BAB 13

Other Completed 4897

Dengan tiba-tiba Amylia dapat mendengar esakan tangis Irdina semakin
kuat malahan semakin menjadi-jadi pula. Amylia jadi panik. Risau juga
dia jika Irdina sakit atau terjadi apa-apa. Sudahlah dia bukan roomate
yang baik. Buktinya walaupun hampir sebulan mereka menjadi rakan sebilik
tetapi dia masih tidak mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Manalah
tahu si Irdina punya alahan atau apa-apa. Fikirannya mula menyimpang
ditambah dengan rasa yang kian berserabut.

"Dina! Kenapa ni?!"Amylia panik. Tubuh Irdina digoncang beberapa kali.

"Lia...,"terdengar suaranya merintih. Kening Amylia terangkat.

"Aku mintak maaf. Aku tahu aku bukan roomate yang baik. Ni semua salah
aku. Aku sedar keadaan kita tak sama. Aku tak baik macam kau,"luah
Irdina dengan esakan tangis.

"Tak tak!"tukas Amylia pantas.

"Aku yang salah, Dina. Aku mintak maaf. Tak sepatutnya aku berprasangka
buruk dengan kau. Aku yang beranggapan bukan-bukan masa kau mula-mula
masuk bilik ni dulu,"Amylia mengungkit satu hal yang pernah dia lakukan.
Satu kesalahan yang tidak pernah dapat dia dilupakan. Sepasang mata
mereka sekali lagi terpaut.

Mereka menyalahkan diri masing-masing. Puas menjelaskan akhirnya mereka
bermaafan sesama mereka. Irdina lega kerana mempunyai kawan seperti
Amylia. Semasa dia bersama Ika dan Aini pun, dia tidak pernah dilayan
begitu. Dia sedar dan tahu Amylia seorang kawan yang baik dan sangat sweet.

"Aku pernah dengar kau cakap dengan kawan kau dulu... Dari situ aku tahu
kau seorang kawan yang baik,"puji Irdina. Ada nada cemburu terselit
disebalik kata-katanya. Ternyata dia tidak pernah merasakan tentang
nikmatnya kawan atau ukhuwah cinta yang membawa kepada Illahi.
Melihatkan persahabatan yang terjalin erat diantara Amylia dan Shahira,
hatinya tercuit oleh sesuatu. Sesuatu yang dia juga impikan.

"Dina.. Aku...-,"kata-katanya mati. Amylia tidak dapat menangkas
kata-kata Irdina. Sesiapa sahaja yang melihat akan mengatakan hal yang
sama. Dia mengakui soal itu. Akhirnya mereka berpelukan. Airmata
membasahi pipi kedua-duanya. Irdina merasa semakin tenang berada dalam
pelukan Amylia. Amylia pula semakin lega dengan segala perkara remeh
yang telah terlerai. Segala konflik antara mereka berdua akhirnya dapat
diselesaikan dengan cara baik. Bahagia menerpa ke hati masing-masing.
Sejak daripada itu, Irdina sudah jarang pulang ke rumah. Hubungannya
bersama Amylia semakin rapat. Banyak hal yang telah mereka lalui
bersama. Pada pertengahan bulan ramadhan, Irdina mengikut Amylia pulang
ke Alor Star iaitu ke rumah Amylia sendiri. Dia berjumpa dengan emak dan
ayah Amylia. Amylia kemudiannya membawa Irdina menemui Shahira diatas
kehendak Irdina sendiri yang tidak henti mahu menemui sahabat baiknya.
Petang itu mereka bertolak selepas asar ke Pengkalan Batu yang terletak
di Bandar tasek gelugor.

Sebaik menjawab salam Shahira segera keluar menyambut tetamunya pada
hari itu. Sesungguhnya kehadiran Dina sudah dikhabari awal sehari
sebelum mereka datang lagi.

"Ha! Bawak kawan baru nampak. Dah lupa orang kat sini lah tu....,"rajuk
Shahira sengaja dibuat-buat. Mukanya cemberut sahaja. Nadanya pula
meleret semacam.

Amylia dan Irdina ketawa mengekek sambil berpandangan. Irdina memaut
lengan Shahira buat seketika. Mata coklat Shahira ditenungnya.

"Erra.. Awak silap. Lia tak pernah lupakan awak. Hari-hari dia bercerita
tentang awak, tentang keunikan yang ada pada awak. Awak bertuah dapat
kawan macam Lia, Erra."ujar Irdina menerangkan. Amylia mengalihkan
pandangannya kearah Irdina. Terkejut dengan respon yang diberi. Muka
Shahira yang putih melepak itu jadi merah padam. Terasa malu

buat seketika. Betul ke apa kawan dia ni cakap? Hisy. Ada-ada je la!

"Er. Apa nama awak?"soal Shahira malu-malu kucing. Sudah itu memang
sifat semulajadi yang ada pada dirinya.

"Dina. Irdina Atiqa,"balas Irdina sambil tersenyum. Shahira kelihatan
agak tersentak selepas Irdina memperkenalkan diri. Apatah lagi apabila
gadis itu menyebut nama awalnya. Dina? Ini ke Dina yang Lia pernah
cerita dulu? Sesungguhnya antara dia dan Amylia tiada rahsia. Tapi..........

Matanya pantas berkalih memandang Amylia. Amylia menghadiahkan kenyitan
mata yang menggoda buat Shahira. Shahira terangguk-angguk seperti burung
belatuk tanda memahami. Shahira pantas mempersila tetamunya masuk.
Tinggal Amylia seorang sahaja yang masih tercegat diluar rumah. Langit
biru ditenungnya lama. Nampaknya tidak ada tanda-tanda hujan akan turun
petang ini.. Amylia tersenyum puas dengan segala nikmat kurniaan Tuhan
buat dirinya. Syukurlah, alhamdulillah. Kini Shahira, Amylia dan Irdina
menjadi akrab dan setiap kali cuti semester Irdina tidak terlepas
berkunjung ke Alor Star ke rumah Amylia dan Shahira.

Ku S'lalu Membanggakanmu
Kaupun S'lalu Menyanjungku
Aku Dan Kamu Darah Abadi
Demi Bermain Bersama
Kita Duakan Segalanya
Merdeka Kita, Kita Merdeka

~~SELESAI~~

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience