BAB 9

Humor Completed 8905

Aku menumbuk-numbuk berkali-kali dinding batu di hadapanku. Aku mendongak ke langit yang hitam pekat seperti memahami perasaanku ketika ini yang kelam. Hatiku sudah membengkak dan terbakar dengan api kemarahan.

Aku benci ibu! Aku benci Norman! Aku benci semua orang! Kenapa mereka tidak boleh terima aku?! Kenapa?! Salahkah aku menjadi seorang tomboy? Aku tak kacau diorang tetapi kenapa masyarakat memandang serong terhadapku termasuk ibuku sendiri!

Dalam sakit hatiku, air mataku mengalir laju membasahi pipiku.

"Arghhh!!!!!" Aku menjerit kuat memecah kesunyian malam . Aku benci hidup ini!!!! Teriakku di dalam hati.

" Hei betina!" Aku tersentak apabila laungan kuat bergema dari belakangku. Aku menoleh. Aku terkejut melihat sekumpulan lelaki yang semua berbadan besar di hadapanku. Mereka ramai, mungkin dekat 20 orang. Semuanya memegang kayu sebesar betis. Semua memandang tajam terhadapku. Aku memerhatikan wajah mereka satu persatu dan mataku terencap pada seorang lelaki gendut di tengah-tengah kumpulan itu. Lelaki itu?

" Kau ingat aku lagi?!" Soalnya kasar. Ye, aku ingat! Lelaki itulah yang aku belasah teruk ketika cuba menyelamatkan Norman. Hatiku mula berdegup kencang. Aku mula merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku namun aku cuba berlagak tenang.Jangan takut Burd, kau pasti boleh lawan mereka! Aku memberi kata-kata semangat untuk diriku.

"Kenapa diam?! Kau takut?!" Gertak lelaki itu lagi. Aku tersenyum sinis.

" Kau gila ke? Kau ingat aku takut ke dengan korang?! Gendut!" Laungku kuat. Mereka mula bercakap sesama sendiri.

" Kau tak kan selamat la betina! Hari ni aku akan pastikan kau mampus!" Ugutannya langsung tidak menggetarkan jiwa wanitaku.

" Huh! Kau ingat aku takut?!Kalau kau anak jantan, meh lawan dengan aku!" Giliran aku pula menggugut.

" Berlagak punya betina! Serang!!" Jeritnya kuat dan serentak dengan itu kumpulan lelaki itu menyerangku sekali gus. Aku menggunakan sepenuh tenaga untuk menangkis serangan mereka sehingga memaksa aku membuat pusingan layang.

Satu persatu mereka rebah ke bumi namun serangan yang bertubi-tubi menyebatkan kudratku semakin lama semakin lemah. Walaupun begitu, aku tetap cuba mengumpul sekuat tenaga semaksimum yang mungkin.

Tidak! Aku tidak boleh mengalah! Tanpa aku sedari, salah seorang daripada mereka yang masih belum tumpas menyerangku dari belakang dan aku tidak sempat mengelak dari terkena hentaman kayu besar ke atas belakangku. Aku terdorong ke hadapan dan rebah. Tanganku menongkat ke bumi menghalang dari rebah sepenuhnya.

Aku cuba bangkit perlahan-lahan namun kesakitan pada tulang belakangku menyebabkan aku gagal untuk melakukannya. Aku rebah kembali. Melihat keadaanku yang lemah, mereka beramai-ramai mengambil kesempatan menyepak terajang tubuhku tanpa belas kasihan. Aku meraung kesakitan.

Darah merah pekat mengalir keluar dari hidung mulutku, gigiku patah. Ya Allah, tolonglah selamatkan aku..

" Jangan pukul dia!!" Jeritan seorang lelaki mengehentikan pukulan mereka. Mereka berpaling serentak ke satu arah. Aku membuka perlahan-lahan dengan wajah yang berkerut menahan sakit untuk melihat siapa lelaki itu.

" Korang tak malu ke berlawan dengan perempuan?! Ini lawan kau? Bukan dia!" Gertak lelaki itu sambil mendabik dada.Dalam samar aku cuba mengamati wajah itu. Norman! Terkejut bukan kepalang aku apabila melihat kehadiran Norman di situ.Buat apa dia di sini?

" Owh, ni la budak lembik yang betina ni selamatkan hari tu! Hei lembik! Kalau kau nak selamat baik kau pergi dari sini!" Gertak salah seorang daripada mereka.

" Tidak!! Aku tak kan pergi selagi korang tak lepaskan dia!" Aku terkedu melihat ketegasan Norman .Inilah pertama kali aku melihat dia begitu tegas,benar-benar kelihatan seperti lelaki sejati.

" Jangan lawan Norman..pergi dari sini..," kataku perlahan namun langsung tidak dapat didengari olehnya.

" Guys! Tunggu apa lagi,serang dia!!" Kini, giliran Norman pula berlawan dengan mereka yang tubuhnya jauh lagi besar berbanding Norman. Aku mulai resah. Ya Allah tolong selamatkan Norman, aku tidak mahu dia menerima nasib yang sama sepertiku. Aku tidak mahu dia tercedera keranaku.

Aku pasti,dia tidak bisa melawan mereka kerana aku tahu Norman tidak memiliki kemahiran berlawan. Ya Allah, tolong kami..aku berdoa di dalam hati dengan air mata lebat membasahi pipiku. Benar telahanku, Norman tidak mampu melawan mereka, sebentar kemudian dia dibelasah teruk. Tubuhnya dipukul bertalu-talu dengan kayu menyebabkan dia menggelupur kesakitan.

Aku berang! Aku mesti bangkit! Dengan sekuat tenaga aku cuba bangkit. Kesakitan yang aku alami terpaksa aku abaikan demi menyelamatkan Norman. Dengan kudrat yang masih bersisa aku berlari laju sambil menolak tubuh lelaki-lelaki itu untuk mendapatkan Norman .

Belum sempat aku mendapatkan Norman , aku pula menjadi mangsa sepak terajangnya dan sekali lagi aku rebah ke bumi. Norman kelihatan tidak mampu bergerak lagi. Aku cuba merangkak medapatkannya tanpa mempedulikan sepakan demi sepakan pada tubuhku . Air mataku semakin lebat. Norman..

" Jangan bergerak ! Polis!" Semua lelaki-lelaki itu lari lintang pukang apabila tiba-tiba muncul sekumpulan anggota polis yang sedang membuat serbuan mengejut di kawasan itu. Alhamdulillah..dalam sakit yang teramat, aku mengucapkan syukur kerana Allah masih menyelamatkanku tapi Norman?Bagaimana dengan Norman?

" Norman..bangun Norman..Aku kat sini..," aku menarik kepalanya dalam ribaanku. Air mataku semakin laju menitis. Darah yang melumuri wajahnya aku sapu perlahan.Dia benar-benar kelihatan tidak bermaya. Aku meraung meratapi keadaannya.

Tidak! Aku tidak sanggup kehilangannya saat ini. Dia membuka mata perlahan-lahan kemudian dia tersenyum sambil mengusap lembut pipiku.

" Man..bangun Man.. jangan tinggalkan aku..," aku merayu .Kelihatan air mata lelakinya tumpah ke bumi. Terharu melihatku.

" Burd..maafkan saya..saya tak mampu melindungi awak.." katanya tersekat-sekat. Aku semakin sebak.

" Tak Man..kau tak salah..aku yang salah. Kenapa kau lawan diorang tadi? Kenapa? Tengok apa dah jadi pada kau sekarang?!" Dalam sendu, aku memarahinya. Sebenarnya aku memarahi diriku sendiri kerana tidak mampu menyelamatkannya.

" Saya nak buktikan yang saya sebenarnya kuat, saya bukan lembik macam awak cakap .Tapi saya gagal Burd..saya memang lelaki lembik! Tak layak jadi suami awak…," deruan nafasnya kedengaran agak kasar seperti susah bernafas. Kata-kata itu menambahkan lagi rasa sayu di hatiku. Aku semakin kalut melihat nafasnya yang semakin semput.

" Tidak Man..awak kuat Man..awak kuat. Awak memang suami saya yang terbaik.Tolong Man, kuatkan semangat awak. Jangan tinggalkan saya!" Aku meraung lagi.

" Thanks Burd kerana anggap saya suami awak..saya nak awak tahu yang saya..saya..," kata-katanya semakin tersekat-sekat.

" Tahu apa Man?"

" I love you so much..sebenarnya sayalah yang suruh mak saya pinang awak. Semenjak awak selamatkan saya hari tu, saya dah mula jatuh sayang kat awak. Saya nak hidup bersama awak sehingga ke akhir hayat saya..saya cintakan awak..maafkan saya Badariah…," dunia ini terasa gelap tiba-tiba mendengar ungakapan itu.

Dalam saat ini dia masih meminta maaf .Aku terkedu .Lidahku kelu. Aku sungguh terharu. Tidak sangka rupa-rupanya dia sudah lama mempunyai perasaan terhadapku dan rupa-rupanya dia adalah manusia yang berperasaan tetapi aku tidak pernah melayannya dengan baik.Aku sungguh menyesal!

" Burd..awak cintakan saya tak?" Soalnya dalam sendu.Dia turut menangis.

" Ye Man..I love you too..Tolong Man..jangan tinggalkan aku.." aku tidak putus-putus merayu. Tangannya aku raih dan mengucupnya lama.Norman mengukir senyuman manis mendengar kata-kata itu dan kemudian matanya perlahan-lahan terpejam dan tangannya dalam genggamanku terlepas.

"Man!!!" Raungku sekuat hati!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience