Pagi itu , aku keluar rumah .
Aku berjalan jalan mencari kerja . Aku hanya seorang penulis . Tidak ada kerja lain , jadi , aku berniat mencari kerja sambil menjadikan pekerjaan penulis sebagai hobi .
Aku tinggal jauh dari ibu bapaku .
Hidup seorang diri .
Dulu , aku berpikir , ketika aku jauh dari ibu bapa ku , aku akan bebas , boleh buat apa sahaja tanpa diganggu orang lain .
Tetapi , realiti masa kini tidak menyokong impian aku itu , aku tidak mempunyai kawan , tidak bekerja , aku kekurangan duit kerana membayar rumah sewa .
Aku memang tidak mahu meminta duit ibu bapa kerana aku sendiri yang berbincang dengan ibu bapa aku yang aku boleh hidup sendiri tanpa dibantu .
" Ibu , ayah . Abang nak duduk sendiri . Menikmati kehidupan sendiri . Mungkin , abang akan pindah dan pergi ke negeri yang jauh tetapi masih di negara ini . "
" Ayah izinkan , tetapi , abang ada duit ke ? Jika tak ada , ayah bagi . "
" Abang tidak mahu dibantu , kalau boleh , abang mahu dapat duit dengan tangan sendiri , dengan hasil kerja abang sendiri . "
" Jika itu yang abang mahu , ayah dan ibu izinkan . "
Ujar papa . Mama menggangguk mengizinkan aku tinggal sendiri .
Aku anak sulung kerana itulah aku membahasakan diri aku , abang dan ibu bapa aku juga memanggil aku abang .
Aku mengimbas kembali perkara itu . Kini , aku rasa pilihan aku salah .
Di tempat aku masih ada banyak pekerjaan mengapa aku pergi tinggal jauh jauh .
Itu kerana aku tidak ingin hidup dengan mengharapkan ibu bapa sahaja . Aku mahu hidup dengan hasil kerja aku sendiri . Aku bermonolog melawan kata hati yang mengatakan pilihan aku salah .
Aku terjumpa satu tempat yang mempunyai slot yang masih kosong .
" Aku nak kerja di sini . " Ujarku .
Share this novel