Bab 9

Romance Completed 13383

Bab 9

Belum sempat Faizal menghabiskan kata-katanya,Limtelah memotong.

“Apa maksud kau ni.Boleh tak kau terus terang saja.Jangan nak berbelit-belit. Aku dah pening memikirkan masalah aku,jangan kau nak menambah pula masalah aku.”

Faizal hanya menggelengkan kepala.

“Untuk pengetahuan kau,buah hati kesayangan kau ,apa nama……… ha Susanti. Dia sebenarnya hanya nak mempergunakan kau saja.Aku rasa lebih baik kau lupakan dia. Aliana lebih penting berbanding dengan dia.Aku ……….” Lim berasa marah dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Faizal terhadap Susanti.

“Apa yang kau cakap ni?Aku tak percaya.Susanti tak akan curang dengan aku.Dia cinta aku dan aku pun cinta dia.Aku rasa kau cemburu melihat aku bahagia dengan dia kan ?sebenarnya kau suka dia kan ?Cakap….. kenapa diam.’’ Lim tidak dapat mengawal kemarahannya lagi. Faizal yang terkejut dengan sikap Lim hanya menggelengkan kepala.Dia harus menerangkan perkara yang sebenar dan akan menceritakan apa yang dia lihat pada malam itu supaya Lim dapat menilai yang mana kaca dan yang mana permata.Dia tidak mahu rumahtangga kawannya itu hancur gara-gara perempuan indonesia itu.

‘’Untuk apa aku nak cemburu pada kau.Kau pun tahu yang aku sudah pun bertunang dan akan kahwin hujung bulan ni.Klau kau tak percaya,ini kad kahwin aku.Aku jemput kau dan Aliana sahaja datang. Aku tak mahu kau bawa perempuan tu.

Baiklah,aku akan cerita perkara sebenar dan kau fikirkan lah. Pada malam minggu yang lalu, aku bersama tunang aku pergi ke restoran yang selalu kita pergi bersama. Aku ternampak Susanti bersama lelaki lain.Cara mereka seperti sepasang kekasih yang kemaruk bercinta.lelaki itu pun boleh tahan.Kalau kau nak tahu lelaki itu adalah mat saleh.Tak kan abang kandung dia?Aku dengan tunang aku mengekori mereka.Aku nak tahu kemana mereka pergi selepas tu.Kau nak tahu kemana mereka pergi?Mat saleh tu bawa dia kesebuah hotel lima bintang.Cuba kau fikir kalau dah sampai bawa kehotel apa makna dia?Cuba kau beritahu aku…Pda mulanya aku malas hendak beritahu pada kau sebab aku kenal siapa kau. Kau tak akan percaya apa yang aku kata tapi atas desakkan dari tunang aku,aku terpaksa juga beritahu. Tunang aku pun kerap jumpa Susnti bersama-sama lelaki yang berlainan dan hotel itulah yang kerap dia kunjungi.”

Selesai sahaja berkata,Faizal bangun untuk meminta diri.Lim terkedu mendengar penerangan dari Faizal. Hatinya mula tidak sedap dan dia akan menyiasat akan perkara itu.Tiba-tiba telefonnya berdering dan tertera nama Susanti diskrin.Melihat sahaja nama itu,perasaan marah membuak kembali tetapi dia harus mengawal kemarahannya supaya Susanti tidak mensyaki apa-apa. Malam itu,dia terpaksa menolak ajakkan Susanti untuk bertemu dengannya dengan alasan dia terlalu penat memandangkan dia terlalu sibuk dan berjanji akan berjumpa hari minggu itu.

Selesai sahaja kerja dipejabat,dia terus pulang kerumah.Tiba di rumah, kelihatan Aliana sudah tiba lebih awal darinya.Aliana yang terkejut melihat kepulangan suaminya tetap menyambut dengan senyuman walaupun didalam hatinya berasa hairan dengan kepulangan yang terlalu awal. Sementara Lim melepaskan penat diruang tamu,dia pergi membuatkan air untuk suaminya walaupun ketika itu dia pun berasa penat kerana baru pulang dari kerja.

“Malam ni,abang nak makan apa ?Boleh Liana masakkan.Lagipun dah lama kita tak makan bersama-sama.’’ Lim hanya memandang isterinya sahaja.Sementara Aliana berasa gementar dengan renungan suaminya bagai hendak singa menunggu masa sahaja hendak menikam mangsanya.Aku salah cakap ke.Gerutu Aliana didalam hati.

“Abang tak ada selera malam ni.Liana makan sorang saja.Lagipun abang nak keluar sekejap lagi ada kerja dengan Faizal.” Lim terus bangun dan masuk kebilik. Aliana termanggu seorang diri.Dia berasa hairan dengan sikap Lim.Sebelum ini,walau macam mana sekali pun,suaminya tidak pernah bersikap dingin dengannya.Semenjak dia mengenali, suaminya seorang yang lemah lembut,bertanggungjawab dan hormat menghormati dan seorang yang periang.Tetapi akhir-akhir ini, suaminya telah berubah sikap dan menjadi seorang yang panas baran.Baru-baru ini,seumur hidupnya dia tidak pernah ditampar oleh sesiapa tetapi suaminya orang pertama yang menamparnya. Sampai sekarang dia tidak dapat melupakan peristiwa itu dan masih lagi terasa sakit di pipinya.

Sudah lebih sejam mereka berada didalam kereta.Orang yang ditunggu-tunggu tidak juga muncul.Lim sudah berasa jemu dan menganggap Faizal hanya membuat cerita untuk memburukkan Susanti. Tetapi bila memikirkan kembali, kalau Faizal hendak mereka cerita,kenapa dia sanggup ikut aku kemari?Ah,tunggulah sekejap lagi,mungkin akan muncul juga. Tiba-tiba Faizal menunjukkan kearah sepasang kekasih yang sedang berpelukkan. Sebaik sahaja dia memandang,darahnya tersirap naik. Dia tidak menyangka yang Susanti sanggup curang dibelakangnya.

“Dasar perempuan murahan.”Bentak Lim didalam kereta.Dia menumbuk dashboard.Faizal menenangkan Lim.

“Kalau ikutkan hati aku yang tengah panas ni,aku pergi sana dan rasa nak bagi penumbuk pada jantan tu dan betina tu aku hadiahkan penampar.”

“Sabar Lim.Ini bukan jalan penyesaian yang terbaik.Aku rasa lebih baik kau jangan lagi berhubung dengan dia.Itu jalan terbaik sekali.” Faizal tidak sanggup lagi melihat Limdalam keadaan marah lalu mengajak pulang sahaja. Setelah menghantar Faizal pulang kerumah,Lim tidak terus pulang tetapi sebaliknya dia pergi ketempat yang selalu dikunjungi untuk menenangkan fikiran. Byang-bayang Susanti berpeluk mesra dengan lelaki mat saleh masih terbayang diruang matanya. Dia mengaku,dia pernah terlanjur bersama dengan Susanti.Dia teringat kembali peristiwa itu. Lagak Susanti seperti sudah biasa melakukan adengan ranjang.Susanti langsung tidak nampak kekok sekali.Ini menunjukkan memang sudah lama Susanti melakukan kegiatan ini.Dia merasa diperbodohkan oleh Susanti.Dia terlalu percayakan perempuan itu sehingga permata yang berada didepan matanya,diabaikan . Dia merasa bersalah terhadap isterinya. Sejak kebelakangan ini memang dia bersifat dingin sekali dengan Aliana.

Ketika dia tiba dirumahnya,jamsudah menunjukkan keangka dua pagi. Badannya terasa letih sekali lalu dia terus menuju kebilik tidur.Dia melihat Aliana sudah pun terlelap.Apabila dia memandang wajah Aliana,hatinya terasa tenang dan nyaman. Wajah isterinya kelihatan tenang sekali. “Maafkan abang sayang kerana abaikan sayang selama ini.Bukan niat abang untuk abaikan sayang tetapi abang kenapa abang boleh merasa dingin terhadap ayang.Abang berjanji tidak akan abaikan ayang lagi.Maafkan abang lagi sekali.” Lim terus mencium dahi isterinya dengan perlahan.Dia takut atas tindakkannya itu akan menyebabkan Aliana terjaga dari tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience