BAB 2

Romantic Comedy Completed 8880

Rambut aku yang selekeh serebeh, aku kusutkan lagi. Heh, aku rasa diri aku kacak macam ni! Kalau orang lain taruk gel bertan-tan atas rambut, tidak aku! Rambut aku tidak perlu nak tajam-tajam. Aku selesa dengan rambut ala langsir tingkap ni. Rasa macam Noh Hujan pun ada tapi aku lagi kacaklah dari dia.

Kunci motor aku capai dari atas meja solek yang sedikit bersepah. Heh, biasalah! Lelaki kan? Dompet yang nipis aku selukkan ke poket belakang seluar tiga suku aku. Helmet kura-kura yang ada di bawah meja aku ambil dan aku terus melangkah keluar dari bilik.

Berderai ketawa di meja kami saat Ayie mula buka cerita tentang pensyarah kami yang agak pelupa. Eh, bukan agak! Memang pelupa!

“Paling tak tahan bila dia tanya siapa nampak cermin mata dia yang ada elok kat atas kepala dia!” Berderai lagi tawa kami.

“Eh, tu bukan budak yang nama Adinda tu ke?” Alif menunjuk ke satu arah di sebelah kananku.

Mati terus ketawa aku dan terus aku berpaling ke tepi. Benar. Itu memang dia! Bezanya kali ini, dia memakai sebuah cap dan rambutnya diikat satu.
Comel dan... brutal, kot!

“Andika, jangan direnung sangat anak dara orang!”

Aku tersentak dan segera aku ukir sengih, “Relakslah, bukan selalu aku nak usha orang yang berlainan jantina dengan aku.”

“Buang karan je kau usha si Adinda tu. Dia bukannya suka lelaki.”

“Nauzubillah! Apa kau cakap ni, Alif?”

“Tak adalah, aku bukan nak cakap dia lesbian ke apa. Cuma dia kalau dengan lelaki kasar semacam.”

“Mungkin fitrah dia memang macam tu. Jangan cakap sebarangan wei. Boleh jadi fitnah.”

“Wow, that’s a ustaz talking in you!” Dengan nada sikit sarkastik, Ayie bersuara.

“Tak payah nak sarcasm sangat,” balas aku.

“Andika, kau tak pernah nak bela perempuan macam ni,” ujar Ayie.

“Tak pernah kau bersemangat bila bersembang pasal perempuan,” Helmi mengangguk kepala.

Odie ukir sengih, “Adinda ni... bagi kesan yang lain macam kat kau ke?”

Si Alif pun ukir sengih nakal, “Andika, kau dah tangkap cintan ke?”

Aku terus ketawa. Ketawa kuat yang dibuat-buat, “Jangan mengarutlah.”

“Muka kau merah, Andika!”

Aku garu belakang tengkuk. Peluh merenik di dahi, aku biarkan saja. Rahsia sudah pecah ke?

“Jom gerak, wei!” Aku bangun dari duduk. Serentak, kunci motor aku tiba-tiba jatuh. Tak sempat aku nak ambik, si Ayie yang sudah berdiri menendang kunci motorku, dekat pada si Adinda.

“Ayie!” Aku tepuk dahi. Ah, sudah! Balapetaka!

“Kau pergi ambil kunci motor kau kat Adinda. Kami pergi bayar dulu. Lambat, kami blah!” Dan mereka terus berlalu ke kaunter manakala aku ditinggalkan terkulat-kulat.

Aku berjalan mendekati Adinda. Tangan kiri aku seluk ke poket seluar. Berdebarnya hati, hanya aku dan Allah saja yang tahu. Lagi selangkah aku mahu mendekati meja Adinda, dia sudah bangun dan berlalu ke kaunter. Aduss, melepas!! Kunci motor aku ambil dan aku terus berlalu.

“Wei, motor aku tak nak start ni!” Ayie dah menggaru kepala yang tak gatal. Aku yang tiga meter jauh dah boleh dengar suara dia yang kuat nak mampus tu.

“Kenapa ni?” Aku angkat kening pada Ayie.

“Motor aku tak mau start,” Ayie dah gelabah ayam. Hailah, anak mak sorang ni! Memang macam ni. Manja.

Baru aku nak menolong, ada satu suara yang tiba-tiba menegur, “Kenapa ni?” Aku berpaling kepada orang di tepiku. Dia! Adinda Amani!

“Er... motor kawan saya tak boleh start,” ujar aku kepadanya.

“Meh aku tengokkan.”

Mak aih! Bahasakan diri ‘aku’. Aku garu rambut aku yang serabut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience