Bab 13

Action Series 6386

Sudah tiga hari kejadian itu berlaku. Baru hari ini Amanda dapat bercakap seperti sedia kala. Ini semua atas usaha Darris menjaga isterinya siang malam dan berkat doa memohon ke hadrat Ilahi.

Sekeras apapun sikap Darris terhadap isterinya, namun hatinya seakan terasa kasihan pada Amanda. Amanda tetap masih bertahan walaupun selalunya Darris asyik memarahinya kerana berperangai budak-budak.

"Tolong buatkan aku air milo, boleh?"

"Awak, saya takut." gugup Amanda.

"Oi aku suruh kau buat air milo kan. Yang kau takut ni apahal? " cebik Darris.

"Ish, awak ni tak boleh ke buat air milo sendiri? Awak kan ada tangan. " bidas Amanda.

"Sebab milo yang kau buat manis, semanis senyuman aku. Boleh kan? " perli Darris. Amanda hanya buat muka seperti mahu termuntah.

"Eiii! Mengada! " rengus Amanda namun tetap bangun menuju ke dapur.

Sedang dia leka menyediakan minuman untuk suaminya, tiba-tiba kakinya terpijak sesuatu yang melekit. Kepalanya ditunduk ke bawah.

"Arghhh! "

Pandangan matanya menghantar syarat kepada otak untk bertindak. Dia melihat begitu banyak lintah sedang bergerak-gerak di atas lantai dapurnya.

Amanda menutup mata. Kakinya berganjak ke belakang setapak demi setapak. Amanda membuka mata semula. Alangkah terkejutnya dia saat melihat lintah sudah semakin banyak malah sudah naik ke atas meja dan singki.

Bulu romanya menegak. Dia semakin dikuasai rasa geli. Dia takut. Tubuhnya bergetar hebat.

"Darris!"

Dari meja makan, Darris berlari menuju ke dapur. Tubuh Amanda yang kaku berdiri tegak dirapati.

"Kenapa ni?" lengan Amanda dipegang.

"Lintah. Lintah dekat kaki saya." suara Amanda terketar-ketar.

"Hah?" Darris tunduk mencari lintah seperti yang diadu Amanda namun tiada seekor pun yang dapat dilihat dengan matanya.

"Tak ada apa-apa pun. " dahi Darris berkerut.

"Betul. Saya tak tipu. Saya nampak lintah tadi. "

"Tapi memang tak ada. " nafi Darris lagi.

"Awak, saya takut. Tolong saya Darris. Saya tak nak duduk kat sini. Saya takut, saya nampak lintah tu dekat sini. Saya tak tipu, Darris. Percayalah cakap saya."

Rayuan Amanda membuatkan hati Darris tersentuh apatah lagi melihat air mata isterinya jatuh berjuraian. Tubuh Amanda didakap. Telinga wanita itu dibacakan ayat Kursi.

"Saya takut, Darris."

Tubuh ramping Amanda didukung dan dibawa ke ruang tamu. Isterinya benar-benar dalam keadaan takut. Matanya langsung tidak terbuka sejak tadi. Kulit wajahnya juga pucat. Tangan Amanda sejuk.

"Ayra, dah dekat ruang tamu ni. Bukalah mata." pinta Darris lembut seakan memujuk.

"Darris, percayalah cakap saya. Saya nampak lintah tadi." adu Amanda lagi setelah kedua-dua matanya dibuka.

"Ya, aku percaya. Ayra ingat Tuhan. Ingat Tuhan ya. Sebut Allah... Allah..." ujar Darris.

"Allah... Allah..."

Tubuh Amanda sekali lagi ditarik ke dalam dakapan. Hanya dengan satu pelukan, segala ketakutan Amanda hilang sekelip mata.

Saya minta maaf, Ayra sebab saya gagal jaga awak termasuk perasaan awak. Untukmu sayangku, segalanya sanggup kukorbankan apatah lagi memberimu sebuah ketenangan agar kau akan mendambakan harumanku selalu, gumam Darris dalam hati.

Amanda masih lagi dalam pelukan Darris. Matanya dibuka perlahan. Penglihatan matanya kabur. Darris yang tidur akhirnya terbangun apabila dirinya digoyang seketika.

Amanda bingkas bangun dari baring. Sewaktu kakinya mahu melangkah, tiba-tiba kaki Amanda jadi kejang. Dia jatuh terjelopok ke lantai.

"Arghhh!" matanya tertumpu pada sesuatu.

"Ya Allah, Ayra!"

Pantas Darris mendapatkan isterinya yang sedang mengamuk di lantai. Tangan Amanda dipegang erat namun dia bertindak ganas. Amanda cuba untuk melepaskan dirinya. Tangan Darris ditolak kasar.

Amanda melawan apabila Darris cuba mengangkatnya dari duduk.

"Naura! Naura!" jerit Darris.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!"

Rontaan Amanda dengan tenaga yang luar biasa membuatkan Darris kalah. Dia memerlukan satu lagi tangan yang boleh membantunya.

Menggelupur Naura keluar dari bilik apabila namanya diseru berkali-kali apatah lagi jeritan Amanda begitu kuat bergema. Lutut dijatuhkan di hadapan Amanda dan wajah sahabatnya dipandang.

"Ayra kenapa, Darris? Pucatnya muka dia."

"Aku tak tau. Tadi dia jatuh pastu dia jerit macam ni." suara Darris agak cemas. Tubuh yang masih meronta diletak di atas lantai.

"Sakitlah! Lepaskan aku!"

segalanya akan terlerai

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience