Sarah dan Niza beriringan ke kelas Dr. Muazam. Langkah kaki Sarah terhenti. Matanya terpaku pada sesusuk tubuh lelaki yang amat dikenalinya. Tapi dia tidak pasti sama ada lelaki itu orang yang sama dengan lelaki yang dia kenal atau tidak. Dia hanya melihat sekali imbas.
"Woi, kau pandang apa tu? Dah nak tersembul biji mata kau tu. Fatah Amin ke?" Niza melawak. Bukan dia tidak tahu yang Niza tergila-gilakan pelakon Fatah Amin. Dalam mimpi sajalah.
"Aku rasa macam nampak seseorang yang aku kenal. Tapi tak pasti pula. Sebab aku nampak sisi dia je. Kalau Fatah Amin yang datang, aku dulu yang serbu tau," Sarah gelak sendiri.
"Kau nampak pucat je. Nampak hantu ke?" Mulut celupar Niza mula memuntahkan isinya.
"Kau ni kan cakap main bedal je. Cakap tu satu doa. Tak pasal-pasal kau doakan orang mati." Tegur Sarah kurang senang dengan perkataan hantu yang keluar dari mulut temannya itu.
"Iyalah. Dah kau tu pucat sakan, kenapa? Nampak kawan sekampung macam nampak hantu. Tidak ke pelik tu." Niza tetap tidak mahu kalah.
"Dah lah. Jom. Nanti tak fasal kena marah dengan Dr. Muazam." Niza terus menarik tangan Sarah.
Malas dia nak mengadapa muka kepoh Dr. Muazam mengalahkan Karpal Singh.
"Eh Kay poh ci!" panggil Syafiq. Dari tadi dia perhatikan Kay poh ci, nak tegur takutt salah orang pula.
Itu suara yang amat dikenalinya. Dan nama itu yang teramat dia tidak ingin dengar. Sudah lama dia kuburkan nama itu. Janganlah nama itu kembali menghantuinya. Mustahil lelaki itu. Bukankah dia sudah sambung pengajiannya di luar negara.
Nak pusing ke tidak? Nak pusing ke tidak? Sarah berkira-kira dalam hatinya. Kalau bukan lelaki itu, buat malu saja. Sedang dia bergelodak dengan keinginannya suara Niza tinggi memanggilnya. Minah ni sorang tak reti nak cakap elok-elok, asal dia buka mulut je memetir kerjanya.
"Hoi, minah! Yang kau melangut kat situ lagi buat apa? nanti tak fasal kena hempuk dengan kasut biru Dr. Muazam yang tebal ttu." Sempat lagi Niza mengutuk Dr. Muazam. Kalau hati sudah tidak suka, macam-macam cara dibuatnya.
"Niza ni kan, Dr. Muazam ke dia yang kepoh," sungut Sarah.
Baru selangkah menginjak lantai suara lelaki itu kedengaran lagi. Kali ini terasa dekat saja bunyinya. Derap kaki yang makin mendekatinya selari dengan degupan jantugnya.
"Hai, Kay poh Ci. Tak sangka dapat jumpa kau kat sini. Lama aku tak jumpa kau."
Lembut suara itu meniti di telinga. Tapi ia tidak mampu meredakan kemarahan di hatinya. Sudah bertahun berpisah masih juga lelaki memanggilnya Kay Poh ci. Sudah gila agaknya lelaki ini.
Share this novel