3

Drama Completed 107847

Selesai subuh, Sofia merenung ruangan bilik tetamu Huda. Semua barang-barang dalam bilik itu adalah barang-barangnya yang di tinggalkan lepas berkahwin dengan Fahrin. Huda masih menjaga rapi dan digunakan sebaik mungkin.

Pintu bilik di ketuk sayup suara Huda memanggilnya.

"Fie, kau dah bangun ke?".

"Hhmm, dah. Kejap yea", melangkah ke pintu bilik dan perlahan tangan memulas tombol pintu bilik.

"Ehh, la dah siap ke?, ingat kau tidur semula?".

"Mana ada, hilang mengantuk gara-gara malam tadi. Sembang dengan diorang kan lewat dah, 3.30pagi baru abang, Zack balik".

Sofia berjalan menuju ke meja makan, menarik kerusi dan dia melabuhkan punggungnya di situ meninggalkan Huda di pintu biliknya.

"Huda pinjam Laptop".

"Kejap yea aku ambilkan".

Jari jemari mengetuk meja mengikut iramanya sendiri, matanya memandang rak yang ada di hujung meja makan itu. Sofia bangun melangkah dan dia lihat ubat yang begitu banyak dengan nama Nurul Huda Amaran. Matanya memandang nama-nama ubat itu, tangannya menyelongkar bekas ubat itu seperti ayam mengais tanah.

"Nah ni, hoii... apa kau buat kat situ", Huda sedikit terkedu bila dia lihat di tangan rakannya penuh ubatnya ketika Sofia berpusing menolehnya.

"Apa semua ni Huda?, Kau sakit apa?".

"Suka-suka selongkar rumah aku..letak balik", tegas tapi sambil senyum.

"Ni apa?".

"Tu jajan".

"Nurul Huda Amaran, jangan aku bagi amaran kat kau?", cuba mengugut.

"Biasa la, aku kan ada semput".

"Jangan nak tipula, semput banyak macam ni?".

"Dia ada penyakit kuning, sebab hatinya dah tidak berfungsi dengan baik. Lagipun kurang sel darah merah, so jemput semua penyakit masuk dalam badannya. lengkap tiptop", balas Daniel muncul dari bilik dan duduk di sofa.

"Allahhuakhbar, habis tu?".

Sofia memandang muka Huda dan Daniel.

"Macam tu lah. Bergantung dengan ubat".

"Huda Huda.. Kau ni dari sebelum kahwin aku dah pesan jaga kesihatan".

"Aku okay je la".

"Jadi apa-apa nanti macamana?", dia terus membuka laptop tidak mengendahkan mereka walaupun mulut berbicara.

"Kalau jadi apa-apa pada aku, kau tolong jagakan Daniel untuk aku boleh?".

"Apa mengarut ni?, Daniel taknak kat aku lah. Dia sayangkan kau, Kalau dia nak aku dari dulu dia dah ngorat aku sebelum aku kahwin dengan Fahrin. Kan Daniel?".

Mata Sofia melihat wallpaper laptop itu. Gambar dia bersama Huda dan Daniel. Gambar itu ketika dia sedang mengandungkan Sue.

"Entah..", namun Daniel menelan air liur pagi itu dengar kata-kata Sofia.

"Kau silap Sofia", keluh hati kecil Daniel.

Sofia melihat isi kandungan fail yang ada dalam pendrive itu. Satu persatu di buka dan di tekan. Pada masa sama Huda dan Daniel di dapur bersarapan.

Sofia benar-benar terkejut ada beberapa masalah di dalam fail itu. Walaupun Sofia tidak ke pejabat Fahrin namun segala data syarikat Fahrin Sofia update dan ambil tahu. Sejak Sue kerap sakit Sofia tidak ambil tahu sejak setahun lalu.

"Kenapa you boros sangat ni sayang. Semua projek you buat semuanya separuh jalan", keluhnya sendirian.

"Kenapa aku tak tahu dia belum jual rumahnya tinggal dengan Mazlan, Dia tipu aku selama ni kata dah jual. Ni kereta siapa dia beli atas nama aku. Rumah lagi... haaiisyyhhhh....".

"Arghhh kenapa usik kewangan Cafe Faiz....itu bukan duit dia", sambil mengetuk-getuk meja.

"Pergi bercuti dengan Dhia, atas alasan urusan syarikat?".

"Serious aku boleh gila gini... apa ni. setahun tak semak jadi gini, Dannnieelllll......", agak tinggi nadanya.

Daniel menekup telinga bila Sofia memekik.

"Daniel Huda, sebab ni ke Fahrin gaduh dengan korang", menjerit Sofia seorang diri di ruang makan.

"Yea sebab tu la, dia tahu aku siasat. Ada mata-mata report pada aku. Aku tegur dia melenting", balas Daniel.

"So?".

"So sejak ada Dhia, aku dengan dia jadi renggang", balas Daniel.

Huda memegang bahu rakannya itu. Jarinya meramas-ramas bahu Sofia cuba tenangkannya.

"Sofia sayang, aku tahu kau boleh handle masalah tapi hal perempuan tu menggatal kau kena pikir betul-betul".

"Maksud kau?".

Huda menundukkan sikit badannya agar mulutnya dekat ke telinga Sofia.

"Kau kena pastikan suami kau benar-benar dah bersama dia atau belum. Kau faham maksud aku kan?. Sebelum ni kak Zie dan yang lain semua dia tak sentuh".

Muka Sofia berubah terus bangun terkejut. Huda menegakkan pinggang dan menepuk belakang Sofia perlahan tiga kali dan menuju ke suaminya yang melayan ikan di aquarium.

"Betul kan sayang?", soal Huda merangkul pinggang Daniel.

"Apa dia?", bangun sambil menarik tangan isterinya erat kemudian dia menepuk tangan Huda manja.

"Saya bagitahu Fie, apa yang abang suruh sampaikan".

"Ohh, betul tu Sofia".

"Thanks ingatkan aku, aku rasa aku perlu balik sekarang. Nanti apa-apa aku text kau ye Huda".

"Sofia nak aku hantarkan?".

"Abang hantar je, kesian Sofia. Lagipun tak salahkan hantar makcik muda ni balik", mencubit pipi Sofia.

"Kejap aku bersiap dulu".

Huda berbual dengan Sofia sementara menunggu Daniel bersiap. Daniel keluar dari bilik dan mencapai kunci keretanya. Dia mencium pipi Huda sebelum pergi.

"Abang hati-hati".

"Jangan risau abang tahu la nak handle pakcik senget awak tu kalau terserempak".

Laju kereta yang di pandu Daniel meluncur, pagi minggu jalan lengang.

"Hari minggu yang boleh sakit otak", keluhnya sendirian di dalam kereta.

"Maafkan aku Sofia, aku rasa Dhia yang menggatal dulu tu".

"Dia gatal?, Fahrin melayan gatal dia tu melarat. Cuba dia tak layan gatal tu, tak jadi semua ni kan?".

"Macamana kau nak handle die?".

"Macamtu lah, macam mana lagi. Saya sangka dah selamat lepas pelbagai masalah saya hadapi 3tahun perkahwinan awal. Tapi jadi lain pula".

"Pandai la saya settlekan Fahrin tu, lagipun semalam entah kenapa ringan mulut pergi pecat Dhia tu".

Daniel menoleh Sofia yang sedang muncungnya di herut-herut ke kiri kanan berkali-kali.

"Asal buat muka senget tu?, ingat comel?".

"Sebab tak comel la saya buat. Bila saya buat muka comel nanti awak tergoda pula. Dah susah saya nak jawab dengan Huda".

"Kkaahhhkhaahhhhkaaahhh...... Sofia Sofia..".

"Kau ni sama je macam dulu, ada masalah pun boleh melawak lagi".

Tersengih Daniel seorang diri mendengar jawapan dari perempuan yang pernah membuka ruang hatinya satu ketika dahulu. Ruang itu sudah dipenuhi dengan Huda isterinya, namun masih ada untuk Sofia walaupun kecil, entah kenapa Daniel masih ada menyimpannya dan Huda juga tahu ada Sofia di ruang hatinya.

.............

"Thanks yea hantar makcik", Sofia mengusik dan terus keluar dari kereta Daniel.

"Sofia tunggu".

Daniel keluar dari kereta menghampiri Sofia yang berada di pagar rumah.

"Ingat, aku dengan Huda sentiasa dengan kau".

"Ingat nokk, thanks again yea", mencuit hidung Daniel dan masuk ke dalam.

Fahrin memerhati dari tingkap biliknya Sofia pulang di hantar Daniel. Walaupun semalam Zack dan Johan membawanya pergi, Fahrin hairan kenapa pagi ni isterinya bersama Daniel. Bukannya Zack atau Johan.

"Agak sudah...pasti mereka hantar budak ni kesana", keluhnya sendirian.

Dia terus naik atas katil pura-pura tidur dan seperti tidak nampak apa berlaku. Selang beberapa minit Sofia membuka pintu bilik melihat Fahrin terbaring di katil.

Dia langsung tidak menegur Fahrin. Sofia terus berdiri di almari, mencapai tuala bersih dan menuju ke bilik air.

"Oohhh buat-buat tak nampak yea".

Sofia keluar dari bilik air dan sekali lagi dia tidak hiraukan suaminya di atas katil. Ketika Sofia bersiap Fahrin bangun dan terus menerkam pinggang Sofia dari belakang.

"Berani kan buat tak nampak i", dia berbisik ke telinga Sofia.

"Siapa?, saya ke awak yang buat tak nampak?".

Fahrin memusingkan Sofia agar dia boleh melihat wajah isterinya itu yang masih marahkannya. Fahrin sengaja menarik pinggang Sofia lebih kuat agar dia dapat rasa badan Sofia yang sejuk baru siap mandi.

"Masih marahkan i".

"Masih".

"Kenapa mesti lari rumah Daniel kalau merajuk dengan i".

"Nah tu kan. You tengok.. you nampak kan tadi. Tapi acah-acah tak nampak", balas Sofia agak tinggi nadanya.

Tangan Sofia mencubit belakang Fahrin geram.

"Aduhhh, sakit sayang".

"Sakit lagi hati I bila you dalam pelukan Dhia".

"Maafkan I please.. I salah...".

"Memang salah..you tu bukan muda lagi la, sudah-sudahlah buat kerja gitu. Dulu you tak seteruk ni. Tak malu dekat Faiz ke?".

"Faiz kan dekat asrama, I tak malu dekat ibu Faiz ni yang kuat merajuk".

Fahrin cuba menyentuh leher Sofia dengan bibirnya. Dia terasa tangan Sofia merayap di belakang tubuhnya pada waktu itu. Sofia terus mencubit sekali lagi punggung Fahrin kali ini lebih kuat menyebabkan Fahrin terlepas memeluk Sofia kerana sakit.

"Aduhh sayang ni mengelat la.. main cubit", sambil menggosok punggungnya.

"Padan muka, ingat I Dhia ke. Dah I nak pakai baju, nanti teman I ambil Sue di rumah abang Johan".

"Alaaa baru nak berdua...".

"Jangan nak mengada Encik Fahrin, I belum maafkan you lagi ni".

"Okay sayang busuk manja".

Fahrin membiarkan Sofia bersiap, namun matanya sekadar memerhati isterinya yang sedang bersiap.

"Dah kenapa tengok?".

"Tengok tak boleh?, kacau kang tak bagi".

"Ingat saya air ke nak kacau-kacau".

"Amboiii... menjawab, menjawab.. sayang I nak tanya you?".

"Tanya apa?".

"Siapa call you semalam dalam kereta?".

"Ohh Faiz, dia kata kasut sport dia hilang. Dia cuci lupa angkat, Sekali dia teringat tengok dah hilang".

"Ohhh Faiz, ingat sayang mana tadi", lega dia mendengar sambil menggurut dada.

"Ingat I macam you ke sayang dimana-mana".

Loceng rumah menghentikan perbualan mereka. Sofia dan Fahrin sama-sama berpandangan.

"Siapa pula datang pagi-pagi ni?".

"Biar I bukakan, you siap dulu", balas Fahrin terus berlari ke bawah membuka pintu.

Terkejut besar dia bila lihat seorang lelaki yang sangat dia kenali berdiri sehelai sepinggang di depan rumahnya.

"Fahrin".

"Mazlan?".

Mazlan mengukir sedikit senyuman dan menghulurkan tangan berjabat salam dengan Fahrin. Lambat Fahrin menghulurkan tangan tidak tahu saat itu gembira atau risau. Perasaan itu muncul tiba-tiba. Dia rasakan ada Aura yang buat dia kurang selesa dengan lelaki itu.

"Siapa tu sayang?", lembut suara Sofia sambil menuruni anak tangga.

Fahrin kelu lidahnya secara tiba-tiba tidak tahu mahu jawab soalan Sofia atau tidak. Dia menoleh ke arah Sofia tanpa suara dengan muka terkejut.

Mazlan is back... Sepatutnya Fahrin gembira kerana Mazlan masuk penjara kerana selamatkan mereka semua, namun dia tidak gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience