BAB 3

Humor Completed 25256

‘Eh, boleh tahan biadap juga lelaki ni.’ Membulat mata Dian melihat Hanif selamba meninggalkannya keseorangan di situ. Dah la dahinya luka terhantuk bucu punti tadi disebabkan Hanif.

“Tunggu dulu! Encik, tunggu!” jerit Dian.

Hanif Daniel tidak mahu menoleh meski dia dengar gadis itu memanggilnya. Hatinya geram kerana kata-kata dan sikap gadis tadi. Jauh benar bezanya dengan Lisa, bekas kekasihnya yang lemah lembut tapi tetap meningalkannya untuk bersama dengan lelaki lain.

‘Argh. Semua perempuan sama saje. Menyakitkan hati!” katanya dalam hati dan meneruskan langkahnya.

Dian mengejarnya dari belakang.Lalu menepuk bahu kiri Hanif.Barulah hanif menoleh ke arahnya.

“Saya panggil tadi, encik tak dengar ke?” mencungap Dian bertanya. Matannya tak lepas memandang wajah Hanif.

“Saya dengar tapi saya dah taka da mood nak layan awak.” Selamba Hanif menjawab.

Dian mencebik bibirnya tanda tak puas hati.

“Apa yang awak nak ni. Tadi saya dah minta maaf tapi awak jual mahal. Saya rasa saya taka da hutang apa-apa dah dengan awak.”
Kali ini nada Hanif sedikit tegas. Raut wajah garang yang terpamer sekarang.

“Ni dahi saya luka, takkan encik tak nak buat apa-apa?” peril Dian.

“Oh, nak saya tolong ke? Kalau nak dari tadi jangan sombong sangat. Dah mari saya hantar ke klinik. Nanti entah apa pula lagi, awak nak tuntut dari saya.” Kata Hanif dengan nada geram seraya lengan Dian di Tarik mengikutinya ke klinik.

Sebelah tangan lagi ligat mendail nombor telefon kamal dan menelefonnya.

“Kamal, aku tak jadi nak makan dengan kau.”

“Aduh, kenapa pula ni? Kau kat mana? Kenapa lama sangat ke tandas?”

“Ada hal sikitlah bro. Nanti aku cerita.” Kata

“Kau ni ada saja lah. Habis tu makanan kau ni siapa nak habiskan?”

“Aha. Yang tu, kau je lah makan. Nanti aku bayar balik ya. Bye.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience