Suasana bertukar ceria di bilik wad vvip yang menempatkan Hazel dengan kehadiran Tengku Benjamin Adame,Sharifah Mariah dan Tengku Isabella.Perhatian dan kasih-sayang dari mereka bagaikan ubat dan terapi yang sedikit mengurangkan rasa sakit yang dia rasai.Bibirnya hanya dihiasi senyuman yang indah dengan lekukan dalam di kedua belah pipinya.Wajahnya juga sudah kemerahan tidak lagi pucat seperti semalam.Mata cantik Hazel juga sering melirik melihat Tengku Que Iskandar yang hanya duduk disofa menguruskan dokumen-dokumen penting yang dihantar oleh Taufiq.Suaminya seperti tidak peduli dan menganggap mereka halimunan sahaja kerana Tengku Que Iskandar hanya sibuk menguruskan kerjanya dari mula-mula mereka sampai sehingga sekarang.
Hazel mengetap bibirnya bila rasa sebak menjentik hati.Tengku Isabella mula perasan wajah kakak iparnya yang berubah sedikit mendung.Tengku Isabella menyentuh tangan halus Hazel.
"Kak Hazel,semalam abang Carl call Bella tanya pasal akak?"Tengku Bella sengaja menaikkan sedikit not suaranya.
"Erhh,macam mana dia tahu akak sakit pulak?",Hazel berkata perlahan takut suaminya dengar.
"Entah lah Bella pun tak pasti",Bella hanya menaikkan bahu sahaja.
"Tapi kan kak abang Carl kirim salam rindu dekat akak!"Bella sengaja menambah kata'rindu'.Dia melirik ke arah wajah beku abangnya.Abangnya masih bersahaja namun telinga dan leher putih abangnya sudah kemerahan.Sangat jelas kelihatan kerana Tengku Que Iskandar mengenakan kemeja Putih dan butang bajunya dibiarkan terbuka hingga di atas dada.
"Eh terlupa,abang Carl cakap nanti dia akan call akak!"Bella semakin seronok melihat abangnya yang spesis sejuk beku itu menyembunyikan rasa cemburu.Dia ketawa dalam hati dapat mengenakan abangnya tanpa dia fikir yang akan menerima hukumannya adalah Hazel nanti.
*******
Hampir 3jam keluarga mentuanya menemani Hazel,keadaan kembali sunyi bila mereka beransur pulang dan Tengku Que Iskandar juga ikut menghantar mereka ke bawah kerana Que mula mengatur beberapa kumpulan anak buahnya untuk mengawasi pergerakan ahli keluarganya dan rumah agam Tengku Benjamin Adame.
Setelah menelan beberapa jenis ubat yang diberi oleh jururawat,Hazel mula merebahkan diri untuk berehat.Namun matanya masih kebal.Dia hanya memandang kosong syiling putih berharap rasa mengantuk akan hadir dengan sendirinya.
"Krekkkkkk"......bunyi pintu dibuka dari luar menyebabkan Hazel kelam kabut menutup rapat matanya .Deria baunya menangkap bau perfume maskulin Tengku Que Iskandar jadi dia semakin membekukan badannya.Tengku Que Iskandar hanya duduk di sofa memerhatikan Hazel.Bibirnya tersungging dengan senyuman kecil.Geli hati melihat bola mata Hazel yang bergerak-gerak dengan mimik muka orang pura-pura tidur.Que hanya membiarkan sahaja,dia mahu melihat sejauh mana isterinya boleh bertahan atau dia akan betul-betul tertidur sekejap lagi.
Hampir satu jam Hazel berpura-pura tidur.Dia tidak berani membuka sedikitpun matanya kerana dia dapat rasakan suaminya sedang memerhatikannya.Detak jantungnya yang kuat mengepam darah sebagai buktinya.Aura Tengku Que Iskandar menyebabkan jantungnya juga membuat kerja overtime.
Lama kelamaan dengkuran halus terdengar.Hazel masih terasa di awang-awangan tanpa sedar dia terlena sendiri.Dalam mimpinya kelihatan suaminya duduk begitu rapat dengannya kerana deria baunya dapat menangkap bau Tengku Que Iskandar yang terlalu dekat.Tangan besar Tengku Que Iskandar terasa membelai rambut ikalnya lembut.
Hakikatnya,bila terdengar dengkuran kecil,Tengku Que Iskandar bangun mendekati isterinya.Wajah polos yang kemerahan menariknya untuk dia menjamah wajah itu.Kucupan hangat singgah di dahi isterinya,lama bibirnya melekat di situ.Namun hatinya belum puas.Automatik kakinya memanjat katil dengan berhati-hati agar tidak terkena luka dikaki Hazel.Pergerakannya sangat cermat dan perlahan.Kekuatan fizikalnya membolehkannya berada di bahagian atas badan Hazel tanpa menindih tubuh isterinya.Tangannya sebelah menahan daya badannya,sebelah lagi mula membelai wajah kesayangannya.Jarinya mula mengelus lembut,bibirnya juga memainkan peranan.Mata isterinya yang tertutup rapat dikucup lembut,jatuh pula pada hujung hidung kecil Hazel.Que menatap isterinya lagi sambil ibu jarinya mengelus-ngelus bibir yang kemerahan.Halkumnya bergerak-gerak tidak sabar.Bibir hangatnya ditindih pada ulas bibir Hazel menyebabkan Hazel terbangun dari lena.
Matanya membulat tidak percaya.Mungkin ilusinya yang masih bermimpi.Tengku Que Iskandar mengangkat wajahnya melihat Hazel yang sudah terbangun.Mereka saling berpandangan sebelum tangan Hazel tanpa sedar naik mengusap belakang suaminya.Sentuhan Hazel ibarat menyorong bantal di kepala.Que menjilat bibir Hazel,lidahnya menolak sedikit celahan bibir Hazel sebelum melumat mulut isterinya.Ciuman pasif semakin agresif bila Hazel mula membalas ciuman suaminya.
Hazel semakin lemas dengan ciuman Tengku Que Iskandar hingga dia sedikit menolak dada suaminya.Que melepaskan bibir isterinya tapi mulutnya laju menyerang leher Hazel.Gigitan dan ciuman bersilih ganti menyebabkan Hazel mendesah sedikit.Que mencumbu bibir Hazel kembali,kali ni ciuman didalamkan,lidahnya membelit dan menghisap lidah isterinya,hingga Hazel sesak nafas.Tangannya ligat membuka butang baju hospital yang dipakai Hazel.
"Awak.....",Hazel menahan tangan Que bila hampir separuh butang bajunya dibuka menampakkan dadanya.
"Abang!call me abang,sayang!"Que berkata dengan terburu-buru kerana dia sudah dikuasai nafsu.Tangannya juga ligat melepaskan baju kemeja yang di pakainya.
"A..abang!Kita dekat hospital",Hazel bersuara perlahan sambil mengigit bibirnya,Que yang melihat perbuatan Hazel semakin bernafsu jadinya,dengan pantas bibir isterinya dilumat semahunya.
"Krekkkkk!!".......,wajah Eric muncul di depan pintu.Masing-masing membeku kerana terkejut namun pantas Que menarik selimut menutup isterinya hingga ke kepala.
"So..so..sorry",Eric seperti mahu bertukar menjadi kura-kura saat itu agar dia boleh memasukkan kepalanya di dalam cengkerang.Nampaknya dia perlu segera menempah keranda.Timingnya sangat salah memilih masa,ini semua salah Taufiq yang memintanya bertanya hal dokumen yang dihantar oleh Taufiq tadi.
"Ericcccc!!"......Eric segera menutup pintu dan mencicit lari menyelamatkan diri.
"Hihihihhhh"....suara ketawa kecil dibalik selimut mengembalikan Tengku Que Iskandar ke alam sedar.Dia segera menyelak selimut melihat Hazel yang sedang ketawa sambil tertahan-tahan.Amarahnya tiba-tiba bagaikan disapu bersih dan mereka sama-sama ketawa lucu.Hazel yang terasa malu menyembamkan wajahnya di dada suaminya lalu mengigit kecil melepaskan geram.
"Auchhh!sayang,you make me turn on back!".
Share this novel