Part 38

Humor Series 90875

Aku membetulkan tudung di atas kepala. Pantulan di cermin menunjukkan Emir sedang lena tidur. Masih lagi bermalasan setelah tamat berperang dengan kertas peperiksaan STPM beberapa hari yang lepas. Cuti persekolahan telah bermula. Nasib baik Emir tidak mengungkit tentang honeymoon selepas itu. Mungkin mindanya masih lagi penat dan mahukan rehat.

Rancangan untuk balik ke kampung masih lagi ditangguhkan disebabkan jemputan oleh pelajar Tingkatan Enam. Kepada babah sudah aku maklumkan untuk membawa Emir balik minggu hadapan. Namun berita tersebut aku belum maklumkan kepada Emir. entah apa reaksi yang bakal terlukis di mukanya.

Mesti aura naga jadian akan keluar nanti gara-gara plannya dirosakkan oleh aku dengan jayanya. Aku tergelak kecil membayangkan muka Emir yang menyinga dan muka Emir yang terkulat-kulat setelah arahan itu datang dari bapa mentua kesayangannya.

"Gelak sorang ni kenapa?"

Gelakan aku serta merta berhenti. Aku menoleh kea rah belakang. Emir bangun sambil menguap. Dia duduk bersandar di birai katil sambil merenung aku.

"Gelak pun salah ke?" Aku menyoal dengan nada gurauan.

"Tak salah pun. Cute adalah."

Aku terbatuk seraya memalingkan muka ke hadapan cermin sambil menarik nafas sedalamnya. Berpura-pura membetulkan tudung untuk menahan rasa malu yang bertandang. Sempat aku menahan daripada terpamer di mukaku, kalau tidak habislah kena bahan dengan Emir.

"Nak pergi mana cantik-cantik ni?"

"Nak pergi beli dress untuk dinner. Awak ikut tak dinner tu nanti?"

Aku memusingkan badan menghadap Emir. Kelihatan dia sedang membetulkan cadar dan bantal di atas tilam. Satu sifat Emir yang aku suka tentang Emir dia adalah pengemas dan pembersih orangnya. Bilik pula sentiasa tersusun kemas. Sempat aku perhatikan ketika dia sedang belajar, mejanya kemas.

Kalau aku? Bersepah-sepah tapi selepas selesai aku akan mengemas semula. Jawapan paling senang adalah, seni.

"Dinner apa?"

Aku angkat kening memandang Emir. Sudah aku katakan mesti dia tak peduli tentang dinner tersebut.

"Dinner Form 6. Awak tak terlibat ke?"

"Malas." Emir menjawab sambil menggeliat. Dia menarik tualanya lalu berlalu kea rah tandas. Sebelum tangannya memulas tombol pintu tandas, dia menghentikan gerakannya.

"Kau pergi dengan siapa nanti?"

"Seorang."

Emir jongket kening sebelah.

"Aku teman. Tunggu aku. Jangan gatal tinggalkan aku. Siap kau nanti." arahan Emir yang berbau dengan amaran membuatkan mataku dipincing ke arahnya.

"Tak payahlah."saya segan berjalan dengan awak, sambungku dalam hati.

Emir mengecilkan matanya kea rah aku. " jangan nak bantah arahan suami."

Aku gigit bibir apabila Emir menggunakan kuasa vetonya.

"Baiklah. Saya tunggu."

Aku angkat bendera putih. Bertekak dengan Emir tidak akan membuahkan sebarang hasil. Lebih melambatkan serta membuang masa dan akhirnya dress aku pun tidak terbeli nanti. baik aku ikutkan sahaja perintah Yang Mulia Tuanku Emir Hafiz aka suami terchenta aku. Yang akhirnya menang bertekak nanti adalah Emir. Nak nak lagi apabila dia keluarkan hujah-hujah yang boleh membuatkan aku zip mulut berhari-hari.

Aku angkat punggung membawa beg sandang keluar dari bilik. Meninggalkan Emir yang sedang mandi dan berkemas. Kakiku melangkah kea rah dapur untuk menyediakan sarapan. Sunyi rumah sewaku tanpa kehadiran Amira yang telah balik ke kampung halamannya nun jauh di Terengganu. Sehari selepas cuti sekolah bermula, Amira terbang. Katanya hendak memberikan privasi kepada pengantin baru.

Aku cuma tergeleng sahaja. Sempat lagi dia thumb up dengan Emir di balai berlepas ketika kami berdua menghantarnya di lapangan terbang. Maklumlah Amira kan sidekick tidak rasmi Emir.

"Buat apa tu?"

Sapaan dari arah belakang bersama pelukan di pinggang membuatkan ototku kejung serta merta. Suaranya terasa dekat di telingaku. Aku gigit bibir. Aku ingatkan Emir lebih lama untuk berkemas. Namun silap sangkaanku apabila dia sedang enak memeluk pinggangku.

"Err... saya nak ambil roti sekejap."

Aku cuba meloloskan diri dari pelukan Emir yang semakin kejap. Terasa lemas nyawaku sesaat dengan aksi lepas laku Emir. mentang-mentang Amira sudah balik dan tinggal kami berdua sahaja dan dia bebas melakukan apa sahaja.

"Kejaplah."

Suara Emir yang bertukar nada membuatkan semakin resah. Gemuruh dan mukaku semakin menghangat apabila darah merah menyerbu ke muka. Emir meletakkan dagunya ke atas kepalaku.

"Emir, please. Nak ambil roti ni. Lapar."

Alasan yang aku gunakan untuk meloloskan diri daripada Emir. Namun Emir hanya membiarkan sahaja, mendengar tanpa ada reaksi.

"Kau ni pun. Aku baru peluk sikit dah gabra. Belum lagi aku buat lagi lebih lagi daripada ni."

Aku gigit bibir. Mindaku tidak boleh berfungsi dengan baik untuk membayangkan apa yang Emir akan buat lebih daripada ini. Oh, janganlah mindaku aktif untuk membayangkannya. Aku cepat-cepat menggelengkan kepala. tidak mahu bayangan Emir-menuntut-haknya menjengah dalam imaginasiku.

"So, nak pergi ke mana lepas ni?" Bersama soalan tersebut Emir melepaskan pelukan di pinggang.

Aku menarik nafas lega. Lega daripada jantung yang berdegup kencang tanpa kawalan dan muka yang masih merah.

"Kat mall yang baru bukak tu, AEON? Nak?"

Aku bergerak mendapatkan roti yang berada di kabinet dan membawa ke meja makan. Emir telah selamat duduk di kerusi sambil menghirup kopinya. Penggemar kopi. Emir angkat kening memandang aku.

"AEON? Tak pernah pergi kat situ ke?"

"Belum lagi."

Emir tayang wajah pelik. "Bukan perempuan pantang jumpa mall ke?"

Aku angkat kening. "Saya bukan kaki shopping. Beli bila ada keperluan aje. "

Emir hanya mengangguk sahaja. kami berdua hanya senyap di meja makan. Menikmati makanan ala barat yang aku sediakan. Malas pula untuk menggoreng mi walaupun bahannya sememangnya ada di dalam peti sejuk. Makan dalam keadaan senyap sebegini menenangkan jiwaku sambil berfikir tentang dress yang sesuai untuk majlis makan malam pelajar Tingkatan Enam nanti. Entah apa design baju yang aku bakal beli nanti.

Tepat jam 11, aku dan Emir bergerak keluar dari rumah menuju ke arah AEON shopping mall yang baru sahaja dibuka beberapa bulan yang lepas. Ketika aku mahu menjejakkan kaki ke shopping mall itu, ada sahaja yang menghalang. Dan baru hari inilah aku menjejakkan kaki ke mall ini.

Rekaan yang mengkagumkan membuatkan bayangan Emir hilang buat seketika. Aku terleka dengan rekaan dalaman shopping mall ini. Di tingkat bawah terdapat playgroud untuk kanak-kanak bermain dan terdapat juga kawasan yang disediakan khas untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Ada tugu kucing yang dibina dengan tangannya sentiasa bergerak dari atas ke bawah di tepi surfing board. Aku terasa ingin mengambil gambar di sana tetapi terdapat ramai orang yang bersesak untuk mengambil gambar juga, aku membatalkan niatku. Lebih baik cari dress dulu.

Ketika aku menoleh kea rah belakang, hampir terkeluar jantungku apabila melihat wajah Emir dengan wajah geramnya memandangku.

"Kau ni memang suka hilang ke? Dahlah badan kecik. Pendek pulak tu," perli Emir.

Mataku menjeling ke arahnya. Suka suki sahaja panggil orang kecik pendek! Dah dia tu sebesar gajah, setinggi zirafah nak buat macam mana? aku membebel di dalam hati.

"kalau macam tu baik tak payah teman." Kakiku mula melangkah laju meninggalkan Emir.

Dahlah mengata ikut sesedap rasa dia aje. Buat ikut sesuka hati dia aje. Kiss akulah. Peluk akulah. Dia tak tahu ke apa perasaan aku selama ini bila asyik kena herdik dengan dia, kena jerkah dengan dia? Dia tahu tak sekeping hati ini sentiasa sabar aje dengan perangai dia?

Arh! Kenapa hari ini sensitive pula ayat Emir di pendengaranku. Selalunya tak begini. Adakah ini petanda yang bendera jepun bakal menghadirkan diri? Emosi perempuan tidak pernah stabil agaknya. Sekejap okey, sekejap macam putting beliung.

"Sweetheart..." panggilan Emir di belakang tidak dipedulikan. Sakit hati dengan perkataan Emir masih terasa di jiwaku.

"Sweetheart... "panggil Emir lagi.

Aku buat tidak peduli. Langkahku dipercepatkan kea rah tandas untuk melarikan diri. Pasti Emir tidak kana berani untuk masuk ke tandas wanita di shopping mall ini. Mahu taknya kena bantai dengam makhluk Allah bernama perempuan secara berjemaah nanti.

Belumpun sempat kakiku melangkah masuk ke tandas, tanganku terlebih dahulu ditarik dari arah belakang. Aku cuba menarik tanganku tetapi gagal. Pegangan Emir kuat mencengkam lenganku. Aku berpaling ke arahnya dengan perasaan geram.

"Apa tarik-tarik orang ni? Saya nak masuk tandaslah!" Aku merengus geram.

Emir kerut dahi sebelum senyum sengetnya muncul di wajahnya. Aku pincing mata sebelum muka dipalingkan semula kea rah depan. Lenganku cuba ditarik semula namun masih gagal. Emir masih lagi enggan melepaskan. Aku melepaskan nafas kasar.

Kalau tahu begini jadinya baik aku shopping sorang-sorang. Takdelah drama sebabak seperti ini terjadi. Baik tak payah tunggu Emir tadi, aku jalan seorang terus, senyap-senyap. Bukan tak terbiasa. Malah hidupku di university, lone ranger. Pergi kelas seorang, pergi meeting seorang, join aktivti pun seorang, tetapi apabila melibatkan isu makanan barulah kata nama am kawan-kawan akan muncul.

Bukan aku tiada kawan, malah banyak sebenarnya. Cuma aku lebih suka bersendirian ketika melakukan kerja. Lagipun major dan minorku berbeza daripada kawan-kawanku yang lain dan ini membawa kepada kelas yang berlainan pada jam yang berbeza.

Apabila sudah terbiasa bersendiri, aku lebih senang. Senang untuk bergerak tanpa menunggu seseorang. senang untuk bersorang tanpa memikirkan perasaan orang lain.

"Sweethert..." meleret Emir memanggil aku.

Tetiba aku berasa seram. Gaya Emir memanggil lain macam sahaja. Cepat aku berpaling semula menghadap Emir. Gaya memanggil yang menyebabkan bulu romaku meremang naik 90 darjah tegak yang bersalut dengan nada amaran. Bukan aku tidak kenal dengan nada ini.

Malah cukup sebati dalam mindaku.

"Nak apa?"

Kening Emir dua-dua terangkat. Senyum senget menghiasi bibirnya. Aku merengus geram.

"Marah lagi ke?"

Aku berpaling kea rah lain sambil berpeluk tubuh. Sesaat aku tarik nafas. Memikirkan kembali mengapa aku harus merajuk mendengar Emir mengatakan aku pendek. Mungkin inilah dikatakan sebagai perempuan. Moodnya boleh sentiasa berubah. Bagiku, moodku pula cepat sangat berubah, antaranya sebabnya adalah kehadiran seorang makhluk Allah yang berada di hadapanku. Tersenyum tanpa rasa bersalah.

"Tak." Sepatah aku menjawab lalu berjalan kea rah lain. Meninggalkan Emir yang terkebil-kebil memandangku. Lebih baik cari baju cepat daripada memanjangkan babak drama Korea di depan tandas kerana ada beberapa mata sudah memandang kami berdua.

Dari ekor mata aku lihat Emir hanya menarik nafas panjang sambil menggarukan kepalanya. Mungkin pening memikirkan cara untuk menangani emosi mahkluk Allah yang bergelar perrempuan ini. Pernah ada kata diperkatakan bahawa ' until at the age of sixty, a husband cannot understand his wife's feeling'.

Maknanya sampai bila-bila lelaki takkan faham perasaan seorang perempuan. Complicated. Itu memang kebenaran. Kadang kala aku sebagai perempuan sendiri tidak faham dengan emosiku yang cepat sahaja berubah umpama putting beliung.

Kakiku cepat melangkah ke dalam sebuah butik pakaian. Kelihatan pakaian yang diperagakan menarik minatku untuk melihat. Emir hanya mengekori langkahku tanpa berkata. Diam sahaja. Baru tahu penangan rajuk seorang bernama Nuralthea Hazami.

Hening sahaja situasi antara kami berdua walaupun ketika ini pusat membeli belah AEON sibuk dengan pengunjung. Aku senyap memerhatikan baju yang ingin dibeli untuk dinner nanti dan Emir yang setia mengekori aku dari belakang tanpa mengeluarkan sepatah kata.

"Sweetheart..." panggil Emir perlahan dari arah belakang.

Aku terkaku sesaat sebelum mata difokuskan kembali ke arah pakaian yang sedang dipegangku. Pura-pura untuk tidak peduli dengan Emir.

"Marah lagi dengan aku ke? Tak pernah macam ni."

Aku terdengar Emir menggumam. Cepat telinga lintahku mendengar ayat Emir.

Aku tarik senyum dalam hati. Sekali sekala macam ni pun elok juga. Jangan asyik dia sahaja merajuk aku yang terpaksa memujuk, nah kali aku merajuk silakan enchek soami memujuk. Termakan pujuk tak aku?

"Sweetheart, marah lagi ke?" suara Emir mula bertukar lembut.

Derap langkah Emir yang semakin mendekat menyebabkan aku cepat beralih ke rak lain. Mahu melarikan diri daripada Emir. Malangnya belum sempat aku melangkah batang tubuh Emir terlebih dahulu berada di hadapanku. Hampir sahaja aku terlanggar dengan dadanya. Mujurlah kaki sempat membrek dengan jayanya.

Aku angkat kepala. memandang wajah Emir.

"Tepilah. Saya nak beli baju ni."

Aky beralih ke arah kanan. Badan Emir ikut bergerak kea rah kanan. Apabila aku bergerak kea rah kiri, Emir turut beralih dengan aku. Aku tarik nafas kasar.

"Nak apa? Tak nampak ke saya nak beli baju ni."

Emir mendekatkan langkahnya. Aku mengundur kea rah belakang sambil mata memerhati sekeliling. Takut ada mata yang memandang akan perbuatan Emir sekarang ini. Takut berlaku drama sebabak korea 2.0 sebentar nanti.

"Emir!" aku panggil Emir apabila langkahnya semakin maju ke hadapan dan aku yang semakin mengundur ke belakang. Aku lihat jurujual perempuan yang sedari tadi mengikuti aku berubah wajahnya.

Aku telan air liur. Cuak melanda hatiku. Daripada insiden percubaaan-untuk-merajuk-dengan-Emir sebaliknya lain pula yang sedang berlaku.

"Emir!" suaraku keras. Berharap lelaki ini sedar akan situasi sekarang. sekurang-kurangnya tahu tentang TPO.

Namun tidak. Malah Emir mempercepatkan langkahnya bagaikan dia ada misi untuk diselesaikan. Aku telan air liur cepat-cepat. Takut akan sebarang kemungkinan yag bakal terjadi.

Punah rancangan aku-merajuk-nak-Emir-memujuk. Tak jalan langsung. Langsung tidak meninggalkan kesan terhadap lelaki bernama Emir Hafiz ini. Terbit perasaan menyesal aku untuk untuk merajuk dengan Emir. Baik aku buat muka takde perasaan seperti selaku. Sekurang-kurangnya insiden drama sebabak Korea yang tidak berbayar di hadapan tandas dan sekarang tidak berlaku.

Dan aku boleh bershopping dengan perasaan tenang. Tapi bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna. Terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya.

Sekarang, nah, aku sedang menerima padahnya!

Kakiku semakin mengundur ke belakang sehinggalah tiba di satu rak. Aku tidak dapat bergerak ke kanan dan kiri. Di sebelah kanan dinding tepi. Sebelah kiri pulak bilik persalinan, aku pandang wajah Emir yang bagaikan puas.

"Awak ni dah kenapa? Tahu tak sini kat mana? bukan kat rumah yang awak boleh buat sesuaka hati awak," aku membebel.

Tanpa memperdulikan aku, Emir melangkah dan mendekati aku. Jurujual wanita yang mengekori entah ke mana perginya. Mungkin muak dengan sktesa yang dimainkan oleh aku dan Emir sekarang ini.

Jarak aku dan badan Emir hanya tinggal beberapa inchi sahaja. Tiba-tiba Emir meghulurkan tangannya. Aku pejam mata, erat. Mindaku sudah membayangkan pelbagai kemungkinan. Kemungkinan-kemungkinan yang bakal menyebabkan aku tak keluar rumah sebulan. Tidak sanggup untuk menghadapi kecaman yang mungkin dilemparkan kea rah aku andai kata ada yang sedang merakam aksi Emir ketika ini.

Mana aku nak letak muka?

Dari ekor mata aku lihat tangan Emir menaik seolah-olah hendak memegang kepalaku. Aku cepat tutup mata dan menunduk. Sesaat aku rasa kepalaku tidak bersentuh. Hairan. Aku tertanya-tanya. Perlahan-lahan aku membuka mataku, menoleh kea rah tepi. tangan Emir yang berada di sisiku sudah tiada lagi.

Aku menoleh kea rah depan. Tergamam sebentar aku apabila Emir mengurut dagunya. Di tangannya terdapat sepasang dress yang berwarna hitam bersulam biru di tepinya. Tampak elegen.

"Err... itu." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku sambil jari telunjukku lurus kea rah baju yang dipegang oleh Emir. Aku kerut dahi.

Emir pandang muka aku. Dia senyum. Sumpah aku rasa macam duniaku sedang terbalik apabila melihatkan muka Emir yang polos ketika itu. Innocent. Seolah-seolah Emir yang badboy tidak pernah muncul dalam dirinya.

"Baju ini sesuai untuk awak," ujarnya sambil menyuakan dress labuh itu ke arahku.

Air liur yang ditelan bagai nak terpercik di dalam kerongkong. Awak? Telingaku tak salah dengar ke? Sejak bila Emir ber-awak dengan aku? bukan selalu dia ber-kau dengan aku ke?

Aku pandang muka Emir dengan perasaan pelik. Dahiku berkerut. Ini memang Emir di hadapan aku, bukan? Dengan perasaan teragak-agak aku mengambil dress labuh tersebut. Elegan dan menarik.

"Cantik tak?" suara Emir bertanya.

Fokusku beralih ke ara dress berkenaan lalu mengangguk. Bersetuju dengan Emir sambil tanganku memegang dress tersebut. Fabric chiffon. Tebal dan labuh. Menepati citarasa aku. entah berapa harganya. Aku membelek tanda harga yang berwarna putih itu. Hamir terjojol mataku. Mak aihh, mahalnya.

Design lawa, harga pun mestilah lawa. Aku tertawa hambar dalam hati. Dengan perasaan berat aku serahkan kembali dress tersebut kepada Emir. Dia kerut dahi.

"Kenapa? Tak berkenan ke?"

Aku pegang erat tali beg sandang. Bukan tak berkenan tapi sebenarnya dah sampai tahap jatuh cinta dengan dress yang dipilih oleh Emir. Namun apabila mengenangkan harganya, aku terpaksa memilih yang lain, yang sekufu dengan pendapatan aku. Lagipun, pakai cuma untuk sekali sahaja, jadi tak berbaloi sangat untuk dibeli.

"Mahal. Takpelah. Pakai sekali ajekan? Tap payah beli mahal-mahal," Sayu sahaja suaraku. Sementelah hatiku meronta-ronta untuk memiliki gaun berkenaan. Adakah ini yang dikaitkan dengan pepatah, mencintai tak semestinya harus memiliki.

Kerana tidak mampu harus aku lepaskan dress labuh berkenaan.

Emir pandang aku. " Betul ni?"

Aku angguk berkali-kali. Sabar Althea. Ada hikmah kenapa kau tak dapat dress labuh tersebut, aku tenangkan hati. Dengan perasaan yang berat, aku melangkah keluar dari butik berkenaan. Emir pun turut melangkah tanpa bersuara. Tidak pula dia memaksa aku untuk aku membeli gaun berkenaan.

"Aku lapar ni. Makan dulu nak?"

Soalan Emir menghentikan langkahku. Aku masih lagi berat hati untuk meninggalkan dress berkenaan tanpa membeli. Namun apakan daya, aku hanyalah rakyat marhean dan tidak mampu untuk membeli dress mahal berkenaan. Lagipun pakai cuma untuk sekali saja. Tidak seronok rasanya kalau dibeli tanpa diguna, hanya sekadar menjadi tatapan sahaja.

"Okey." Pendek sahaja jawapanku. Emir garu pipinya seraya berdiri di sebelahku.Tiba-tiba dia menghulurkan tangannya kea rah aku. aku garu kepala.

"Nak minta apa?"

Tanpa bersuara Emir mencapai tanganku dalam genggamannya. Aku terkedu. Mindaku teringat kembali situasi yang berlaku di tepi Jambatan Darul Hana tidak lama dulu. Babak yang sama tapi tempat yang berbeza.

Emir berpaling ke hadapan lalu kakinya melangkah ke arah hadapan. Aku ukir senyuman. Entah kenapa hatiku terpujuk dengan kelakuan Emir yang satu ini dan kakiku hanya melangkah bersama Emir untuk mencari kedai makanan. Kebetulan, perutku sudah berkeroncong.

Sementara aku dan Emir menunggu makanan yang dipesan kami berdua, Emir bergerak ke tandas. Aku memandang kea rah sekeliling. risau bertandang dalam hatiku. Takut terjumpa dengan rakan sekerja dalam keadaan aku dan Emir bershopping di mall sekarang. Bukan tidak mahu untuk menghebohkan tentang perkahwinan aku dan Emir tetapi aku menunggu masa yang sesuai untuk menjatuhkan 'bom' – berita perkahwinan aku dan Emir.

Aku tidak boleh membayangkan reaksi mereka nanti. Terlopong? Terkilan? Tertanya-tanya? Aku sendiri pun samar-samar untuk memikirkan akan segala reaksi warga sekolah STKH. Jangan ada yang pengsan sudah. Tak terima hakikat seperti cikgu Ilham? aku tak pasti.

Ketika mataku melilau melihat kedai lain di seberang aku hampir menggigil seram. Kelibat dua orang mahkluk Allah yang aku kenali. Aduh. Masa macam ni pun mereka muncul? Takkanlah.

Aku gigit kuku. Kepalaku mula membayangkan seribu satu kemungkinan yang akan berlaku jika dua orang guru berkenaan terserempak dengan aku dan Emir yang sedang bershopping. Macam manalah aku tidak terfikir akan kemungkinan ini? Aku gosok pelipis kepala. dahiku berpeluh untuk membina ayat-ayat gramatis untuk menyelamatkan kami berdua.

Yang penting aku doakan semoga aku dan Emir tidak bertembung dengan Cikgu Yasmin dan Cikgu Aishah. Amin.

"Apa yang awak aminkan tu?"

Aku tersentak. Pantas tangan yang meraup mukaku dirungkai. Mukaku diangkat untuk melihat makhluk Allah yang baru bertapa balik dari tandas. Lama betul. Dia ni pergi tandas kea tau membina tandas sekali. Makanan yang dipesan pun belum lagi kunjung tiba. Mungkin hari ini sesak dengan orang ramai tambahan lagi kedai ini sibuk dengan pengunjungnya.

"Awak beli apa tu?" tanyaku apabila dia tangannya ada beg kertas yang berwarna coklat.

"Nah, untuk awak."

Kali ketiga telingaku mendengar perkataan 'awak' keluar dari mulutnya. Aku kerut dahi memandang beg tersebut. Tangan Emir sudah menolak beg berkenaan ke arahku sambil mengambil tempat duduk di hadapanku. aku menarik beg berkenaan seraya membelek isi yang terkandung di dalamnya.

Mulutku ternganga. Mataku bulat apabila jari jemariku menyentuh isi beg berkenaan. Aku pandang wajah Emir yang beriak biasa.

"Awak... awak.. " lidahku bagaikan tersekat.

Emir senyum. Bukan senyum misteri, bukan senyum senget dan bukan senyum sinis. Tapi senyuman polos yang dihadiahkan kepada aku.

"Aku tahu kau berkenan dengan gaun tadi."

"Tapi ni mahal kot Emir."

Aku telan air liur. Rasa tidak percaya Emir sanggup berhabis duit untuk membeli dress labih berkenaan. Serba salah pula aku rasakan. Serba salah kerana membebankan Emir untuk membeli dress mahal seperti ini. Sudahnya mana Emir nak cekau duit? Kalau dia sudah bekerja aku tidak kisah, tapi dia student.

"But you want it right?"

Aku ketap bibir.

"ye tapi ni mahal Emir. Takpelah, nanti saya bayar awak balik."

Terharu jugak Emir sanggup membeli dress labuh ini untuk aku. Cepat tanganku mencari purse yang berada di dalam beg sandang. Belum pun sempat aku menarik purse tersebut, Emir cekap menangkap lenganku.

"No need to pay me back."

Emir renung wajahku. Aku telan air liur.

" Tapi mahal kot Emir. "

Aku bertegas. Emir kerut dahi. Dia tarik nafas sambil pejam mata sebelum pandangan ditumpukan ke arahku semula. Aku senyap.

"Jangan persoalkan keikhlasan aku nak beli ni. Just think it as present from your beloved husband."

"Husband??!!"

Serentak itu aku dan Emir menoleh kea rah punca suara berkenaan. pucat lesi mukaku apabila melihat dua wajah yang melopong di hadapanku.

Alamak!!!! Aku rasa macam nak suruh lantai AEON Mall ni telan aku saja.

Tak pun, wahai batu belah batu bertangkup telanlah aku, makanlah aku!

***********************************************************************************************

Hi guys,

First of all, sorry sangat tak update H=S sebulan lebih. some problems keep coming and coming, jadi fokus kepada yang itu dulu... heheheheeh...

Secondly, utk semua komen, saya sebagai penulis amateur yang masih berjinak2, saya sangart hargai komen semua.

Thirdly.. I HEART YOU Guys so much!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience