggerakkan otot atau anggota yang, otot dada akan berkedut bagi hasilkan impuls.

Elektrod mengambil isyarat ini dan meneruskannya ke prostetik bermotor, yang membolehkan pengawalan pelbagai fungsi motor seperti pergerakan serentak anggota tubuh.

Pengekstrakan semula deria untuk membina mesin prostetik dengan sensor di jari yang dapat memindahkan maklumat sentuhan dari prostetik ke dada, yang memungkinkan perasaan untuk “merasakan” apa yang disentuh dengan prostesisnya.

Pengubahan semula deria ini mempengaruhi penyusunan semula sistem otak.

Sebagaimana korteks somatosensori, kawasan otak yang menerima dan memproses input dari organ deria, berubah setelah amputasi forelimb dengan dan tanpa prosedur peninjauan semula yang disasarkan.

Dengan menjalani amputasi tanpa peninjauan semula yang disasarkan menunjukkan penyenyapan aktiviti otak yang hampir lengkap di subfield forelimb.

Medan penerimaan untuk beberapa kawasan aktif di rantau ini terletak di pangkal anggota.

~~~~~~~~~~~~~~

Tangan yang kaku jatuh, mati itu digenggam erat Jacq. Wajah sayu terpapar pada setiap raut wajah anak buahnya yang hadir.

Menghadiri pertemuan hormat itu.

"It's my honour to tell your family Dom.." suaranya kedengaran perlahan bertutur duka.

Suasana cerah dan putih di sekeliling itu amat memilukan mereka yang telah lama bersama si tuan, berjuang dan mempertahankan.

"Let's start the funeral now." ujar Jacqueline, bergema di dalam ruangan sunyi itu.

Kesemuanya yang ada menunduk menerima arahan. Sesi mula dijalankan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience