Rate

Bab 1 Lagenda Melayu

Superhero Series 892

Kisah dongeng merupakan budaya yang dekat dengan kita. Dulu, atuk-atuk dan opah-opah sering menceritakan kisah-kisah dongeng yang bermanfaat dan bertauladan. Kisah-kisah dongeng membentuk diri kita untuk menjadi lebih baik kerana kisah dongeng diselitkan dengan pengajaran-pengajaran yang berguna.

Tapi, masyarakat kini tidak terlalu ambil tahu tentang kisah dongeng. Disebabkan itu, ramai individu telah mengubah plot kisah itu menggunakan idea masing-masing. Oleh itu, kisah dongeng akan makin diminati dan disukai oleh masyarakat kini.

Tentu kita pernah dengar tentang kisah dongeng kan. Paling koman pun, tentu kita pernah mendengar tentang kisah bawang merah dan bawang putih. Tapi, saya sebagai penulis tidak mahu menceritakan kisah itu. Saya ingin menceritakan kisah dongeng yang epik dan futuristik. Saya akan menerangkan watak-watak fiksi ini satu persatu.

Badang Si Gagah,
Badang, menurut cerita orang tua, dia merupakan seorang lelaki yang gagah dan kuat kerana memakan muntah jin. Badang pada awalnya ingin membunuh jin itu kerana telah memakan ikan-ikan yang merupakan hasil tangkapannya. Lalu, jin itu mengatakan "Aku akan memenuhi apa-apa permintaanmu. Tolong lepaskan aku." Lalu, Badang meminta supaya dirinya menjadi kuat. Lalu, jin itu muntah lalu, menyuruh Badang untuk memakan muntah itu. Badang pun memakannya tanpa rasa geli. Badang pergi ke sebatang pokok sesudah makan muntah itu. Dia dapat mencabut pokok itu dari akarnya. Dia telah menjadi gagah perkasa seperti yang diinginkannya. Badang berterima kasih kepada jin itu.

Sitora Si Harimau Jadian,
Kita mungkin jarang mendengar nama Sitora. Sitora berasal daripada bahasa jepun iaitu harimau. Menurut lagenda, seorang pengamal ilmu hitam pada zaman dahulu mempunyai kebolehan untuk menjelma sebagai harimau jadian.

Bersiong Penghisap darah,
Raja bersiong merupakan nama yang sinonim bagi penduduk sekitar Baling,Kedah. Raja bersiong dikatakan ketagih akan darah apabila termakan lauk yang dimasak oleh tukang masaknya. Tapi, masakan itu bukanlah masakan yang biasa. Tukang masak itu tidak sengaja telah menitiskan setitik darahnya ke dalam lauk itu. Raja bersiong suka akan masakan itu. Lalu, tukang masak itu menceritakan hal sebenarnya. Mulai dari hari itu, Raja Bersiong mengarahkan supaya setiap santapannya diletakkan darah. Untuk mentaati perintah itu, telah ramai penduduk yang menjadi korban Raja Bersiong. Akibat terlampau ketagih akan darah, taring atau siong telah tumbuh di dalam mulutnya.

Nujum Pak Belalang dan anaknya,
Alkisah menceritakan Pak merupakan seorang bapa tunggal yang tinggal bersama anaknya,Belalang. Belalang merupakan seorang budak lelaki yang rajin. Suatu hari, Belalang terjumpa 2 orang perompak sedang menarik haiwan ternakan orang kampung. Kemudian, Belalang mendapat satu akal. Dia duduk di atas pokok dan menakutkan perompak-perompak itu. Perompak-perompak itu lari dan kemudian meninggalkan haiwan tetnakan yang mereka rompak. Belalang membawa haiwan itu ke rumahnya. Pak Belalang berasa amat terkejut apabila melihat Belalang membawa lembu. "Kau dapat dari mana haiwan-haiwan ni Belalang"tanya Pak Belalang. "Saya terjumpa 2 orang perompak membawa lembu-lembu ini, pak" jawab Belalang. "Terus? Kau tak nak pulangkan kepada pemiliknya"tanya bapanya. "Jangan lagi pak, kita simpan dulu haiwan-haiwan ini di belakang rumah. Belalang boleh beritahu orang-orang kampung bahawa bapak ialah ahli nujum. Jadi, bila pemilik datang berjumpa dengan bapak, bapak boleh menunjukkan lembu di belakang rumah itu." jawab Belalang. "Kau memang bijak Belalang". balas bapanya. Pemilik lembu pun datang bertemu Pak Belalang. Kemudian, Pak Belalang hanya menunjukkan lembu di belakang rumah. Pemilik-pemilik itu berterima kasih kepada Pak Belalang. Kemudian, berita ini sampai ke telinga raja. Lalu, raja melantik Pak Belalang menjadi Ahli Nujum Istana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience