Rate

BAB 58- BOLA

Romance Completed 454604

''kak Ann tengok ni!.. Dia nak tukar main bola pula! Dah jemu main basikal agaknya..'' rungut Inas menunjukkan gambar itu kepada Rohana.

''apa boleh buat..'' balas Rohana menggeleng kepalanya.. ke kiri dan kanan... berwajah sayu..

Mereka berdua berjalan menuju ke pintu utama.. Sebaik pintu rumah terbuka Raif sudah terpacak ada disebalik pintu itu.. Dia terus jalan melepasi Inas dan menyambut kotak yang ada di tangan Rohana..

''bukan kak Ann kata manja mengamuk tadi?'' tanya Inas berbisik di telinga Rohana.

''itulah.. Mengamuk.. tadi dia mengamuk..'' balas Rohana berbisik kembali..

''manja order ni? ''tanya Inas..

Raif diam tak menjawap.. sibuk dia.. cuba membuka balutan plastik hitam pada kotak itu..

'okayyyy...' Inas menarik tangan Rohana untuk ikutnya masuk kedalam..

''dah okay dah kot kak Ann .. mainan dia dah sampai..'' kata Inas..

''agaknya lah.. habis juga pasu yang ada disini ha.. pecah semua..'' kata Rohana menunjuk ke arah rak yang sekarang sudah kosong.

Inas hanya mampu melihat sahaja rak kosong dihadapannya.. dia terus naik keatas menyimpan beg tangannya dan kemudian turun semula dengan gunting ditangannya.. terus menuju ke luar di mana ada Raif sedang membuka balutan barangan yang baru tiba tadi.

''manis tolong gunting kan yea..'' Inas terus menggunting lapisan plastik hitam yang membalut kotak tersebut.. kini jelas kelihatan gambar isi yang ada di dalam kotak itu..

''manja nak main bola pula? basikal macam mana? '' tanya Inas..

Raif diam dia terus membuka kotak tersebut dan mengeluarkan satu persatu bahan yang ada didalam kotak itu..

''nak manis tolong?'' Inas turut duduk di samping Raif.. tangannya memegang kotak itu dan menjenguk kedalam.

''tak payah! manja buat sendiri.. " Tangan Inas ditepis oleh Raif..

'marah lah tu kan..' keluh Inas..

''manja.. Tangan manja tu kena apa..?'' Inas menarik tangan Raif , ada satu luka panjang yang masih berdarah disitu..

''kena apa ni manja?'' tanya Inas sekali lagi..

''tak ada apa..'' tangan itu ditarik semula oleh Raif ..

''ni mesti kena, masa manja kejar Ash tadi kan.. Mari sini manis ubatkan..'' kata Inas menarik bahu Raif supaya mengadap kearahnya..

''tak! sikit saja ni! tak sakit pun...'' marah Raif.. tak dapat dia nak fokus dengan benda benda yang ada ditangannya..

''kalau biar nanti melarat manja.. luka terdedah macam tu boleh kena jangkitan.. takut jadi lagi teruk nanti manja.. memang lah manja kata.. sikit saja... tak sakit.. tapi.....''

pang..pranggg... semua yang dikeluarkan oleh Raif tadi dibaling semula didalam kotak..

''bising lah manis ni! sakit kepala manja..'' terdiam terkaku Inas melihat kelakuan Raif ..

Raif terus bangun dari situ mengangkat kotaknya masuk kedalam bilik bacaan.. Inas menarik nafas panjang dan menghembuskannya keluar perlahan-lahan .. dia mengangkat punggungnya bangun dan masuk kedalam rumah semula..

'lantak lah dia nak marah pun!' Inas mengambil peti kecemasan masuk kedalam bilik bacaan.. Raif masih sibuk memasang permainan barunya..

Inas duduk di samping raif.. tangan yang berotot dan putih itu terus ditarik inas tanpa meminta izin tuannya dahulu..

''manis!''

''diam!''

Raif ingin menarik tangannya semula.. tapi tak berjaya bila inas melumurkan cecair yang terasa pedih dengan tiba tiba.. Membuatkannya tergejut.. Inas terus memegang erat tangan Raif.

''sakitlah...'' adu Raif..

''sakit kan.. gerak lagi.. biar lepas ni manis tabur garam pula..'' ugut Inas..

''garam? ingat manja ni ikan.. letak garam kunyit..'' kata Raif tak puas hati..

''ha ah! ini lah habuannya bila ada orang degil.. budak nakal.. kena ajar macam ni!'' sampai terkuat pula Inas menyapu ubat di luka raif. wajah Raif berkerut menjadi seperti lelaki tua seabad.

''manja ni suami manis.. bukan budak..''

''ya memang pun! sebab manis rasa manja sedang seronok bermain peranan budak-budak ni kan.. Sebab tu manis kata manja budak.. Tak nak mengaku.. '' tangan Raif yang ada di atas riba Inas dilempar kembali kepada tuannya selepas selesai menyapu ubat.

''bermain apa?'' tanya Raif. bingung .

''main ajelah apa- apa yang manja suka..'' balas Inas sambil lewa.. dia bangun membawa peti kecemasan bersamanya..

''nak ke mana..? tunggu dulu..'' Raif menarik tangan Inas.. sehingga Inas jatuh terbaring keatas ribanya.. peti kecemasan yang ada di tangan Inas jatuh terlepas ke lantai, lalu terbuka dan bertaburan isinya memenuhi ruangan itu..

''manis cuba ulang apa yang manis cakap tadi? '' kata Raif. Inas menolak dada Raif agar menjauh.. bila tubuh Raif semakin lama semakin dekat menghampirinya...

''tak..''

''oh my!'' tegur satu suara..

Inas dan Raif sama- sama mendongak melihat ke arah pintu.. Inas melihat kaki seseorang.. kemudian kaki itu jalan menghampiri mereka.. hamzi menunduk melihat kearah pasangan itu..

''main doktor- doktor ke apa ni..?'' tanya Hamzi.. menunjuk kearah segala isi dari peti kecemasan berterabur di atas lantai..

Inas menolak raif.. cepat cepat dia bangun dari terbaring diatas riba Raif.. segala benda yang bertaburan di lantai dikutip semula.. sambil mendengar alunan ketawa yang keluar dari Hamzi.

''abang.. akui, abang cemburu, tengok korang berdua.. asal abang balik sini je.. mesti korang tengah hangat membara.. Sama-sama terbakar macam udang panggang.. '' usik Hamzi..

''salah abang.. Inas masuk.. tak ketuk pintu dulu tadi..'' balas Raif santai.

''iya lah kan.. nasib tak lebih-lebih.. itulah abang kata.. nak mesra-mesra dalam bilik je, lebih selesa.. kesian Inas nanti.. sejuk lantai ni..'' perli Hamzi..

'eh! tolonglah.. ' Inas cepat- cepat bangun dari situ dan berjalan keluar.. merah telinganya mendengar apa yang dikatakan oleh Hamzi tadi.

''eh nak ke mana tu Inas.. marilah join sekali.. cepat siap ni.. boleh kita main sama-sama'' sekali lagi Hamzi mengusik Inas . Melambai ke arah Inas yang sudah melangkah keluar dari bilik itu.

Hamzi melihat saja Inas keluar dari bilik dengan membawa peti kecemasan ditangannya..

''abang! tengok sini.. bukan tengok sana..'' tegur Raif..

''yea lah! Tahu.. lepas ni.. manja jaga sikit yea, perangai tu.. abang tinggal disini seminggu penuh tau.. jangan nak tunjuk sangat depan abang kemesraan korang..'' perli Hamzi, sambil ketawa..

''siapa suruh abang cari isteri yang sibuk macam tu.. kan dah kena tinggal..'' perli Raif.

''auch! sakitnya dada abang ni! kenapa kejam sangat adik abang ni?'' Hamzi memegang dadanya dan berpura- pura sakit disitu.. sampai dia terbaring di lantai..

Menjelang petang.. mereka keluar ke halaman rumah.. memandangkan cuaca juga amat sesuai untuk mereka beriadah.. bukan main lagi Hamzi dan Raif merebut sebiji bola di halaman rumah..

Inas pula seperti biasa akan duduk di kerusi di bawah pohon yang teduh itu menyaksikan kedua- dua mereka bermain bola..

''manis.. marilah main sama!'' laung Raif. Inas sekadar menggeleng dari tempat yang dia duduk..

''abang tengok lah.. semuanya dia tak nak.. ajak naik basikal tak nak.. main bola tak nak..'' rungut Raif.

''Inas tu kan perempuan.. biarlah dia duduk disana tengok kita main saja.. mana ada orang perempuan main bola.. lagi pun.. manja ajak dia main benda yang berpeluh macam ni.. mana dia orang suka.. makan, shopping.. mereka sukalah.. '' terang Hamzi..

''ada je manja tengok perempuan main bola'' kata Raif..

''memang lah ada.. tapi isteri-isteri kita tak minat..'' Raif berhenti menunduk memegang lututnya.. Mengatur nafasnya..

''penat lah manja.. Stop dulu..'' Hamzi membuat lambang 'T' dengan kedua- dua tangannya..

''penat? Kita baru main lah abang!'' kata Raif tak puas hati..

''oiit..! Dekat dua jam dah ni abang rasa.. Betul tak inas?'' Hamzi berpaling melihat kearah Inas .. Inas yang ada di sana mengangguk ..

''ha tengok..!'' kata Hamzi berpaling semula melihat kearah Raif.

''baru nak dua jam abang dah penat..'' rungut Raif.

''mau tak penat.. Main sambil bersembang.. Tak cukup nafas abang ni!'' Hamzi berjalan kearah Inas..

''tu nak kemana?'' tanya Raif.. Hamzi mengangkat tangannya melambai ke arah Raif.

''hari - hari manja macam ni ke Inas? '' tanya Hamzi.. Inas menganggukkan kepalanya..

''sebelum ni Inas teman dia naik basikal.. Kemarin dia cakap dia bosan pulak.. Tak sangka dia nak beli benda ni semua..'' balas Inas..

''itulah.. Dia call abang, ajak balik main bola.. So, abang balik lah arini memandangkan abang dah free sikit.. Tak tahu betul - betul ada palang gol di rumah ni..'' Hamzi gelak kecil sambil menggelengkan kepalanya..

''manis..!'' panggil Raif . Tersentak Inas yang sedang berbual dengan Hamzi. Dia berpaling melihat Raif yang sedang melangkah kearahnya.

''jom main sama!'' tangan Inas ditarik oleh Raif untuk bangun..

''manis tak nak.. Manis tak tahu main bola..'' Inas menolak pelawaan Raif.

''tendang bola je takkan tak tahu..!'' marah Raif.

''tak tahu lah! Memang manis tak tahu..'' Inas menarik tangannya semula.

''kaki bangku!''

''apa!?'' tanya Inas tak puas hati.

'kenapalah dia suka cari pasal..' Inas menatap geram kearah suaminya.. Tangan yang dipegang oleh Raif ditarik berkali-kali tapi tetap tak terlerai..

''dah-dah.. Okay.. abang main dengan manja.. Jom.. Jangan kacau Inas..'' Kata Hamzi.. Tahu sangat perangai adiknya itu.. Bukannya nak minta Inas main sebenarnya.. Tapi tak suka melihat Inas berbual dengannya.. Itu lah sebetulnya..

''cepatlah manja!'' panggil hamzi..

''duduk situ diam-diam..'' Raif melepaskan tangan Inas..

Raif berlari ke halaman rumah semula sambung bermain bola dengan Hamzi.. Inas pula duduk semula di kerusinya.. Melemparkan pandangan ke arah mereka berdua..

Alhamdulillah.. Selesai.. Terima kasih kepada semua pembaca MANJA.. Jaga diri.. Covid semakin menganas sekarang ni.. Moga kita dijauhi darinya..

Share this novel

WaneyZack
2020-10-30 19:04:29 

Uih.. Jgan dik sayang... Hahaha.. Mau pecah kepala.. Hihihihihi

K Monalissa
2020-10-30 19:03:46 

kak sambung crita mlam ni ya sambung BAB59,60,61,62


NovelPlus Premium

The best ads free experience