Bab 56

Romance Series 80702

"LAMBATNYA you balik ?".
Tegur Puteri Qisya kepada Megat Haider yang baru pulang dan mengerling ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan pukul 10 malam.

"Kenapa ? biarlah i nak balik pukul berapa pun. Bukan ada siapa yang tunggu."
Balas Megat Haider acuh tak acuh menjawab pertanyaan Puteri Qisya itu.

"Haish...i nak minta pendapat you untuk nak survey barang hantaran pihak lelaki. Apa pulak tak ada yang tunggu. I la yang tengah tunggu you ni." Jeling Puteri Qisya panas hatinya bila di sindir begitu oleh si adik.

Tergelak sinis Megat Haider mendengarkan.

"You ada adik lelaki yang satu lagi kan ? pergi la tanya dia. Apa susah."

Bebola matanya di putarkan ke atas.

"Hanif tu asyik clubbing tak ingat nak balik rumah. Leceh la nak tunggu dia. Nanti pendapat yang tak bernas pulak dia bagi. Please ...."

"Malas la i... you yakin ke yang you akan berkahwin dengat mamat tu ?".

Terkejut dengan pertanyaan Megat Haider itu terus terbangun Puteri Qisya dari duduk di atas sofa.

"Hei ! you ni kenapa tanya i soalan macam tu ?! Of course kitaorang akan berkahwin. For what nak bertunang je ? 1 malaysia dah tahu tau. And, tolong respect sikit dia tu bakal abang ipar you."

Terlalu panas hati, Puteri Qisya terus bergerak naik ke atas menuju biliknya. Tak ada satu orang pun di dalam rumah ni membantunya. Yang ada semua menyakitkan otaknya sahaja !

Kelibat Puteri Qisya hanya di pandang sehingga hilang dari kawasan tangga tersebut. Megat Haider menggeleng perlahan. Nafas berat di lepaskan perlahan-lahan.

Syed Iqwal tak nak pun dekat you Qisya. Dia cuma nak cari peluang untuk dekat dengan papa. Peluang untuk pijakkan kaki ke dalam rumah ni agar dendam dia pada papa tertunai.

Rambutnya di raup kasar ke belakang. Argh !!!

******

Badannya di hempas kasar ke atas tilam. Serabut kepalanya mendengarkan pertanyaan adiknya itu. Sudah di pujuk hatinya untuk tidak memikirkan soal itu. Namun si bertuah itu kembali mengingatkannya dengan perkara yang sama.

Mengaimbas kembali detik perbincangannya bersama Syed Iqwal 3 hari sebelum pertunangannya.

"I sorry Qisya. I tak setuju dengan perkahwinan tu. I think yang cadangan tersebut terlalu berat untuk i terima."

Hatinya di jentik ketakutan. Tak boleh..tak boleh untuk Syed Iqwal menolaknya.

"Tapi..i ingat you akan setuju sebabkan orang yang minta waktu untuk berfikir ni pasti dia berfikir sebaik habis. Ini peluang untuk you Syed Iqwal. Takkan you tak nak kot ?".

Tuan Syed Iqwal menggeleng. Dia pasti. Untuk ada ikatan yang sah dengan orang lain itu bakal menghancurkan kebahagiaannya bersama Nurjihan.

" Yes, i tak nak. Anyway thanks atas cadangan you nak bantu i bekerjasama dengan Lingas Holding ni. I appreciate sangat. I got to go."

"Wait !".

Puteri Qisya menghentikan langkah Tuan Syed Iqwal dari bergerak membuka pintu penjabatnya.

"Yes ?". Tanya Tuan Syed Iqwal.

"How about we just had an engagement for 3 month ?. Just tunang tak payah berkahwin sebabkan you tak nak kahwin kan.....so i think this should be okay ?".

Terpanar Syed Iqwal saat itu.

Walaupun bertunang, aku ada banyak cara untuk buatkan kau dan tarik kau masuk ke dalam dunia perkahwinan. Aku dah tunggu kau lama Syed Iqwal..lama sangat !

Angan-angan yang terpasang itu harus di jadikan realiti. Bukan mimpi yang tersimpan di setiap tidur lelapnya.

*Tamat imbasan kembali.

DARI kejauhan Nurjihan melihat ada sebuah gerai buah di atas motorsikal yang terparkir di seberang jalan sana menggamit perhatian. Dengan berhati-hati dia menyeberangi jalan untuk ke arah sana.

"mangga muda ni berapa ye harga dia pak cik ?" Tanya Nurjihan yang telah kecur air liur melihatkan buah-buahan segar itu. Di tambah asam pula...emphh !! sedap tak terkata.

"Semua 2 ringgit je cik setiap satu paket." Jawab tukang jual buah tersebut.

"Saya nak 2 la." Pinta Nurjihan lalu dia membuka beg silangnya dan cuba mencari dompet di dalam beg tersebut.

Tanpa dia sedari, ada tangan yang menghulur bagi pihaknya melakukan pembayaran.

"Nah pakcik 4 ringgit". Kata Nurjihan saat dia menghulurkan 4 keping note 1 ringgit.

Kini ada 2 tangan yang sedang menghala ke arah Pak cik tersebut. Hal yang terpayah dalam hidupnya bila tidak tahu mana satu untuk di pilih.

"Eh, Dr..." Tegur Nurjihan terkejut dan hairan dengan lelaki di sebelahnya ini. Dari mana dia ni muncul ?

"Simpan duit awak..saya belanja." Jawab Megat Haider.

"Terima kasih dr..." Kata Nurjihan naik segan saat bertentangan mata dengan lelaki ini.

Jalan yang di selangi oleh bunyi bising kenderaan yang lalu lalang di kawasan taman untuk beriadah itu tidak di hiraukan oleh dua insan ini bilamana ada perasaan lain yang menutupi bunyi bising tersebut.

"Awak tak bawak kereta datang sini.?" Tanya Megat Haider cuba untuk merobohkan suasana janggal di antara mereka.

Mahu tak janggal. Kalau jadi Karlisa panggilannya i dan you, dan kalau pula menjadi Nurjihan bertukar awak saya. Nasiblah Nurjihan, doanya berharap kepuraan identiti itu agar segera berakhir.

"Bawak, tapi saya parking jauh sikit, nak jalan ambil angin." Jawab Nurjihan seraya pandangannya hanya menunduk ke arah lantai jalan.

"Awak okay ? how's your life."

"Okay Alhamdulillah dr. life saya macam ni, tak ada apa yang menarik sangat pun."

Terangguk-angguk Megat Haider bila mendengarkan apa yang di kata oleh Nurjihan. Terbit kelucuan di hatinya bila perkataan tiada apa yang menarik itu sangatlah menarik padanya bila terbayangkan pertunangan Syed Iqwal dan Puteri Qisya.

Macam mana Jihan boleh setabah ini ? Hati lelakinya gundah.

"I see, saya rasa awak silap..ada yang menarik pada life awak dan.... you're definitely tak boleh sorok dari saya."

Terpanggung wajah Nurjihan melihatkan Megat Haider di sebelahnya itu.

"Saya tahu...dan saya tak berminat nak cakap pasal tu. Please dr."

"I won't. Sorry. Sampai bila awak bertahan dengan Syed Iqwal dengan apa yang dah jadi sekarang ni. ?"

"Please dr..."

"Stop calling me dr ! saya bukan lagi lecturer awak."

"Habis tu....?".

"Call me Haider. Just Haider."

Ish, dia ni...aku ni terasa derhaka la tahu tak bila panggil nama je dekat pensyarah sendiri ?! eeeiiii....

"Jihan ?". Jari di petik untuk memancing semula perhatian gadis yang mengelamun di hadapannya itu.

"Saya ni masih isteri dia yang sah. Saya tak boleh buat apa pun kalau dia nak kahwin lain." Nurjihan mengeluh.

"Tinggalkan Syed Iqwal. Saya janji akan bahagiakan awak. Tak akan sikit pun saya biarkan awak terluka. Jangan paksa diri awak tu makan hati hidup dengan lelaki tu."
Dengan berani dia menatap wajah yang di cintai itu walaupun ia milik yang lain.

Jeda seketika. Masing-masing terdiam.

"Berapa harga awak yang Syed Iqwal bayar dulu ? tell me, dari dulu awak tak pernah jawab."

"Stop please, lelaki hanya pandai berjanji. Saya tak nak fikir dah. Tolong la Haider. Kalau awak masih nak bercakap soal tu..saya balik dulu. Pasal harga lupakan dan jangan di sebut lagi. Keadaan sekarang ini tak seperti dulu." Pantas dia ingin segera pergi dari situ.

"Jihan, nanti dulu !" Tangan Megat Haider laju menarik lengan Nurjihan dan menghalang gadis itu dari berlalu.

"Apa lagi ?." Soal Nurjihan membalas pandangan bening Megat Haider itu.

Plastik yang di penuhi oleh buah mangga muda itu di hulurkan pada Nurjihan dan membuatkan Nurjihan tergamam.

Eh, bila dia beli ?

"Ambil, bawa balik." Kata Megat Haider.

"Banyak sangat ni dr..erkk."

Maaf, tidak dapat untuk lenturkan lidahku dengan hanya menyebut namanya.

"Satu tahu awak suka. Ambil je. Lebih tu simpan dalam peti ais. kalau teringin tak payah la asyik keluar je. Bahaya jalan seorang diri."

"Haider ?."

Kedua-dua mereka memandang ke arah suara yang menegur.

Puteri Qisya ?

"Ouh wow...look at you. Ada girlfriend tak bagitahu i pun !".
kedengaran ketawa kecil oleh Puteri Qisya tidak menyangka dengan siapa yang di jumpainya kini.

"Eh, tak saya bukan girlfriend Haider." Pantas sangkaan yang meleset itu di jawab oleh Nurjihan.

Megat Haider hanya membisu.

Sedikit Hairan Puteri Qisya bila melihat keadaan mereka itu.

"Bukan ? Habis.... apa tu ?". Jarinya menunjukkan ke arah tautan tangan Megat Haider kepada lengan Nurjihan saat itu.

Dengan serentak masing-masing meleraikan tautan pegangan itu.

"Ehem, you buat apa dekat sini ?". Tanya Megat Haider kepada kakaknya itu. Kacau daun !

"Erm...saya balik dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam." Jawab mereka serentak.

Gerakan jalan gadis itu di perhatikan tidak lepas oleh Puteri Qisya. Patutlah tak ada story pasal dia dan Karlisa, rupanya ada bunga lain dalam pandangan taman.

"Tak, i lalu tadi nak pergi rumah tunang i...lepas tu i nampak you. So i berhenti jela nak tegur korang. Siapa tu ?".

Ada hembusan nafas deras dari Megat Haider dan dia menjeling geram.

"Ex-student i. Lain kali tak payah rajin sangatlah nak tegur. Macam la dekat rumah tak jumpa." Lantas dia pergi meninggalkan Puteri Qisya yang terpinga-pinga.

"Eleh ! dah kantoi lari...malu la tu." Kata Puteri Qisya sendiri dan terbit senyuman sinis.

KEADAANNYA yang sedang tidur mengiring itu sangatlah tidak selesa terganggu dek gesekkan dan pelukkan Tuan Syed Iqwal di belakangnya itu.

Sungguh bukan moodnya untuk bermanja sekarang ini. Tidakkah lelaki ini mengerti ?

"Sayang, dah-dah la tu ignore saya. Pandangan saya."
Kata Tuan Syed Iqwal dan gosokkan tangannya menyentuh dari bahu melurut jatuh hingga ke jari jemari Nurjihan yang lembut. Sungguh wangian yang di pakai Nurjihan malam ini membangkitkan semangatnya.

Nurjihan masih kaku. Tidak peduli dengan panggilan si suami.

"Tidur jela Tuan Syed. Esok ada meeting dekat Putrajaya kan. Tak payah buang masa lagi. Tidur."

Balasan dingin itu mengecewakan hatinya.

"Dah dua hari awak tak cakap dengan saya. I miss you." Leher Nurjihan di cium bertalu-talu.

"Jangan la Tuan Syed. Tak nak..." tolak Nurjihan menahan dada bidang yang kini menghempap dirinya.

Rayuan Nurjihan tidak di endahkan olehnya. Lalu dia melapik kepala Nurjihan dengan lengannya dan butang baju tidur Nurjihan di buka satu persatu dengan paksaan.

Tidak mahu melarat lagi, tangan Nurjihan menangkap tangan Tuan Syed Iqwal sebelum habis terdedah pakaian dalamnya yang cuba di buka paksa itu.

"Janganlah !." Marah Nurjihan.

Tuan Syed Iqwal melepaskan nafas berat. Dia bangun dan duduk di birai katil. Terbang sudah keinginan untuk memberi nafkah batin buat si isteri itu.

"Sampai bila awak nak marahkan saya ni Jihan ? hmm."

Diam. Tiada jawapan dari Nurjihan. Yang ada dia membutangkan kembali baju tidurnya.

"Tiga bulan je Jihan, awak sabarlah. Saya takkan kahwin dengan Qisya. Trust me please."

Walaupun sakit rasanya bila tidak di endahkan, dia mengalah. Dia terima itu salahnya. Dia cuma mengharapkan gadis ini memahami tindakannya. Hampir untuk dia mendekati Megat Rusydi. Tidak akan dia berhenti separuh jalan.

lalu Tuan Syed Iqwal bangun dan mengucup kepala Nurjihan. Sudahlah jangan di paksa. Keadaan sekarang mengajarnya erti kesabaran menghadap situasi tegang yang di zahirkan oleh Nurjihan. Lalu dia beredar dari bilik itu dan tidak mahu mengganggu si Puteri yang mahu enak beradu dengan aman tanpa gangguan.

Matanya di buka saat mendengarkan bunyi pintu di tutup. Katanya tak akan berkahwin ? dengan melihat Puteri Qisya, hatinya jadi galau. Wanita itu bukan calang-calang berbanding dirinya. Siapa yang bakal menjamin itu semua terjadi seperti yang di rancangkan ?

Perlukah dia memujuk keluarga Megat itu untuk pulangkan semula hak Tuan Syed Iqwal ? sungguh dia juga tidak mahu hilang hak sebagai seorang isteri kepada lelaki itu. Hatinya kini milik penuh kepada seorang yang bernama Syed Iqwal....

Maaf, aku bukan seorang yang pencemburu.
tetapi...
jika itu milikku, maka ia akan tetap jadi milikku.
Aku tak ingin berbagi, apatah lagi terbagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience