BAB 6 - NOTA ATAS KERTAS 1

Mystery & Detective Completed 8363

Cikgu John menelefon kawannya, Rudy untuk bertanya tentang buku yang
dicatat olehnya ketika lawatan kelas 20 tahun yang lalu. Lokasi buku itu
berada di perpustakaan lama yang berada di atas lorong.
"Baiklah selepas tamat sesi pembelajaran sekolah nanti kita jumpa
disini" kata cikgu John.

************
Selepas tamat sesi pembelajaran sekolah, Han dan Rin pergi ke
perpustakaan seperti yang dijanjikan. Dalam perjalanan ke perpustakaan,
Han dan Rin terserempak dengan Harry dan Hendry.
"Kamu berdua nak ke mana?" tanya Harry.
"Eee.. "
"Kami ikut" kata Harry
"Eeemm.."
"Baiklah kami ikut" kata Hendry.
"Eemm.. Ya la" kata Han.
"Bodoh" kata Rin kepada Han.

Mereka semua ke perpustakaan. Sampai di perpustakaan,
"Kenapa ramai ni?" tanya cikgu John.
"Maaflah cikgu, mereka nak ikut juga" kata Han.
"Tak mengapalah, makin ramai, makin mudah" kata cikgu John.
"Emm.. Apa sebenarnya yang cikgu nak buat?" tanya Harry.
"Kami cuba cari cara nak hentikan malapetaka lorong itu" kata Han.
"Kami merancang untuk mencari sebuah buku yang dicatat oleh kawan cikgu
iaitu Rudy. Rudy mencatat malapetaka yang berlaku pada 20 tahun yang
lepas. Mungkin kita boleh jumpa sesuatu di dalam buku itu, untuk
menghentikan malapetaka ini" kata Han.
"Bagaimana rupa buku tu?" tanya Harry.
"Buku tu tertulis 'Diari Lama' " kata cikgu John.
"Di mana buku tu?" tanya Hendry.
"Di perpustakaan lama" jawab Rin.
"Apa? Di atas lorong tu?" terkejut Harry.
"Ya"
"Dah! Mari kita pergi" arah cikgu John.

Mereka bergerak ke perpustakaan lama tu. Sampai saja di perpustakaan itu.
"Baiklah kita dah sampai" kata Han sambil membuka pintu yang tidak
berkunci itu.
Perpustakaan lama itu penuh dengan kotak yang yang tidak terpakai dan
rak-rak buku yang yang terbalik.
"Tempat ni macam dilanda taufan la" kata Harry.
"Cepat cari!" arah cikgu John.
Mereka buku yang tertulis 'Diari Lama'. Han mencari di kawasan yang
penuh dengan kotak yang berhabuk, Rin mencari di kawasan rak-rak buku,
Hendry dan Harry mencari di dalam almari manakala cikgu John mencari di
kawasan kotak-kotak.
Setelah lama mencari, akhirnya pencarian mereka terhenti dengan penat.
"Kita sudah cari di semua tempat tapi tidak jumpa juga" kata cikgu John.
"Tidak semua, di almari sana" kata Rin sambil sambil menunjukkan jarinya
ke arah almari.
Han segera ke almari tersebut dan membukanya. Didapati terdapat sebuah
buku di dalam almari tersebut. Han mengambil buku tersebut dan melihat
bersama-sama yang lain.
"Inilah buku tersebut" kata cikgu John.
Mereka semua kembali ke perpustakaan.
"Baiklah saya buka" kata Han.

************
Sesiapa yang menjumpai buku ini, tahniah dan terima kasih. Saya Rudy
dari kelas 4 Biruni telah mencatat semua kejadian malapetaka yang terjadi
pada tahun ini, 1980. Saya telah letakkan buku ini di almari di dalam
perpustakaan. Saya akan beritahu pada permulaan malapetaka itu terjadi
sehinggalah pengakhirannya iaitu 1 April hingga 1 Ogos.

1 April 1980
Kejadian pada tarikh ini berlaku di sekolah. Ketika itu, Riko yang
merupakan pelajar dari kelas hilang sewaktu rehat tengahari. Selepas itu
dia dijumpai tergantung di lorong bawah tanah di bangunan ketiga. Polis
tidak dapat membuat kesimpulan tentang kejadian itu, sama ada di bunuh
atau bunuh diri. Tiada kesan tapak kaki atau cap jari sesiapa pun di
tempat kejadian termasuklah tapak kaki dan cap jari mangsa. Itu
merupakan kejadian yang pertama.

15 April 1980
Kejadian yang berlaku pada tarikh ini ialah kejadian kehilangan seorang
pelajar lelaki yang bernama Lee. Lee dilaporkan hilang di bangunan
ketiga sekolah dan tidak ditemui.

30 April 1980-
Kejadian yang berlaku di tarikh ini ialah kematian dua orang pelajar
lelaki dalam satu kemalangan. Kemalangan yang tidak dijangka. Mereka
berdua mati dihempap almari. Tetapi mereka hilang di bawah almari dan
ditemui di lorong itu.

Itu merupakan kejadian yang berlaku di bulan April. 3 orang yang mati
dan 1 orang hilang.
***
Ini merupakan kejadian yang berlaku pada bulan May. Semakin melonjak
tahun, semakin ramai orang yang akan mati, termasuklah orang yang
dikenali oleh pelajar kelas 4 Biruni yang akan mati. Ini merupakan hasil
penyelidikan saya sendiri.

14 May 1980
Ada sesuatu yang pelik berlaku. Riko yang merupakan mangsa pertama
ditemui di dalam kelas. Saya rasa hanya saya yang dapat nampak dan tahu
perkara itu. Saya cuba menegur Riko sewaktu ketiadaan orang di dalam
kelas. Riko cuba memberitahu saya sesuatu tetapi tidak jelas. Perkataan
yang saya sempat dengar sebelum dia hilang ialah "Aku akan terus
menghan....".

17 May 1980
Elfin ditemui mati ditikam di lorong itu. Dia mati ditikam di dada.
Polis juga tidak dapat membuat kesimpulan tentang kejadian itu.

20 May 1980
Saya memberanikan diri untuk ke lorong itu. Setelah saya sampai di
lorong tersebut. Saya cuba melangkah masuk, tetapi ada sesuatu yang cuba
menghalang saya dengan menarik baju saya. Apabila saya toleh ke
belakang, tiada sesiapa. Saya cuba lagi untuk masuk, tetapi dihalang.
Kali ini mangsa yang sudah mati menghalang saya dan terus hilang. Saya
tertanya-tanya kenapa dia menghalang?

21 May 1980
Pada tarikh ini cikgu yang mengajar kami, mati dengan sangat tragik di
lorong itu. Kepalanya putus, badannya terbelah, kakinya putus dan
tangannya hilang. Siapa punya angkara? Siapa yang sanggup berbuat demikian?

28 May 1980
Pada tarikh ini terjadinya peristiwa yang pelik yang tidak dapat saya
lupakan. Pada rehat tengahari, dalam perjalanan ke perpustakaan saya
bertemu dengan Zen yang merupakan seorang pelajar dari kelas saya. Zen
pada masa itu sedang membawa buku yang dipinjam dari perpustakaan untuk
dibaca. Apabila ditanya, memang dia ingin membaca buku itu. Setahu saya
dia tidak suka membaca buku dari perpustakaan.Saya memberitahu dia
bahawa dia tidak suka membaca buku, tapi dia menjawab, dia tidak suka
akan bunga. Selepas ke perpustakaan saya sekali lagi bertemu dengan Zen.
Dia tidak membawa apa-apa sebaliknya. Apabila saya bertanya tentang buku
tadi, dia menjawab dia tidak membawa apa-apa buku pun tadi. Saya
bertanya lagi dia hendak kemana, dia menjawab dia hendak ke taman untuk
melihat bunga. Dia kata tadi, dia tidak suka bunga dan sukakan buku.
Sampai di dalam, saya dapati hanya Zen yang ada dan yang lain sudah ke
kelas seni. Saya tahu dia memang sukakan lukisan dan apabila saya
bertanya kepadanya dia sangat tidak sukakan lukisan.
Saya ke kelas seni dan didapati kelas seni sudah kecoh dengan
kehilangan Zen. Saya memberitahu mereka, bahawa Zen berada di dalam
kelas. Apabila ke kelas, didapati Zen tiada. Selepas itu, Zen dijumpai
mati ditikam di lorong itu. Petangnya dokter mengesahkan bahawa Zen
sudah mati sejak pagi lagi. Persoalannya siapa tiga orang yang saya
jumpa tengahari tadi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience