Bab 9

Humor Completed 19792

9

Riuh rendah rumah Ridwan dan Laila. Sebulan selepas itu, mereka mengadakan kenduri doa selamat. Ramai sanak saudara yang turut hadir. Alang-alang, Ashraf dan Hana turut tumpang sekaki. Kenduri sebelah keluarga Ashraf belum diadakan lagi. Itupun, Wan yang cadangkan. Keluarga Wan pun keluarga Ashraf.

“Hakim mana, Hana?”

“Ada dekat papa kot. Kenapa, ma?”

“Mak lang baru sampai. Nak tengok Hakimlah,” beritahu ibu mertua Hana, Puan Sri Saodah.

“Oh. Tadi papa bawak dia keluar rasanya,” Puan Sri Saodah memanjangkan tengkuknya.

“Ada apa ni?” Muncul Ashraf di ruang tamu.

“Mak lang nak jumpa Hakim…”

“Hakim dengan papa kat luar. Mama pergilah ambil,” Puan Sri Saodah menampar lengan anak lelakinya. Ingatkan boleh harapkan Ashraf tolong ambilkan.

“Iyalah,” Puan Sri Saodah menghilangkan ke luar.

Hana mengerling suaminya. Dah macam patung hidup pun ada. Macam ada yang tak kena saja.

“Abang, okey ke tak ni?”

Ashraf tidak menjawab pertanyaan isterinya. Matanya terpaku ke pintu utama.

“Hello, abang. Kena sampuk kot,” Hana mencuit pinggang Ashraf.

“Hah? Apa dia?”

Ini yang buat Hana hairan. Dijengulkan sedikit kepala. Seorang gadis bertudung dan berjubah coklat sedang berdiri di pintu utama sambil berborak dengan salah seorang ahli keluarga Ashraf. Pandangan Ashraf juga terpaku ke situ. Hana buat muka geram.

“Cantik kan perempuan tu?” Sengaja Hana memaculkan soalan itu.

“Ha’ah. Lamanya tak jumpa dia. Dah berubah. Semakin cantik,” balas Ashraf.

Gadis itu membalas pandangan Ashraf. Diukir senyuman kepada Ashraf. Agak lama juga mereka tidak bertemu. Hana menyabarkan hati. Dia tidak boleh cepat melatah. Mungkin gadis itu sepupu Ashraf.

“Hai, abang Ash. Lamanya tak jumpa,” Entah bila, gadis sudah berada di hadapan mereka.

“Itulah, lama jugak. Fina dah lama ke balik Malaysia?” Ramah pula Ashraf ni melayan gadis berjubah itu.

“Baru aje. Daddylah ni. Nak sangat Fina balik. Dah lama sangat kat London. Takut orang sini dah lupakan Fina,” Fina membalas mesra.

“Oh. Memang patut pun. Seronok sangat ke duduk di negara orang tu?”

Fina tersenyum manis.

“Seronok lagi dekat Malaysia,” Ashraf dan Fina bersatu tawa.

“Hana, susukan Hakim ni. Dah lapar agaknya,” Hana tersenyum. Diambil Hakim yang sedang menangis itu dari dukungan Puan Sri Saodah. Senyap terus.

“Abang, Hana susukan Hakim dulu eh. Berbuallah dulu,” Ashraf menelan air liur perlahan.

‘Hana terasakah? Mampus aku nak memujuk,’ bisik hati Ashraf.

Hana berlalu meninggalkan Ashraf dan Fina di ruang tamu. Lebih baik dia melayan anak perempuannya itu daripada melihat babak ‘jejak kasih’ itu. Boleh buat sakit hati dia saja jika berlama di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience