Bab 38

Romance Series 80702

TEPISAT-PISAT dia menenyeh matanya yang sukar di buka.

Pukul berapa ni? Di kerling ke arah jam dinding.

Masyaallah .. sudah pukul 8 !
Tergesa-gesa Nurjihan bangun dan bergerak ke bilik air. Siapa suruh tidur selepas subuh ? Kan dah terlambat.

***

"Good morning Cik Karlisa." Tegur Yana bila melihat wanita cantik itu melintasi hadapan meja reception di kawasan lobi.

Karlisa mengganguk "Good Morning."

Yana tersenyum....aww Cik Karlisa pertama kali membalas sapaan selamat paginya. Seronok rasa di hati.

Cika mengerling Yana di sebelahnya.
"Seronok ye bila bos kesayangannya kau tu datang?".

"Eh, seronok la....aku nak buat teh jap. Cik Karlisa tak minum kopi hehe". Gaya flip rambut di buat di hadapan Cika, setelah itu dia berlalu ke pantry.

Cika memutarkan bebola matanya ke atas. Ceh !

Karlisa sempat menjeling ke arah bilik Tuan Syed Iqwal.

Eiii..dah tidur sekali boleh plak tak gerakkan aku, biarkan aku datang lambat !

Dia mengetap gigi. benci !!!
Dan berlalu masuk ke arah biliknya.

Bukan Tuan Syed Iqwal tidak nampak pandangan Karlisa padanya itu. Sengaja dia tidak memandang semula. Dia tahu gadis itu sakit hati dengannya. Tersenyum sambil menggeleng membayangkan kemarahan Karlisa a.k.a Nurjihan.

Telefon di meja berdering menjerit untuk di angkat. Karlisa yang sedang sibuk menilik kertas kerjanya tidak mempedulikan deringan telefon itu.

Kemudian interkomnya berbunyi.
"Karlisa, masuk bilik saya."

Selakkan jari pada kertas kerja itu terhenti. Dia mengehembuskan nafas geram. Dia ni nak apa pagi-pagi panggil aku masuk bilik dia ?

Ah, lantak la !

Karlisa teruskan kerjanya tanpa mempedulikan panggilan arahan dari Tuan Syed Iqwal itu.

"I said now Karlisa". Interkom itu berbunyi lagi.

Karlisa masih tidak acuh. Aku sibuk la ! tak nampak ke? Jelas dia masih sakit hati kerana Tuan Syed Iqwal yang bersikap pentingkan diri pagi tadi.

Pap !

Terkejut Karlisa bila pintu bilik pejabatnya di buka kasar dari luar.

Tuan Syed Iqwal kini berdiri di muka pintu memandang tajam Karlisa yang buat tidak endah dengannya.
Kepalanya di picit-picit. Aduh dia ni... datang sini pulak..bebel Karlisa sendiri.

Pintu di kunci dan langsir pvc di tutup oleh Tuan Syed Iqwal.

Benjamin yang melihat dari luar itu hanya menggeleng kepalanya.

Mula dah laki bini ni ....

"Why? why you ignored my call? my intercoms message?".
Soal Tuan Syed Iqwal memeluk tubuh memandang Karlisa.

"I'm busy Tuan Syed. Can't you see ?." Balas Karlisa selamba.

Tuan Syed Iqwal geram mendengarkan jawapan Karlisa itu. Lalu dia bergerak dan menarik Karlisa bangun dari kerusi itu.

"Auhhh,"
Karlisa sapu perlahan lengannya yang di cengkam kuat oleh Tuan Syed Iqwal tadi.

"Ouh sakit ? sakit lagi hati saya bila orang ignore saya".
Tuan Syed Iqwal terus duduk di kerusi itu dan mengabaikan pandangan terkejut Karlisa.

Oi, kerusi aku ?

"Kenapa awak tak jawab call tadi?". Soal Tuan Syed Iqwal.

"Saja." Karlisa memeluk tubuh.

"Kenapa tak datang bilik saya bila dapat intercoms message?"

"Saja."

Jelas Karlisa sengaja menguji kesabaran Tuan Syed Iqwal.

"Apa masalah awak ?" Tuan Syed Iqwal mengetuk-ngetuk meja itu.

"Apa masalah Tuan Syed?" Soal Karlisa semula.

"What?". Tuan Syed Iqwal pelik bila di tanya kembali.

"What?" Karlisa sengaja mengulang semula, dia malas menjawab.

"Hei stop repeating my question !". Kata Tuan Syed Iqwal.

"Stop asking me !". Karlisa memandang ke arah lain.

Tuan Syed Iqwal menarik nafas dan menghembuskan semula mencari kesabaran melayan gadis yang di landa mood tidak baik ini.

"Why are you being like this?". Soal Tuan Syed Iqwal semula.

"Why are you being like this?" Soal Karlisa Kembali.

" I love you !". Kata Tuan Syed Iqwal.

"I .....ekk ekk."

Kata-kata dari Karlisa tersekat bila dia menyedari Tuan Syed Iqwal sengaja memerangkapnya dalam kata-kata.

Cisss hampir-hampir !

Karlisa memandang ke arah lain menyembunyi rasa malu bila kalah berdebat dengan lelaki itu.

Tuan Syed Iqwal tersenyum sinis.
"Ha kenapa tak ulang?".

Heh ! dah gaharu..cendana plak. Dah tahu...sibuk duk tanya-tanya pulak !!

Tiba-tiba Karlisa terasa pinggangnya di tarik kuat dan kini dia terduduk di atas ribaan Tuan Syed Iqwal dan dia laju bibirnya di paut tanpa sempat di halang.

Lama mereka berbalas ciuman. Dalam diri Nurjihan..dia merasa terbuai dalam ciuman lelaki itu.

Aneh yang dia rasakan. Kenapa kali ini sikit pun dia tidak menolak ? Sungguh dia terbuai..

Bibir mugil itu di lepaskan. "I know...you love me too right?"

Pantas dia bangun dari terduduk di atas riba Tuan Syed Iqwal. Gelabah dia mengemaskan baju Yang sedikit kedut di badannya itu.

Mujurlah segala langsir di dalam pejabatnya itu di tutup dan pintu juga terkunci. Jika tidak..mana nak letak muka kalau ada staff lain nampak keadaan mereka yang seperti itu tadi.
Karlisa sungguh malu bila Tuan Syed Iqwal memerlinya. Tidak berani membalas pandangan dengannya.

"After lunch ni pergi MR Holdings untuk discuss pasal projek di Genting. Pantau progress mereka. Pastikan tiada kemajuan."

Tuan Syed Iqwal berlalu keluar dari bilik itu.

Karlisa melepaskan nafas lega. Bibirnya di sentuh. Kali ni adalah ciuman yang kau rela Jihan. Apa maksudnya?

"DATO' ada dekat dalam?". Tanya Karlisa pada Kamil iaitu setiausaha kepada Megat Rusydi.

"Ada . tapi..."
Kamil tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila Karlisa berlalu masuk ke dalam bilik majikannya tanpa dapat menghalang wanita itu.

"Haish, mentang-mentang la Vvip..main terjah aje." Rungut Kamil sendiri.

Pintu bilik bertanda nama Dato' Megat Rusydi itu di buka perlahan.

"Hai Uncle, sorry kacau you..."

Megat Haider terkejut dengan mendengar suara yang baru datang itu. Lalu dia memusingkan kerusinya ke arah belakang.

Karlisa terpana. Macam mana lelaki itu boleh berada di sini?

"Eh Hai Karlisa...lama tak nampak you."
Tegur Megat Haider tersenyum ke arah wanita yang masih tidak beriak memandangnya.

"Err.. Megat Haider.. i tak sangka you pun ada dekat sini. I ingatkan Dato tadi..."
Tombol pintu itu di lepaskan. Karlisa beriak biasa kembali.

"Ouh, you cari papa ? tak ada la Karlisa, ni dah jadi bilik i dah sekarang. Cuma tak sempat lagi nak tukar nama dekat pintu tu. I ambil alih projek papa." Balas Megat Haider.

"You ganti tempat Dato ? Dah tak jadi lecturer ke?"

"Tak adalah sampai ganti tempat papa. I cuma sambung je tugas dia dekat meja ni. Kitaorang nak papa habiskan masa dengan berehat. Dia pun dah tua kan. So i tolong la apa yang patut. I actually dah letak 3 month notice. I rasa i dah patut ikut tradisi family."

Aduh, nak elak dari Dr.Haider tapi timbul Megat Haider pulak....

Karlisa mengganguk mendengarkan penjelasan dari lelaki di hadapannya itu.

Telefon bimbit Megat Haider berbunyi.

"Yes papa?. Ouh no, Haider ada guest ni. Karlisa. Ouh really? Okay nanti Haider sampaikan pada dia".

Tersenyum Megat Haider memandang semula ke arah Karlisa.

"Papa kirim salam dekat you and...dia invite you dinner malam ni dekat rumah kami."

Hah? Karlisa tercengang.

"What?".

"Yeah, papa nak jumpa you. I tahu you mesti datang sini sebab ada urusan dengan papa pasal projek yang you all handle sama-sama tu kan? Too bad hari ni i baru start masuk bertugas. So file tu belum sampai pada tangan i lagi."

Karlisa mengganguk.

"Memang itu salah satu reason papa nak jumpa you. So..datang eh malam ni?".

Karlisa berat untuk mengganguk namun dia beralah juga. Demi projek Genting dia harus bersetuju.

"Err won't you mind yang i nak pergi toilet kejap? . You minum dulu eh nanti i suruh tea lady buatkan you air."

"Okay sure."
Karlisa kembali melepaskan nafas lega bila melihat Megat Haider keluar dari bilik itu. Kepalanya di picit-picit terasa bermacam-macam hal yang timbul dari pagi. Belum di campur untuk malam nanti.

Haishh stress mak !

Karlisa memerhati dekorasi di sekeliling bilik itu. Berwarna biru di raja di selangi dengan jalur berwarna emas yang menjadi corak garisan berbentuk hexagon menghiasi corak di dinding. Elegant !

Seketika itu, matanya tertancap pada tempat letak gambar comel yang berbentuk pasu dan di bucunya tiang bunga itu ada pengepit untuk memegang kepingan gambar. Entah kekuatan apa yang membuatkan tangannya berani menyentuh gambar keluarga Dr. Haider pada pasu kecil itu.

Eh, macam ada banyak keping je gambar dekat pengepit ni. Jarinya di tolakkan untuk mengeluarkan kepingan gambar yang bersembunyi di belakang gambar itu.
Bagai terkena arus gegaran yang kecil melanda tangannya yang membuatkan dia menggeletar melihat gambar itu.

Itu adalah gambarnya ! gambar Nurjihan yang tersenyum saat berbual bersama Dr.Husni pada hari pembentangan projeknya di kolej. Gambar yang di ambil dari jarak jauh. Dia masih ingat warna baju yang di pakai pada hari tersebut.

Sejak bila Dr. Haider suka menyimpan gambar anak muridnya ? Kenapa gambar Hawa tak ada? ke sebab ... dia memang betul-betul suka dekat aku ? Selama ini dia mengabaikan kata-kata Hawa padanya tentang perilaku Dr.Haider terhadapnya itu adalah sesuatu yang berlainan. Maksud yang selama ini dia cuba tepis tetapi ia adalah benar.

"Comel kan dia?". Tegur Megat Haider dari arah belakang Karlisa.

Terjatuh kepingan gambar Nurjihan di lantai akibat terkejut dengan sapaan tiba-tiba dari Megat Haider itu. Namun pergerakkan tangannya terhenti bila Megat Haider terlebih dahulu mengutip gambar di lantai itu.

Dia menatap gambar itu lama dan tersenyum.

"Siapa tu, Adik you ke?" Tanya Karlisa berpura-pura menutup rasa gugup.

Megat Haider tergeleng suka.

"No, i kan anak bongsu dalam family. Ni student i. Jihan nama dia." matanya tidak lepas menatap gambar itu.

Seluruh tubuh di rasakan sejuk saat ini.

"Ouh i see. Dia special ke pada you ?" Tanya Karlisa.

"Yes, she is. Actually, for your information..setiap kali i terjumpa dengan you i akan selalu ingat dia."

Karlisa tergamam. Takkan la penyamarannya ini tidak dapat mengaburi mata Megat Haider?

"Wh...why?"
Tersekat-sekat suara Karlisa bertanya bila mendengarkan apa yang di katakan oleh Megat Haider tadi.

"Hmm, telinga i ni memang tak silap la..suara you sama dengan suara dia. Kebetulan yang kelakar kan?."

Gambar itu kembali di selitkan pada pengepit di pasu bunga itu oleh Megat Haider.

Bukanlah suatu kebetulan..tapi ...memang Karlisa dan Nurjihan adalah orang yang sama !

Rasa sengal menjalar di seluruh tulang sendinya saat ini.

p/s ; sabar ye pada yang meneka .. jawapan ada pada next chapter esok :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience