Bab 7

Horror & Thriller Completed 3437

Elysa terbangun dari tidurnya apabila terdengar suara orang bercakap dari bilik sebelah.Dia melihat jam tangannya.

"Jam 3 pagi?Orang sebelah ni buat apa awal awal pagi macam ni?"tanya Elysa sendirian.Dia mencapai tudungnya yang disangkut di kerusi.

Elysa keluar dari biliknya dan mengetuk pintu yang bernombor 413 itu.

"Siapa kat dalam?Boleh perlahankan suara tak. Saya tak boleh nak tidur."kata Elysa.

Pintu bilik tu terbuka.Terjenggul kepala seseorang.

"Eh!Kau?"kata orang itu.

"Kau rupanya.Boleh perlahankan suara tak?bisinglah."marah Elysa.

"Mana ada aku bersuara.Aku tengah baca buku tadi.Lepastu kau datang ketuk ketuk pintu aku." balas Imran.

Elysa terdiam.'Jadi suara tadi..'Elysa mengelengkan kepalanya.

"Sorry sebab kacau kau.Aku tersilap dengar tadi." kata Elysa.

"Oh,okey."balas Imran kemudian menutup pintu biliknya semula.

Elysa berjalan ke arah biliknya.Dia cuba untuk memulas pintu itu tapi tidak terbuka.Ia terkunci dari dalam.

"Macam mana pula boleh terkunci ni?"Elysa cuba mencari kunci biliknya.Dia menepuk dahi.

"Kunci ada kat dalam.Macam mana ni."Elysa berfikir sendiri.

Tiba tiba setiap lampu di koridor berkelip kelip. Jantung Elysa berdegup dengan kencang.

'Janganlah benda pelik pelik muncul sekarang. Dahlah aku tak boleh masuk.'bisik Elysa.

Selepas 15 minit berlalu barulah lampu kembali seperti biasa.Lama juga tu.Elysa memandang di hujung koridor sebelah kanan.Ada sebuah kelibat sedang berdiri di situ.Kelibat itu berjalan menghampiri Elysa dengan perlahan lahan.

Setiap kali kelibat itu melintasi sebuah lampu, lampu itu pasti terpadam.Elysa terpaku di situ. Kakinya bagai digam dilantai.

Kelibat itu terbang lalu mencengkam badan Elysa.Matanya merah menyala.

"To..tolong."Elysa cuba untuk meleraikan cengkaman kelibat itu tetapi dia tidak berdaya. Elysa cuma membaca ayat kursi dalam hati sambil beristighfar.

''Kau..sebab kau..kalau bukan sebab kau..aku tak akan jadi macam ni."jerit kelibat itu dihadapan muka Elysa.

"Apa sa..salah aku?"Elysa memberanikan diri untuk bertanya.

"Kau patut ingat...disebabkan sikap kau yang mementingkan diri sendiri...aku jadi macam ni." balas kelibat itu.

Elysa teringat sebuah tragedi yang melibatkan nyawa pada suatu masa yang dahulu.Dia menggelengkan kepalanya.Kelibat itu mengeluarkan cecair merah ke arah muka Elysa.

"Tidak..tidaaaaaaak..."Elysa berteriak dengan lantang.

"Elysa!!"kejut seseorang.

Elysa membuka matanya.Nafasnya tercungap cungap.Peluhnya menitik di wajah bagai baru berlari maraton.Di hadapannya ada Imran yang sedang melihat dirinya yang bagai kena serang zombi.

Matanya melihat sekeliling.Beberapa orang sedang melihat kearahnya sambil berbisik bisik.

"Kau takpa pa ke?"tanya Imran.

"Mmm.."balas Elysa.

"Yang kau di luar ni kenapa?"tanya Imran.

"Pintu bilik aku terkunci."jawab Elysa.

"Kunci apa bendanya.Terbuka je aku tengok." balas Imran.

Elysa berpusing dengan pantas.Betul! langsung tak tertutup.Dengan pantas dia masuk ke dalam biliknya lalu mengunci bilik.

Imran berdiri di hadapan bilik Elysa.Yang lain masuk semula ke bilik masing masing.

"Misteri betul gadis ni.Tak kan lah jadi macam tu sebab tragedi dulu tu."kata Imran sendiri.

Elysa termangu sendiri di dalam biliknya.

"Tak..saya tak bersalah..."bisik Elysa.

Sepasang mata hanya memandang Elysa dengan hati yang belum puas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience