Hello my lovely readers!??
Sorry for the late update ????
Sorry too if this chapter tak best ??
Hope you guys enjoy reading!
Don't forget to comment!
-ftnfzyyy-
•••
"Rumah tu dah ada perabot ke?" tanya Ariana Atilia cuba memulakan perbualan. Dia menoleh ke arah Adi Ashraf yang sedang fokus memandu. Kelantangan radio direndahkan sedikit.
"Ada." ringkas Adi Ashraf membalas. Dia memusingkan stereng untuk membelok di selekoh tajam. Ariana Atilia mengangguk sendiri.
"Ada kolam renang tak?" tanya gadis itu lagi cuba membayangkan keadaan rumah yang bakal mereka berdua tinggal bersama nanti.
"Ada semua ada. Jangan risau. Kau ingat aku tak reti cari rumah ke, hah?" balas Adi Ashraf cuba menduga isterinya. Rasa pelik dengan semua soalan dari gadis itu. Ingat dia penjual tanah ke nak interview bagai ni?
"Manalah tahu kan. Tak apa nanti kita tengok rumah tu macam mana. Entah reti ke tak kau cari rumah ni." bidas Ariana Atilia menyilangkan tangan ke dada. Matanya memandang tajam ke arah lelaki itu.
Adi Ashraf mengangkat bahu tanda tak kisah. Dia tersenyum bongkak apabila membayangkan reaksi isterinya terhadap rumah mereka. Ariana Atilia sedar dengan tindakan suaminya menyiku lengan lelaki itu.
"Kau senyum-senyum apa? Tak apa kali ni aku biarkan kau senyum macam orang gila. Nanti kalau kita dah sampai nanti, kita tengok giliran siapa pulak yang senyum." kata Ariana Atilia cuba memutuskan semangat lelaki itu.
"Oh, we will see." ucap Adi Ashraf sinis. Ariana Atilia mengajuk kata-kata suaminya dengan wajah yang hodoh. Adi Ashraf menjulingkan mata. Nak kata comel, tapi muka yang dia buat tu hodoh.
"Ha buatlah muka macam tu. Nanti kekal sampai mati baru tahu." tegur Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia menghentikan perbuatannya. Suka hati lah dia nak buat apa. Huh.
"Diamlah, kau bawa kereta pakai mulut ke, Ash?" soal Ariana Atilia geram. Adi Ashraf mengerutkan dahi mendengar nama panggilan yang diberikan oleh isterinya
"Ash? Kau panggil aku ke?" tanya Adi Ashraf hairan. Mahu memastikan sekiranya memang benar apa yang didengarinya sebentar tadi.
Ariana Atilia buat-buat tak tahu. Dia menoleh ke arah tempat duduk belakang kereta. Cuba mencari sesuatu. Adi Ashraf memandang isterinya kehairanan.
"Ada nampak orang lain ke dalam kereta ni? Aku panggil kau la. Siapa lagi?" keluh Ariana Atilia. Apa lambat sangat suami aku ni?
"Seriously, kau panggil aku dengan nama Ash?" soal Adi Ashraf tak percaya. Tak pernah lagi sesiapa panggil nama itu untuknya. Tak tahu nak rasa terharu ke apa. Mungkin adalah sikit.
"Ya. Kau kenapa? Salah ke aku panggil macam tu? Kau panggil aku dengan nama bukan main banyak lagi. Takkan aku tak boleh pulak?" bidas Ariana Atilia mahu menang. Dia sendiri tak tahu macam mana boleh terpanggil suami dia dengan panggilan tu.
"Tak ada nama lain ke? Biarlah nama romantik sikit. Abang ke, hubby ke. Ini dipanggilnya aku Ash. Apa ingat aku kawan kau ke apa? Aku ni suami kau tau." bebel Adi Ashraf. Ariana Atilia yang berada di sebelah naik menyampah. Dasar tamak haloba.
"Kau ni banyak bunyi pulak. Suka hatilah aku nak panggil kau apa. Kenapa terharu eh? Elelelele..." usik Ariana Atilia sambil tersenyum mengejek. Dia menolak perlahan lengan suaminya sesekali. Eleh, acah je suami dia ni.
"Aku terharu? Dalam mimpi pun tak." Selamba Adi Ashraf membalas. Ariana Atilia menjeling suaminya. Tak mengaku konon. Dia membuang pandangan ke luar tingkap.
Baru dia sedar mereka tiba di sebuah taman perumahan yang sangat cantik. Matanya diliarkan sekeliling. Adi Ashraf yang berada di sebelah mencuri pandang ke arah isterinya.
"Kita dah sampai ke, Ash?" panggil Ariana Atilia sambil menggoncangkan lengan lelaki itu. Matanya masih tetap memerhatikan kawasan persekitaran perumahan tersebut.
Adi Ashraf terasa pelik apabila dipanggil sebegitu. Namun dia menghiraukan saja perasaan tersebut. Pedal minyak ditekan sehingga memasuki sebuah pekarangan rumah.
Sebaik keretanya selesai diparkir, tali pinggang keledarnya dibuka. Segugus kunci dibawa keluar dari laci keretanya. Ariana Atilia masih terpinga-pinga.
"Dah sampai. Keluarlah cepat. Takkan nak aku bukakkan pintu baru nak keluar." sindir Adi Ashraf dari luar kereta. Dia mengorak langkah untuk membuka pintu rumah.
"Kau tahu tak sabar tu apa?" serang Ariana Atilia tak puas hati. Dia keluar dari kereta dengan segera. Matanya dihalakan ke arah halaman rumah tersebut yang luas menghijau.
Lalu, beralih pula ke arah sebuah kolam renang yang besar. Dia mengukir senyuman penuh makna. Rasa terpukau dengan keindahan rumah tersebut. Wajah suaminya langsung tidak dikerling. Nak buat apa? Buat menyakitkan hati dia je.
Adi Ashraf yang telah masuk ke dalam rumah tersebut keluar semula untuk barangan dia sahaja. Barang Ariana Atilia pandai-pandailah isteri dia tu bawak sendiri. Bonet kereta dibuka. Dia melihat figura isterinya yang masih ralit memerhatikan kawasan persekitaran perumahan tersebut. Jakun.
"Oi, dah la tu. Aku kunci kau kat luar kang, Ariana." ugut Adi Ashraf sambil membawa barangannya masuk ke dalam rumah. Isterinya menoleh.
"Barang aku?" soal gadis itu apabila sedar hanya barang milik suaminya sahaja yang ada pada pegangan lelaki itu. Adi Ashraf mengangkat bahu tanda tak tahu.
"Ada tangan, ada kaki. Ambiklah sendiri." nyanyi Adi Ashraf selamba lalu masuk ke dalam rumah. Dia tersenyum mengejek. Kenyitan mata turut dilemparkan kepada isterinya.
Ariana Atilia merengus tanda geram. Kakinya dihentakkan membuatkan dia mendesis kesakitan. Terlupa bahawa kakinya masih tak sembuh sepenuhnya. Dia menarik nafas panjang. Padahal dalam hati sudah berbakul-bakul makian diberikan kepada suaminya.
"Kalau kaki aku lambat baik, ni semua salah kau, Ash!" jerit Ariana Atilia dari luar. Dia membawa barangannya dengan kasar. Melampiaskan perasaan geramya kepada barang yang tak bersalah itu.
Tanpa rasa serba salah, Adi Ashraf menjengul kepala ke luar rumah. Dia menunjukkan jam tangannya kepada isterinya. Dia tersenyum sinis.
"Cepat! Kalau tak aku kunci kau kat luar!" jerit Adi Ashraf kembali. Dia menghempaskan pintu betul-betul apabila Ariana Atilia sudah berada dihadapannya. Membuatkan gadis itu mengamuk.
"Adi Ashraf! Bukak pintu ni sekarang!"
??????
Sebaik pintu rumah itu dibuka, Ariana Atilia memboloskan diri ke dalamnya dengan segera. Segala barangan mak nenek dia dibawa bersama. Jelingan tajam diberikan kepada suaminya. Tak guna!
"Tak payah nak jeling sangat. Aku korek biji mata tu baru tahu." ucap Adi Ashraf yang sedar jelingan tajam daripada isterinya. Apa, ingat dia kisah?
Tubuhnya disandarkan pada sofa ruang tamu yang kemas dan bersih itu. Mahu merehatkan diri selepas berjam-jam memandu. Ariana Atilia menghiraukan lelaki itu sepenuhnya. Dekorasi rumah lelaki itu benar-benar menarik perhatiannya. Bukan macam tuan rumah tersebut. Mintak penampar tiap masa.
Adi Ashraf memandang kosong ke atas siling. Dia menoleh sedikit melihat isterinya yang sedang khusyuk melihat reka bentuk rumahnya. Entah apa yang menarik sangat pun dia tak tahu. Ah, perempuan biasalah.
Tiba-tiba, dia teringatkan seseorang. Matanya dipejamkan cuba membuang bayangan itu dari kembali menyeksa dirinya. Dia tak sanggup nak membayangkan wajah bahagia milik Mawar Adriana apabila menyedari dirinya tidak lagi dapat melihat wajah itu lagi di dunia ini.
Hatinya terasa sakit apabila mengenangkan perkara tersebut. Lebih-lebih lagi, apabila rumah tersebut seharusnya menjadi rumah untuk mereka berdua. Siapa sangka sekarang dia perlu berkongsi rumah itu bersama Ariana Atilia. Yang merupakan secara rasminya adalah isterinya.
"Kau tak duduk sini ke?" soal Ariana Atilia tiba-tiba. Membuatkan Adi Ashraf kembali ke alam realiti. Dia meraup muka. Cuba untuk tidak terlalu menunjukkan emosinya kepada isterinya yang tak tahu apa-apa.
"Tak. Aku selalu tidur dekat office ataupun tidur rumah mama. Rumah ni aku upah orang kemas sebulan dua kali." terang Adi Ashraf tenang. Butang bajunya dibuka sedikit membenarkan angin meniup lembut ke arah tubuhnya yang berpeluh.
"Oh, kiranya ni rumah tinggal la?" tanya Ariana Atilia lagi. Dia melabuhkan punggung tak jauh dari suaminya. Patutlah rumah ni kemas je. Bisik Ariana Atilia di dalam hati.
"Haah. Lebih kurang dalam lima macam tu." jawab Adi Ashraf tanpa ragu-ragu. Ariana Atilia mengerutkan dahi. Lima?
"Oh maksud kau, lima bulan?" teka Ariana Atilia sesuka hati. Kalau betul, tak apalah. Tak adalah benda menumpang. Dia paling takut benda-benda halus ni. Lagi-lagi lipas. Ewww!
"Bila pulak aku cakap lima bulan? Lima tahun. Lima tahun dah rumah ni tak berpenghuni." terang Adi Ashraf. Cuba menakut-nakutkan isterinya. Nak tahu cuak ke tidak isteri dia tu.
"Kau gila ke!" terjerit Ariana Atilia sebaik kata-kata itu keluar dari mulut suaminya. Dia mendekatkan diri ke arah lelaki itu. Kakinya diangkat naik ke atas. Risau sekiranya ada benda-benda halus merayap merata.
Adi Ashraf menahan tawa. Dia bingkas berdiri. Ariana Atilia yang masih takut itu mengikuti langkah suaminya. Sedaya upaya cuba melawan rasa ketakutan yang menguasai diri.
"Takut?" usik Adi Ashraf. Dia menoleh ke arah isterinya. Sebotol air mineral diambil dari dalam peti ais dibuka. Ariana Atilia mengeleng laju. Acah.
"Mana ada aku takut. Aku takut? Itu bukan Ariana Atilia." yakin gadis itu membalas. Membuatkan Adi Ashraf mengeleng kepala. Sudah terang lagi bersuluh, ketakutan jelas terpamer pada wajah isterinya. Lantak kau lah Ariana oi.
"Yelah tu. Pilih mana-mana bilik kau nak. Aku tak kisah. Kau nak tidur luar pun tak apa. Cuma jangan masuk dalam bilik aku, faham? Dah, aku nak rehat. Jangan panggil aku kalau ada apa-apa." pesan Adi Ashraf. Dia melanggar bahu isterinya dengan sengaja.
Ariana Atilia menghantar pemergian suaminya dengan pandangan. Tangannya disilangkan ke dada. Memikirkan nasib dia pada malam ini. Arghhh!
"Kau boleh Riana, kau boleh!" sorak Ariana Atilia perlahan. Dia menarik beg bagasinya berkira-kira untuk memilih bilik yang mana. Dia mula bercekak pingang. Lima bilik yang berada dihadapannya sekarang dipandang silih berganti.
"Yang kiri ke kanan? Ke tengah? Ke akhir?" fikir gadis itu. Takut sekiranya dia tersalah pilih. Buatnya dia pilih bilik suami dia. Tak ke menempah maut tu? Tak boleh jadi ni.
Bilik yang paling kanan sekali dipandang lama. Orang tua-tua kata belah kanan ni paling elok. Empat bilik yang lain dipandang sepi. Dia melepaskan keluhan berat. Ibarat mahu membuat keputusan paling besar di dalam hidupnya. Ceh.
Setelah membuat keputusan terakhir, dia memulas tombol pintu tersebut. Menyerlahkan ruangan bilik tidur yang besar dan selesa. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Yes!
Tanpa berlengah, dia menghempaskan badan ke atas katil empuk lagi gebu itu. Begnya diletakkan di sisi katil. Dia berguling-guling dalam kegembiraan.
Namun semua kebahagiaan itu hanya sementara. Senyumannya mati sebaik wajah suaminya terpacul di muka pintu bersama tuala di leher. Baru lepas mandi agaknya.
"Oh hey neighbour. Tak sangka kita berjiran kan? Tahu dah kau mesti pilih bilik ni." ucap Adi Ashraf selamba. Dia menyandarkan badan pada muka pintu bilik isterinya. Mulutnya menguap sesekali.
"Apa? Kau? Jiran aku?" soal Ariana Atilia tak percaya. Dia segera bingkas bangun dari pembaringan. Kakinya diatur ke bilik sebelah. Dan bam!
Segala pakaian dan barangan suaminya berada di dalam bilik tersebut. Tak lain tak bukan memang benar kini biliknya bersebelahan dengan bilik lelaki itu. Dia mengeleng kepala. Kenapa? Mengapa?
"Kau lapar?" soal Adi Ashraf kepada isterinya. Ariana Atilia mengangguk laju. Walaupun sebenarnya pelik bila suami dia baik tiba-tiba. Kalau baik macam ni tak apalah bilik sebelah pun. Sebilik pun dia sanggup!
"Masak sendiri. Kat dapur tu ada bubur segera. Aku dah makan. Tepi sikit. Aku nak tidur." halau Adi Ashraf selamba. Matanya dipejamkan. Jawapan lelaki itu membuatkan Ariana Atilia menyesal dengan kata-katanya sebentar tadi.
"Kurang asam!" marah Ariana Atilia lalu menghempuk kepala suaminya dengan bantal. Adi Ashraf tidak menghiraukan isterinya. Tetapi, ditolaknya tubuh isterinya keluar dari bilik. Ariana Atilia akur.
"Just nak cakap aku tak kunci pintu malam ni. Manalah tahu ada orang tu takut kan? Nak pesan sikit, jangan tegur kalau benda pelik." bisik Adi Ashraf pada telinga isterinya. Meremang terus bulu roma Ariana Atilia. Dia segera meninggalkan suaminya.
"Jangan lupa pesanan aku!" jerit Adi Ashraf. Dia tersengih. Padan muka!
??????
Usai membersihkan diri, Ariana Atilia mengatur langkah ke dapur. Bubur segera dari dalam kabinet diambil. Mujurlah suami dia letak dalam kabinet yang rendah. Matanya diliarkan sekeliling risau jika ada apa-apa.
Air panas yang baru saja dijerang dituangkan ke dalam mangkuk. Bungkusan bubur segera tadi dibuka. Tangannya pantas mengaul laju campuran tersebut. Perutnya yang berkeroncong membuatkan dia semakin tak sabar.
Pesanan suaminya terlintas di fikiran. Membuatkan dia tak senang hati. Tanpa berlengah, dibawanya mangkuk tersebut ke dalam bilik tidurnya. Lantaklah suami dia nak marah ke apa. Ini semua salah Adi Ashraf!
"Ya Allah, lindungilah hamba-Mu ini." doa Ariana Atilia sambil menadah tangan. Dia meniup di sekeling bilik tidur bersama ayat-ayat Quran. Usai itu, doa makan dibaca untuk menjamah selera.
Sebaik perutnya telah diisi, dia bercadang untuk tidur. Kakinya dibasuh terlebih dahulu. Doa tidur dibaca. Perasaan takutnya mula menguasai diri. Matanya dipejam rapat-rapat. Mindanya cuba dikosongkan. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri.
Dum!
Bunyi sesuatu terjatuh membangunkan dia dari lena. Tanpa berfikir panjang, dia berlari ke bilik sebelah. Pintu suaminya diketuk bagai nak gila. Dia langsung tidak menoleh ke belakang.
"Tahu taku-" kata-kata Adi Ashraf terhenti sebaik melihat wajah pucat isterinya. Dia memberikan ruang untuk gadis itu masuk. Teruk sangat ke dia kenakan isterinya?
"Ash, aku nak tidur dengan kau, please? Aku takut!" ucap Ariana Atilia menutup matanya dengan tangan. Adi Ashraf menahan tawa. Comel benar isterinya.
Dia segera baring di atas katilnya semula. Ariana Atilia memerhatikan tindakan suaminya. Tangan Adi Ashraf menepuk lembut tempat disebelahnya yang kosong. Dia berusaha untuk memanggil isterinya tanpa meletuskan tawa.
"Sini, tidur dengan aku."
-To be continued..-
Share this novel