Chapter 70

Romance Completed 35261

“Careful Tiara.” Hafiz memimpin Wahidah Tiara untuk masuk ke dalam rumah. Wahidah Tiara dibenarkan pulang ke rumah setelah ditahan tiga hari di hospital.

“Maharani sudah kembali ke rumah!” muncul Datin Mariam di ruang tamu. Tangannya memeluk tubuh sendiri.

Terhenti langkah Wahidah Tiara dan Hafiz. Hafiz tahu ibunya tidak suka kepulangan Wahidah Tiara ke rumah.

“Mummy, Tiara belum sembuh sepenuhnya lagi. Let her take some rest.” kata Hafiz dalam nada penat. Dia juga turut berasa penat. Tidurnya tidak mencukupi. Siang malam menjaga Wahidah Tiara. Walaupun Wahidah Tiara menghalang Hafiz untuk menjaga, Hafiz tetap mahu menjaga.

“Ada mummy kisah?”

“Mummy!”

“Awak… tak payah argue. Biarlah mak nak cakap apa pun.” bisik Wahidah Tiara. Kalau dibiarkan lama-lama, nanti akan jadi pergaduhan.

“Kita masuk dalam Tiara. Awak rest dulu.” tanpa mempedulikan Datin Mariam, Hafiz membawa Wahidah Tiara ke tingkat atas.

“Kurang ajar! Anak aku telah berubah disebabkan kau betina. Aku tak tahu apa yang kau dah buat sampai Hafiz tak nak hormati aku.” Datin Mariam merengus geram.


************

Azan berkumandang. Namun, Linda leka memikirkan sesuatu sehingga melupakan untuk tunaikan solat maghrib.

“Mak. Adik nak makan. Lapar.” anak bongsunya menghampiri Linda sambil menggosok matanya. Rambutnya kusut-masai. Maklumlah baru sahaja bangun dari tidur.

“Adik lapar ye?” soal Linda sambil mencubit pipi gebu anak bongsu itu.

“Iya mak.”

“Tunggu sekejap kat sini. Mak pergi bawa makanan untuk adik.” ujar Linda dan meninggalkan anak bongsu di ruang tamu.

Tidak sampai 5 minit, bunyi motor didengari dari luar rumah milik Linda.

“Along sudah balik ke? Awal lagi ni.” bisik Linda.

“Assalamualaikum mak.”

“Waalaikumsalam along. Awal balik harini.” tegur Linda. Biasanya Razim balik ke rumah malam.

“Kerja habis awal mak.” kata Razim dan duduk di sebelah adiknya. Secara spontan tangannya mengusap rambut adik bongsu.

“Dah sihat adik?” soal Razim.

“Sudah along. Adik sudah boleh main lepas ni.” jawab anak Linda dengan penuh gembira.

“Bukan sekarang adik. Minggu depan baru along izinkan adik keluar bermain.” kata Razim tegas. Biarlah adiknya sembuh sepenuhnya.

“Mak, tadi abang Hafiz ada call.” Razim memberitahu berita mengenai panggilan Hafiz.

“Kenapa dia call kamu?” tanya Linda malas. Riak mukanya seperti tidak kisah tentang Hafiz dan Wahidah Tiara tetapi dalam hatinya lain. Hatinya bergelora untuk mendapat tahu apa yang telah diberitahu oleh Hafiz kepada Razim.

Tiga hari lalu, Linda dan Razim terserempak dengan Hafiz di hospital. Kebetulan mereka bertemu di kaunter hospital.

“Mak, Razim apa khabar?” ramah Hafiz. Walaupun terkejut, Hafiz tetap memulakan perbicaraan.

“Sihat abang. Abang sihat? Akak Tiara sihat?” tanya Razim. Linda pula hanya diam membisu.

“Alhamdulilah sihat. Akak pun sihat.” jawab Hafiz. Matanya melirik ke arah Linda. Dari segi wajah Linda boleh tahu Linda tidak selesa untuk berbual dengan Hafiz.

“Abang buat apa kat sini?”

“Akak tak sihat. Sebab itulah abang di sini.” beritahu Hafiz.

“Akak sakit? Macam mana sekarang? Akak di wad mana?” gelisah Razim.

“Tak ada apa-apa yang teruk Razim. Akak okay je. Doktor nak akak di sini sehingga kondusi akak dan baby sihat.”cerita Hafiz.

Tiba-tiba hati Linda terasa sayu. Walaupun Linda masih marahkan Wahidah Tiara, itu bukan bermaksud dia tidak ambil peduli mengenai anak.

“Kami nak jumpa akak, boleh?” pinta Razim.

“Boleh Razim. Ikut abang. Tapi akak tidur. Doktor bagi ubat tidur tadi.”

“Tak apalah abang. Janji dapat tengok akak sudah cukup.” kata Razim dan memulakan langkah untuk mengikut Hafiz. Tanpa bantah, Linda juga mengikuti mereka berdua.

Sampai di wad Wahidah Tiara, hati seorang ibu terasa sungguh sakit. Sakit yang tidak mampu diluahkan. Hati ibu mana yang akan gembira kalau anaknya dimasukkan wad?

“Mak… mak… dengar tak apa along cakap?”

“Ye? Apa along cakap?” Linda kembali ke alam nyata.

“Along cakap akak sudah pulang ke rumah.” Razim ulang sepatah demi sepatah.

“Owh…”

“Mak, lagi satu. Abang minta tolong dekat kita.” Razim tidak tahu bagaimana hendak memberitahu kepada ibunya. Adakah ibu akan setuju dengan permintaan Hafiz?


****************

Rancangan televisyen langsung tidak menarik perhatian Wahidah Tiara. Dalam fikirannya hanya tentang Hafiz dan Sara.

“Macam mana aku dapat satukan Hafiz dan Sara? Hafiz akan setuju ke?” satu keluhan berat dilepaskan.

Pintu biliknya dikuak dari luar. Tubuh sasa masuk ke dalam bilik. Satu gelas air dan beberapa pil dibawa bersama.

“My dear wife, can you open your mouth? It’s time to eat medicine.”

“Saya tak nak.” menolak Wahidah Tiara. Bukan apa, daripada kecil lagi Wahidah Tiara tidak suka makan ubat.

“Sayang, jangan degil. Kalau tak makan ubat, macam mana boleh sembuh?” tegas suara Hafiz.

“Hafiz…” merengek Wahidah Tiara. Bibir bawahnya digigit. Memikirkan cara untuk berlari dari makan ubat!

“Sudah! Tak perlu sayang nak goda saya. Kalau awak nak tahu, saya memang sudah tergoda. If you are fit now, saya rasa…” tanpa sebarang isyarat pipi Wahidah Tiara dicium oleh Hafiz.

“Tia, you are blushing.” kata Hafiz dengan nakal. Pipi Wahidah Tiara jelas kelihatan merah.

“Awak ni kan…” beberapa tamparan hinggap di dada sasa Hafiz.

“Tia, you know what. Sudah lama saya tak tengok awak blushing, happy macam ini. I miss the old you.” luah Hafiz.

“Apa awak ni. Saya normal je.”

“Sayang, your lips can lie. But your eyes and your heart won’t lie. Saya minta maaf sebab saya tak dapat nak bahagiakan awak,Tia.” sayu suara Hafiz.

“Hafiz, look at me. Saya happy. Awak jaga saya elok-elok. Saya tak pernah pun terasa menyesal kahwin dengan awak.” pujuk Wahidah Tiara.

“Apa kata kita pindah?” tiba-tiba Hafiz menyentuh soal berpindah.

“Apa?” terkejut Wahidah Tiara. Sudahlah ibu mentuanya membencikan Wahidah Tiara, kalaulah Datin Mariam tahu mahu pindah, matilah Wahidah Tiara!

“Saya akan cari rumah. At the meantime…”

“No Hafiz. Saya boleh tinggal sini. Tak payah pindah, kita tak perlu susahkan sesiapa.” bantah Wahidah Tiara. Dia tidak bersetuju dengan rancangan Hafiz.

“Sayang…”Hafiz meraih tangan Wahidah Tiara.

“I said no means no! Saya nak tidur.” tanpa menghiraukan suami, Wahidah Tiara naik di atas katil. Lebih baik layan mimpi daripada layan rancangan Hafiz.


******************

“Abang, kita belum beli baju baby lagi lah.” kata Sofia Amelia sambil memuncungkan bibirnya. Hampir dua jam Iskandar Faiz dan Sofia Amelia membeli-belah barang-barang baby. Sebelum Sofia Amelia bersalin, mereka bersiap sedia menyediakan barang bayi.

“Sayang, abang penat lah.” hilang semua tenaga di badan Iskandar Faiz.

“Apa lah abang ni. Baru jalan sikit dah penat. Tengok sayang. I am still active. Macamlah abang pregnant sekarang.” bebel Sofia Amelia. Betul juga apa yang dikatakan oleh Sofia Amelia. Orang yang tengah sarat itu boleh berjalan, masih bertenaga.

“Masa tidur nanti sayang akan mengadu dekat abang kan. Masa itu abang tak akan layan sayang!” merajuk Iskandar Faiz. Bukan dia tidak tahu, Sofia Amelia memang aktif waktu siang, waktu malam pula akan mengadu sakit sini, sakit sana. Kasihan Iskandar Faiz, hilang rasa tidur setiap hari.

“Abang merajuk ke?”

Sepi. Tiada balasan.

“Alah, dia merajuk pula. Itulah kau Sofi, nak sangat usik dia. Kan sekarang sudah kena!” kutuk Sofia Amelia diri sendiri.

“Yes! Idea!” muncullah satu idea di kepala Sofia Amelia.

“Abang! Sakit!” kuat sikit suara Sofia Amelia. Suaranya seperti sedang mengerang sakit.

“Ya Allah, sayang! Dah nak beranak ke ni?” gelabah Iskandar Faiz. Sofia Amelia tidak dapat menahan gelak apabila melihat muka panik suaminya.

“Tadi merajuk, sekarang mana perginya merajuk abang?” usik Sofia Amelia.

“You pranked me sayang?” bulat mata Iskandar Faiz.

“Yelah. Sayang tak tahu macam mana nak pujuk abang, tiba-tiba bulb di otak sayang sends this idea. So, I carried out.”

“Pandai eh sayang abang. Abang ingatkan betul-betul tadi. Nasib baik abang tak jerit tolong! tolong! Tau.”

“Sayang jugak eh abang dekat sayang.”

“Of course lah abang sayang. As I told you before you are my queen, my heartbeat. Kalau sayang tak ada dengan abang, itu bermaksud abang sudah mati.”

Berkaca mata Sofia Amelia. Terharu dengan Iskandar Faiz.

“Assalamualaikkum Sofi.”

Terkejut Iskandar Faiz dan Sofia Amelia saat melihat orang yang memberi salam tadi. Siapakah dia?

Selamat membaca semua <3 Jangan lupa rate and comment. Don't forget to follow Kikki, okay? ig- miz.kikki_novelplus

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience