BAB 44

Romance Completed 43245

Anis Raihanna yang baru tersedar dari lena melirik ke arah Afiq Raihan. Lelaki itu masih lena dibuai mimpi.

Seraya itu, tangan Afiq Raihan yang menampung kepala Anis Raihanna dialihkan berhati-hati. Risau sekiranya lena lelaki itu terganggu.

Anis Raihanna menghalakan pandangan ke arah siling rumah mereka. Dia hanyut dalam lamunan sendiri. Tubuhnya masih berada di situ tetapi fikirannya entah ke mana.

Persoalan yang sama masih bermain di benak fikiran Anis Raihanna. Tubuhnya baring mengiring menghadap Afiq Raihan. Tangan kasar suaminya digenggam erat.

"Kenapa aku rasa macam semua ni mimpi?" ucap Anis Raihanna perlahan.

Dia merenung Afiq Raihan sambil mengucapkan kata-kata itu. Renungan tersebut sarat dengan pengharapan.

"Aku...bahagia sangat dengan kau, Afiq. Terlalu bahagia, sampai aku rasa semua ni mimpi. Aku takut bila aku bangun dari tidur, keadaan kita sama macam dulu.

Aku tak nak perkara tu jadi kenyataan, Afiq. Aku tak nak. Kalau betul ni mimpi, tolong jangan kejut aku. Aku tak sanggup nak bangun bila kau dah tak cintakan aku lagi." sambung Anis Raihanna dengan sebak.

Kolam air mata yang ditahan dari tadi akhirnya pecah jua. Sedaya upaya dia menahan sedu daripada tangisan tersebut. Tubuhnya terhenjut sedikit kerana menangis.

Lantas, dia bingkas bangun dari katil. Langkah diatur ke bilik air. Tak sanggup menahan tangisan itu lagi. Dia tak mahu Afiq Raihan sedar dengan keadaannya seperti ini.

Tiba-tiba, tangannya ditarik oleh seseorang. Anis Raihanna lekas menoleh. Pantas tangannya menyeka air mata yang berlinangan dari tadi.

"Afiq, kau dah bangun? Sorry, kalau aku yang buat kau bangun. Aku nak pergi tandas kejap." tipu Anis Raihanna.

Dia mengawal suaranya yang serak kerana menangis. Afiq Raihan hanya diam tak membalas. Pandangan suaminya tak lepas daripada dirinya.

"Afiq, kau okay tak? Tak sihat ke hurm? Kalau kau tak sihat, kita tak payah la masuk kerja hari ni. Duduk rumah biar aku jaga kau." kata Anis Raihanna yang mula risau.

Dia kembali mengambil tempat disebelah suaminya. Tangannya diletakkan pada dahi lelaki itu. Anis Raihanna mengerut dahi. Tak panas pun.

"Afiq, kau-"

Belum sempat Anis Raihanna menyambung kata-katanya, dia dibawa ke dalam dakapan Afiq Raihan. Anis Raihanna yang tidak tahu apa-apa membalas pelukan tersebut.

"Hana, ni bukan mimpi. Aku betul-betul cintakan kau." kata Afiq Raihan sambil mengetatkan pelukan.

Anis Raihanna terkedu. Dia meleraikan pelukan. Matanya mula berkaca semula.

"K-kau dengar apa yang aku cakap tadi ke Afiq?" soal Anis Raihanna tersekat-sekat.

Afiq Raihan mengangguk kecil. Tangannya mula memegang sisi wajah isterinya dengan lembut.

"Aku dengar semuanya. Termasuk masa kau tahan nangis tadi." balas Afiq Raihan.

Anis Raihann ketap bibir. Dia cuba menahan diri daripada menangis dihadapan Afiq Raihan. Dia tak nak kelihatan lemah dimata suaminya.

"Listen here carefully, Hana." pujuk Afiq Raihan.

Anis Raihanna menumpukan perhatian pada suaminya. Anak mata mereka bertembung buat seketika.

"Tak kira apa yang jadi, aku tetap cintakan kau. Tak kisahlah dalam mimpi atau realiti, perasaan aku tetap sama. Aku janji keadaan kita takkan sama macam dulu. Mark my word. " ucap Afiq Raihan sambil memegang bahu Anis Raihanna.

Dia benar-benar memaksudkan kata-kata tersebut. Dia tak mahu Anis Raihanna meragui cintanya lagi.

Seraya itu, Anis Raihanna mengangguk kecil. Dia mengukir senyuman penuh makna. Kepalanya disandarkan pada dada Afiq Raihan. Sungguh tenang perasaannya kini.

Pagi-pagi dah buat drama air mata. Haih.

"Hana..." panggil Afiq Raihan lembut.

"Ya kenapa?" balas Anis Raihanna.

Dia mengalihkan pandangan pada Afiq Raihan. Lelaki itu tersengih. Ada la tu nak cakap apa.

"Kenapa hurm? Kalau pickupline lagi, aku malas nak layan kau."

Anis Raihanna memberi amaran terlebih dahulu. Bukan boleh percaya sangat suami dia ni. Sweet kemain.

Afiq Raihan menghamburkan tawa. Dia sendiri pelik dengan perangai dia sekarang ni.

"Bukanlah. Tak ada kerja aku nak bagi pickupline dekat kau hari-hari." balas Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna mempamerkan riak muka menyampah. Datang balik dah mulut tak ada insurans suami dia tu.

"Dah tu kau nak apa?" balas Anis Raihanna acuh tak acuh.

Afiq tersengih nakal. Suka tengok muka isterinya yang dah mula merah kerana menahan geram.

"Nak mandi tapi nak kau teman sekali." pinta Afiq Raihan manja.

Pak! Pak! Pak!

"Eii, jangan nak mengada. Nak kena lagi? Pergi mandi cepat. Nanti lambat masuk kerja." kata Anis Raihanna geram.

Afiq Raihan menggosok lengan yang dipukul oleh isterinya. Bibirnya dimuncungkan. Dah biasa kena pukul. Redha jerlah.

"Nak manja pun tak boleh. Aku tak masuk kerja hari ni. Aku ambik cuti." kata Afiq Raihan selamba.

Anis Raihanna mengerut dahi. Sejak bila pulak reti Afiq Raihan ambik cuti. Selalunya suami dia tu kalau boleh nak kerja sepanjang masa. Tapi sekarang, lain pulak jadinya.

"Kau ambik cuti berapa hari? Kenapa pulak nak cuti?" soal Anis Raihanna mahukan kepastian.

"Dua minggu." ringkas jawapan daripada Afiq Raihan.

Anis Raihanna terlopong. Lama betul. Tak bertimbun ke kerja dia nanti?

"Lamanya. Kau nak buat apa, Afiq? Siapa nak jaga syarikat?" soal Anis Raihanna lagi.

"Aku nak pergi holiday. Jangan risau pasal syarikat. Adam yang akan tolong jaga nanti." jawab Afiq Raihan.

Anis Raihanna mula teruja bila terdengar perkataan holiday. Ah mesti best!

"Serius eh nak pergi holiday? Aku nak kemas barang lah." kata Anis Raihanna penuh teruja.

"Eh siapa kata aku nak bawak kau? Kau tinggal dengan mama papa." balas Afiq Raihan dengan selamba.

"Apa ni! Nak ikut jugak." bentak Anis Raihanna tak puas hati.

"Tak boleh! Dah pergi kemas barang. Kita pergi rumah mama papa. Kalau tak, kau tinggal dengan uncle Muthu. Nak?" sambung Afiq Raihan lagi.

Anis Raihanna mencebik. Satu jelingan tajam dihadiahkan kepada Afiq Raihan. Tangannya sudah mengepal penumbuk. Tumbuk kang!

Afiq Raihan tersenyum sinis sebelum masuk ke dalam bilik air. Satu kenyitan mata dihadiahkan kepada Anis Raihanna.

Just wait for it, Hana!

???

"Duduk rumah mama dengan papa elok-elok. Aku tak ada lama ni. Jangan rindu aku. Biar aku je rindu kau. Ingat tu, faham?" pesan Afiq Raihan.

Anis Raihanna mengangguk tanda faham. Semua yang dipesan oleh suaminya masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Satu je dia dapat tangkap. Jangan rindu Afiq Raihan. Tapi biar Afiq Raihan sendiri yang rindu dia. Serta-merta, bibirnya mengukir senyuman.

Itu je eh kau ingat. Ceh.

"Tak boleh ke kalau nak ikut jugak? Kau nak pergi mana tinggal aku? Sampai hati kau eh." rungut Anis Raihanna.

Dia menarik muka. Mana tahu nanti Afiq Raihan bawak dia sekali kan? Hehehe.

"Memang dah sampai pon hati aku ni. Dah keluar cepat. Nanti lambat pulak. Ada Fiqa dengan Aidil la. Kau kawan la dengan dia. Kalau dulu, asyik pulaukan aku kan bila ada Fiqa. Ha sekarang kawan la dengan Fiqa tu puas-puas." kata Afiq Raihan yang berbaur seperti...cemburu?

Anis Raihanna menghamburkan tawa. Seriuslah dengan Fiqa kau cemburu Afiq?

"Alololo...cemburu ke tu? Hahahahaha..." usik Anis Raihanna.

Afiq Raihan mengetap gigi tanda geram. Matanya dikecilkan ke arah Anis Raihanna.

"Ha gelakkan lah aku lagi. Suka sangat kan. Keluar cepat, dah lambat ni." bidas Afiq Raihan seperti menghalau.

Anis Raihannna hanya mampu tertawa. Nampaknya tak ada harapan la nak ikut suami dia. Dah la dua minggu. Rindu nanti dengan perangai Afiq Raihan Ngek Ngok tu haih.

"Yelah. Nak keluar lah ni. Nanti kalau rindu, aku tak tahu. Kau yang tinggal aku. Siapa suruh." balas Anis Raihanna.

Dia bersalaman dengan Afiq Raihan. Dahinya dikucup sekilas sebelum keluar dari perut kereta. Beg pakaiannya ditarik menuju ke rumah keluarga mertuanya.

Tak lama kemudian, kereta Afiq Raihan hilang dari pandangan. Anis Raihanna meneruskan langkah. Belum sempat dia mengetuk pintu, Fiqa telah terjengul disitu.

"Akak! Rindunya Fiqa kat akak." kata Fiqa dengan teruja.

Anis Raihanna mengukir senyuman. Akhirnya, dia dapat merasai perasaan mempunyai seorang adik.

"Akak pun rindu dekat Fiqa."

"Akak jomlah masuk dalam. Mama, papa dengan Aidil dah lama tunggu akak tau." terang Fiqa.

Mereka berjalan masuk beriringan ke dalam rumah. Beg pakaiannya turut ditarik bersama.

"Ya Allah, Anis. Rindunya mama dekat Anis. Makin berseri mama tengok." sapa Puan Zulaikha mesra.

Mereka berdua bersalaman serta berlaga pipi. Anis Raihanna menghadiahkan senyuman kepada ibu bapa mertuanya.

"Anis pun rindu mama. Mama sihat?" balas Anis Raihanna mesra.

"Alhamdulilah sihat. Jemput makan Anis, mama masak banyak hari ni." pelawa Puan Zulaikha lemah lembut.

Anis Raihanna menerima pelawaan ibu mertuanya dengan baik. Dia mula mengatur langkah ke dapur untuk membantu apa yang patut.

"Mak Long! Aidil rindu Mak Long!" jerit Aidil yang berada di dapur. Dia berlari-lari anak mendapatkan Anis Raihanna.

Anis Raihanna mengeleng kepala sambil mengulum senyuman. Tubuh kecil Aidil diangkat olehnya.

"Mak Long pun rindu dekat Aidil." balas Anis Raihanna.

Pipi gebu milik Aidil menjadi sasaran. Dia mengucup pipi itu berkali-kali. Rindu!

"Mak Long gelilah. Aidil dah besar, mana boleh cium pipi lagi." petah mulut kecil itu membalas.

Anis Raihanna tergelak kecil. Besarlah sangat. Kini dia mencubit pula pipi gebu Aidil. Geram!

"Auch, Mak Long. Sakitlah." rengek Aidil.

Anis Raihanna mengukir senyuman. Bila nak ada anak sendiri?

"Padan muka Aidil. Kata dah besar." balas Anis Raihanna selamba.

Tanpa amaran, pipi Anis Raihanna dicium beberapa kali. Lalu, dicubit oleh Aidil. Anis Raihanna mengerut dahi.

"Padan muka, Mak Long. Mak Long kan dah besar." ajuk Aidil sambil tersengih.

Anis Raihanna menepuk dahi. Tulah ajar lagi budak kecik benda merepek. Kan kau terkena balik. Setepek!

"Aidil, meh sini dekat mama. Jangan kacau Mak Long masak. Kita main sesama nak?" pujuk Fiqa.

Anis Raihanna segera menurunkan semula Aidil. Terkedek-kedek Aidil menuju ke arah Fiqa. Dia tersenyum nipis sebelum menyambung kembali kerjanya.

Ding Dong! Ding Dong!

Bunyi loceng rumah tersebut berbunyi. Anis Raihanna tidak ambil kisah kerana mungkin ada orang lain yang akan membuka pintu. Tetapi loceng asyik berbunyi sejak dari tadi.

Dia meliarkan pandangan ke sekeliling rumah. Tiada seorang pun yang ada di situ kecuali dirinya.

"Eh mana semua orang?" gumamnya sendirian.

"Mama? Papa? Fiqa? Aidil?" laung Anis Raihanna.

Namun tiada seorang pun yang menyahut. Bunyi loceng rumah masih tak berhenti berbunyi. Dia segera melangkah ke pintu rumah.

"Siapa yang tak reti sabar ni?" rungut Anis Raihanna geram.

Dia membuka pintu rumah tersebut. Terpacak seorang lelaki berhoodie hitam memegang sebuah kotak. Wajahnya terlindung dengan cap hitam.

"Hello, encik ni siapa? Boleh saya tahu encik cari siapa ya?" soal Anis Raihanna.

Namun tiada balasan daripada lelaki itu. Tiba-tiba, rumah tersebut terputus bekalan elektrik. Anis Raihanna mula cemas.

Dia cuba menutup pintu. Namun dihalang oleh lelaki itu. Tanpa berlengah-lengah, Anis Raihanna segera melarikan diri.

Malangnya, tangan Anis Raihanna sempat ditangkap oleh lelaki asing itu. Anis meronta-ronta agar dilepaskan.

"Lepaskan aku!" laung Anis Raihanna.

Lelaki itu membuka cap dipakai. Dia menunjukkan mukanya kepada Anis Raihanna.

"Kau!" jerit Anis Raihanna terkejut.

"Miss me already?"

"Happy Birthday Hana." kata Afiq Raihan sambil membuka kotak yang berisi kek.

Seraya itu, sorakan kuat mula kedengaran. Bekalan elektrik juga pulih seperti biasa.

"Happy Birthday Anis Raihanna!" sorak mereka sekeluarga.

Anis Raihanna terpempan. Terharu dengan kejutan daripada ahli keluarganya. Dia sendiri lupa tarikh hari lahirnya.

"Eii, terkejut tau." kata Anis Raihanna kepada Afiq Raihan.

"Padan muka. Eii, dah tua." balas Afiq Raihan selamba.

"Kau pergi beli kek la tadi eh?" soal Anis Raihanna.

"Haah. Nak ikut tak aku pergi holiday? Ke nak tinggal dengan Fiqa?" soal Afiq Raihan pula.

"Nak! Kita nak pergi mana, Afiq?" balas Anis Raihanna teruja.

"Honeymoon."

???

"Dah boleh bukak mata ke? Kau bawak aku dekat mana ni Afiq." soal Anis Raihanna tertanya-tanya.

Sepanjang perjalanan mereka, Afiq Raihan tak membenarkan Anis Raihanna membuka mata. Dia akan dipimpin oleh Afiq Raihan ketika berjalan ke mana-mana.

Sekali tengok, macam orang buta jer Anis Raihanna tu tau. Afiq Raihan pun satu. Berahsia sangat kenapa.

"Okay, dah boleh bukak mata." arah Afiq Raihan.

Anis Raihanna membuka mata perlahan-lahan. Pandangannya yang gelap digantikan dengan pemandangan laut yang membiru.

"Wah, kau bawak aku dekat laut! Yeay, boleh mandi laut lagi!" sorak Anis Raihanna gembira.

"Amboi, seronok sangat eh kau. Tak sabar nak kena campak lagi ke hurm?" balas Afiq Raihan.

Anis Raihanna mencebik. Masih teringat kejadian dia dicampak oleh Afiq Raihan tempoh hari. Dia terus berjalan meninggalkan suaminya.

"Eh, Hana. Tunggulah. Nak tangan nak pegang." pinta Afiq Raihan sambil mendapatkan isterinya.

"Buat apa nak pegang hah? Tak nak bagi. Padan muka. Buwerkk." balas Anis Raihanna selamba.

"Kau pegang hati aku boleh pulak." bidas Afiq Raihan geram.

Anis Raihanna pantas melarikan diri daripada Afiq Raihan. Suami dia yang sweet dah datang balik. Hehe...

Sedang dia asyik berlari, pandangannya tertancap pada sesuatu yang bersinar di pasir pantai. Dia mula menghampiri benda berkenaan.

"Afiq! Sini lah. Tengok aku jumpa apa. Macam kerang." panggil Anis Raihanna.

Afiq Raihan berlari-lari anak mendapatkan isterinya. Dia mengeleng kepala apabila mendengar isterinya memanggil benda tersebut ialah kerang.

"Ni bukan kerang la mak cik. Kau buta ke apa?" perli Afiq Raihan.

Dia segera melutut sambil memegang benda tersebut. Anis Raihanna menutup mulut kerana terkejut.

Ini kerana benda yang disangka kerang itu sebenarnya sebentuk cincin!

"Anis Raihanna binti Zahid, dengan bersaksikan laut yang luas terbentang dan langit yang membiru, aku cintakan kau. Sejak dari mula-mula perkahwinan kita, aku mula sayangkan kau Hana. Cuma baru sekarang aku sedar perasaan tu.
Aku janji takkan lepaskan kau walau sekali dalam hidup aku." ucap Afiq Raihan ikhlas dari hati.

Dia bingkas bangun lalu mencapai tangan isterinya. Tangan itu diletakkan pada dadanya. Anis Raihanna menahan sebak kerana tersentuh dengan luahan Afiq Raihan.

"Dalam hati ni ada kau Hana. Hanya kau, tak ada yang lain. Jadi sudikah kau terima aku sebagai suami kau untuk sekarang dan selamanya?Sebagai bakal ayah untuk anak-anak kita dan ketua keluarga bagi keluarga kecil kita nanti?" soal Afiq Raihan penuh pengharapan.

Anis Raihanna mula mengalirkan air mata. Dia mengangguk kepala tanda mengiyakan. Afiq Raihan tersenyum penuh makna. Cincin itu disarungkan pada jari isterinya.

Lantas, dia mencempung tubuh Anis Raihanna. Sungguh bahagia perasaanya tatkala ini.

"Afiq, turunkanlah aku. Kau nak campak aku dalam laut lagi ke hurm?" soal Anis Raihanna sambil menyeka air mata yang berlinangan.

"Tak nak. Sebab aku nak campak kau atas katil nanti." balas Afiq Raihan selamba.

"Eii, gatal! Aku campakkan kau dalam laut ni jugak kang. Turunkanlah. Malu." marah Anis Raihanna tak puas hati.

" Boleh. Tapi ada syarat. Syarat dia from now on kau kena panggil aku abang. Bukan Afiq dah. Boleh tak, sayang?" balas Afiq Raihan lembut.

Muka Anis Raihanna mula memerah menahan malu. Dia menyembamkan wajah pada dada bidang suaminya. Afiq Raihan tersenyum nipis.

"Cepatlah cakap. Nak turun ke tak nak? Ramai dah orang tengok ni." sambung Afiq Raihan lagi.

Anis Raihanna mengangkat muka. Afiq Raihan tersenyum nakal sambil menunggu kata-kata daripada isterinya. Matanya dipejamkan. Tak sabar betul nak dengar.

"Anjing."

Afiq Raihan membuka mata. Tak percaya dengan kata-kata itu. Anis Raihanna baru panggil dia anjing ke tadi?

"Apa ni, kenapa panggil aku anjing. Aku suruh panggil abang kan tadi." marah Afiq Raihan.

Anis Raihanna menghamburkan tawa. Bukan salah dia tapi memang ada anjing lalu tadi. Tak sangka dia sebut anjing pulak dekat Afiq Raihan.

"Aku tersilap cakaplah. Memang ada anjing tadi." terang Anis Raihanna.

Afiq Raihan diam tak membalas. Merajuk konon. Bibir lelaki itu dimuncungkan.

Anis Raihanna tersenyum. Dia mula mendekatkan mulutnya pada telinga suaminya.

"Abang..."

Apa pun stay tune!
Don't forget to comment!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience