73

Romance Series 93217

Sepanjang perjalanan pulang, Sofya hanya mendiamkan diri. Fikirannya masih terbayangkan riak wajah sayu Aayra sepanjang berada di hospital tadi. Entah mengapa hatinya begitu sayu mengenangkan dugaan yang melanda nasib sahabat baiknya itu. Sofya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana nasib hidupnya jika dia yang berada di tempat Aayra ketika ini. Pasti segala - galanya akan menjadi kucar - kacir.

“Sofya, are you ok? What's wrong? Resah semacam je I tengok." Soal Ezmal sebaik menyedari reaksi teman wanitanya yang sedikit keresahan.

“Hmm.. Entahlah you. I sendiri pun tak tahu apa yang I fikirkan sebenarnya." Ujar Sofya dalam nada keresahan.

“It's about Aayra right?" Soal Ezmal menduga.

Sofya berpaling ke arah Ezmal. Wajah tampan lelaki itu ditatap lama sebelum dia menganggukkan kepalanya. Memang itulah yang bermain di fikirannya sejak tadi. Semakin dia memikirkan masalah Aayra, semakin resah jiwanya dirasakan.

“You bimbangkan Aayra?" Soal Ezmal lagi.

Sofya mengangguk. Pandangannya masih setia menatap wajah tenang Ezmal.

“Actually I simpati dengan masalah yang menimpa diri Aayra. Dugaannya kali ini terlalu berat, Ez. Dia hampir kehilangan orang yang paling dicintainya. Walaupun dia cuba sedaya upaya untuk menyembunyikan perasaan sedihnya itu, tapi sebagai seorang sahabat, I tahu dia terseksa Ez. Malah kalau I ditempat Aayra sekali pun, I pasti kecundang dengan perasaan I sendiri." Luah Sofya sayu.

Ezmal mengangguk faham. Dia sangat bersetuju dengan pendapat teman wanitanya itu. Baginya Aayra memang seorang wanita yang kuat dan tabah. Walaupun dia terbeban dengan dugaan yang menimpa dirinya ini, namun Aayra masih mampu tersenyum di hadapan semua orang. Malah Aayra juga dilihat sentiasa bersikap optimis dalam apa jua yang dilakukannya. Kecekalan wanita itu sangat dipuji oleh semua orang termasuklah doktor - doktor yang merawat Harraz di hospital.

“Sofya, you jangan bimbang ok? I dan Yasir berjanji yang we all akan bawa kes ni sampai ke mula pengadilan. I akan pastikan Trisya akan mendapat balasan di atas segala perbuatannya. Lagi pun I dah minta tolong staff I untuk provide kan segala details tentang Trisya. In shaa Allah, tak lama lagi pasti Trisya akan tertangkap. Don't worry ok?" Pujuk Ezmal bagi menenangkan hati Sofya.

Sofya tersenyum kecil sebaik mendengar janji Ezmal kepadanya. Sofya tahu dia boleh meletakkan kepercayaan kepada lelaki itu memandangkan Ezmal juga turut terasa tempiasnya apabila Harraz terlibat sama dalam kemalangan itu.

“Thank you so much, sayang!" Balas Sofya sambil tersenyum manis.

“My pleasure, sayang. I tahu you sayangkan Aayra dan you tak sanggup tengok dia bersedih macam tu kan? Apa yang you rasa, I turut terasa. Tambah pula Harraz tu adalah saudara terdekat I sendiri. So I janji I akan tuntut bela on behalf Harraz's family." Kali ini nada Ezmal sudah berbaur ketegasan.

“Aayra tu dah banyak sangat harungi kesedihan, sayang. I tahu apa yang dia pendamkan. Even dari zaman sekolah dulu pun Aayra tu memang jenis orang yang suka pendamkan perasaan. Kau buatlah apa pun dekat dia, dia tak akan melawan sama sekali. Malah dia siap boleh layan orang yang sakitkan hati dia tu dengan baik. Cuma kali ni I nampak Aayra betul - betul marah dan kecewa. Mungkin kerana hal ini melibatkan nyawa orang yang disayangi. Perasaan itu jadi lain." Sofya meluahkan isi hatinya.

Ezmal diam membisu. Jauh di sudut hati, dia terbayangkan diri Aayra. Bagi Ezmal, dia dan Aayra terlalu banyak persamaan. Mereka lebih gemar memendam rasa walaupun perkara itu amat menyakitkan diri mereka. Namun begitu, Ezmal sangat menghormati akan perasaan Sofya selaku teman baik Aayra. Sebagai sahabat, pasti Sofya mahukan yang terbaik untuk Aayra. Malah sebagai seorang sahabat juga, Sofya pasti sanggup lakukan apa sahaja demi melihat kebahagiaan temannya itu. Justeru itu, Ezmal bertekad dia akan menyelesaikan perkara ini dengan secepat mungkin.

Sebaik menghantar Sofya pulang ke rumah, Ezmal memandu laju menuju ke sebuah restoran seperti yang dijanjikan oleh Yasir dan seorang lagi pekerjanya. Hatinya tidak sabar untuk mengetahui apa yang bakal diberitahu oleh Elfina selaku HR Manager di syarikatnya.

Sebaik tiba di restoran itu, Ezmal terus sahaja menuju ke arah Yasir dan Elfina yang sudah sedia menanti kehadirannya. Di hadapan Elfina terdapat beberapa buah fail yang berisi segala dokumen berkenaan maklumat diri Trisya.

“So far ini sahaja rekod maklumat mengenai background Trisya yang I ada Encik Ezmal. Tak banyak sangat info yang kita boleh dapat melalui rekod ni. Tapi seingat I, Trisya pernah bagitahu I semasa interview session dahulu yang dia tinggal dengan abangnya di alamat ni." Elfina segera menyerahkan dokumen peribadi Trisya kepada Ezmal sebaik sahaja pelayan restoran itu meninggalkan meja mereka.

“Zafriel Luqman?" Ezmal dilihat seperti sedang memikirkan sesuatu. Dahinya berkerut - kerut.

“Yes, Zafriel Luqman Bin Dato Hamdan. Dia adalah abang kandung Trisya. Satu - satunya abang yang Trisya ada. Mereka memang tinggal bersama since Dato Hamdan dan isterinya always busy with their business in oversea. Tapi I tak pasti pula sama ada abang dia ni dah berkahwin atau belum. Kalau based on details, abangnya masih bujang. So I assume mereka memang tinggal berdua ajelah di alamat ni." Jelas Elfina panjang lebar.

Ezmal diam membisu. Berkali - kali borang di tangannya diulang baca. Sesekali dahinya kelihatan berkerut - kerut seperti sedang memikirkan sesuatu. Entah mengapa dia merasakan nama Zafriel Luqman itu seakan pernah didengarinya sebelum ini. Malah hatinya kuat mengatakan lelaki yang bernama Zafriel Luqman itu seperti ada kena mengena dengan kisah hidupnya.

“Abang Ez, are you ok? What are you thinking about? Abang Ez kenal ke dengan abang Trisya tu?" Soal Yasir memecah kesunyian.

Kini semua tumpuan tertumpu ke arah Ezmal. Kedua - duanya seakan menantikan jawapan dari Ezmal dengan penuh debaran.

“Err.. I'm not so sure. But this name is too familiar for me. But it's ok. Maybe perasaan I aje kot. By the way, thank you so much Elfina. I'm really appreciated it. Kalau ada apa - apa lagi info berkenaan Trisya yang you dapat lepas ni, please let me know ASAP ok?" Ucap Ezmal sambil tersenyum manis ke arah wanita dj hadapannya itu.

“No big deal, Encik Ezmal. I cuma tolong apa yang I mampu. I doakan semoga segala urusan Encik Ezmal dan keluarga dipermudahkan olehNya." Balas Elfina pernuh hormat.

“Thank you so much, Elfina." Ucap Ezmal dan Yasir serentak.

Sebaik perbincangan mereka tamat, masing - masing dilihat berlalu pergi meninggalkan restoran itu dengan senyuman yang mekar di bibir. Nampaknya rancangan mereka untuk mendapatkan Trisya sudah semakin menemui kejayaan. Tidak lama lagi gadis itu pasti akan terjerat di dalam perangkap mereka. Cepat atau lambat, Trisya pasti akan tertangkap jua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience