Aku bangun² dah ada atas katil. Aku memandang ke sebelahku, Hyunjin takde.
Aku cuba ingat balik apa yang terjadi semalam. Kepala aku sakit sangat. Maybe sebab aku menangis kuat sangat.
Aku turun ke tingkat bawah.
"Hyunjin!"
Tiada sahutan
Sah memang dia takde kat rumah.
Aku masuk balik ke dalam bilik untuk mandi.
.___.
Dah tengah hari, Hyunjin masih belum pulang. Entah² lepas aku cakap macamtu, dia fikir aku gila pastu dia dah tak cintakan aku?!
Eih?
Aku kesah apa?
Aku just risaukan Minhee...
Maybe?
Tiba² pintu terbuka yang membuatkan aku sedikit terkejut. Kelihatan Hyunjin sedang menanggalkan kasutnya. Selepas itu dia pergi duduk di sebelahku.
"Awak pergi mana?" tanyaku. Hyunjin diam tak berikan jawapan. Aku mengeluh panjang.
"Hyunjin, just lupakan apa yang saya cakapkan semalam" ujarku. Hyunjin meletakkan kepalanya ke atas bahuku.
"Siapa awak sebenarnya?" gumam Hyunjin perlahan tapi masih dapat didengari olehku.
"I don't know" balasku perlahan.
Perlahan² kepala Hyunjin jatuh ke atas pehaku. Dia dah tertidur.
Aku bermain dengan rambutnya yang panjang.
Minhee ni tak hargai lansung ada bf macam ni. Dah lah handsome, kadang² cute, baik pulak tu.
Aku memandang mukanya lama. Aku memdekatkan mukaku ke mukanya lalu bibir kami pun bertemu. Aku meleraikan ciuman lepas aku puas.
Hyunjin tiba² senyum
"Awak buat apa herph?" tanya Hyunjin dengan suara yang serak² basah.
SKJSDSKSKSJSJJSKS AKU TAKLEH NAFAS
Aku memandang ke arah lain, aku yakin yang muka aku dah merah macam tomato.
Kedengaran Hyunjin ketawa halus dengan reaksi ku.
"You're blushing~" kata Hyunjin. Aku memukul perlahan dadanya. Hyunjin memegang dadanya buat² sakit.
"Awak tak balas lagi soalan saya. Awak pergi mana?" tanyaku tak puas hati.
"Why? Are you miss me?" gurau Hyunjin. Aku memukul dadanya buat kali kedua.
"Hehehehe" gelak Hyunjin perlahan.
OH GOD WHY HE SO CUTE?!
"Jom teman saya tidur atas" kata Hyunjin lalu bangun. Dia mengheret tanganku untuk masuk ke dalam bilik bersamanya.
Nak taknak terpakasa -_-
.___.
4 tahun kemudian
Tak terasa seperti 4 tahun sudah berlalu. Sekarang, aku masih lagi dalam badan Lee Minhee.
"Minnie! Saya pergi kerja dulu!" kata Hyunjin. Aku yang berada di dapur terus berlari keluar.
"Ok baby, kerja elok² tau" kataku lalu memberikan ciuman di bibirnya.
Hyunjin senyum padaku sebelum keluar dari rumah.
Awuck² sekalian janga geli ye aku panggil Hyunjin 'baby' , aku dah selesakan diri panggil dia baby. Dah 4 tahun kan berlalu?
Kadang² aku terfikir jugak, apa lah Lee Minhee tengah buat dalam badan aku?
Sepatutnya, aku dah habis sekolah. Sekarang aku dah umur 20 tahun kalau aku jadi Kim Yuri sekarang.
Keluarga Hyunjin pula perlahan² mula menerimaku. Sekarang mereka melayanku dengan baik. Tak macam 4 tahun yang lepas.
Sedang aku memasak, tiba² kepalaku mula sakit. Dah lama kepala aku tak sakit macam ni.
Aku berpaut di meja, dan akhirnya aku rebah.
"Hyunjin..."
Pandanganku mula gelap.
Share this novel