5

Other Series 56144

"SEDAP Kak Bihah masak! Macam tak cukup dua pinggan!" puji Eirfan. Yang ni ,dia betul-betul ikhlas memuji. Bukan saja-saja atau ambik hati. Tadi setelah menghantar Natrah, dia berkira-kira hendak pamit saja memandangkan hari sudah menjelang Maghrib. Namun pelawaan Nabihah yang mengajak untuk solat Maghrib di rumah sekaligus makan malam di situ tidak mampu dia tolak. Lagipula, terdetak hatinya untuk menggali lebih banyak maklumat mengenai gadis itu melalui Nabihah.

"Laa terima kasihlah cikgu! Taklah sedap mana. Biasa je.." Nabihah tersipu malu dipuji sebegitu. Dia sebenarnya terkejut menerima kehadiran Natrah bersama seorang lelaki. Bahkan lebih mengejutkan lelaki itu merupakan bekas guru Natrah sendiri iaitu Cikgu Wan.

Nasib baik dia ada memasak lebih. Lauk pauk yang dibawa pulang juga adalah lebihan kenduri di rumah jiran sebelah tadi kerana dia ada menolong juga di situ. Rezeki!

Natrah mencebik. Tak semena-mena, lelaki yang banyak 'drama' itu rupa-rupanya bekas cikgunya di sekolah menengah enam tahun lalu. What a small world! Eihhh bencilah pulakkk!!

"Mana ada sedap! Biasa je ni. Kak Bihah masak biasa je. Awak je sengaja nak puji lebih. Karang tak puji, susah pulak" Setempek Natrah tempelak.

Bahu Natrah dicubit. "Aduiii kak! Sakitlah!"

"Tahu pun sakit! Mulut tu memang tak pandai nak kawal kan?" Geram pula Nabihah dengan sikap selamba Natrah itu. Entah kapan hendak berubah gamaknya budak ni! Malulah dia apalagi di hadapan Eirfan.

Eirfan tergelak. Dua beradik ni tak habis-habis lagi! Namun dia senang dengan kemesraan mereka walaupun jauh di hatinya ,dia agak cemburu dengan ikatan itu. Dia tak pernah semesra itu dengan Ehsan.

"Kak Bihah tak payahlah panggil saya cikgu. Zaman mengajar dah lama berlalu. Panggil Eirfan je"

"Tak pun mangkuk hayun!" sahut Natrah dengan suara perlahan. Namun masih mampu ditangkap oleh Nabihah dan Eirfan.

Sekali lagi, bahu Natrah dicubit.

"Sakitlah kak Bihah!"

"Siapa ajar panggil cikgu macam tu?"

"Correction ,bekas cikgu! Lagi satu, Ara selalu dengar akak sebut perkataan tu"

"Araaaaa!!!" Bahu Natrah dicubit lagi. Malu tak bertempat dia dek adiknya yang sorang itu.

Eirfan tergelak. Dua-duanya tak sebulu tapi dua-duanya saling menyayangi. Dia boleh nampak itu. Terbit lagi rasa cemburunya melihat kemesraan mereka itu.

EIRFAN dan Natrah masing-masing senyap. Tak tahu dan tak ada idea hendak memulakan bicara. Bagi Natrah, dia tidak pernah menyangka cikgu disiplin yang garang di sekolahnya dulu, kini merupakan antara bosnya walaupun berlainan bahagian. Tiba-tiba saja dia rasa malu dan kerdil di hadapan lelaki itu. Dulu, dia selalu buat hal di sekolah. Dan lelaki itulah yang membelanya dari digantung sekolah atau dikenakan tindakan disiplin. Kini mereka bertemu lagi setelah enam tahun berlalu. Bezanya, cikgu Wan itu sudah berubah watak seratus peratus. Sedangkan dia langsung tidak berubah! Mana nak sorok muka? Tapi takpelah! Dia memang muka tak tahu malu!

"Saya suka tengok awak dengan kak Bihah"

Natrah ketawa namun kedengaran seperti dibuat-buat saja. Dia betul-betul kekok dengan keadaan mereka sekarang.


"Ye ea?? Tu baru sikit. Kalau banyak, ada harinya kak Bihah jadi tarzan. Tak pun singa!"

Eirfan gelak. Lantang dan kuat. Dia rasa terhibur. Atau mungkin jugak rasa bahagia sudah mula memanggilnya. Who knows? Hmmmm

"Habis tu awak apa?"

"Hahhh??" Natrah terkejut tiba-tiba. Menerawang fikirannya sehinggakan dia tidak mampu mencerna sepatah pun ayat lelaki itu.

Eirfan gelak lagi. Sejak bertemu Natrah kembali, entah berapa kali dia ketawa, dia sendiri tidak pasti.

"Awak fikir apa Nur Natrah? Jauh sangat termenung tu.."

"He he he..." Natrah tersengih sambil menggaru tengkuknya. Begitulah fiilnya. Tak selesa saja ,pasti tengkuk itu mangsanya.

"Hmmmm.... Saya nak mintak maaf dengan encik dari awal kita jumpa sampai sekarang" Natrah menuturkan dengan penuh sopan.

"Dari mula?" Kening Eirfan terangkat. Mula mengingati pertemuan mereka yang betul-betul pertama kali itu!

"Ohhh.. Yang awak siram saya dengan air baldi tu ke?" Eirfan senyum mengejek. Teringat kembali ketika dia mula-mula menjejakkan kaki ke kelas 5 Amanah. Dia tak pernah menyangka kehadirannya disambut dengan 'meriah' sekali oleh pelajar kelas itu. Menurut maklumat dari pelajar kelas itu, Natrah membuat rancangan untuk mengenakan Badli yang merupakan seterunya dengan meletakkan baldi berisi air di atas pintu. Dan ketika pintu terkuak, baldi itu pasti jatuh dan Badli sudah termasuk jeratnya! Masalahnya ,yang menjadi mangsa ketika itu bukanlah Badli sebaliknya dia!

Bad thing for the first time! Pertama kali dalam sejarah hidupnya dikenakan sebegitu, oleh pelajarnya pulak tu!

Natrah menekup mulutnya sendiri. Oh god! Dia betul-betul lupa dengan peristiwa itu. Aduhai.. kenapalah banyak sangat peristiwa memalukan terjadi di antara dia dengan lelaki itu? Gara-gara peristiwa itu, Eirfan tak hadirkan diri selama dua minggu. Fikirnya, mungkin Eirfan malu atau marah. Tetapi tidak. Selepas dua minggu, Eirfan kembali mengajar dan buat tak tahu saja dengan apa yang berlaku. Yang peliknya, lelaki itu selalu membelanya jika dia ditimpa masalah. Entahlah!

"Kenapa? Jangan pulak cakap yang encik tak move on dengan benda tu"

Gelak tawa Eirfan mula kedengaran lagi setelah senyap tadi. "Macam manalah saya nak move on? Peristiwa tu sangat memalukan tau? Seumur hidup saya ingat! Tapi takpelah. Awak pelajar lagi masa tu. Dalam otak tu, tau nak main je. Mana nak serius memanjang..."

Sekali lagi, Natrah merasa terpalu. Malu. Kerdil. Nak kenakan Badli, tup-tup orang lain pulak jadi mangsa! Padanlah dengan muka tu.

"Tapi saya dah maafkan awak. Saya anggap tu benda lucu pernah jadi pada saya sepanjang saya mengajar"

"Saya jahatkan?" Suara Natrah kedengaran perlahan. Tak tahulah kenapa dia jadi macam tu.. Mungkin sebab dia rindukan perhatian dari orang tuanya.

"Kenapa fikir macam tu?"

"Mungkin sebab saya tak pernah dibesarkan dengan perhatian dan kasih sayang dari orang tua saya. Thats all!"

Eirfan diam. Nasib mereka sama saja sebenarnya. Bezanya, dia masih punya ayah. Tetapi dia anak yang tak jauh bezanya seperti Natrah.

"Kita berkongsi nasib yang sama!" keluh Eirfan.

"Maksud encik?" Natrah pandang wajah Eirfan yang ketika itu turut sama memandangnya. Lama mereka saling berpandangan sebelum Eirfan menghadiahkan sebuah senyuman manis buat gadis itu.

"Nothing!"

"APALAH dia buat kat sini pagi-pagi buta ni? Macam takde tempat lain dia nak singgah. Rumah buruk aku ni jugak dia lawat!"

Melalui jendela bilik, Natrah menguping perbualan Nabihah dan Eirfan di pangkin itu. Pagi itu, dia terkejut menerima kedatangan Eirfan di situ seawal jam 7 pagi. Tiba-tiba moodnya berubah seratus peratus! Dia punyalah kalau boleh nak mengelak dari terus bertemu atau terserempak dengan lelaki itu. Tetapi Eirfan pulak sengaja mengundang bahana! Bahana kena bahan dengan Nabihah! Tu belum lagi kalau Anas atau Fatin tahu, mahunya dituduh bercintan-cintun dengan bekas cikgu sendiri. Arghhh!!! Stress!!

"Jangan-jangan dia ada niat lain tak? Kot-kot dia nak balas dendam sebab aku selalu susahkan dia masa sekolah dulu" Akal jahat Natrah dah mula bekerja tu! Macam mana dia nak usir si mangkuk hayun tu? Supaya mereka tak perlu berjumpa lagi.

"Oii Ara! Kau ingat kau tuan puteri ke nak kena ditunggu bagai?" Suara bebelan Nabihah yang lantang dan tak reti coverline tu berdesing di gegendang telinganya.

"Haishhh ni lagi sorang! Memekak je awal pagi. Tak boleh ke kalau Ara bangun pagi dengan suasana sepi dan aman?" Natrah sudah terpacak di hadapan Nabihah.

"Boleh, tunggu aku buang tabiat dulu!"

"Apa-apa jelah!" Tangan Nabihah disalam.

"Ayish mana?"

"Tidur"

"Kejap lagi bangunlah tu. Suara mama dia mengalahkan ayam berkokok di awal pagi!" omel Natrah lantas melayangkan sebuah ciuman di pipi Nabihah.

"Gerak lu! Apa-apa roger and out!" Natrah pamit. Sebelum kena siku dengan Nabihah, ada baiknya dia selamatkan diri dahulu.

"Eeeee budak niii!!"

"ENCIK ni takde rumah ke? Atau dalam banyak-banyak rumah kat sini, encik nampak rumah saya je? Tak pun, encik nak berjejak kasih dengan kakak saya? Sebab dulu saya selalu buat hal kat sekolah"

"Ha ha ha..." Dia mula dah! Suara comel itu dengan wajah tak puas hatinya!

"Saya nak jawab mana satu dulu ni?"

"Semua!" sergah Natrah.

"Saya ada rumah. Tapi tak macam rumah. Rumah awak jugak yang best. Dalam banyak-banyak rumah, of courselah saya nampak rumah awak je. Dah awak je yang saya kenal! Kalau saya masuk rumah orang lain, tu dah lain cerita. Mana ada saya berjejak kasih dengan kakak awak, saya berjejak kasih dengan awak!"

Ahhhhh sudah! Malaslah Natrah nak tanya lagi. Ada saja jawapannya. Rimaslah! Dahlah berduaan dengan Eirfan dalam kereta. Macam takde udara walaupun tingkap kereta dia buka full! Manalah tahu ,kot-kot Eirfan nak buat benda tak elok kat dia. Boleh jugak dia jerit!

"Kenapa diam? Jawab dalam hati lagi ke?" usik Eirfan.

"Ha ah!" Ringkas dan padat. Eirfan gelak.

"Encik menang loteri ke? Tiba-tiba angin baik je pagi ni. Sebelum Subuh terpacak depan rumah saya! Dah tu datang jemput saya ni..."

"Ish ish ish! Tak boleh tau main loteri-loteri ni. Tak berkat. Lagipun dah memang selama ni angin saya baik memanjang. Pernah ke awak nampak angin saya tak okey? Yang tak okeynya awak tu"


Aduhhhh!!! Terkena lagi! Natrah dah tak ada modal nak bertekak dengan lelaki yang satu itu. Paginya terasa macam nightmare saja! Nanti kat ofis, nak berdepan pulak dengan wajah encik bosnya yang sorang itu. Ya Allah ,bala apa lagilah ni?!

"Kita breakfast dulu. Saya belanja"

"ARA! ARA!!" Tercungap-cungap Fendi berlari mendapatkan Natrah di sebalik mesin fotostat itu.

"Kau ni dah kenapa? Company kita ada buat larian marathon ke?" Soalan bodoh Natrah disambut gelak oleh Azizah. Laju saja tangannya menampar lembut bahu itu. Hapraklah perempuan ni!

"Encik Ehsan..." Fendi berjeda. Mencuri nafas sebentar.

Mendengarkan saja nama itu, jantung Natrah berdegup laju. Alamakkk!! Kenapa dengan encik Ehsan?

"Kenapa?" tanya Azizah pula.

"Encik Ehsan nak jumpa kau!" Fendi sudahkan ayatnya sambil memandang ke arah Natrah yang diam tak terkutik itu.


Gulp! Ahhh sudahh!! Kenapa pulak dia nak jumpa aku? Jangan-jangan, si mangkuk hayun tu dah mengadu macam-macam pasal dia? Aaaa....kak Bihahhh!!! Tolong Araaaa!!


"Weyyyy apahal bos nak jumpa kau?" Azizah terlebih dahulu menyoal setelah Fendi berlalu. Suaranya agak cemas. Dia juga sudah ketakutan.

"Manalah aku tau! Kau temankan aku ea?" Lengan Azizah dipaut. Meminta belas kasihan.

Riak wajah Azizah berubah drastik. Perkara terakhir yang dia akan buat selama bekerja di situ adalah masuk ke bilik Ehsan tanpa rela. Bahkan dengan rela pun dia tidak akan menghantar diri dan menempah maut! Never!


"Eihhh tak naklah aku! Bos panggil kau ,bukannya aku!"

"Alaaa janganlah macam ni. Kata kawan"

"Memanglah kawan. Tapi kalau dalam hal ni, kita lawan! Good luck with your boss!" Azizah segera melarikan diri.


"Hampeh punya kawan! Apasal bos nak jumpa aku? Takkan dia nak pecat aku pasal hal hari tu? Eeee lah Natrah! Tu lahh, tak sayang mulut sangat. Kan dah mendapat!"

BERADA di bilik itu cukup menghangatkan sekeliling walaupun suhunya cukup sejuk. Dia setia terpacak di situ, menanti arahan atau sebarang bicara dari lelaki berwajah ketat itu. Agak setengah jam jugak dia seperti itu namun Ehsan masih tiada tanda-tanda hendak bersuara atau bertindak. Entah apa yang Ehsan inginkan, dia sendiri tidak pasti. Barangkali Ehsan sengaja hendak menghukumnya. Atau mungkin juga sengaja mengujinya. Arghhhh!!

Suara berdehem dari Ehsan mematikan lamunan Natrah. Dia pandang ke arah Ehsan yang galak merenungnya dengan tajam. Natrah telan liur. Rasa macam nak tunggu hukuman gantung pulak lagaknya!

"Natrah? Right?" Suara garau Ehsan bergema di bilik itu.

"Aaaa.. ye bos" Natrah berhati-hati bersuara, bimbang tersilap cakap. Naya dia kena! Kalau dengan Eirfan dia bercakap begitu ,maunya kena bahan satu hari!

"Well awak tahu kenapa saya panggil awak ke mari?" Ehsan menduga.


"Tak tahu bos" Sejujurnya dia betul-betul tak tahu. Bukan pura-pura ni!

Ehsan keluarkan sekeping sampul surat besar dan letak atas meja. Dia menggamit Natrah untuk mendekati. Natrah akur. Terkebil-kebil matanya melihat sampul surat itu.

'Surat pemecatan jawatan ke?' Natrah rasa nak nangis terus je kat situ. Punyalah susah payah dia dapatkan pekerjaan itu ,dan dengan sekali kesalahan, dia dipecat begitu saja. Menyesalnya!

"Bos nak pecat saya ke?"

Kening Ehsan bersatu. Pecat?

"Saya tahu, saya buat salah hari tu. Tak sepatutnya saya malukan bos, cakap yang bukan-bukan pasal bos, kutuk bos. Ampun bos. Saya betul-betul mintak maaf. Saya janji saya takkan buat lagi bos. Saya salah bos" Natrah menghimpun jari meminta maaf.

Kutuk? Sebelah kening Ehsan terangkat. Interesting! Jadi dalam diam, dia kutuk aku?
"Saya mintak maaf bos. Saya tak tahu pulak sampai jadi macam ni. Saya..."

"Dalam sampul tu ada duit" cantas Ehsan. Bosan pulak mendengar ungkapan maaf dari gadis itu. Dia tidak berminat nak dengar. Dia cuma menjalankan amanat yang dipesan oleh Tuan Kassim sahaja.


Demi mendengarkan perkataan duit, hati Natrah jadi sebak. Betullah dia bakal kena pecat! Dah sah-sah si mangkuk hayun tu yang mengadu macam-macam! Tunggulah kalau aku jumpa dia. Memang aku tibai dia habis-habis!

"Duit ganti rugi atas kerosakan skuter awak. Kena langgar dengan Eirfan hari tu kan? Ambik duit ni, awak buatlah apa-apa pun dengan duit ni. Saya tak nak ambik tahu! Yang saya tahu, company dah bayar pampasan atas apa yang berlaku. Lepas ni ,jangan nak cemarkan nama company lagi dengan menuduh yang tidak-tidak. Make sure ,at least, come to the bottom of it!"

Dan Natrah tercengang...

MENDENGAR cerita Natrah, berdekah Eirfan ketawa sambil memegang perut. Natrah salah faham rupanya. Gadis itu fikir yang dia ada mengadu macam-macam pada Ehsan sedangkan mereka tidak pernah sebulu, walaupun untuk hal-hal yang remeh. Lucu apabila mengenangkan air muka Natrah yang pucat apabila berhadapan dengan Ehsan.

Wajah mencuka Natrah terus-terusan merenung tajam tampang Eirfan. Seronok pulak dia gelakkan aku! Niatnya mencari Eirfan untuk bercerita ,alih-alih lelaki itu ketawakan dia pulak! Dia jugak satu hal. Yang terhegeh-hegeh pergi mengadu dekat Eirfan apa fasal? Kan dah terkena batang hidung sendiri! Eeeee bencinya!

"Alaa alaa comel buat muka!" Eirfan mematikan tawanya sambil mengelus lembut kepala Natrah. Spontan! Sampaikan Natrah rasa jantung dia tak mampu nak pam darah dah!

"Sorry saya gelakkan awak" ucap Eirfan. Dia duduk berhadapan Natrah yang masih lagi dalam mood rajuknya. Datang bulan ke apa dia ni?

"Saya tak pernah lagi mengadu apa-apa pasal awak dekat bos awak tu. Termasuklah gelaran yang awak beri pada dia"

Natrah diam lagi. Kejang rasa seluruh urat sarafnya apabila berhadapan dengan Ehsan. Macam ada aura hitam aje yang Ehsan bawak!

"Lagipun saya takkan mengadu apa-apalah kat dia pasal semua rahsia awak! Saya janji" Eirfan angkat tangan, seolah-olah buat upacara ikrar pula.

"Dahlah! Jangan merajuk lagi" pujuk Eirfan.

"Siapa merajuk entah!"

Eirfan gelak.

"So apa perasaan dapat jumpa bos muka kerut bertingkat-tingkat depan-depan?"

Natrah menepuk dahi. Sahlah Eirfan tahu gelaran itu! Nasib dia tak bocorkan kat Ehsan. Kalau tak, bak kata Hasma. Dead meatlah dia!

"Muka berkerut jugaklah!" sahut Natrah.

Tawa Eirfan pecah lagi. "Yang ni bertingkat-tingkat tak?"


"Eirfannnnnnn!!" Natrah menjegilkan matanya.

"Okay ,tak buat lagi dah!"


"Saya takutlah! Encik Ehsan tu garang sangat sampaikan aura garang dia tu saya dapat rasa. Rasa macam tengah tunggu hukuman mati pulak! Seriklahh" adu Natrah.


"Dia memang macam tu. Satu company dah masak dengan perangai dia. Alaa Azizah dan Hasma pun dah cerita kat awak perangai dia macam mana. So you should have known better!"


"Kenapa masih ada yang bertahan dengan dia?"

Eirfan hela nafas. Pandangannya berkalih ke hadapan. Cuba mencari sisi baik Ehsan yang lainnya.

"Agaknya takut kot nak cari pasal dengan dia. Sebab tu, ada je kerja atau arahan dari dia, semua terus buat tanpa bertanya. Lagipun Ehsan ni jenis tak lokek. Dia naikkan gaji semua pekerja setiap tahun. Bukan naik sikit tau? Naik banyak! Tapi kalau ada yang main tahi, tunggu jelah!"

"Ohhh macam tu..."

"Berapa banyak duit dia bagi awak?"

"5K"

"Haaa tengok tu! Saya dah kata, dia tak lokek kan? Banyak tu. Gaji saya pun tak banyak tu"

Natrah pandang Eirfan. Eirfan mengerut.

"Apa?"

"Awak berkias ke ni?"

Kening Eirfan bertaut.

"Awak nak mintak saya belanja awak kan? Jangan haraplah! Ni duit yang awak langgar saya. Takkan sesenangnya saya nak belanja awak atas kesilapan yang awak buat. Booo..."

Pecah lagi tawa Eirfan kali ini. Berada dekat dengan Natrah ,ada saja aura ceria itu menyapa. Haishhh...

"Alaaa kalau bukan disebabkan saya langgar awak ,takdanya awak dapat duit banyak tu! So you should thank me!" Eirfan mengerdipkan matanya.

"Mengada!" komen Natrah.

Senyap. Namun hanya sesaat. Kemudian, tawa mereka mula kedengaran sehingga mampu menggamit perhatian Ehsan yang kebetulan menuju ke park lot.

"Minah jantan tu jugak yang kau nak! Takde taste langsung!" omel Ehsan dengan senyum sinis yang teruntai di wajah.

"MEETING kita selesai di sini. Saya harap, segala yang kita bincang dapatlah kita laksanakan sebaik mungkin. Ingat, there is no try and error. Jangan hampakan client kita kali ni. And I don't want any more mistakes this time" Serentak itu, Ehsan bangkit dari duduknya lantas berganjak keluar.

Seketika, dia berpaling semula dan mencari-cari kelibat Natrah. Bertembung dengan sepasang anak mata bundar itu, dia segera larikan pandangan.

"Natrah, see me in my office in 5 minutes!". arahnya, bersuara diktator.

Natrah menghempuk fail di kepalanya dengan lembut. Bahana apa lagi lepas ni? Azizah dan Hasma bergegas mendapatkan Natrah.

"Apasal bos nak jumpa kau?" soal Hasma.

"Tengok muka aku ni" Natrah tuding jari ke wajahnya. "Ada nampak aku macam tahu ke?"

Azizah dan Hasma tarik muka.

"Takdelah pulak! Tapi aku nampak macam muka kerut bos tu dah berjangkit kat kau!" gerutu Azizah, saja nak buat lawak bodoh. Dengan harapan Hasma dan Natrah tergelak.

Namun mereka berdua hanya mencebirkan bibir sahaja. Sudahnya Azizah membatukan diri.

"Yang tadi dia jumpa kau pasal apa?" Azizah korek cerita.

"Dia bagi aku duit untuk ganti rugi skuter aku yang kena langgar hari tu"


"Berapa?" tanya Hasma dan Azizah. Serentak.

"Amboii, rajin pulak korang berdua ni jadi spy kan? Nak tahu bagai!" tempelak Natrah.


"Alaaaa kita nak tahu je! Cepatlah. Berapa bos bagi kau? Kata kawan..." gesa Azizah. Meniru pula ayat Natrah pagi tadi.

"Tak naklah aku bagitau. Dalam hal ni, kita lawan!" sindir Natrah, namun lebih kepada Azizah. Dia terus keluar dari situ meninggalkan mereka berdua yang hanya mampu mengeluh panjang.

SEKALI LAGI, dia berada di dalam bilik itu dan berdiri di hadapan lelaki yang sering memberikannya aura hitam itu. Berbeza dengan sebelumnya, kali ini dia tampaknya lebih tenang dan relaks saja.

Dia pandang Ehsan yang sedang ralit meneliti laporan demi laporan itu tanpa ada sebarang bunyi. Dalam diam, dia perhatikan segenap wajah serius itu.


Hensem! Tertarik menarik kebaboom!! Kening yang tebal itu buat dia rasa macam nak cabut satu-persatu dan kira berapa banyak bulu kening yang ada. Hidungnya taklah semancung hidung Eirfan. Paling dia gerun, jambang yang sengaja dia simpan sampaikan nak tengok bibir dia pun payah.

Aikkk, rajin pulak aku nak kaji wajah dia!

"Natrah? Right?" Suara garau itu mematikan lamunan Natrah serta-merta.

Laju saja dia mengangguk.


"Saya dengar yang awak hebat dalam deco sesuatu. Is that true?" tanya Ehsan sambil menatap wajah itu. Hmmm, kali ni dia nampak lebih tenang dari pagi tadi.


"Bolehlah..." jawab Natrah ragu-ragu. Memanglah dia minat dalam bidang seni ,tapi nak kata hebat, taklah sampai tahap macam Picasso tu.


"Bolehlah?" Nada suara Ehsan sudah naik seoktaf. "Awak tak yakin dengan bakat dan kemampuan awak sendiri?" Ehsan senyum sinis ,seakan sengaja mengejek sahaja.


"Awak tahu tak, setiap individu yang saya pilih dan tapis untuk bekerja dengan saya bukan calang-calang orang? So kalau awak di bawah pentadbiran saya ,itu bererti awak bukannya sembarangan orang! And you should be really proud of that!"


"Hmmmm" Saja Natrah berdehem bagi membetulkan pita suaranya. Angkuhnya lahai! Bilalah dia ni nak habis berucap? Dari tadi buat perhimpunan agung tak sudah-sudah jugak!

"Okaylah. Let me be honest to you. Projek yang kita dapat ni ,bukan dari calang-calang orang tau? Makan berjuta jugak. Jadi saya cabar awak. Saya nak awak siapkan proposal untuk projek ni and you are in charge of decorating the aisle dan jugak pelamin! In two weeks! Ingat Natrah. Saya tak sukakan benda simple. Too average for me. So cipta sesuatu yang tampak gah dan mewah. Kalau tak, saya akan hand overkan tugasan ni pada yang lebih layak"

Boom! Natrah rasa bom sedang bertalu-talu ditikam ke arahnya. Antara bernyawa dan tidak sahaja! Dua minggu? Apa kejadahnya nak siap dalam masa dua minggu? Sudahlah dia orang baru, pengalaman pun so so je macam tu. Sekurang-kurangnya bagilah masa sebulan. Sedangkan projek perkahwinan tu diberikan tempoh selama tiga bulan.

Si muka kerut bertingkat-tingkat ni memang sengaja nak kenakan aku! Ni bukan tugasan atau saja nak cabar. Ni dah buka peluang untuk malukan dia sebenarnya. Buatnya hasil kerjanya tidak menepati citarasa Ehsan ,tak ke naya namanya tu?


"Are you listening?" Suara garau Ehsan buat jantung Natrah rasa nak pecah!

"Yes I am"


"Good. Now you better get to work since you only have two weeks around to finish it!"

DARI kejauhan, Eirfan lihat Natrah murung sahaja. Gadis itu bersendirian tanpa ada Azizah dan Hasma. Selalunya masa-masa begini mereka bertiga lepak di situ sambil menikmati makan tengah hari. Mana Azizah dan Hasma?

Eirfan dah terpacak di hadapan Natrah seraya meletakkan tapau makanan di atas meja. Manalah tahu, Natrah kembali bertenaga bila tengok makanan tu. Ni dah macam mayat hidup pula lagaknya!

Punggung dihenyak bersebelahan gadis itu. Dia keluarkan satu tapau dan letak betul-betul di hadapan Natrah. Yang satu lagi dia keluarkan dari plastik untuk dirinya sendiri.

"Eirfannnnn..." Natrah dongak kepala dan pandang tepat ke dalam anak mata Eirfan.

"Awak ni apasal?" tanya Eirfan sambil meratah ayam masak tempoyak yang dibelinya dari luar tadi. Sedap weyyy!! Terliur-liur dia menahan lapar demi nak makan dengan si mulut becok itu.


"Saya sakit. Nyawa saya cuma tinggal dua minggu je lagi! Kalau tak segera diselamatkan, habislah saya!" Natrah meraung lantas menekup muka di atas meja.

"Haaaa??" Ayam yang diratah tadi terasa seakan tercekik saja di kerongkong. Air mineral segera digapai lalu diteguk dengan rakus.


"Awak sakit apa? Macam mana boleh tinggal dua minggu?" Cemas Eirfan dibuatnya.

Natrah dongak kepala dan pandang wajah Eirfan. Kemudian, dia sentuh bahagian hati dan buat aksi seakan-akan dicucuk pisau.


"Sakit hati..." Natrah meraung lagi sambil menekup kembali wajahnya di meja kantin itu.

Eirfan geram. Rasa dia nak cubit-cubit je muka gadis itu. Punyalah dia cemas sampai nak tercekik tulang ayam. Nasib baik dia bertindak cepat kalau tak, memang dia yang hilang nyawa. Eihhhhh!!


"Apasal?" tanya Eirfan lagi. Ni tak lain tak bukan mesti ada sangkut-paut dengan Ehsan ni!


"Huwaaaaaa....." Natrah merintih lagi, namun dengan suara yang kuat.


"Natrah!! Malulah orang tengok. Kang tak pasal-pasal orang ingat saya ambik kesempatan kat awak pulak" tegur Eirfan saat menyedari ada mata-mata yang memerhati mereka.

"Awak tahu tak..." Natrah angkat kepala dan baru nak mulakan ceritanya, kemudian dia menangis melolong lagi.

"Yaa apa dia?"

"Pasal projek gah anak Datuk Mustapa tu"


"Aaaa.. Tahu. Kenapa?"

"Ehsan suruh saya ambik alih deco untuk aisle dan pelamin"


"Ohh good for you!" Eirfan memuji. Jarang-jarang Ehsan letakkan kepercayaan ke atas bahu orang baru.


"Not good for me!" dengus Natrah.


"Aikkk??"


"Dia bagi saya tempoh dua minggu untuk siapkan proposal tu. Dia gila ke apa? Mana cukup dua minggu. Dahlah saya masih baru dalam bidang ni. Zero knowledge! Dia cakap lagi, kalau dia tak puas hati, dia bagi orang lain handle proposal tu. Tak ke dia sengaja nak susahkan saya? Kalau dah tahu saya tak boleh buat, dia bagi jelah kat orang lain. Dia memang sengaja nak kenakan saya!" adu Natrah lagi.

Belas pula Eirfan mendengar cerita Natrah itu. Kalau ikut logik akal, orang berpengalaman je boleh siapkan proposal dalam tempoh masa yang Ehsan berikan itu. Yang memang zero pengalaman macam Natrah, paling tidak pun sebulan dua. Atau sekurang-kurangnya, Ehsan lantiklah sorang dua untuk bagi tunjuk ajar kepada Natrah. Memang sengajalah tu nak kenakan Natrah.


"Apa saya nak buat?"

Mata Natrah sudah berkaca-kaca. Kali ini, dia betul-betul menangis. Aura Ehsan benar-benar telah mengganggu-gugat ketenteraman Natrah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience