Bab 16

Romance Completed 21373

Iris menghela nafas lega. Perjalanannya balik ke Malaysia berjalan dengan lancar. Kini dia berada dihadapan rumah Tan Sri Razlan. Dia mengetuk pintu dengan sukar. Haishh.. sebelah pegang Izhan, sebelah pegang beg. Takkan nak ketuk guna kepala? Ada yang amnesia kang.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam." Puan Sri Hadina membuka pintu. Terus dipeluknya Iris. Lembut juga hati menantunya ini. Izhan yang mula rasa tidak selesa merengek kecil. "Sorry, sorry. Opah tak perasan my little grandson ni tersepit tengah-tengah. Daus! Tolong angkatkan beg Dya naik ke bilik Rayyan ya?" Pak cik Firdaus menurut sahaja. Nasib baik ada lif, kalau tidak mahu dia pengsan tengah-tengah tangga nak ke tingkat 2.
Puan Sri Hadina mengendong cucunya. "Masuklah Dya, apa tercegat dekat pintu tu? Kamu pergi lah tengok Rayyan. Meroyan budak tu rindukan bini dengan anak dia." Puan Sri Hadina sedia maklum yang Rayyan dan besannya sedang merancang pelan memujuk Iris. Semua dirumah terlibat. Heheheheh...
Iris naik ke bilik tetapi menggunakan tangga. Saja mahu melihat gambar-gambar yang digantung di dinding. Matanya tertancap pada gambar hari pernikahannya dengan Rayyan. Gambar itu diletakkan disebelah gambar perkahwinan ibu dan ayah. Puan Sri Hadina masih cantik lagi. Bestnya dapat wajah yang awet muda seperti ibu mertuanya itu.
Gambar yang buat Iris tergelak adalah gambar Hareez dan Rayyan. Ketika itu Rayyan masih lagi berketinggian rendah. Jadi Hareez yang lebih tinggi meletakkan lengannya di atas kepala Rayyan yang bertopi kuning itu. Habis rambut Rayyan terkeluar dari topi itu. Kusut masai jadinya.
Dia meneruskan perjalanan ke bilik. Kelihatan begnya sudah tiada, mesti Rayyan sudah membawa masuk. Tanpa mengetuk pintu dia terus masuk ke dalam bilik itu. Rayyan yang sedang membaca sesuatu terus menyorokkan kertas itu ke belakang badannya.
"Eee.. apa main terjah-terjah bilik saya ni?" Rayyan cuba berlagak dingin. Kertas tadi masih digenggam kemas.
Iris perasan Rayyan menyorokkan sesuatu tadi. Perasaan ingin tahu membuak-buak. "Bilik awak bilik saya juga. Hah! Apa yang awak sorokkan tu. Bagi cepat." Iris memanjat katil lalu cuba menggapai kertas yang telah di laminate itu.
"Eh, eh! Tak boleh." Rayyan cuba melarikan diri tetapi Iris lebih pantas menerkamnya. Serentak itu Puan Sri Hadina membuka pintu bilik mereka. "Ops! Ibu masuk wrong time. Sorry. Iz, Iz kena main dengan opah. Jangan kacau mama papa nak melepas rindu masing-masing." pintu bilik dikatup kembali.
"Eee.. malulah ibu tengok tadi!" Rayyan cuba melepaskan diri. Tetapi isterinya bertindak ganas. Dia bergelut dengan Rayyan. Jika lelaki itu mengelak, tidak mahu memberi kertas itu, dia menggeletek Rayyan sepuas hati. Terjerit-jerit Rayyan. Nasib baik bilik ini kalis bunyi.
Akhirnya Iris berjaya dapatkan kertas itu. Dia duduk di birai katil manakala Rayyan sudah tercungap-cungap kerana kepenatan akibat ketawa. Terbeliak mata Iris apabila melihat kertas itu ialah kertas luahan hatinya semasa di tingkatan 5. "What the?! Awak tahu tak apa maksud miluji te?"
Lagi sekali dia ingin menerkam Rayyan tetapi Rayyan membuat tanda pangkah menggunakan kedua-dua belah tangannya. "Saya period, tak boleh layan awak." spontan ayat itu keluar dari mulut Rayyan.
Geram Iris jadinya. 'Dia ingat aku nak buat something kat dia ke?' Iris mendekati Rayyan lalu leher lelaki itu dipeluk.
"Rayyan sayang, awak faham tak apa maksud miluji te?" Rayyan tergkda seketika, lupa yang dia sedang pura-pura sakit. "Miluji te tu maksudnya I love you." bisik Rayyan.
Merah muka Iris jadinya. "Eeee.. miang! Gatal! Tak sukalah! Benci!" Iris terus bangun. Tanpa sengaja dia telah menyiku perut Rayyan. "Aduhh!! Awak ni ganasnya. Awak tak sayang saya ea?" Rayyan mengerang. Bukan sikit kena siku. Kuat tu.

"Saya memang tak sayang awak. Saya sayang Izhan je." Iris menjeling lelaki itu. 'Mana ada pucat muka! Sihat je aku tengok. Syok baca aku punya rahsia pula tu. Huh! Nanti Iz jangan ikut perangai papa ni. Asyik buat mama geram je.' desis Iris dalam hati.

Rayyan tersengih.

"Awak sayangkan saya. Jangan tipulah, sayang." makin merah muka Iris jadinya. "Siapa kata saya sayangkan awak?" selamba Iris berdiri dihadapan Rayyan sambil bercekak tubuh.

Sengihan di wajah Rayyan kian melebar. Ditarik tangan isterinya itu. "Kertas yang awak pegang tu apa, sayang oii?? Awak sendiri kata awak sayangkan saya." Iris malu. Eeerrrggghhh..

"Dahlah, saya nak pergi tengok Izhan. Malas nak layan awak." Iris terus keluar dari bilik tersebut. "Malas nak layan awak, konon. Saya akan pastikan awak mengaku awak sayangkan saya dan percaya pada saya yang saya tiada hubungan dengan Tania lagi." ujar Rayyan tekad. Dia harus mengambil semula hati isterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience