BAB 13

Horror & Thriller Completed 10130

Di universiti, dalam kuliah Prof Tengku.

"Baik lah.. Saya dah check semua kerja kamu dan saya dapati semuanya bagus dan memuaskan. Setelah saya nilai, saya semak betul-betul, group yang the best among the best ialah..... Group Aishah dengan tajuk ceritanya, 'Sesuatu..'. Tahniah.."

Aishah dan ahli kumpulannya tersenyum bangga. Dua jam setengah berlalu, akhirnya tamatlah kelas Prof Tengku. Aishah keluar dari bilik kuliah menuju ke kereta. Di kereta, Aina dan Taz sedang menunggu.

"Lambat habis kelas?"

"Biasa la, Taz.. Dah kata pun kelas Prof Tengku, faham-faham je la. Nah kunci kereta."

Aishah membalas pertanyaan Taz sambil menghulurkan kunci kereta. Aina berkata.

"Kalau tau kau nak keluar dengan Acong, baik kau pass kunci kereta awal-awal. Takde la kitorang nak menunggu kau kat sini."

"Tu la.. Acong baru cakap masa nak masuk kelas Prof Tengku tadi. Kalau dia bagitau awal-awal, boleh la pass. Sorry la. Ni pun sebab dia kata ada hal penting nak cakap. Kalau tak, takde makna nya aku nak keluar dengan dia. Hari-hari tengok muka dia, jemu pulak nanti."

Tak lama kemudian, Acong pun sampai. Dia membunyikan hon keretanya.

"Eh, you!"

"Aaa... You, jom la pergi makan!"

"Aik.. Ajak Aishah je ke? Kawan-kawan kat sebelah ni tak nak ajak?"

Aina menyindir Acong. Aishah masuk ke dalam kereta Acong dan dengan selamba, Acong berkata kepada Aina.

"Buat apa aku ajak kau. Kalau aku nak ajak pun, aku ajak Taz je. Hehe.."

"Da la tu, Aina. Kau tak payah layan dia ni. Buat sakit hati kau je nanti."

Aishah berkata dari dalam kereta. Aina bengang. Mahu saja dia pergi ke Acong dan menghempok mamat itu dengan fail yang dipeluknya. Kereta Acong berlalu dari mereka.

*****

Semasa makan di sebuah restoran.

"Erm.. Tadi I da call Nek Yam."

Acong memulakan bicara. Aishah pula bertanya penuh minat.

"Haa.. Nek Yam ada cakap apa-apa tak?"

"Dia cakap kes Teha tu belum selesai."

Aishah hanya mengeluh.

"And one more thing. Nek Yam nak mintak maaf sebab tak ceritakan perkara yang sebenar. Dia kata dia tak sampai hati nak cerita."

"Kenapa pulak?"

"Entah lah. Hati orang tua, mana la kita boleh jangka. Lagipun dia lagi kenal family Teha tu. Maybe dia nak serba salah nak ungkit cerita lama."

"Macam mana dengan pakcik tu sekarang?"

"Fazil tu?! Nek Yam cakap dia dihantarkan kat hospital sakit jiwa. Tak boleh nak buat kes polis sebab dia ada gangguan mental. Eh, pasal Teha hari tu..."

"Kenapa? Tak percaya?"

"Tak.. Bukan tak percaya. Macam.. Entahlah... First time I nampak... I don't know Is that hantu?"

Aishah hanya tersenyum. Acong berkata lagi.

"You ni, hebat jugak kan. Manusia biasanya boleh baca fikiran manusia, yang you pulak boleh pengaruh fikiran hantu."

"Baru tau ke I ni hebat. I ada master in ghost psychology. Hahaa.."

Acong ketawa mendengar kata-kata Aishah itu. Aishah berkata lagi.

"Esok malam group I ada buat celebration sebab group I menang group terbaik untuk filem tu. So, you nak join? Well, you're part of the team, technically."

"Tengok la kalau I free."

"Aik.. Tak kan malam pun busy kot.. You buat apa malam-malam ha.."

"I siapkan assignment la.. Tak kan la I nak pergi pancing awek pulak."

"Mana la tau.."

*****

Di rumah Aishah, pada waktu malam, Aishah, Taz dan Aina duduk menonton televisyen sambil berbual.

"Weh, Aishah! Hari tu kau cakap nak cari housemate lagi sorang, kan? Aku da buat iklan. Da tampal da pun."

"Ye ke? Bagus la. Yela. Kalau tambah lagi sorang kat sini, takde la kita kena bayar banyak sangat. Kalau ada lagi sorang, kita cuma kena bayar lapan puluh lebih je sorang. Tu baru rumah. Duit api, air pun boleh kurang sikit. Faham-faham la, ekonomi tak berapa baik ni."

Aishah menjawab pertanyaan Taz. Aina menyampuk.

"Hah!! Petang tadi, time kau takde, ada sorang minah ni datang, tanya pasal rumah."

"Hish! Sibuk la kau, Aina. Aku baru nak bagitau. Erm.. Aishah. dia kerja kat bandar.. Aaa.. Aku tengok budak tu ok la. Friendly, satu kepala.."

"Ea?! Nama dia apa?"

"Nama dia?! Erm.. Nama dia... Aina, siapa nama budak tu?"

"Nama dia.. Aaa.. Nurul apa entah. Aku lupa. Dia ada bagitau. Takpe. Dia kata lusa dia mintak kata putus kita nak bagi tak."

"Hm.. Aku tak kisah siapa pun nak join rumah ni, asalkan budak tu budak baik, bukan budak yang entah apa-apa tu."

"Eh, tak! Minah tu ok. Bukan budak liar tu. Sopan je aku tengok dia tadi."

Aina berkata tanpa ragu-ragu. Aishah kemudian memberi nasihat.

"Don't judge a book by its cover, Aina."

"Ok.. Fine!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience