DCM: BAB 3

Romance Completed 76405

HAMPIR satu minggu paksu tidak pulang ke rumah. Maksu pula hanya diam membisu. Tidak pernah bertanyakan soal paksu kepadaku apatah lagi hendak ceritakan perihal paksu. Mana mungkin lah maksu akan berbual denganku. Melihat wajah aku pun maksu tidak mahu. Aku lebih selesa begitu, sampai bila-bila pun aku tidak kisah tetapi aku perlu tahu kemana paksu pergi dan kenapa paksu tidak pulang ke rumah.

Aku mendekati maksu yang sedang duduk bermain telefon bimbit di ruang tamu. Berdebar-debar hatiku ingin mengacukan soalan kepada maksu.

"Err maksu. Paksu pergi mana? Kenapa paksu tak balik?" soalku apabila mendekati maksu.

Maksu mendongak melihatku dan anak matanya memandang tepat ke wajahku. Telefon bimbit di letakkan di sebelahnya. "Kenapa?"

"Err takda apa, cuma dah seminggu Melati tak jumpa paksu. Paksu pergi kerja ke?" soalku lagi sambil mengundur sedikit ke belakang.

Maksu bangun dan merapatiku. "Kau dah rindu paksu kau ke?"

Aku menggeleng laju. Mulutku terkunci. Wajahku, aku larikan daripada memandang tepat ke muka maksu. "Melati err Melati cuma nak tahu paksu sihat ke tak," ujarku perlahan.

"Owh kau nak tahu dia sihat ke tak…" kata maksu sambil memegang dagu lalu berjalan mengelilingiku. "Atau kau nak mintak duit dengan dia?" bisik maksu di telingaku.

Meremang bulu romaku apabila suara maksu masuk ke dalam gegendang telinga. "Tak, maksu. Melati bukan nak mintak duit. Melati cuma risaukan paksu. Lagipun Melati dah lama tak jumpa dengan paksu…" kata aku lagi disusuli dengan gelengan.

"Hurm macam tu." Maksu mencengkam rambutku kuat.

"Aahhh maksu, sakit." Raungku kuat.

"Kau tahu tak paksu kau tu dah ada betina lain. Dia dah duakan aku. Kau faham tak? Jadi buat apa dia balik lagi kat rumah ni? Hah? Buat apa dia nak jumpa kau lagi?" teriak maksu kuat.

Aku menolak tubuh maksu sekuat hati. "Tak! Paksu bukan macam tu! Melati tak percaya. Maksu tipu! Penipu!"

Pang!

Tamparan kuat singgah di pipiku. Aku mengusap pipiku yang terasa pedih.

"Kau ingat aku ni penipu macam paksu kau ke? Hah? Kau tak kenal siapa paksu kau lagi. Dia tu cuma syaitan bertopengkan manusia. Sama macam kau. Kau bangun sekarang. Bangun!" Tengking maksu pula. Rambutku ditarik kuat.

"Maksu, sakit. Aduh… lepas lah…" rayuku disusuli dengan tangisan.

"Puan, jangan puan." Kakak Susanti mendekati aku dan Maksu. "Jangan puan, saya mohon. Kasihani dia, puan." Rayu Kakak Susanti pula.

"Sebelum aku lempang muka kau, baik kau tepi. Biar aku ajar dia sikit. Biar dia tahu yang aku ni bukan senang-senang dia nak melawan!" Maksu menarik rambutku dan membawa aku keluar melalui pintu belakang.

"Maksu, Melati minta maaf. Jangan buat Melati macam ni, maafkan Melati." Rayuanku tidak diendah oleh maksu. Tangisanku semakin jelas kedengaran. Aku takut. Aku takut apabila melihat wajah maksu. Kakiku tidak mampu bergerak lagi. Aku tersungkur di atas tanah.

"Bangun! Kau bangun sekarang!" Jerit maksu kuat. Tanganku direntap kasar lalu maksu mengheret tubuhku di atas tanah. Maksu menghumbanku masuk ke dalam stor di belakang rumah. "Kau duduk dalam tu sampai kau tahu yang aku berkuasa dalam rumah ni, kau faham tak?" Kata maksu lalu mengunci pintu stor.

"Maksu, jangan. Jangan kunci melati dalam ni. Melati takut. Maksu. Maksu!!!" Teriakku sehabis kuat sambil memukul daun pintu dengan tapak tangan. Aku memeluk lutut dan menangis sekuat hati.

"Puan, kasihani dia puan. Dia cuman anak kecil. Puan…" rayu Kakak Susanti.

"Kau diam, Susanti! Kau nak aku kunci kau dalam tu jugak ke? Kalau taknak kau diam. Kau jangan berani bukakan pintu tu selagi aku tak bagi arahan. Kau faham?"

"Ta…tapi puan. Sa…saya…"

"Diam aku kata!"

Kakak Susanti berlari ke arahku. "Cik, cik sabar ya. Saya akan cuba pujuk puan. Cik banyakkan berdoa ya…"

"Susanti!"

"Cik, maafin saya ya…"

"Susanti!!!"

"Iya, puan…"

"Masuk!!!"

Aku terdengar pintu dihempas kuat. Tiada lagi teriakan maksu dan tiada pula tangisan Kakak Susanti. Hanya tinggal aku sendirian di dalam stor yang gelap dan dipenuhi barang-barang lama.

"Ya Allah, tolong lah aku. Mama, papa, paksu…tolong Melati. Melati takut…" Aku hanya mampu merayu kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Sepatutnya, minggu ini minggu pertama aku masuk ke kelas. Fikirku mungkin aku dapat belajar bersama budak sekelasku seperti orang lain tetapi ternyata andaianku salah. Aku tidak akan jadi seperti orang lain. Sampai bila-bila pun selagi maksu masih hidup dan selagi aku masih berada di dalam rumah ini.

"Ya Allah, bantu lah hamba-Mu ini. Aku takut, ya Allah. Aku takut…" rintihku. Air mata yang laju mengalir aku biarkan.

Penat aku duduk, kini aku berbaring pula. Air mataku sudah lama kering. Aku hanya mampu termenung dan menunggu sahaja. Sampai bila aku pun tidak pasti. Aku hanya mengharapkan ihsan maksu dan kemunculan paksu tetapi mustahil sangat.

Aku tersedar daripada tidur kerana terdengar bunyi guruh yang sangat kuat. Mungkin tadi aku terlelap kerana terlalu penat. Di luar, hujan mulai turun. Aku bangun daripada perbaringan dan bersandar sambil memeluk lutut. Bunyi guruh yang yang kuat itu sekuat bunyi dengupan jantungku.

"Aku takut, ya Allah. Bantu lah aku…" doaku diiringi dengan tangisan. Aku menutup telingaku dengan kedua-dua belah tangan. Aku menyembamkan wajahku pada kapala lutut. Aku cuba menutup mata dan beristighfar. "Astaghfirullahalazim. La hawla wa la quwwata illa billah…" terkumat-kamit bibirku membaca doa. Hanya dengan doa sahaja dapat membantuku. Dalam keadaan ini, aku hanya berharap kepada Tuhan. Hanya Dia sahaja dapat menolongku.

Bunyi burung berkicauan menyedarkan aku. Aku menenyeh mataku dengan belakang jari telunjuk. Aku memerhatikan sekeliling dan terlihat cahaya matahari daripada luar memancar masuk ke dalam bilik itu melalui ruang pada bumbung. Hari telah pun siang. "Alhamdulillah, dah siang…" ucapku penuh rasa syukur. Aku mengharapkan keajaiban akan mendampingiku.

Tidak lama kemudian, aku terdengar bunyi seperti kunci bilik stor dibuka. Aku lantas berdiri dan menekap telinga pada pintu. Ya, tepat andaianku, pintu akan dibuka.

"Maksu, maksu…" panggilku perlahan.

"Cik, ini saya Susanti," kata Kakak Susanti.

"Akak, tolong bukakan pintu…"

Pintu dikuak daripada luar. Aku dapat melihat wajah Kakak Susanti dengan senyuman manis di wajah itu.

"Akak, terima kasih…" ujarku lalu memeluk tubuh Kakak Susanti.

"Iya, cik jangan menangis ya. Puan minta saya bukakan pintunya kerna tuan akan pulang. Ayuh, kita masuk…" beritahu Kakak Susanti.

"Paksu nak balik? Alhamdulillah. Paksu balik juga. Akak, Melati tak sabar nak jumpa paksu."

"Iya, nanti kita ketemu sama tuan. Cik, mandi dulu ya," kata Kakak Susanti.

Aku mengangguk laju. Aku jalan beriringan dengan Kakak Susanti masuk ke dalam rumah. Aku tersentak sebaik sahaja melihat maksu yang sedang berdiri di belakang pintu sambil memeluk tubuh.

"Hurm, kalau kau cakap dengan laki aku pasal semalam, siap kau!" Ugut maksu sambil mengetap gigi. Bergerak-gerak tulang rahang maksu kerana menahan geram.

Aku hanya diam tanpa membalas sepatah pun. Jika aku buka mulut, pasti akan menaikkan darah maksu. Baik aku diam sahaja. Bilik di tingkat atas aku tuju. Masuk sahaja dalam bilik, aku bergegas ke bilik air untuk membersihkan badanku. Seusai mandi, aku duduk termenung di depan meja solek. Rambut paras pinggang aku sikat perlahan-lahan. Terasa sakit di akar rambut, mungkin kerana ditarik kuat oleh maksu.

Aku menilik wajahku di hadapan cermin. Ada kesan lebam di tepi bibir. Mana tidak lebamnya kalau ditampar oleh maksu semalam. Aku mengeluh perlahan. Terasa sakit menahan rasa yang telah lama terpendam. Aku perlu melakukan sesuatu supaya tidak dibuli oleh maksu lagi tetapi aku tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Jika aku ceritakan kepada paksu, pasti paksu tidak akan percaya. Aku buntu.

Tok Tok Tok

Pintu bilik aku diketuk lalu dikuak daripada luar.

"Melati…" panggil paksu.

"Paksu…" jeritku kuat. Aku berlari ke arah paksu dan memeluk paksu kuat. "Paksu, paksu pergi mana? Lama Melati tunggu paksu tau. Paksu dah tak sayang Melati ke?" soalku dengan satu nafas.

"Hahaha soalan mana nak paksu jawab dulu ni? Tanya satu-satu lah. Paksu ada jer kat sini," ujar paksu sambil tersenyum.

Aku melepaskan rangkulan. Tubuh paksu terlihat agak kurus dan wajah paksu pucat. "Paksu, paksu sihat ke? Kenapa paksu macam kurus jer? Paksu sakit ek?" soalku lagi. Masih tidak berpuas hati.

"Paksu okay jer. Paksu sihat. Jom kita duduk kat sana," kata paksu lalu menutup pintu.

Aku dan paksu berjalan ke arah katil. Aku duduk di birai katil, sedangkan paksu hanya berdiri sambil memandang ke luar.

"Melati, paksu ada sesuatu nak berikan kepada Melati?"

"Apa tu paksu? Mana?"

"Jeng jeng jeng. Nah."

Paksu menghulurkan kepadaku sebuah buku berkulit kesat dan berwarna coklat. Aku mengambil buku di tangan paksu.

"Buku ke?"

"Ni buku diary. Hadiah paksu buat Melati. Paksu nak Melati tulis apa yang Melati rasa nak tulis kat dalam buku ni. Boleh?"

Aku mengangguk.

"Melati simpan baik-baik buku ni. Jangan bagi siapa-siapa pun, termasuk paksu dan maksu."

"Hurm tapi nanti Melati nak tulis apa? Melati tak pandai lah paksu."

"Hahaha nanti Melati mesti tahu nak tulis apa. Ingat tau, ni rahsia kita berdua jer. Jangan beritahu siapa-siapa. Okay?"

Aku mengangkat ibu jari. "Okay, paksu. Ni rahsia kita berdua jer."

"Hahaha bagusnya anak buah paksu sorang ni…" kata paksu sambil mengusap kepalaku.

"Err paksu, hurm masa paksu tak ada kan, maksu…dia…err…"

"Abang, dah sampai masa untuk lunch. Melati, jom kita pergi makan. Mesti Melati lapar kan," ujar maksu yang tiba-tiba masuk ke dalam bilik.

Belum sempat aku menceritakan kekejaman maksu kepadaku, muncul maksu di dalam bilikku. Terbantut peebualan antara aku dan paksu.

"Yer, Melati. Melati nak beritahu apa?"

"Err tak ada apa, cuma Melati nak cakap yang Melati rindukan paksu jer. Heee…" kataku sengaja menukar topik.

Maksu memandangku dengan senyuman yang menakutkan. Aku melarikan pandanganku. Tidak mampu hendak menatap wajah bengis maksu.

"Hurm awak ni kalau bersemuka dengan si Melati ni, ada saja yang tak puas hati yer. Dah-dah lah tu. Hurmmm…" keluh paksu panjang disusuli dengan gelengan. "Jom lah kita turun bawah. Tak sabar nak merasa masakan rumah," sambung paksu lagi.

"Jom paksu…"

Aku menarik tangan paksu dan berjalan menuruni anak-anak tangga sambil perpegangan tangan. Sesekali aku menoleh ke arah paksu dan melemparkan senyuman manis. Tidak sekali pun aku memandang wajah maksu. Tahap kebencianku terhadap maksu sudah hampir sampai ke tingkat paling tinggi. Biar lah Tuhan menghukumku kerana bencikan saudara sendiri, tetapi hendak memaafkan maksu adalah perkara yang tidak akan terjadi.

DUA minggu seterusnya, rumah paksu didatangi oleh tetamu yang maksu nanti-nantikan. Aku, paksu, maksu dan tetamu tersebut berbincang di ruang tamu. Ini kali kedua aku bertemu dengan tetamu itu. Kali pertama semasa mama dan papa baru sahaja meninggal.

"Tujuan kedatangan saya ni seperti yang kamu semua sedia maklum. Saya akan bacakan wasiat arwah Encik Nazri hari ini. Mengikut pembahagian harta faraid yang dibenarkan syarak, ½ harta arwah akan jatuh kepada anak arwah iaitu Cik Melati kerana dia adalah anak perempuan tunggal mereka. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, jika Cik Melati telah mencapai umur 18 tahun, segala harta akan menjadi milik dia secara automatik. Disebabkan Cik Melati telah mencapai sasaran umur 18 tahun semalam, syarikat dan rumah arwah Encik Nazri menjadi hak milik Cik Melati. Harta yang selebihnya akan jatuh kepada Encik Khalid kerana Encik Khalid satu-satunya saudara yang arwah ada," beritahu peguam itu.

"Saya memang tak dapat apa-apa ke?" soal maksu.

"Maaf, puan. Puan ialah adik ipar kepada arwah jadi puan tiada kaitan dalam pembahagian harta ni."

Maksu mencebik. Dia bersandar pada sofa sambil memeluk tubuh.

"Err encik, kalau saya nak bagi syarikat tu kat paksu boleh? Saya cuma nak rumah arwah mama dan papa jer. Yang lain saya taknak. Lagi pun saya tak tahu nak handle semua tu."

"Melati, jangan la macam tu. Paksu boleh jaga syarikat arwah papa Melati tapi paksu tak mahu ambil harta yang dah diamanahkan buat Melati," ujar paksu.

Aku menunduk sambil bermain dengan jemariku. "Err tapi Melati tak pandai nak jaga Syarikat. Paksu tolong jaga sampai bila-bila. Hurm Melati cuma nak paksu ada dengan Melati jer," tutur aku perlahan dengan kepala yang masih lagi menunduk.

"Melati, sampai paksu mati paksu tak akan tinggalkan Melati. Paksu sentiasa ada dengan Melati," ucap paksu lalu merangkul tubuhku.

Setiap kali tubuhku berada di dalam dakapan paksu, aku sentiasa merasa tenang dan selamat. Paksu sahaja yang aku ada sekarang ni. Tuhan, jangan ambil paksu daripada hidupku. Aku tak mahu kehilangan paksu lagi. Cukup lah seminggu aku merasakan kekosongan semasa ketiadaan paksu, doaku dalam hati.

Aku melihat wajah maksu yang masam mencuka. Sesekali maksu akan menjuihkan bibir ke arahku disusuli dengan jelingan tajam. Aku hanya membiarkan sahaja kerana aku tahu semakin hari kebencian maksu terhadapku semakin meluap-luap.

"Terima kasih, paksu. Melati sayang paksu sampai bila-bila…"

Tok Tok Tok

Bunyi ketukan di pintu mencuri perhatian aku dan yang lain. Kakak Susanti bergegas ke pintu utama untuk membuka pintu.

"Tuan, puan. Ada yang mahu berjumpa…" ujar Kakak Susanti apabila kembali ke ruang tamu.

"Maaf mengganggu…" kata orang itu.

Paksu dan maksu tercengang. Aku hanya memerhatikan sahaja wajah orang itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience