13

Romance Series 4954

"Hey, grand frère. Long time no see," ujar Danyel sebaik saja Rayy sampai di lapangan terbang.

"Petit frère. How are you?" tanya Rayy. Adik kan mestilah mengambil berat.

Danyel Alexandr Fareez. Adik kepada Rayy Alexandr Muhammad. CEO A's Production, syarikat yang dikenali seluruh negara.

"Wow! Sejak bila mula ambil berat ni? Satu perubahan yang tak dijangka!" kata Danyel dengan riak muka tak percaya dia.

"Haha enough Danyel. Company ok tak? Ada masalah ke? Diri sendiri terurus tak? Cacat mana-mana ke?" Rayy membaling semula paku keras kat Danyel.

"Company ok. Diri aku lagi ok. Sempurna! Perfect! C'est parfait!" balas Danyel.

"Sempurna, perfect dengan c'est parfait tu maksud yang sama. Memang wajib guna banyak bahasa eh kau ni? Aku luku jugak kepala kau ni kang biar wayar-wayar yang tercabut tu terpasang semula," ujar Rayy.

"Alah dia ni. Orang nak main-main dengan abang sendiri je kot. Tak apa lah. Orang tu tak sudi orang ni nak bermanja. Orang ni kan tak penting. Tak apa, orang ni redha," kata Danyel dengan intonasi yang agak sedih. Hampir kurang macam intonasi merajuk.
Rayy mengeluh sambil menggeleng kepala. Adik kan kalau tak manja memang tak sah.

"Hmmm. Kita dah sampai. Jom turun," ajak Danyel dingin. Betul-betul merajuk budak ni. Payah nak pujuk.

"Danyel. Jangan lah merajuk. Tak kesian ke kat aku ni. Baru datang dah bergaduh dengan adik sendiri. Sorry Danyel," Rayy meminta maaf.

"Hmm yela. Aku boleh maafkan kau tapi dengan satu syarat. Nak peluk," kata Danyel sambil mendepakan tangan.

Rayy tersenyum kecil dan membalas pelukan Danyel. Walaupun mereka nampak macam tak rapat tapi hubungan mereka sangatlah rapat. Malah, siap bermanja lagi.

"Dah jom masuk. Mesti kau penatkan datang dari sampai sini. Nasib baik aku sempat suruh payer les gens kemas bilik kau. Bilik kau masih yang sama," ujar Danyel. (orang gaji)

Rayy termenung kosong. Segala kata Danyel bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Rayy. Rayy! Kau ok tak? Kenapa ni? Jangan buat aku risau!" marah Danyel. Mana tak nye kalau orang siap goncang bahu pun tak sedar.

"Hah?! Ouh aku ok lah! Jangan risau. Tout va bien," balas Rayy dengan sebuah senyuman. (Semua baik-baik je).

"Hmm. Si quoi que ce soit, il suffit d'appeler," kata Danyel.(Kalau ada apa-apa, panggil jer).

Rayy membalas dengan simbol 'ok' menggunakan tangan. Danyel menghantar Rayy dengan matanya. Danyel mengeluh pelahan apabila kelibat Rayy hilang.

'Dia tak ok' kata hati Danyel.

__________________

Aku bersiap sedia. Kejap lagi nak jeguk Miqael. Seusai siap, aku mengambil barangan aku dan turun ke bawah. Kelihatan Hans sudah menunggu aku.

Aku berjalan menuju ke Medina.

"Thanks Na sebab tolong aku. Aku sayang kau," kata aku.

"Benda kecik jer. Aku pun sayang kau. Dah cepat gerak. Nanti lambat sampai," balas Medina.

"Cik kak jealous ke?" usik aku. Medina memukul aku.

"Argh! Sakitlah Na!" adu aku.

"Siapa suruh usik? Sendiri buat sendiri kena. Dah jaga diri tau," nasihat Medina.

"Ye Medinaku sayang," jawab aku.

"Jom Hans. Kita gerak sekarang," ajak aku.

"Baik mademoiselle," jawab Hans.

"Urgh, please Hans. Jangan panggil saya mademoiselle. Panggil jer Nabilla. Pendek dan simple," kata aku. Geli telinga dengar orang panggil 'mademoiselle'.

"Erh. Maaf mad—Nabilla. Dah terbiasa panggil orang macam tu," jawab Hans sambil garu kepala.

Aku hanya diam. Dah tak tahu nak cakap apa.

Tanpa sedar, masa berlalu dengan cepat. Begitu jugalah dengan perjalanan ke hospital. Aku turun dari kereta dan menunggu Hans. Ialah aku mana tahu Miqael wad mana. Lupa nak tanya. Nak tanya nurse, segan pula.

"Jom Nabilla," ajak Hans. Aku mengangguk kepala.

Sesampai je kat wad Miqael, aku masuk terlebih dahulu. Terlihat yang Miqael sedang baring. Tidur mungkin. Aku memusingkan badan aku menghadap Hans.

"Hans, awak balik dululah. Mesti penatkan seharian berkerja," kata aku.

"Tapi Nabilla, kerja saya bukan kerja yang senang. Memang terasa penat tapi saya sanggup tidak berehat," balas Hans.

"Walaupun saya ni hanyalah orang suruhan Miqael dimata orang, dimata saya Miqael lah segalanya. Dia yang bagi saya kerja, jaga saya, ambil berat terhadap saya. Saya ni kalau bukan disebabkan Miqael, dah lama saya merempat di bawah jambatan. Sebatang kara. Miqael lah segala-galanya," luah Hans.

Aku menjadi sayu. Jadi semua fikiran buruk aku ni tetap ada kebaikannya. Miqael bukanlah orang yang kusangka.

"Awak nak stay ke? Saya memang stay sebab itu saya bawa baju extra. Kalau awak nak tidur saya ok jer," tanya aku.

"Tapi Nabilla nanti selesa ke? Kalau awak tak selesa, saya boleh tidur kat luar," kata Hans.

"Eh, jangan tidur luar! Tidur jer kat sini. Saya ok je, awak jangan risaulah!" kata aku untuk menyakinkan Hans.

"Kalau macam itu, baiklah," Hans memberi kata putus yang baik.

"Kalau awak nak tidur dulu, tidurlah. Saya nak berjaga sekejap," kata aku. Hans hanya mengangguk kepala.

Aku berdiri di hadapan tingkap dan memandang ke atas langit. Hari ini bintang tak banyak yang kelihatan. Tetapi masih boleh menyenangkan hati. Ternyata bintang yang bersinar terang ialah bintang yang paling besar.

Andai kata hidup ni macam bintang. Tak kisahlah kecil atau besar masih bersinar. Masih kelihatan cantik walaupun hanya sedikit. Kebahagian yang kita miliki ialah seperti bintang yang paling kecil. Ia berusaha untuk bersinar terang walaupun ia tahu hakikatnya yang ia tidak dapat bersinar dengan terang. Namun, ia tetap kelihatan bersinar walaupun tidak seterang bintang yang lain.

Begitulah dengan cinta. Kalau kita berusaha untuk mendapatkan cinta kita bersatu, ia pasti terasa bahagia. Tapi kalau ditinggalkan separuh jalan, kita tak tahu sama ada cinta itu dibalas atau tidak.

Hidup ini perlu berusaha. Tak kira apa jua, kalau kita rajin berusaha ia pasti berjaya. Dan, cinta ialah salah satu darinya.

____________________

Hai semua. Kali ni Shrex nk sambung yang sebelum ini nye translation.

4. grand frère - Abang
5. petit frère - Adik lelaki
6. je'taime - Saya cintakan awak

Itu sahaja untuk kali ini. Kalau ada lagi, akan diberitahu dalam bab seterusnya. Stay safe everyone. Jaga kesihatan. Bye!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience