empat puluh tujuh

Romance Series 207093

"Yah! Hmm....!" tubuh dijatuhkan ke atas katil sambil menggeliat puas. Terguling-guling dia di atas katil, suka sambil memeluk bantal panjang.

Tudung sudah dibuka awal-awal tadi beserta beberapa butang baju atasnya. Khalish yang menarik bagasi mereka ke dalam bilik persalinan diperhati sambil menelentang.

"Sayang.. pergi mandi dulu." arah Khalish selepas itu. Jam tangan dan tali pinggangnya dibuka di hadapan cermin meja solek.

"Okay. Tapi.. abang mandi sekali ek? Jom." ajaknya manja. Tubuh pantas duduk tegak sambil menayangkan senyuman comelnya pada si suami.

"Hmmm.. Cepatlah." Khalish hanya mengikut saja. Alang-alang itu dapatlah juga dia bermanja dengan Shira.

Tersenyum gembira si isteri mendengar bicara Khalish. Sanggul di kepala dibuka.

"Yes! Thank you abang!" teruja dia bertutur. Pandangannya dibuang ke luar. Sudah lama dia teringin mahu ke sana.

Sesuatu dari tadi lagi menarik perhatiannya semenjak menjejakkan kaki ke dalam suite itu. Tak sabar!

Khalish pula membuka baju dan singletnya. Tiba-tiba..

DUSH!

Tubuh pantas ditoleh apabila mendengar percikan air yang agak kuat dari arah luar.

"Shirahani!" kabut saja dia berlari keluar apabila melihat Shira sudah tenggelam di dalam kolam.

Tak berfikir panjang, lelaki itu pantas saja mendapatkan Shira di dalam kolam. Wanita itu terus ditariknya ke tebing dan diangkat ke atas.

"Nak mati ke ha? Ish!" rengusnya kasar. Kedua pipi Shira dipegang. Membelek wajah kesayangannya itu.

"Ab-abang.. Shira okay je." ujar wanita itu pelik. Tangan Khalish yang sibuk membelek wajah dan tubuhnya cuba dipegang.

"No! You're not okay. Biar abang tengok." perbuatan Khalish hanya dibiarkan Shira. Penat mahu berbalah.

Musykil juga dia tapi...

Senyuman Shira mula tersungging di ulas bibirnya sambil memerhati kelakuan Khalish. Risau sangat!

"Betul ni okay? Tak- tak sesak nafas? Sejuk? Ke.. ade sakit mana-mana lagi? Hmmm?" rambut panjang Shira dielusnya ke belakang telinga.

"Bang.. Kan Shira kata Shira okay.. Kenapa abang risau sangat ni?" Shira memegang tangan Khalish yang setia mengusap rahangnya, lembut.

"I thought you drowned darl.." berkerut wajah Khalish tapi langsung tak menunjukkan riak.

Tubuh Shira dibawanya ke dalam pelukan. Debaran dada bidang yang bersatu dengannya itu dapat Shira rasai.

"Abang sayang Shira ye?" sengaja dia bertanya manja sambil mengelus belakang kepala Khalish lembut.

"Mestilah abang sayang.. sayang sangat." balasnya perlahan.

'Alahai.. sianlah pulak laki Schizo aku ni.' rasa bersalah pula Shira.

Sebenarnya dia sengaja mahu menarik perhatian Khalish dengan berpura-pura tenggelam, tak sangka pula lelaki itu terlalu risau sampaikan begini. Haish.

"Sorry bang.. Shira tak berniat pun nak bagi abang risau. Sorry ye?" wajah beku Khalish ditatapnya dengan wajah sayu, mengharapkan kemaafan.

"Haih.. yela. Tapi.. Shira pandai berenang ke?" tanyanya pula. Ingin tahu.

Menerima gelengan dari Shira, Khalish merengus kasar.

"Then? Kalau tak pandai tak payahlah mandi kolam, mandi dalam tub je. Bahaya." ujar Khalish tak puas hati dengan perangai Shira yang dia rasakan bagai sengaja cuba menyakitkan diri sendiri.

"Abang.. Kolam tu paras dagu Shira je. Shira mampu je lagi.." terkebil-kebil matanya memujuk. Kedua tangan diletakkan di atas kedua bahu Khalish, manja.

"No! I'm not allow you to do so." balas Khalish emo. Sedikit kasar.

Tersentak Shira mendengarnya. Terasa.

Kepala ditundukkan tak mahu Khalish melihat matanya yang dirasakan mula memanas.

'Jangan menangis.. jangan menangis Shira.. abang tak sengaja.' desis hatinya menenangkan diri.

Melihatkan pelakuan diam Shira, buatkan Khalish dibelenggu rasa bersalah. Dia mengeluh berat sambil memerhati langit yang sedikit mendung.

"I'm sorry.. Abang cuma risau. Sayang faham kan?" suara lembut Khalish menyapa pendengarannya.

Dagu wanita itu cuba diangkatnya beberapa kali tetapi Shira masih tak mahu. Menunduk ke dadanya, mendiamkan diri.

"Yang.." panggilannya langsung tak bersahut malah tangan Shira naik pula mengesat matanya bagai anak kecil.

Haish.

"Fine. Jom mandi hmm? Sayang nak mandi kolam kan? Let's go." tubuh Shira dicempungnya sebelum masuk ke dalam air semula.

Shira yang mula ditenggelami air separas dagunya itu diampu Khalish di dalam air agar ditinggikan kedudukan si isteri hingga separas dada.

Wajah cemberut tadi mula berubah teruja setelah masuk ke dalam kolam.

"I can teach you how to swim.. macam mana?" ajak Khalish dingin. Sesekali pipi Shira dikucupnya geram.

"Betul ke? Nak! Boleh boleh." senyuman Shira melegakan gundah hatinya tadi. Teruja saja wanita itu mengangguk.

Dahi mereka disatukan Khalish sebentar sebelum mengucup batang hidung Shira sekilas.

"Jom start.." baru saja Shira hendak diturunkannya, wanita itu bersuara.

"Abang akan duduk dengan Shira sepanjang hari kan?" tanyanya ingin tahu. Sedikit gusar.

Sengaja tangan pada leher Khalish tak dia lepaskan, tubuhnya dibiarkan terus diampu si suami.

"Just for today.. esok pagi ada meeting." tutur Khalish sebelum mengeluh perlahan.

"Lagi? Schedule abang macam mana?" Shira bertanya lagi.

"Tengahari abang ada lunch dengan pihak penganjur." jawab Khalish perlahan. Terfikir juga dia akan kesibukannya ke mari.

Bagaimana dengan Shira nanti? Mahu dibiarkan seorang diri? No no no... It won't be happen.

"So..bila abang ada masa dengan Shira?" tanyanya manja. Bibir sengaja dimuncungkan comel.

"After 2pm. Malam esok ikut abang pergi event. Ada perasmian projek." tutur Khalish lagi menggamit senyuman Shira.

"Okay! Shira tak kisah.. asalkan abang still ada masa untuk Shira. So sekarang.. jom mandi!" sengaja dia meloncat kecil sambil memeluk erat tubuh Khalish, mahu bermanja.

Suka sangat dia apabila lelaki itu sepertinya amat menyayanginya. Walaupun Khalish tiada ekspresi gembira, namun Shira yakin perasaan mereka serupa. Dia dapat rasakannya.

~~~~~~~~~~~~~

"Bodoh. Asal kau lambat sial?" kasar tutur si gadis apabila lelaki itu duduk di hadapannya.

Sudah hampir sejam dia menunggu kedatangan lelaki itu di restoran tersebut. Hampir habis sebotol wain diminumnya seorang diri.

"Kau jangan nak menyalak dekat aku boleh tak, anjing? Kecoh la." Si lelaki hanya berlagak selamba.

Pelayan dipanggil dan dipesan minumannya.

"Macam mana aku tak kecoh kalau kau lembab macam siput babi ha?" bengang saja tutur si gadis itu.

"Macamlah aku peduli.." jeling si lelaki.

"Now, listen carefully. I want to make it clear, Aku dah tak ada masa nak layan dengan perangai slow kau. Diorang dah ade dekat sini. Jadi sekarang.. aku akan amik alih, dan kalau berjaya, its up to you untuk buat apapun pada si Khalish tu. Aku tak nak dia. Faham?" jelasnya panjang lebar.

"Hmm.. faham. Tapi.. kau nak buat apa dekat perempuan tu Yen?" tanya dia pula.

"Nak buat apa? Hahaha.. you don't have to know Shura.. aku tahulah apa nak buat dengan sayang aku tu. Haih.."

Tersenyum senang Darien seorang diri bagai orang hilang akal apabila memikirkan perkara yang bakal terjadi nanti.

Ya. Tak lama lagi.

"Hmm.. yela. Jangan tak jadi pulak. Kalau tak susah-susah je aku dapatkan maklumat hotel diorang dari Sidiq tu. Bukan senang tahu tak?" ujar Shura lagi.

"Aku tahu la.. the problem now is that shit. Jantan tu asyik melekat je dekat perempuan aku.. memang cari nahas!" gumam Darien kegeraman.

"Kau jangan apa-apakan abang Khalish. Kalau kau buat apa-apa pada dia.. aku akan pastikan semua rahsia kau terbongkar.. kau faham?" Shura memberi amaran pula.

"Huh. Kau pun sama.. cubalah beritahu sesiapa dan aku pun akan pastikan rahsia kau terbongkar Shura.. atau patut ke aku panggil kau.. SLUT?" ketawa sinis Darien menyakitkan hati Shura.

"Shut up!" bentaknya keras, menggemakan lagi ketawa Darien.

*c ya nxt strdy. tq fr kp rdg

Share this novel

Norita Yahya
2020-10-03 04:35:16 

lmtnya update..huhuhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience