BAB 21

Mystery Series 6391

"Kau nampak tak budak tu? Muka dia nak dekat sama dengan aku kan?" Khairi melihat ke arah tempat yang ditunjuk oleh Aliya tadi. Wajah seorang gadis dilihatnya lama. "Mana ada kau ni. Merepek je. Kau lagi cantik dari dia tau." Khairi menggeleng perlahan. Dia kembali memandang ke arah gadis yang tadinya ditunjuk oleh Aliya.

"Kau kata aku lagi cantik. Kenapa kau pandang dia? Aku ada dekat depan kau ni Khairi." Aliya menggenggam kuat tangan Khairi yang berada di atas meja itu. Khairi tersentak. Serta merta pandangannya beralih ke arah Kita semula. "Mana ada aku pandang dia. Memang betul kau lagi cantik dari dia." Khairi mengukir senyuman buat Aliya.

Aliya yang mendengar terus melepaskan pegangan tangannya tadi. Dia turut sama mengukirkan senyuman buat Khairi.

"Irene!"

Khairi dan Aliya menoleh ke arah suara yang memanggil gadis itu tadi. Seorang lelaki berlari anak ke arah gadis itu. Dia tercungap-cungap dek kerana berlari tadi.

"Janganlah keluar macam tu. Risau aku dengan kau tahu tak?" Gadis yang dipanggil Irene tadi hanya tersengih tidak menjawab. Dia menarik tangan lelaki itu kemudian masuk ke dalam kedai buku yang ada di hadapan mereka sekarang.

"Pelik lah orang zaman sekarang ni." Aliya menoleh ke arah Khairi. Dia mengangkat satu keningnya tanda pelik dengan perkataan Khairi tadi. "Maksud kau?" Soalnya ingin tahu.

"Entahlah. Aku cuma rasa nak cakap macam tu je haha.." Aliya mengeluh perlahan. Dia hanya mengangguk sahaja mengiyakan apa yang dikatakan oleh Khairi tadi.

"Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi!"

Khairi tersentak. Dia terus memandang ke arah Irene yang berada di hadapannya itu. "Awak cakap apa tadi? Maaf saya tak dengar." Irene mencebik bibir kemudian mengulangi perkataannya tadi. "Qis pregnant lah awak. Nanti kita pergi tengok dia ye." Irene berkata lembut. Khairi yang mendengar hanya mengangguk sahaja.

"Kalau macam tu, kita pergi sekarang je lah. Selepas tu kita pergi makan pula." Khairi memberi cadangan. Wajah Irene serius memikirkan rancangan Khairi tadi.

"Boleh juga. Tapi kita ajak Qis dengan Haikal sekali ye. Saya pun dah lama tak jumpa diorang." Khairi tersenyum kemudian mengangguk perlahan.

--

"Tahniah, Qis."

Irene memeluk tubuh rakan baiknya itu. Hampir saja dia menangis mengenangkan yang rakannya itu sudah mahu menjadi ibu. Qistina menepuk-nepuk belakang Irene lembut.

Dia meleraikan pelukan mereka kemudian memandang ke arah Irene yang berada di hadapannya itu. "Terima kasih." Ucapnya perlahan tetapi dapat didengari oleh Irene. Wajah wanita itu menjadi cerah mendengar ucapan terima kasih dari Qistina tadi.

"Kau doakan aku juga ye Qis. Dah! Apa kata kita keluar pergi makan?" Irene memandang ke arah Haikal. Meminta supaya lelaki itu menerima cadangannya. Haikal hanya mengangguk kemudian membantu isterinya itu bangun.

"Awak jalan perlahan-lahan je tau. Saya risau awak jatuh." Qistina mengangguk perlahan. Dia berjalan mengikuti langkah Haikal. Irene yang melihat hanya tersenyum sahaja. Terbayang macam mana kalau dia mengandung nanti. Khairi akan layan dia macam tu ke?

"Awak buat apa lagi dekat situ? Jom kita pergi." Khairi menarik tangan Irene perlahan. Dia menggenggam erat tangan isterinya itu.

--

Tania mengeluh perlahan. Dia memandang ke arah Zuhair yang dari tadi fokus menyiapkan kerjanya. "Awak tak bosan ke asyik pandang kertas-kertas tu je?" Soal Tania kepada Zuhair. Entah kenapa kini dia menjadi gemar pergi melihat Zuhair di tempat kerja lelaki itu.

"Kalau aku tak buat kerja ni, macam mana company aku nak berjaya? Kau daripada membebel dekat aku, lebih baik kau tolong aku buat benda ni." Tania hanya tersengih tidak menjawab.

Dia mengintip sedikit isi kertas-kertas milik Zuhair itu. "Awak nak saya tolong apa? Kalau salah jangan marah tau. Saya baru lagi." Zuhair mengangguk perlahan. Dia memberi satu kertas pada Tania.

"Kau buat yang ni. Paling senang. Tak tahu macam mana, kau tanya aku. Ataupun kau tanya sesiapa yang ada dekat luar. Ingat, kalau jumpa Ikmal lari." Tania mengangguk pantas. Dia mengambil kertas yang diberi oleh Zuhair tadi.

"Terima kasih awak! Saya buat dulu eh." Tania bangkit dari duduknya. Dia keluar dari bilik ingin mencari sesiapa yang boleh menolongnya. Zuhair yang melihat hanya tersenyum sahaja. "Macam-macam lah budak tu."

You say I'm crazy.
Cause you don't think I know what have you done.
But when you call me baby,
I know I'm not the only one.

Zuhair menekan butang angkat kemudian membuka speaker supaya senang dia mendengar sambil membuat kerja. "Ha, apa hal call aku ni?"

Dia memulakan perbicaraan dengan bertanya. Siapa yang menelefon pun dia tidak tahu. Dia hanya mengangkat tanpa melihat siapa yang menghubunginya tadi.

"Zuhair?"

Suara yang agak familiar kedengaran. Pantas tangan Zuhair berhenti daripada menyelak kertas kerjanya itu. "Irene?" Soal Zuhair ingin tahu. Sepertinya dia benar meneka yang itu adalah Irene. Wanita itu ketawa kecil mendengar dia memanggil dengan nada tertanya itu.

"Ye, saya. Awak apa khabar? Sihat?"

Zuhair tersenyum mendengar pertanyaan Irene tadi. Dia mengangguk walaupun tahu yang Irene tidak dapat melihatnya. "Sihat alhamdulillah. Awak macam mana? Sihat?" Soalnya pula.

"Alhamdulillah, sihat haha."

Jawab Irene sedikit ceria. Dia ingin memberitahu berita baik kepada Zuhair. Lelaki itu sudahpun menjadi rakannya sejak perkenalan pertama mereka.

"Awak nak tahu tak?"

Zuhair menanti apa yang akan dikatakan oleh Irene. Dia masih lagi tersenyum lebar kerana Irene menghubunginya.

"Saya pregnant!"

Senyuman yang tadinya mekar terus layu mendengar pernyataan Irene tadi. "Preg-pregnant?" Soalnya ingin memastikan apa yang dia dengari itu benar.

"Iye saya mengandung. Dah 3 bulan alhamdullilah."

hi semua..nampaknya novel saya dah nak habis ye hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience