BAB 5

Drama Completed 5869

“ Tapi Laila,Datuk Badlyshah tu bapa Laila,”

Laila hanya mendiamkan diri apabila Amylia berkata sebegitu. Istilah ‘bapa ’ sudah lama hilang didalam hidup Laila selepas Datuk Badlyshah memutuskan hubungan mereka dua belas tahun tahun dahulu. Siapa sangka hanya kerana Laila gagal menjaga adiknya, dia dibuang dari keluarga dan haknya di ketepikan

_dua belas tahun tahun sebelum_

“Bapa,ibu …Fezrol hilang,ada orang ambik dia,” kata Laila apabila orang ramai menjumpai dia dilorong berhampiran rumah mereka.

Ketika itu Laila berumur 17 tahun dan dia membawa adiknya Fezrol keluar bagi menraikan kejayaan menghadapi SPM. Siapa sangka didalam perjalanan pulang, mereka telah diserang oleh sekumpulan lelaki. Laila yang cuba mempertahankan Fezrol dipukul dan dicampak ketepi. Fezrol yang berusia 15 tahun ditarik masuk kedalam van dan dibawa lari. Laila cuba mengejar tetapi kesakitan yang dialami membataskan segalanya.

Laila tidak sangka bapa nya sanggup menamparnya apabila dia menceritakan hal yang sebenar. Itu merupakan tamparan sulung yang diterima oleh Laila. Sedari kecil Datuk Badlyshah atau Datin Mariam tidak pernah menaikkan tangan mereka kepada anak-anak. Tetapi kerana Laila gagal menjaga Fezrol,tamparan itu naik juga.

“ Kamu memang anak yang tak berguna,sanggup Issabella buat ibu dengan bapa macam nie,” kata Datuk Badlyshah. Penampar kedua mula naik tetapi ditahan oleh Amylia, ahli keluarga lain tidak menolong kerana mereka meletakkan kesalahan kepada Laila.

Tiba-tiba Datin Mariam bersuara dan kata-kata yang dikeluarkan meluluhkan hati Laila, “ Mulai sekarang,kami tak ada anak perempuan yang bernama Laila Issabella,”

Tengku Hafizi iaitu datuk Laila menyokong dan menyatakan kekesalan kerana mempunyai keturunan seperti Laila. Laila ditarik keluar dari rumah. Mak Hasanah menyelamatkan Laila dan membawanya pulang kerumahnya.

Bunyi intercom mematikan perbualan diantara mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience