16

Romance Series 4954

Bab 16

"We arrived at London. Kita balik rumah rehat dahulu. Then if you guys still mampu, we will go for shopping," kata Miqael.

Aku dan Medina hanya mengangguk kepala. Kami berjalan beriringan ke pintu utama. Terlopong aku dan Medina.

L-Limo?! Seriously?! Kayanya! Aku dan Medina saling berpandangan dengan riak wajah 'tidak percaya'. Medina melanggar bahu aku. Aku memandang dia.

"Kau tak bagitahu aku pun yang kau kenal lelaki kaya?!" bisik Medina. Aku jeling Medina tajam.

"Kau jangan sampai aku kurung kau dalam bilik seorang-seorang dengan Hans," ugut aku.

"Ala Illa. Kau ni janganlah serious sangat. Orang gurau je pun," balas Medina tak puas hati. Aku tergelak kecil.

Macam-macam perangai si Medina ni. Tapi secara jujurnya, aku masih tak percaya yang aku dalam limo sekarang. Ini first time aku nak limo. Dulu pernah juga berangan nak naik limo macam dalam cerita tapi tak sangka apa yang aku berangan tu betul-betul berlaku. Mungkin ni nasib aku dapat naik limo?

"Illa, cepat! Tinggal kang," kata Medina. Aku menjeling dia.

"Eleh kau. Nak tinggalkan aku konon," balas aku menyampah. Medina tersengih.

Aku dan Medina masuk ke dalam limo milik Miqael. Dan buat kali kedua, aku dan Medina terlopong. Mewahnya!

Aku duduk di sebelah Medina, berhadapan dengan Miqael. Sebelah Miqael pula Hans dan anak buahnya yang lain.

"Weh, aku curious. Kau pasti ke Rayy tak akan ada kat London ni. Walaupun possibility dia sedikit tapi mana tahu terserempak ke kat mana-mana," soal Medina.

Aku pandang Medina tajam sejurus meletakan telapak tangan aku di dahinya.

"Kau Medina Airish kan? Ada terhantuk kat mana-mana tak tadi? Bijak semacam kau ni. Tak pernah pula kau jadi macam ini," kata aku.

"Ish kau ni! Aku memang bijak, kau mana tahu!" balas Medina.

"Rayy tak ada kat sini. Jadi,tak perlu risau," kata Miqael.

"Mana encik tahu?" tanya Medina laju. Aku mengetuk kepala dia kuat. Sukahati dia je soal Miqael. Medina merintih kesakitan.

"Rayy sekarang dekat Paris. Aku dapat maklumat dari adik dia sendiri," jawab Miqael selamba.

Ooo. Patutlah dia ta— Apa?! Rayy ada adik?!

"Ya, Rayy ada seorang adik lelaki," kata Miqael seolah-olah boleh baca fikiran aku.

"Kenapa aku tak pernah tahu?!" soal aku tak puas hati.

"Kau bukan tak tahu tapi lupa," balas Miqael pendek. Ooo.. Faham.

"Lama lagi ke nak sampai rumah?" tanya Medina.

"About 20 minutes before we reach," jawab Miqael.

____________

"Dah sampai!" kata Miqael teruja.

Buat kali ketiga, aku dan Medina terlopong. Rumah ke istana ni? Besarnya!

"Beg biarkan. Nanti aku suruh diaorang bawakan. Jom aku tunjuk bilik kauorang," kata Miqael.

Aku dan Medina tidak membalas tapi mengikuti Miqael dari belakang.

Rumah itu ada tiga tingkat. Tingkat bawah ada ruang tamu, dapur, tandas dan bilik untuk orang gaji. Tingkat satu pula mempunyai 2 bilik dan satu ruang bacaan. Tingkat dua pula mempunyai 3 bilik dan sebuah pejabat. Dan tingkat paling atas pula mempunyai 1 bilik, 1 stor dan bilik senjata serta bilik bagi orang gaji.

Banyak kan bilik. Entah kenapa beli rumah besar tapi yang tinggal sikit je. Bilik aku dekat tingkat satu. Macam mana aku tahu? Kan Miqael nak tunjuk bilik.

"Yang sebelah kanan tuh bilik Mikay— I mean Nabilla. Yang sebelah kiri bilik Medina," kata Miqael.

"Kalau nak panggil Mikayla, boleh je. Kau kan abang aku," ucap aku seraya tersenyum kecil.

Miqael diam. Terkejut mungkin dengan kata-kata aku. Aku beredar ke bilik aku dan Medina beredar ke bilik dia.

Sebaik saja aku menutup pintu bilik, aku menghempaskan badan dia atas katil. Penat! Sambil baring, aku meliarkan mata di sekitar bilik ini. Kenapa bilik ni macam familiar?

Aku bangun lalu duduk di tengah katil sambil memaksa otak aku untuk mengingati bilik itu, tetapi tidak berjaya.

Argh! Aku memegang kepala aku menggunakan kedua-dua belah tangan. Sakit. Sakit yang teramat. Aku terbaring di atas katil sambil menanggung rasa sakit di kepala.

"Argh!!" aku akhirnya mengerang kesakitan.

Aku menangis akibat sakit yang terlampau.

"Illa! Kau ok tak? Aku dengar kau jerit tadi. Boleh aku masuk?" Medina menyoal di belakang pintu.

Aku tak mampu nak menjawab soalan Medina akhirnya mengerang kesakitan.

Klak!

"Nabilla!" jerit Medina terkejut.

Medina segera berjalan ke arah aku.

"Relax, Illa. Relax. Tarik nafas, lepas. Tarik nafas, lepas," Medina cuba untuk menyenangkan aku.

"Sa—sakit, Na. Terlampau sakit," jawab aku dalam tangisan.

"Kejap, aku nak panggil Miqael," kata Medina lalu beredar untuk panggil Miqael.

Setelah beberapa saat lalu, Medina kembali bersama Miqael. Ternyata wajah Miqael menunjukkan bahawa dia risau tentang aku.

"Mikay ok tak? Sakit kat mana? Jom pergi hospital nak? Larat tak?" bertalu-talu soalan Miqael lemparkan.

"Sa—sakit, Miqael. Kepala a—aku sakit. San—sangat sakit," jawab aku tersekat-sekat.

"Jom pergi hospital. Medina, tolong suruh Hans sediakan kereta," kata Miqael. Aku hanya diam menahan sakit.

"Ok," jawab Medina pendek.

"Mikay larat jalan tak? Kalau tak Miq dukung Mikay," tanya Miqael. Aku menggeleng kepala.

Aku betul-betul tak larat. Pandangan aku juga mula kabur. Dalam sekelip mata, terasa tubuhku di awangan.

Miqael mendukung aku lalu membawa aku masuk ke dalam keretanya. Aku didudukan bersebelahan dengan Miqael. Pandangan aku bertambah kabur.

"Miqael.. Aku rasa macam nak—,"

Pandangan aku jadi hitam. Perkara terakhir aku dengan ialah 'saya sayang awak Mikayla'.

________________

"How is she doctor?" tanya Miqael tak sabar.

"She's a amnesia patient, right? It's normal for a amnesia patient to be like this. This is because she is forcing her brain to remember something that she couldn't. There's nothing to worry but we will keep an eye on her for couples of days," terang Dr.Henry.

Aku mengangguk kepala tanda faham. Patutlah Nabilla jadi macam tu.

"Thanks Dr.Henry," ucap Miqael sambil berjabat tangan dengan Dr.Henry.

"Thanks doc," kata aku seraya mengukir senyuman kecil sewaktu Dr.Henry melintas dihadapan aku.

"No problem. By the way, you are really pretty. Mind for a cup of coffee next time we met?" tanya Dr.Henry.

Terkesima aku seketika. Aku pasti pipi mula berona merah. Aku mengukir senyuman.

"Su—sure, anytime," balas aku.

Sebaik saja Dr.Henry menghilang, terasa diri aku diperhatikan. Segera aku mengalihkan pandangan ke sebelah kiri memandang sebelah kanan aku tak ada orang. Sebaik saja aku pusing ke kiri, sepasang mata Hans pertembungan dengan mata aku.

Shoot! We made an eye contact!

Aku segera melarikan pandangan aku kepada Nabilla. Apa yang aku buat tadi?! Malunya! Habis muka aku merah.

_______________

Saje nak bagitahu yang semua information di atas maybe betul maybe salah sebb Shrex tak buat research tentang benda tuh.

Semua yang Shrex tulis berdasarkan apa yang Shrex tahu. So kalau salah tolong comment.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience