Rate

BAB 46- MUNGKIR JANJI

Romance Completed 455423

Baju sudah terlipat kemas, tersusun diatas katil. Sebuah beg pakaian sudah terbuka mulutnya meluas menanti untuk di isikan pakaian yang ada disampingnya.. Inas sibuk menyelongkar almari kecil yang ada di dalam bilik itu.. Segala ini almari itu di hamburkan keatas katil..

Amni berdiri di hadapan muka pintu yang terbuka melebar.. Memerhatikan anaknya yang sedang asyik mengemas barangannya..

''ibu!..'' panggil Inas bila dia melihat Amni sedang berdiri di muka pintu dengan wajah yang tersenyum kearahnya.

''amboi! Bukan main lagi dia mengemas..! Suka lah tu dapat balik kan..'' tegur Amni, kakinya mula melangkah masuk kedalam bilik anaknya itu.

''ibu.. Jangan cakap macam tu..'' Inas memegang kedua-dua tangan ibunya.. Bukan niatnya nak meninggalkan ibunya sendirian disini menguruskan ayahnya.. Tapi hatinya tak tenang sejak tinggal disini..

''alah ibu faham.. Ibu tak ambik hati pun.. Ibu lagi suka kamu balik.. Dari kamu duduk sini, monyok je.. Nak senyum pun tidak.. Dah macam orang hilang semangat..'' sindir Amni..

''bukan hilang semangat ibu.. Cuma risau.. Itu je ibu..'' balas Inas.

''ibu ni tak faham lah.. Dari awal datang sampai lah ke hari ini.. Yang keluar dari mulut kamu tu.. Risau.. Risau.. Apa yang kamu risaukan sangat..?'' tangan Amni menggoncang lembut tangan Inas.

''risaukan Raif lah.. Ibu .. Ibu tahukan dia..'' bicara Inas terhenti..

'tak baik buka aib suami sendiri Inas.. Allahu. Hampir saja mulut ni..'

''hmm.. Sebab jauh... Itu yang risau tu ibu..'' sambung Inas menarik bibirnya tersenyum sebaris..

''itu yang ibu dengar sejak hari pertama kita sampai.. Alasan yang sama.. Ni ada yang nak ibu tolong, aku ke ?'' Tanya Amni melihat kepada baju yang sudah siap terlipat di atas katil.

''tak ada pun ibu.. Semua dah siap.. Nak masukkan dalam beg saja..'' jawap Inas..

''kalau tak ada ibu keluar dulu lah.. Kejap lagi petugas rawatan tu nak datang.. Katanya nak bawa ayah kamu buat rawatan di pusat dia harini..'' kata Amni yang sudah berada di muka pintu.

''ohh! Ayah tak mengurut hari ni..?'' tanya Inas..

''tak.. Esok baru mengurut semula.. Hari ni ada rawatan lain.. Kamu nak ikut temankan sekali ke?'' tanya Amni kembali.. Langkahnya terhenti dan segera berpaling melihat kepada Inas semula.

''boleh juga tu.. Nanti Inas ikut ibu.. Tapi Inas ingat nak tunggu Raif kat depan tu nanti...'' kata Inas..

Amni melebarkan senyuman di bibirnya.. Tahu sangat dengan perangai Inas..

Selesai mengemas beg pakaiannya Inas berjalan keluar dari biliknya.. Berjalan menuju ke katil bujang yang ada di ruang tamu rumah penginapan itu.. Punggungnya dilabuhkan bersebelahan dengan Izhar yang sedang dipakaikan baju oleh Amni.

''ayah!.. Ayah tak apa ke? Kalau Inas balik ni..?'' tangan Izhar diangkat oleh Inas membawa tangan itu meyarungkan baju kemeja yang berbutang dihadapan..

''ayah lagi risau tengok muka kamu yang macam ni.. '' kata Izhar kemudian dia ketawa.

''ayah! Inas cakap betul-betul ni..'' balas Inas menarik mukanya masam.

''betullah apa yang ayah katakan ni Inas.. Kamu tu memang ada disini.. Di depan kami berdua.. Tapi.. Jiwa kamu kosong.. Tengok nasi pun dah kenyang.. Bila tidur malam asyik terjaga-jaga.. Mandi ayah tak tahu lah basah ke tidak..'' sekali lagi Izhar ketawa.. Kali ini Amni yang sedang mengancingkan baju suaminya turut ketawa bersama..

'' tak payah risau.. Lagipun pekerja disini baik-baik semuanya.. Ramah.. Mesra.. Semua mereka yang uruskan.. Sekejap lagipun mereka datang ambilkan ayah.. Ibu kamu peneman saja.. Baliklah .. Tempat seorang isteri disamping suaminya.. Ayah dan ibu disini Insya Allah baik-baik saja..'' kata Izhar.. Inas memeluk tubuh ayahnya itu.. Kepalanya diletakkan ke bahu Izhar..

''kalaulah ayah boleh begerak macam dulu.. Ayah teringin nak usap kepala kamu macam dulu..'' kata Izhar.

''ayah akan boleh buat semua tu nanti .. Sebab ayah akan sembuh..'' balas Inas, pipi ayahnya dicium dan dia kembali memeluk ayahnya.

Tok! Tok! Tok!

''Assalamualaikum ..''

Pintu utama rumah penginapan itu di ketuk dari luar..

''waalaikum salam..'' sahut Amni .. Dia segera berjalan ke pintu. Pintu utama rumah itu dibuka.. Berdiri tegak seorang jejaka muda yang bernama Amir di hadapan pintu.

''Amir.. !'' kata Amni sudah mengenali anak muda yang selalu datang merawat suaminya.

''ya makcik saya datang nak bawa pak cik untuk rawatana hari ini.. Pak cik dah siap?'' tanya Amir.

''dah - dah !.. Masuklah..! Pakcik kamu dah siap..'' jawap Amni mempelawa Amir masuk kedalam..

Masuklah anak muda itu kedalam rumah melihat Izhar yang sedang duduk bersandar di kepala katil.. Ada Inas duduk disampingnya..

''Assalamualaikum pak cik, saya datang ni untuk ambik pakcik untuk sesi rawatan hari ni.. pakcik dah sedia..'' kata Amir sopan.

''waalaikumsalam.. pakcik dah siap..'' jawap Izhar.

''baguslah kalau macam tu .. saya bawakan pakcik ya..'' kata Amir menarik kerusi roda mendekat dengan katil bujang tempat Izhar melabuhkan tubuhnya.

''bismillahirrahmanirrahim..'' Amir mengangkat tubuh Izhar lalu diletakkan di atas kerusi roda.. manakala Inas dan Amni melihat saja dari belakang..

''alhamdulillah .. kita boleh pergi sekarang ya..'' kata Amir sebaik selesai meletakkan Izhar.

''mak cik nak ikut teman pakcik ke?'' tanya Amir.. dia berpaling melihat kepada Amni dan juga Inas..

''ya makcik ikut sekali..'' jawap Amni.. dia menarik tangan Inas berjalan bersama dengannya..

Keluarlah mereka dari rumah penginapan itu ke bangunan utama pusat rawatan.. Inas dan Amni mengikut berjalan di belakang Amir yang sedang menolak kerusi roda Izhar..

''pakcik sekali sekala.. keluarlah dari rumah tu.. ambil angin.. bila tak ada sesi rawatan.. boleh saja kalau nak keluar.. cuma jangan jauh-jauh.. selagi dalam kawasan kami.. pakcik boleh pergi ambil angin.. macam pakcik tu.. itu namanya pakcik ilyas..'' Amir menunjuk kearah seorang lelaki yang menggunakan tongkat empat kaki sedang menghadap kearah pantai ditemani oleh seorang wanita disampingnya..

''boleh ke? pakcik ingat tak boleh keluar.. itu yang pakcik duduk dalam tu je..'' balas Izhar.

''boleh pakcik.. selagi cuaca elok.. cantik macam ni .. boleh je pakcik keluar amik angin..'' kata Amir.

''itulah makcik dah cakap boleh keluar.. tapi pakcik kamu takut kena marah.. itu yang dia tak mahu keluar tu..'' sampuk Amni yang sedang berjalan di belakang Amir. Terus jejaka itu ketawa mendengar apa yang baru dikatakan oleh Amni baru tadi.

''boleh pakcik.. makcik.. selagi tak ganggu sesi rawatan.. boleh..'' kata Amir..

Dalam mereka asyik berbual.. mereka sudah sampai di hadapan bangunan utama pusat rawatan tersebut..

''Ibu.. Inas nak duduk disana..'' kata Inas menunjuk kearah pondok kecil yang mempunyai reka bentuk seperti cendawan sebagai bumbungnya.. dekat dengan pagar pintu masuk utama ke dalam pusat itu.

''hah! pergilah.. nanti apa-apa call ibu ya.. jangan merayau pula.. '' pesan Amni..

''ibu ni..'' rungut Inas bila ibunya berpesan seperti dirinya merupakan anak kecil.. Amir menarik bibirnya tersenyum mendengar pesanan dari Amni tadi..

Sebaik melihat Amni pergi mengikut Amir masuk kedalam pusat rawatan.. Inas mengatur langkah berjalan ke tempat yang di tunjukkan kepada ibunya tadi.. duduk lah dia di bawah pondok comel itu.. melihat kepada jalan yang lurus menuju ke arah pusat rawatan itu.. setiap kereta yang keluar dan masuk ke pusat rawatan itu diperhatikannya.. dah serupa pengawal keselamatan yang sedang berjaga di pondok kawalan.. tapi apa yang Inas nantikan tak juga kunjung tiba.. dari ke pagi sehinggalah mentari tegak berdiri dia atas kepalanya dia setia menanti disitu.. bertemankan alunan ombak yang menghempas pantai. Telefon bimbit yang ada di tangannya digengam kemas..

'kalau call tak angkat! Kenapa dia suka buat orang risau!' keluh Inas..

''Inas.. Raif tak sampai lagi..?'' tanya Amni.. Inas mengelengkan kepalanya perlahan-lahan ke kiri dan ke kanan.

''kejap lagi sampai lah tu.. Dalam perjalanan kot.. Jomlah kita pergi makan dulu.. Kamu tu tak sarapan lagi.. tadi kan..'' ajak Amni.. Menarik tangan Inas untuk bangun mengikutnya..

''Inas nak tunggu kejap lagi Ibu.. Mana tahu sekejap lagi Raif datang..'' kata Inas..

''kalau dia datang.. Pandailah dia cari kamu.. Jomlah pergi makan.. Muka kamu pun dah pucat ibu tengok.. Risau tak bertempat..'' bebel Amni..

Inas mengalah.. Dia mengangkat punggungnya bangun dari kerusi buatan itu.. Tiba-tiba dia rasa tidak dapat mengimbangi tubuhnya.. Terus dia berpaut kuat di tubuh Amni..

''ha! Kan ibu dah kata kamu degil! Suruh makan pun susah.. Ni nak berdiri pun tak ada tenaga.. Ni kalau Raif tengok kamu macam ni.. tentu dia tak suka.. Kamu tu kena jaga diri Inas..'' bebelan Amni bermula lagi..

Inas kembali menunggu di tempat tadi.. Berulang-ulang dari rumah penginapan untuk pulang solat.. Kini langit yang tadinya cerah sudah bertukar menjadi warna jinga.. Inas berpaling melihat ke arah laut.. Matahari yang tadinya menyinar hampir saja terbenam jauh di ufuk sana.. Tapi orang yang dia nantikan belum juga muncul.

'apa yang dia fikirkan sebenarnya! Kenapa!' Inas bangun.. Berjalan lemah menuju ke tempat penginapan semula. Bila dia mendegar bunyi enjin kereta mendatang, segera dia berpaling.. Melihat kearah kenderaan yang baru masuk ke perkarangan pusat rawatan itu.. Sehingga kereta itu berhenti dan enjin kereta itu di matikan.. Inas masih menyimpan harapan agar kaki yang bakal menyentuh tanah itu adalah milik suaminya.. Tapi bukanlah itu yang berlaku.. Kerana yang turun dari kereta ada seorang wanita.

''dia tak datang..'' ucap Inas sayu.. Sambil melihat kearah pagar utama yang sedang ditutup oleh pengawal keselamatan..

''dia mungkir janji..''

Share this novel

cinta Qasih 86
2020-10-25 10:42:24 

Bila la nk update manja manis..i told u already kn msty ade muslihat omg rase mcm deja vu je hahahha

esther marcus
2020-10-24 23:43:13 

kesian inas...mengharap raif akan dtg jemput..next chapter...inas balik sendiri kat rmah raif...apa akan jd kat raif ya..jahatnya maya tu...


NovelPlus Premium

The best ads free experience