Bab 3

Action Series 9419

Anna memandang Hikayat ketua ayahnya, Sarah dan Taufiq yang sedang sibuk menelek dokumen yang berada di tangan mereka. Mereka duduk di lobi pejabat besar mereka. Anna yang baru memasuki pintu utama pejabat tersebut berasa pelik melihat anak-beranak itu.
“Anda semua tak ada office ke sampai kena buat kerja dekat lobi?”
Sindir Anna selamba. Dengan keluarga bos ayahnya memang dia sudah biasa bergurau senda dan kutuk mengutuk sesama mereka. Masing-masing jenis masuk air dan senang ajak berguarau termasuklah Hikayat yang merupakan pemilik syarikat tersebut. Tidak kisah akan pangkat dan kedudukan mereka, mereka sekeluarga amat baik dan mesra dengan orang sekeliling.
“Eh! Anna dah sampai? Ayah kau suruh kita orang jemput kau dekat lobi. Katanya kau nak datang melawat.”
Kata abang Taufiq Anna mengerutkan dahi.
‘Ayah suruh dia orang jemput? Sekejap, siapa yang bos ni?’
“Siapa yang bos ni? Pak cik? Siapa yang bos ni, pak cik ke ayah yang bos sampai kene jemput Anna dekat lobi?”
Tanya Anna pelik. Mereka anak-beranak ketawa.
“Gurau jelah, Ayah kamu tengah solat dia ada bagitahu yang kamu nak datang office, jadi pak cik ajak lah anak-anak pak cik sambut kamu dekat bawah. Jom kita naik atas.”
Kata Hikayat. Anna menggelengkan kepala lalu mengikut Langkah Hikayat ke arah lif. Setelah lif sampai Sarah menekan butang ke tingkat 10. Sekejap sahaja lif bergerak dan mereka sudah tiba di tingkat 10.
Mereka keluar dari lif dan tiba-tiba Sarah memecahkan kesunyian.
“Dengar cerita ada orang lari dari majlis nikah dia haritu.”
Sarah berkata selamba lalu mereka sekeluarga tergelak kecil apabila sedar yang kata-kata Sarah mengenai Anna. Anna menjeling geram.
“Aku belasah kau juga nanti kak..”
Kata Anna geram.
Taufiq membuka pintu pejabat ayahnya untuk mereka bertiga. Anna kemudian terus duduk di atas sofa yang berada di dalam pejabat Hikayat. Tidak sampai berapa saat kemudian datang seorang gadis muda membawa 4 cawan teh untuk mereka semua.
Setelah teh dihidangkan, gadis tersebut berlalu keluar dari pejabat meninggalkan ruang untuk mereka berempat menyambung perbualan.
“Okay, memandangkan ayah masih tak ada, Anna nak minta pertolongan pak cik. Ini berkenaan Fatimah, dia tipu ayah kata mak dia sakit sedangkan dia dari kecil memang tinggal dekat rumah anak yatim. Anna dah siasat setiap hari dia akan keluar dari jam 12 petang ke 7 petang dengan menggunakan alasan melawat mak dia dekat hospital, sedangkan dia sebenarnya pergi ke membeli-belah dan kemudian pergi ke sebuah rumah sebelum pulang ke rumah ayah pukul 7 petang. Anna nak minta pertolongan untuk siasat Fatimah apa tujuan dia minta duit dengan ayah dan rumah siapa yang dia datang setiap hari.”
Kata Anna perlahan. Anna lihat Sarah dan Taufiq memandang satu sama lain sebelum memandang ayah mereka , Hikayat pula sedang menaip sesuatu di telefonnya sebelum memandang Anna.
“Pak cik dah lengahkan Farid, ayah kamu. Memandangkan kamu pun sedang siasat tentang Fatimah, pak cik nak ajak kamu siasat pengkhianat dalam syarikat ni juga.”
Anna tercengang mendengar kata-kata Hikayat.
“Tap…”
Belum sempat Anna menghabiskan percakapan dia Hikayat mencelah.
“Fatimah yang bayar pengkhianat tersebut untuk curi maklumat sulit syarikat pak cik.”
Anna tercengang.
‘Siapa Fatimah untuk buat macam ni?’
“Okay Anna setuju. Anna datang sini nak minta tolong pak cik, tapi tak sangka pak cik minta tolong Anna pula. Hahaha..”
Kata Anna geli hati.
“Mulanya akak ingat nak cari penyiasat luar je. Tapi Anna dah tahu banyak tentang Fatimah. Apa salahnya kami minta Anna je teruskan siasatan Anna?”
Kata Sarah sambil tersengih-sengih. Anna menggelengkan kepala.
‘Hal menyiasat tiada masalah dengan aku, kerana telah diajar oleh ayah dari kecil lagi. Selain menjadi personal assistant untuk pak cik Hikayat, ayah juga menjadi penyiasat untuk syarikat. Syarikat ini terdapat banyak musuh jadi ayah memang dilatih untuk menjadi penyiasat syarikat dan aku pula dilatih oleh ayah jika kerja-kerja menyiasat memerlukan aku untuk membantu dia.’
“Anna okay je, tapi jangan bagitahu ayah yang Anna siasat Fatimah. Ayah tu baik sangat. Perempuan tu tipu diahidup-hidup pun dia percaya je. Lepas tu pasal ibu pula..”
Anna terdiam. Sarah, Taufiq dan Hikayat memandang dia pelik.
“Kenapa dengan Damia? Dia dah balik ke?”
Soal Hikayat bertanyakan tentang ibu Anna.
“Ibu tak pergi mana pun. Anna sembunyikan ibu sebab risaukan keselamatan ibu.”
Wajah mereka bertiga berubah terkejut mendengar kenyataan Anna.
“Ibu kata Fatimah serang dia dan ugut nak cederakan Anna kalau ibu tak minta cerai dengan ayah dan setelah mereka bercerai, Fatimah ugut ibu untuk bunuh ibu kalau ibu dan ayah masih berhubung. Fatimah selalu serang ibu dekat rumah dia tanpa sebab yang munasabah sehingga ibu takut nak keluar dari rumah. Anna suruh ibu ke luar negara untuk 3 bulan dan Anna jual rumah ibu dan beli rumah lain guna duit tu.”
Sambung Anna lagi. Wajah Hikayat berubah. Dia mengeluh kuat.
“Kenapa Anna tak bagitahu kami semua ni sebelum ni?”
Wajah dia menunjukkan kekesalan. Sudah bertahun dia kenal Farid dan Damia. Mereka bukan sahaja pekerja tetapi kawan baik dan keluarga. Mustahil dia nak biarkan apa-apa jadi dekat mereka.
“Anna nak bagitahu, tapi ibu tak bagi sebab dia risau pak cik bagitahu ayah and ayah marah Fatimah. Dia risaukan keselamatan Anna dan ayah. Ibu cakap Fatimah orang yang berbahaya, tapi bila Anna tanya. Ibu tak nak bagitahu atas alasan apa dia kata Fatimah macam tu. Anna rasa Fatimah ada muslihat lain. Mungkin sebenarnya dia nak maklumat tentang syarikat ni. Tapi Anna kena siasat dulu.”
“Berapa lama masa Anna nak untuk siasat kes ni?”
Tanya Taufiq.
“Seminggu paling lama untuk Anna kenal pasti siapa pengkhianat dalam syarikat ni. Tapi mungkin boleh jadi lebih lama kalau ada lebih dari seorang pengkhianat..”
Kata Anna sambil tersengih seperti kerang busuk.
“Kenapa Anna rasa ada lebih dari seorang?”
Anna tersenyum mendengar pertanyaan Hikayat.
“Ayah berkahwin dengan Fatimah 5 tahun dan mereka baru kenal selama 1 bulan sebelum mereka kahwin. Kenapa Fatimah tergesa-gesa nak kahwin dengan ayah? Ayah tak kaya. Kalau betul tujuan Fatimah dekat dengan ayah atas sebab nak rahsia sulit syarikat, macam mana dia tahu ayah adalah orang kanan pak cik? Ayah bukan jenis bercakap dengan orang lain tentang kerja di pejabat. Sedangkan ibu pun tak tahu apa kerja ayah. Macam mana Fatimah boleh tahu selain ada orang yang bocorkan rahsia syarikat ni dekat dia?”
Anna memandang mereka bertiga dengan pandangan sinis. Wajah mereka semua bertukar runsing.
“Pekerja biasa syarikat ni tak tahu apa status ayah bekerja di sini. Cuma pekerja atasan yang tahu. Ini bermakna pengkhianat syarikat adalah seorang yang memegang jawatan tinggi dan bilangan mereka sudah bertambah. Boleh jadi mereka tambah bilangan sebab mereka nak sembunyikan diri mereka yang sebenarnya.”
Kata-kata Anna membuatkan mereka bertiga terdiam. Wajah mereka menunjukkan mereka runsing.
“Tapi tu andaian sahaja. Boleh jadi seorang je pengkhianat dalam syarikat ni. Hahahaha..”
Selamba sahaja Anna gelakkan mereka. Hikayat buat muka.
“Tapi apa yang Anna cakap boleh jadi juga, sebab sejak pak cik Farid kahwin, syarikat kami selalu ada masalah. Rasa macam ada benda tak kena, Cuma kami abaikan sebab tak terasa. Cuma tahun ni punya audit ketara sangat yang syarikat bermasalah. Dari kewangan sehinggalah staff.”
Kata Taufiq. Anna tersenyum.
“Untuk siasat ni, Anna akan masuk office under abang Taufiq bermula esok. Anna jadi PA tipu-tipu abang ye.”
Kata Taufiq. Anna ketawa mendengar perkataan tipu-tipu yang keluar dari mulut Taufiq.
“Selain nak minta tolong tentang kes Fatimah, Anna juga nak minta kerja dekat sini. Disebabkan Anna tolong kau orang siasat pengkhianat dekat syarikat ni, kiranya Anna dah diterima bekerja di sinilah kan?”
Hikayat tersenyum.
“Kami memang menunggu Anna mohon kerja di sini. Kami sentiasa ada tempat untuk Anna di syarikat ni. Nampaknya Anna memang boleh ganti Farid bila Farid dah bersara nanti.”
Kata Hikayat. Serentak itu pintu pejabat Hikayat di buka dan ayah Anna muncul di sebalik pintu, wajahnya kelihatan teruja.
“Anna nak kerja dekat sini? Boleh! Hikayat, kau baik sikit aku nak bersara lama lagi. Umur aku baru 46 tahun. Masih handsome dan macho.”
Kata ayah Anna dengan teruja. Semua yang berada di pejabat menggelengkan kepala mendengar kata-kata riak ayah Anna.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience