Fazura cuba mengelak daripada memandang Farid Husin setelah keluar dari hotel, dia betul-betul malu dan marah selepas kejadian tadi, bagaimana lelaki itu boleh masuk ke dalam biliknya ketika tubuhnya tidak di baluti seutus benang
"Apa kata kita pergi makan dulu,"
Pinta Farid Husin sambil memandu keretanya
Fazura tidak membalas hanya memeluk tubuh sambil memerhati luar tingkap, wajahnya terlihat masam
Anak mata Farid Husin lantas menjeling ke arah Fazura hanya diam sejak tadi
"Lupakan jelah pasal tadi, aku pun tak minatlah nak tengok, tau tak,"
Fazura tetap diam lansung tidak menghiraukan Farid Husin
"Ngada betullah,"
Bisik Farid Husin
"Woii! bila aku cakap balaslah, lebih baik kau turun je, daripada macam tu,"
"Ye.. ,"
Jawab fazura
"Ye apa?,"
Fazura mengeluh berat
"Pergi makanlah,"
"Woi.. cuba pandang aku bila bercakap,"
Fazura lantas mengalih pandangannya memandang Farid Husin
"Panggil lah nama saya, encik farid, janganlah woi.. woi,"
Farid husin memandang seketika Fazura sebelum mengalih memandang ke depan
"Okaylah tu aku panggil kau woi, daripada aku panggil kau tu cleaner,"
Fazura menatap Farid Husin dengan tatapan geram
"panggil jelah apa-apa kat saya encik farid, saya tak kisah,"
Farid Husin tersengih sinis
"Kalau kau nak ada orang panggil kau dengan panggilan, sayang, baby, anja kau kenalah serahkan diri kau pada abang Fadil tercinta,"
"Kenapa pulak saya nak kena serahkan diri saya pada dia?,"
Tanya Fazura dengan nada geram
Farid Husin lantas mengalih memandang Fazura seketika
"Bukan ke kau dah jatuh hati dekat dia semalam, sampai makanan aku pun kau lupa, lahabau betul,"
Fazura diam tidak menjawab, dia tatap wajah farid Husin dengan perasaan geram
"Saya sedar saya nie cuma cleaner, tapi saya tetap ada maruah, walaupun saya panggil dia abang tak semestinya saya perlu serahkan diri saya pada dia,"
Farid Husin tergelak
"Kau, kalau cakap mesti tak pakai otak,"
Farid Husin mengalih pandangannya memandang Fazura dengan senyuman sinis bila keretanya berhenti ketika lampu isyarat bertukar merah
"Aku nie bos kau, mintak kau bungkuskan makanan, tapi kau lupakan bos kau, hanya semata-mata kau leka berbual dengan dia, cakap tak minat konon, puii,"
Fazura diam, tak mampu membalas kata-kata farid Husin kerana dia sedar memang itu kesalahannya terlalu asyik berbual dengan Fadil Fitri sehingga dia terlupa
"So bila aku fikir semasak-masaknya, aku rasa.. aku perlu bagi kau hadiah memandangkan kau dah jatuh cinta, hari isnin nanti, kau pergi naik ke tingkat 15, kau jadi cleaner untuk abang fadil kau yang tercinta tu selama seminggu, manalah tahu selama seminggu kat atas tu nanti, cinta akan berputik, mungkin kalau kau dah tergilakan abang fadil kau tu, tak mustahil kau akan serahkan tubuh kau yang tak seberapa tu.. kan,"
"Encik Farid, tolonglah jangan hina saya macam tu, saya juga ada maruah?,"
Farid Husin tergelak lagi
"Kalau perempuan yang berpendidikan pun boleh serahkan tubuh kat dia, inikan lagi kau, sekolah pun darjah enam, bodoh pulak tu, aku yakinlah kalau dia ajak kau buat dalam office pun, kau sangguplah, tak payahlah kau nak cakap kat aku pasal maruah-maruah,"
Fazura mengerut wajahnya cuba menahan dari meraung, saat itu hatinya betul-betul terhina dengan kata-kata Farid Husin, dia rasa ingin mengamuk, ingin memukul-mukul wajah lelaki di sebelahnya tapi semua itu hanya mampu dia bayangkan di benak fikirannya saja,
Farid Husin lantas memijak pedal minyak selepas lampu isyarat bertukar hijau kemudian bersiul-siul dengan riak wajah bersahajanya seakan-akan hatinya sudah puas selepas menghina wanita muda yang duduk di sebelahnya
***************
Selepas makan di sebuah restoran di Area ampang, Farid Husin terus sahaja membawa fazura pulang ke rumahnya di Ampang
"Kau duduk je sini kau tengok dan dengar kat skrin laptop nie, jangan sesekali kau sebut atau panggil aku, ingat tu,"
Tegas Farid Husin Setelah menaruh laptop di depan Fazura yang sedang duduk di atas toto
Fazura diam lansung tidak mengangguk atau pun menjawab
"Kenapa panas sangat bilik nie,"
Keluh Farid Husin sambil mengelap peluh di dahinya
"Mesti kau banyak dosakan,"
Katanya lagi sambil tersengih sinis memandang Fazura
"Dosa dia tu yang banyak, cakap orang,"
Bisik hati Fazura sambil menjeling Farid Husin sedang menapak keluar dari bilik
Tidak lama kemudian, farid Husin masuk ke dalam bilik sambil menolak portable Aircon, cable yang terseret lantas di tarik kemudian memasukkan plug di suis
"Lain kali cakaplah kalau panas, jangan senyap je, nanti hitam kulit kau tu, bagaikan di bakar api neraka"
Kata farid Husin mengoyang-goyang kepalanya sebelum tergelak-gelak sendiri
"Kau tu yang layak kena bakar dengan api Neraka"
Bisik Fazura lagi sambil mencebit bibirnya
Kursus Kahwin online berjalan dengan lancar, Farid Husin dan Fazura menghabiskan masa selama beberapa jam di bilik yang berasingan, setelah itu, farid Husin membawa Fazura ke sebuah hospital swasta untuk mengambil test Hiv
"Nanti hari isnin, pukul 10 pagi kau turun pergi lobi nanti ada orang bawa kau pergi mohon untuk dapatkan khimat wali hakim,"
Kata Farid Husin sambil memandu keretanya
"Encik farid tak ikut sekali ke?,"
Tanya Fazura pula
"Tentulah tak,"
Fazura menatap wajah farid Husin sedang memandu kereta
"Saya tak nak pergi ke tingkat 15,"
Kata Fazura sambil menatap tajam wajah Farid Husin
Farid Husin tersengih nipis
"Aku bos ke atau kau yang bos?,"
"Saya tak kira, saya tak nak pergi jugak,"
Kata Fazura lagi dengan wajah nekad
"Kalau aku dah cakap kau kena pergi, kau kena pergi, kau tak boleh lawan cakap aku"
Balas farid Husin sambil menjeling anak matanya ke arah fazura sedang menatap tajam padanya
"Saya tetap tak nak pergi,"
Fazura memeluk tubuh setelah mengalih pandangan di hadapan
"Kalau gitu berhenti jelah!,"
bentak Farid Husin tiba-tiba membuatkan kedua bahu Fazura terjongket kerana terkejut
Fazura mengetap giginya dengan perasaan marah sambil menjeling ke arah Farid Husin
****************
Hari ahad Fazura hanya menghabiskan masa di dalam bilik, dengan adanya Portable Aircon suhu di dalam bilik benar-benar menyegarkan tubuhnya, lebih-lebih lagi Farid Husin telah mengajarnya mengunakan laptop untuk menonton cerita-cerita dalam nexflix dan itu jugalah kali pertama dia menontonnya
Fazura bangun dari baringnya sambil menyarung tudung di kepalanya lalu keluar dari bilik setelah dia mendengar seseorang masuk ke dalam rumah, dia lantas menapak laju turun ke bawah kemudian melihat farid Husin di dapur membawa beberapa beg plastik di taruh di atas meja
"Kau ikut aku jap,"
Arah Farid Husin bila melihat Fazura berdiri di ruang tamu
Fazura mengangguk kepala kemudian mengikut farid Husin keluar dari rumah, wajahnya terpinga-pinga bila melihat farid Husin hanya berdiri di depan pintu sambil melihat skrin Telefon pintar
"Letak ibu jari kau kat tengah tu,"
Arah farid Husin kemudian memerhati Fazura meletakkan ibu jari di tengah kotak panel di tombol pintu
"Okay dah"
Farid Husin memandang fazura
"Nanti setiap kali kau masuk rumah nie, letak ibu jari kau, kat tengah kotak nie, atau tekan nombor ikut tahun yang kau lahir"
Dahi fazura bertaut
"Saya tak faham,"
Farid Husin mengeluh berat kemudian menunjuk cara-cara untuk membuka pintu rumah pada Fazura sebelum menunjuk cara membuka pintu pagar rumah
"Ambil remote nie simpan, jangan hilangkan, dan lagi satu, aku dah whatsapp alamat rumah nie kat handphone kau, tapi ingat jangan sesekali bagi alamat rumah nie pada sesiapa,"
"Kalau gitu kenapa encik farid bagi saya alamat rumah nie,"
Tanya Fazura dengan wajah bingung
Farid Husin mengeleng kepala sebelum memandang wajah Fazura
"Kalau aku sibuk, atau aku ada kerja kat luar, kau kenalah belajar balik sendiri, janganlah manja sangat, naik jelah grab atau teksi,"
Fazura mengangguk kepala
"Dah jom makan,"
Fazura berjalan di belakang Farid Husin menatap belakang lelaki itu, tinggi dan tegap,
"Encik Farid,"
Farid Husin lantas menoleh
"Tolonglah, Saya tak nak pergi ke tingkat 15,"
Rayu Fazura dengan wajah mengharap
"Berhenti jelah kalau tak nak,"
Balas Farid Husin dengan wajah bersahajanya
"Dah, jom makan,"
Fazura mengerut wajahnya, menunduk ketika berjalan di belakang Farid Husin
***************
Ke esokan harinya
Farid Husin segera keluar dari keretanya dengan wajah berang bila melihat kelibat Fazura tiada di depan halaman luar rumah, dia berdiri di luar pagar, memanjangkan lehernya untuk melihat jika wanita muda itu tertidur tempat yang sama
"Mana pulak pergi si Fazura nie?,"
bisik Farid Husin sambil menekan remote untuk membuka pagar rumah lalu menapak laju ke arah pintu
"Fazura!,"
pekik Farid Husin sambil melihat ke atas ketika berdiri di kaki tangga namun tiada respond dari atas
"Pagi-pagi buat aku marah,"
Kata farid Husin semakin berang kemudian menapak laju naik ke tingkat dua
Pintu bilik paling hujung segera di buka dengan kuat memandang dengan tatapan tajam ke arah susuk tubuh wanita muda sedang duduk di lantai
"Kau dah kenapa nie!?,"
Tanya Farid Husin dengan nada marah
Fazura sudah lengkap bertudung dan berseragam, hanya diam tidak menjawab
"Aku tanya kau, jawablah?,"
"Saya tak nak pergi ke tingkat 15,"
Jawab fazura dengan tatapan tajam
"Itu je alasan kau buat perangai macam nie?,'
Fazura mengangguk
"Ya.. saya tak nak ke pergi ke tingkat 15,"
Farid Husin mengeleng kepala panas pula hatinya bila melihat wajah fazura
"Kau nak aku seret kau cara paksa ke?,"
Kata Farid Husin bernada mengugut
"Seret jelah, saya tetap tak nak pergi,"
Jawab fazura kemudian mengigit bibirnya seakan bersedia di seret farid Husin
Farid Husin mengeluh perlahan sambil mengusap dahinya
"Kalau gitu kau berhenti jelah,"
Fazura segera berdiri dari duduknya sambil mengankat beg pekaiannya
"tolong hantar saya ke stesen bas, saya nak balik kampung,"
"Ha..?,"
Wajah Farid Husin tergamam bila mendengar pemintaan fazura, hatinya mula bimbang di saat yang sama otaknya ligat mencari cara untuk menakut-nakutkan Fazura
"Kau tak takut kena tangkap nanti?,"
"Saya dah tak kisah, lagi pun saya muda lagi,"
Jawab Fazura bersahaja
Farid Husin tersengih bila melihat wajah bersahaja fazura
"Kesihannya ibu dengan adik kau, macam manalah nak hidup kalau kau meringkuk dalam penjara, makan minum diorang..."
Fazura terus meraung sekuat hati menangis teresak-esak
"Saya tak nak pergi sana, susah sangat ke nak faham,"
Kata Fazura sambil meraung kuat sehingga terduduk di lantai kemudian menumbuk-numbuk dadanya
Wajah Farid husin berubah panik dengan raungan Fazura cepat-cepat dia menapak ke arah wanita muda itu lalu memeluk tubuh Fazura
"Okay.. okay dah.. dah cukup, kalau kau tak nak pergi, takyah pergi"
****************
Setelah memakan masa hampir 1 jam hanya semata-mata untuk memujuk fazura, akhir Farid Husin dan Fazura sama-sama keluar dari Lif Vip berjalan ke arah pintu pejabat namun ketika Farid Husin menghampiri pintu pejabat dia melihat abang keduanya sedang menunggu di dalam
"Tengok tu, sapa yang menunggu kat dalam,"
Kata Farid Husin pada Fazura
Fazura lantas memandang ke dalam pejabat melihat wajah Fadil Fitri seperti sedang bingung melihat ke arahnya
"Alang, buat apa kat sini?,"
Tanya Farid Husin setelah masuk ke dalam pejabat walaupun dia tahu alasan abang keduanya ada di situ
Wajah Fadil Fitri masih kelihatan bingung bila melihat adik bongsunya bersama dengan Fazura sama-sama masuk ke dalam pejabat
"Buat apa lagi, macam Farid offer lah pada alang, nak pinjamkan cleaner Farid pada alang, alang cuma bimbang kalau dia sesat je,"
Jawab Fadil Fitri tanpa segan silu memberitahu niatnya walaupun staf-staf di dalam pejabat memerhati padanya
"Dengar tu Fazura, abang aku kalau dah suka seseorang tu, macam tulah sikap dia"
Kata Farid Husin pada Fazura sedang berdiri kaku di sebelahnya
"Hiss kau nie Farid, buat apa cakap macam tu, takut pulak dia nanti,"
Balas Fadil Fitri sambil memandang Fazura
Fazura lantas menapak menghampiri Fadil Fitri
"Maafkan saya Encik Fadil, saya tak boleh naik ke atas,"
"Kenapa? kan Farid dah benarkan,"
Tanya Fadil Fitri dengan wajah hairan
Fazura menarik nafas dalam-dalam
"Sebab saya tak boleh tinggalkan suami saya, saya dengan encik farid dah kahwin"
Mata Fadil Fitri terus terbeliak, dan di saat yang sama juga seluruh staf-staf pejabat berdiri serentak bila mendengar pengakuan Fazura manakala farid Husin pula kelihatan mulutnya ternganga luas
Share this novel