Aku meraup muka. Aduh,semua macam tak boleh pakai jer! Seorang tergedik-gedik. Seorang lagi kolot sangat la pulak!
Aku memicit kepala aku yang pening. Kenapalah, Kak Zahra cuti bersalin pulak! Serius,aku dah penat nak cari pengganti Kak Zahra. Aku dah hampir putus asa!
''Relax,bro. Mana semangat kau nak cari pengganti Kak Zahra tadi?'' soal Adam kepada aku.
''Entahlah, Dam. Aku dah penatlah,wei! Kalau tak ada sorang pun yang layak macam mana!'' balas aku.
''Cuba kau tengok fail resume seorang ni. Aku rasa macam menarik jer. Dia belajar engineering tapi dia apply kerja ni.'' ujar Adam. Seraya itu, dia menghulurkan kepada aku fail tersebut.
Kata kata dia bagai menarik perhatian aku. Lantas, aku sambut fail tersebut.
Fail itu aku buka perlahan. Satu demi satu, aku dan Adam meneliti maklumat di dalam fail itu. Baru sahaja, aku ingin memberikan pendapat aku kepada Adam.
Seseorang berdehem perlahan. Baru aku sedar, tuan empunya badan tidak fail itu berada dihadapan aku sekarang.
Aku menoleh ke hadapan untuk melihat muka pemilik resume yang menarik ni.
Macam tak percaya, yang orang itu ialah Anis Raihanna!
''Kau?! '' soal aku kepada dia.
Serentak, kami berdua menyatakan perkara yang sama.
Adam di sebelah tercengang cengang melihat kami.
'Dalam banyak banyak syarikat, syarikat ini jugak eh kau mintak Hana!' getus hati aku.
Aku tersenyum nakal. Idea!
??????
Aduh, memang menempah maut betul ni! Aku tak pernah lupa apa yang dia buat pada aku hari tu. Masih segar dalam ingatan tau!
Aku melihat dia melemparkan senyuman sinis. Aku terus berpeluk tubuh sambil menjulingkan mata aku ke atas.
''Ini syarikat kau, eh? Not bad.. '' kata aku selamba. Aku mengerling susun atur bilik lelaki ini.
Memang tak dia nafikan bahawa syarikat Afiq Raihan merupakan salah satu syarikat ternama di KL. Kerana Itulah dia memohon pekerjaan di situ.
Tapi, malang tidak berbau. Kalau dia tahu ini syarikat milik Afiq Raihan, memang tak la dia nak mintak kerja disitu!
''Ini syarikat papa aku lah, minah! '' balas Afiq Raihan menjelaskan
'Oh, ni syarikat Pak Ngah! ' gumam aku perlahan. Aku terangguk angguk tanda faham maksud lelaki tu.
''Kau tahu tak temuduga ni untuk apa, Hah, minah! ''balas Afiq Raihan lagi. Tapi kali ini,nadanya berubah lebih kepada memerli. Riak mukanya jelas menunjukkan dia mempunyai niat yang lain.
''Aku tahulah, pak cik! '' balas aku dengan nada yang lebih tinggi.
Takutlah, kalau lelaki di depannya ni pekak!
Afiq Raihan tersenyum sinis. Aku tahu mesti ada udang di sebalik Batu ni. Bukan tak tahu dengan perangai ngek ngok lelaki ni. Eh, ni Anis Raihanna lah!
''Jadi, kau nak kerja dengan aku lah ni. ''balas Afiq Raihan selamba. Keningnya siap diangkat sedikit. Pikir hensem la tu! Eh, tunang aku yang hensem lagi eh!
''Kalau aku tahu ni syarikat Pak Ngah, memang tak la aku nak kerja kat sini tahu tak! ''terang aku panjang lebar.
Bukan apa, takut mamat ni pikir aku saja nak kerja dengan dia.Tak hingin aku! Kalau duduk serumah pun tak sudi, apatah lagi kerja hari hari!
''Tapi, kau nak tak kerja dengan aku? Aku terima jer kau.Anggaplah sebagai permohonan maaf aku pasal hari tu. ''pujuk Afiq Raihan. Nada dia jelas menunjukkan yang dia ikhlas.
'Tak salah kan kalau aku terima.Dah sebulan aku menganggur,peluang depan mata kan.' getus hati aku.
Aku mulanya teragak agak nak terima tetapi bak kata orang,rezeki jangan ditolak!
''Ok, aku terima permohonan maaf kau ni. So,bila aku boleh start kerja?'' soal aku inginkan kepastian. Kalau lebih cepat,lebih bagus! Aku memang dah teruja ni.
''Esok kau dah boleh mula,jangan lambat! Kalau tak, aku potong gaji kau!'' pesan Afiq Raihan.
Aku berlalu pergi meninggalkan dia sendirian. Akhirnya,aku dapat kerja ni! Buat penat jer aku susah susah.
Ibu, Anis dah dapat kerja!
???
''So,macam mana kau dapat tak kerja tu, Anis?'' soal Aira kepada aku.
''Alhamdulilah,dapat wei! Serius aku tengah happy gila ni!'' ujar aku teruja.
''Macam mana interview tu sampai kau boleh dapat kerja tu? Bukan kau apply kerja yang luar bidang kau ke? Ceritalah wei!'' soal Aira bertubi tubi membuatkan aku teringat kejadian tadi.
''Aah, baru aku teringat aku kena kerja dengan Afiq Ngok Ngek tu esok.''omel aku perlahan.
''Cerita dia macam ni ~'' cerita aku panjang lebar menerangkan.
''Oh,kiranya kau boleh mintak cuti sesuka hati kau jelah,eh? Yelah, boss kau kan sepupu kau'' soal Aira yakin.
''Tak adanya..tu syarikat bapak sedara aku bukan bapak aku.Kau ni!'' bidas aku menafikan.
Baru saja, Aira mahu bersuara.Telefon aku berbunyi. Lantas,aku mengangkat panggilan tersebut.
Terpapar nama ibu di skrin telefon.
''Hello,assalamualaikum. Anak ibu sihat? Macam mana dengan temudugaa tu?'' soal ibu lembut.
Ya Allah, rindunyaa aku kat ibu!
''Waalaikumusalam, Anis sihat ibu.Anis dapat kerja tu bu!'' ujar aku berterus terang.
Tidak sabar aku mahu berkongsi berita gembira ni pada ibu!
''Alhamdulilah, nanti ucap terima kasih pada bos kamu sebab terima kamu.'' kata ibu.
''Erk, sebenarnya bu. Bos Anis tu Afiq, anak Pak Ngah.'' ujar aku berterus terang lagi.
Serius, walaupun kenyataan yang dia bekerja untuk Afiq Raihan sukar untuk diterima tapi dia sanggup demi impiannya yang satu tu tercapai!
''Baguslah, macam tu! Senang dia tengokkan kamu nanti kat sana.Nanti, ibu bagitau Pak Ngah yer.'' ujar Puan Aimi lagi.
Lega rasa hatinya yang anaknya selamat bersama anak sedaranya selama berjauhan dengannya.
''Yelah,ibu. Ada apa apa lagi, nis ada kerja sikit ni.'' kata aku.Maklumlah, nak bersiap sedia untuk bekerja esok hari!
''Ha, jangan lupa bagitau tunang kamu! Kesian dia tunggu khabar daripada kamu.'' ujar Puan Aimi.
Sejujurnya, dia berharap Anis akan memaklumkan aktivitinya kepada tunangnya. Tak ada lah tunangnya tu tertanya tanya khabar berita anak perempuannya ni.
Kata kata ibu mengingatkan aku kepada tunang aku, Haiqal Iskandar. Dah lama juga,dia tidak menghubungi tunangnya tu.
Kalau tak silap, lebih kurang beberapa hari yang lepas dia ada memberitahu tentang keberadaannya di KL untuk mencari kerja. Selepas itu,tiada lagi khabar berita darinya dan tunangnya.
''Oh, nanti Anis bagitahu Iskandar. Bye ibu! Sayang ibu! Muahh!'' ujar aku sebelum menamatkan panggilan.
Nombor Haiqal Iskandar aku dail.
''Hello.'' jawab Iskandar. Aku hanya tersenyum apabila mendengar suaranya.
''Awak ni saya, Anis.'' ujar aku kepada Haiqal Iskandar.
''Ye, saya tahu. Apa khabar tunang saya ni? Macam mana dapat tak kerja tu? Baru sekarang nak call saya ye." seloroh Haiqal Iskandar.
Aku tergelak kecil. Walaupun,aku baru kenal dia tapi aku selesa ada dengan dia. Aku menggangap dia macam abang aku sendiri memandangkan aku anak tunggal.
Aku tahu dia tunang aku tapi biarlah masa yang menentukan perasaan. Aku dah cuba sayang dia tapi entahlah aku sendiri tak pasti.
''Sorry lah awak, bukan saya sengaja tak call awak. Tapi, saya sibuk sikit prepare untuk interview tu. Btw, saya dapat kerja tu!'' terang aku panjang lebar menjelaskan bersama teruja.
''Saya gurau jer, alhamdulilah awak dapat kerja tu. Saya sentiasa doakan awak dimurahkan rezeki selalu.'' jawab Haiqal Iskandar tenang.
''Awak, saya kerja dengan sepupu saya yang saya cerita kat awak hari tu.'' terang aku lagi.
Aku tak nak dia salah faham tentang hubungan aku dengan Afiq Ngok Ngek tu!
''Oh,tak apalah. Saya tak cemburu pun lah. Saya percaya awak sepenuhnya,Anis Raihanna.'' ujar Haiqal Iskandar.
Sejujurnya, dia cemburu apabila mengetahui bahawa tunangnya tu bekerja dengan lelaki tempoh hari. Dia sendiri dah melihat kemesraan mereka berdua.
Dia sendiri turut merasakan yang hubungan mereka berdua lebih dari sekadar sepupu. Tetapi,dia hanya berdiam diri kerana dia percaya Anis Raihanna setia kepadanya.
Lega hati aku mendengar jawapan daripada Haiqal Iskandar. Aku takkan persiakan kepercayaan dia.
''Awak nanti kita sembang lagi boleh? Saya nak prepare untuk esok sebab saya dah start kerja'' ujar aku lemah lembut. Risau aku menyinggung perasaan dia!
''Goodluck dear.Assalamualaikum,sweet dream'' kata Haiqal Iskandar sebelum menamatkan panggilan.
Untunglah kau Anis! Dapat tunang yang memahami macam Haiqal Iskandar tu!
Aku tersenyum sendirian. Aku melangkah ke kamar tidur. Aira yang tadi berbual dengan aku terlebih dahulu masuk tidur apabila melihat aku bergayut di telefon.
Seraya itu,aku menyiapkan pakaian kerja aku untuk esok hari. Takut kelam kabut pulak esok pagi. Aku juga bercadang untuk bangun awal esok hari.
'Semoga esok aku mampu hadap Afiq Ngok Ngek tu sepanjang hari.' getus hati aku sebelum melelapkan mata.
??????
''Afiq, jom turun makan,mama dah siapkan.'' kata mama kepada aku sebelum pergi.
Aku hanya menurut. Lantas, aku melangkah menuju ke meja makan. Aku mengambil tempat berhadapan mama manakala papa berada di tengah meja.
Baru saja, aku ingin makan. Papa mula bersuara.
''Afiq, macam mana dah jumpa pengganti Kak Zahra?'' soal papa.
''Dah,papa.'' jawab aku ringkas. Aku menyambung niat aku untuk makan tadi.
Encik Zhafran hanya mengangguk. Puan Zulaikha pula hanya memerhatikan gelagat suami dan anaknya. Malas dia mahu menyampuk.
''Nanti kenalkan pada papa, nanti senang papa jumpa dia untuk tanya urusan kerja kamu.'' kata Encik Zhafran lagi.
Tersentak aku seketika. Nak bagitau papa ke tak nak pasal Anis. Hati aku berbelah bagi.
Akhirnya, aku putuskan untuk berterus terang saja.
''Papa dah kenal pun dia. Anis yang jadi pengganti Kak Zahra.'' kata aku ringkas.
'' Yeke, nanti ajaklah dia datang rumah. Boleh lah mama sembang dengan dia.'' kata mama tiba tiba. Suaranya juga jelas menunjukkan yang dia teruja.
Sejujurnya, dah lama juga adik perempuan aku, Afiqah, tak menziarahi kami sejak berumah tangga. Dia pula tinggal di Langkawi. Sejak itu, mama berasa sunyi.
Encik Zhafran tidak terkejut dia hanya menganguk.
''Insyaallah, nanti Fiq ajak dia ye,mama.'' kata aku. Aku cuba meyakinkan mama. Aku risau dia kecewa pula.
Entah, Hana nak datang ke tak pun aku tak tahu.
''Baguslah kalau macam tu.'' balas Puan Zulaikha lagi. Bibirnya mengukir senyuman.
Sebaik saja selesai makan aku meminta diri terlebih dahulu kepada mama dan papa. Kami bersalaman sebelum berpisah.
Aku menuju ke kamar tidur.Lantas, badan aku dihempaskan ke atas katil. Aku memejam mata buat seketika.
'Kau tunggu Hana, aku akan buat kau menyesal!' omel aku sendirian sebelum melelapkan mata.
Share this novel