Bab 2

Romance Completed 78329

Gia turun tangga dengan kakinya yang terhinjut-hinjut. Matanya sempat mengerling ke arah jam yang tergantung kemas di dinding. Dah pukul satu pagi. Rumah yang sunyi menandakan penghuninya sudahpun masuk tidur. Gia pulak buat apa turun malam-malam macam ni? Hmmm…tiba-tiba je tekak ni terasa haus. Rasa kering je tekak ni.

Suis lampu dapur dipetik dan dia mencapai gelas yang tersangkut di sebelah tempat cuci pinggan. Jag air kosong diambil dan menuang air kosong ke dalam gelasnya. Gelas dibawa ke bibir lalu air kosong diteguknya rakus. Memang haus sangat ni. Lega sikit
bila tekak ni dah kena air kosong. Rasa nikmat.

Tiba-tiba ada tangan yang memeluk pinggangnya dari belakang. Gia yang terkejut dengan keadaan tersebut segera meletakkan gelas yang diminumnya tadi dan memijak kaki gerangan yang memeluknya dari belakang.
Sebaik saja pelukan tersebut terungkai, dia menoleh badannya memandang gerangan tersebut. Seperti yang dapat dijangkakannya, memang abang tirinya yang memeluknya. Danial Louis Scott Padilla.

Nafas Gia mula kencang menahan geramnya yang mula beraja dalam hatinya. Sedap hati dia je peluk aku! Matanya merenung tajam kepada abang tirinya. Dari awal dia masuk ke dalam rumah ni sampailah sekarang memang dia tak minat langsung dengan perangai abang tirinya yang satu ini. Dia ni sorang je yang mentel.

“Wooo…relax sweety. No need to angry.” Senyuman menggoda plus gatal terukir pada bibir Danial.

“Berapa banyak kali Gia nak kena bagitahu abang yang Gia tak suka apa yang abang buat macam tadi tu even you’re my step brother! I still don’t like it!”

“Come on girl…” Danial mendekatkan dirinya dengan tubuh Gia. Bertambah lebar senyuman menggodanya.
“Why not we just enjoy like we’re not brother and sister? Just be a secret between us.”

Memang sah abang tiri aku ni dah gila wayar otaknya! “Gia tak gila lagi ok! In fact, I’m not your slave too! Bear that in your shitty mind!” sebelum dia beredar dari situ, sempat dia menjeling tajam kepada Danial. Aku takkan sesekali jadi perempuan simpanan dia! Kalau kau rasa kau boleh tundukkan aku dengan muka hensem kau, sorry! Aku takkan tunduk! Menyampah plus meluat lagi ada lah!

Play hard to get huh girl? Kita tengok satu hari nanti kau akan jatuh atau tidak ke dalam tangan aku! Aku akan buat kau jatuh jugak dalam tangan aku satu hari nanti! Tekad Danial di dalam hatinya.

Gia mendaki tangga dengan perasaan geram. Hesy! Tak habis-habis nak kacau hidup aku! Apahallah tak kacau orang lain je?! Yang si Lola tu tak ada pulak dia nak kacau! Oh ya…aku lupa! Lola tu bukannya taste dia sebab Lola ni grade dia pembantu rumah lepastu badan dia berisi. Taste si Danial Louis ni nak badan yang serupa model giteuw…

Masalahnya badan aku ni tak serupa model apatah lagi muka macam model memang jauh sekalilah! Tapi, tak tahulah kenapa muka aku ni jugak yang dipandangnya. Vi tak ada pulak dia kacau. Haish! Serabut betullah kepala otak aku!

Cuma, benda yang hampir sadis aku pernah hadap dalam hidup aku ni bila Danial nak masuk dalam bilik. Nasib baiklah aku ni sempat tutup dan pintu kunci aku waktu tu. Aku pun tak tahu macam mana time tu aku terlupa nak kunci pintu bilik. Dahlah waktu itu Danial balik rumah dalam keadaan mabuk-mabuk bagai. Seram!

Dahlah Gia…dari kau fikirkan pasal abang tiri kau yang mentel tu ada baiknya kau tidur. Lagi bagus! Gia membaringkan badannya ke atas katil lalu lena hingga ke pagi.

PAGI-pagi lagi Gia dah bangun semata-mata nak ikut Lola pergi beli barang basah di pasar yang tidak jauh dari rumah mereka. Selalunya dialah yang jadi penunggang tetap di atas motor skuter Lola. Hahahaha…Lola pun enjoy je bila aku ikut dia ke pasar. Katanya ada teman. Tak adalah dia bosan sangat ke pasar.

“Let’s go!” ajak Gia sambil tersenyum manis kepada Lola.

“Where are you both going hmmm?” tiba-tiba saja suara langau Danial menyapa pendengaran mereka. Gia lah orang yang paling tak suka sekali. Tak kerja ke mamat ni hari ni?

Ohhh lupa…hari ni kan hujung minggu so memang taklah dia akan pergi kerja. Alah…itupun nasib baiklah dia kerja bawah daddy. For your information, kerja bawah daddy pun still tak pergi kerja jugak kadang-kadang. Maklumlah anak majikan…kalau tak pergi kerja berapa hari pun takkan ada siapa yang berani nak bunyi!

Walaupun mamat ni baru je umur 22 tahun tapi daddy dah suruh dia masuk kerja. Untunglah tak payah susah-susah nak cari kerja dekat tempat lain.

“Pagpunta sa merkado, Mr Danial (pergi market, Mr Danial),” jawab Lola sopan. Mahu kalau Gia yang menjawab memang tak pernah nak bunyi sopan.

“Ohhh…boleh saya ikut?” pinta Danial.

Hah! Ini dah kenapa pulak dia nak ikut?! Gia berdehem kecil.

“Tak boleh!”

“Why?” soalnya.

Gia menjulingkan matanya ke atas. Banyak songehlah pulak mamat ni! Sumbat kasut jamban aku ni dalam mulut tu kang! Ulser sebulan!

“For your information Mr Danial…merkado is not like what you think. Merkado is not a pub or club. Tempat tu busuk dengan bau ikan, khinzir, ayam and else. Tak geli ke tapak kaki mahal tu nak jejak tempat-tempat macam tu?” Gia menjongketkan keningnya dengan pandangan sinisnya dilontarkan kepada Danial.

Mustahil sangatlah mamat ni nak jejakkan kakinya ke tempat-tempat macam tu. Apatah lagi bila kasut mahalnya kena pijak tempat-tempat kotor lagilah dia tak nak. Hahaha!

“Betul tu. Buat apa yang Danial nak pergi tempat macam tu? Tempat macam tu tak sesuai untuk Danial,” sampuk Madam Valona sambil berjalan turun dari tangga.

“Why not I give a try right?” hahaha ini sumpah aku nak gelak bergolek-golek atas lantai rumah! Why not I give a try? Kah! Aku rasa kau baru sampai dekat tempat tu, kau dah nak patah balik! I bet!

“Tak payah nak try sangatlah! Jomlah Lola…” Gia menarik lengan Lola keluar dari rumah. Sumpah nak tergelak dengan apa yang Danial cakap tadi. Aku tahu tak ada apa yang lawak pun tapi tak tahulah kenapa aku rasa nak tergelak sangat.

SAMPAI saja di market, mata mereka berdua melilau mencari barang basah yang diperlukan. Ikan, daging lembu dana yam yang diperlukan sekarang ni. Oh ya! Tak lupa jugak dengan sayur-sayuran sebab dalam rumah tu menu sayuran wajib ada. Mr. Scott Padilla memang gemarkan menu sayuran yang dicampur sekali dengan daging. Cuma, keluarga Mr. Scott Padilla tak sentuh daging khinzir. Walaupun mereka sekeluarga berbangsa Kristian tapi daging khinzir tetap tak disentuh. Katanya faktor kesihatan dan ada juga mengatakan di dalam kitab Bible perihal khinzir dan tak boleh dimakan.

Sampai saja di tempat menjual daging khinzir, Gia menutup hidungnya menahan loya yang mula menerpa rongga hidungnya dan effectnya hingga ke tekak. Rasa loya dowh! Sumpah loya bila bau darah khinzir yang mengalir di atas meja pemotong daging tersebut.

Hampir saja Gia memuntahkan isi perutnya sebaik saja ternampak isi perut khinzir yang dikumpulkan di satu tempat. Eiii! Geli!!! Terus matanya memandang ke arah lain.

Dalam dua tiga langkah, mereka sampai di tempat menjual ayam. Gia pula hanya menjadi pendengar setia apa yang dicakapkan Lola dengan penjual ayam tersebut. Sesi tawar-menawar harga.

“Lola…bagi Gia duit. Biar Gia pergi beli daging lembu dekat sana tu,” ujar Gia sebaik saja matanya terpandangkan ke arah penjual yang menjual daging lembu. Lola hanya mengangguk dan menyerahkan beberapa peso kepada Gia.

Gia segera menghampiri penjual daging tersebut. Dia tersenyum manis kepada pak cik tersebut.

“Hello tiyuhin (uncle), bigyan mo ako palagi (bagi macam biasa)…” pak cik tersebut mengangguk sambil tersenyum. Gia selalu menjadi pelangannya ketika membeli daging.

Setelah daging siap dibungkus dan ditimbang, beberapa peso diserahkan oleh Gia kepada pak cik tersebut. Pak cik tersebut mengucapkan terima kasih sebelum Gia berlalu dari situ.

“Hey Gia! What are you doing here?” Jericho yang baru tiba di market terus menyapa Gia yang kebetulan ada di situ.

“Jericho!” Gia mengutuskan senyuman manis buat Jericho.

Siapa Jericho? Kawan baik Gia di sekolah. Di sekolah, hanya Jericho dan Kristine yang sudi berkawan dengannya. Tak tahulah kenapa di sekolah ada manusia yang tidak sukakannya walhal dia tak buat apa pun.

“Alone?” soal Jericho bila dia melihat tiada siapa-siapa yang dengan Gia sekarang ni. Tak macam mustahil je Gia datang sorang-sorang.

“I’m not. Datang dengan Lola…” Jawabnya.

“Oh…mana Lola?”

“Dia pergi beli barang basah yang lain. Saya tolong Lola belikan daging ni,” plastik berisi daging lembu diangkat dan ditunjukkan kepada Jericho. Jericho pula mengangguk tanda mengerti.

“How was your life?”

“What do you mean by my life? Kenapa? Awak nampak saya ni macam tak happy ke?” punyalah aku tersenyum happy macam ni pun dia boleh tanya how was your life.

Tapi tulah…life aku agak terrible jugaklah. Dengan perangai mummy, Vi dan abang tiri aku tu yang kadang-kadang memeningkan kepalanya membuatkan hidupnya terasa serabut sangat! Tapi, nak tak nak kenalah jugak dia hadap hari-hari sebab mummy dan Vi adalah satu-satunya keluarga yang dia ada selain keluarga Mr. Scott Padilla.

“Come on Gia. I know you okay. Muka awak tu dah boleh describe sama ada awak ok ke tak. Tambah-tambah lagi pasal abang tiri awak tu kan?”

“Emmm…macam tahu-tahu je kan?”

“Mestilah. Kali ini apa yang dia buat dekat awak lagi?” selalunya cerita yang akan dibuka Gia kalau mereka di sekolah mesti pasal abang tirinya yang satu itu. Haih…apa bendalah nak try adik tiri sendiri? Dalam banyak-banyak orang, kenapa Gia jugak yang dia nak try?

“Macam biasalah nak menggatal! Dahlah…tak payahlah cakap pasal dia lagi. Buat sakit kepala je,” mata Gia melilau ke belakang Jericho. “Sorang je ke?”

“Emmm sorang je. Lagipun saja datang market sebab saya tahu awak akan ada dekat sini dengan Lola. So why not datang sini habiskan masa dari terperap je dekat rumah tu?” siapa kata hidup anak orang kaya always happy dengan kemewahan? Buktinya si Jericho ni sampai siap datang market lagi sebab nak hilangkan bosan sekaligus jumpa dengan Gia.

“Games?”

“Bored…”

“Yayaya I got it. Kenapa tak beli game baru je?” Gia memandang Jericho yang tertawa besar. Errr…apa yang aku tanya tadi tu sounds funny sangat ke?

“Bila beli, main then mission accomplished…rasa bosan balik…” senang sahaja jawapan yang diberikan Jericho. Gia mengangguk tanda mengerti dan bersetuju dengan apa yang Jericho cakap.

Betul jugak…kalau aku jadi macam Jericho pun, beli game baru then mission dah habis rasa bosan tu akan datang balik. Haih…

“Ohhh di sini rupanya Gia. Penat tau akak cari Gia tadi!” Lola datang menghampiri Gia dan Jericho dengan plastik-plastik yang berisi barang basah yang dibelinya tadi.

“Sorry…Gia jumpa dengan kawan Gia ni hah…” Gia menunjuk ke arah Jericho.

“Ouhhhh Jericho! How are you? Good?”

“So far so good and how about you Lola?” Lola kenal dengan Jericho ke? Emmm…mana tak kenalnya?
Kadang-kadang bila Gia lepak dengan Lola di warung tepi jalan, Jericho akan datang join sekali.

“Good as you see…and like dreaming for having a better day than always…” ujar Lola dengan penuh makna dan dapat difahami oleh Jericho.

Mana tak fahamnya? Kadang-kadang bila dia lepak dengan Gia dan Lola di tepi warung, macam-macam mulut Lola pot pet pot pet pasal perangai Madam Valona yang cerewet dan menyebalkan hati. Ada masanya dia akan ketawa jugak dengan cerita dari Lola sebab gimik muka dia tu memang tak boleh blah!

“Gia…akak rasa kita dah kena balik ke rumah kot. Macam lama pulak beli barang kali ni,” ujar Lola dalam nada agak cemas. Cemas sebab takut kalau tiba-tiba madam singa naik angin.

Yelah…kalau masak lambat, bila makanan nak terhidang pulak kan nanti? Bila makanan masih lagi tak terhidang maka madam singa akan mengamuk sakan nanti.

“Betul jugak tu. Oklah Jericho, saya balik dulu. Bye!” sempat Gia melambaikan tangannya kepada Jericho sebelum beredar pergi dari market dengan Lola. Jericho membalas lambaian Gia sebelum dia turut beredar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience