******* 2 tahun kemudian **********
""tup tup "".
Bunyi mesej masuk.Emma mencapai handphonenya yang terletak di atas katil,lantas membuka mesej tersebut.
""selamat pagi awak, awak sihat?? dah makan ke belum?? ".
Emma tersenyum malu membaca mesej tersebut.Siapa lagi yang menghantarnya kalau bukan Ammar. Sekarang Ammar berada di Australia sedang menyambung pelajarannya dalam bidang peguam, Emma hanya belajar di dalam negara. Takut katanya hendak berpisah dengan ibu kesayangannya.Sudah ada perasaan sayang Emma kepada Ammar. Baginya Ammar mempunyai sikap yang baik. Dia bersyukur kerana mengikut permintaan Ain. Ain sekarang sedang menyambung pelajaran juga, tetapi bukan pada Universiti yang sama dengan Emma, begitu juga dengan Nina.
""selamat pagi... alhamdulillah saya sihat je.. belum breakfast lagi ni.. awak macam mana?? okay tak dekat sana?? ""
Emma membalas mesej daripada Ammar.
""tup tup""...
"saya okay je dekat sini.. seronok tau belajar kat sini.. jom la.. taknak datang ke dekat sini lawat saya??! " .
."tak nak lah.. awak kan tahu saya tak biasa naik kapal terbang.. takut :p " .
"hmmm.. ye la.. kan seronok kalau awak boleh datang kat sini..saya rindu nak lihat muka awak.. ".
"hehe.. awak balik la awal-awal sikit ye.. "
"kalau saya boleh balik awal.. sekarang jugak saya balik.. ".
"ehh.. awak.. saya dah lambat ni..nanti kita sambung balik ye..".
"ouhh.. okay.. bye.. assalamualaikum".
"waalaikumussalam"
**************************
Hari-hari Emma dipenuhi dengan kegembiraan.dia tidak pernah menyangka begitu cepat dia jatuh cinta dengan Ammar..
"jangan menangis sayangku..ini hanyalah sementara.. berdoalah pada yang Esa.. terus menahan sabar agar bahagia di sana.."Ammar menyanyikan lagu Sabar -ismailizzani- secara video call kepada Emma sempena hari jadi Emma.. "
"dan..sebelum terlupa saya nak menyanyikan satu lagi lagu untuk awak... Happy Birthday to you... Happy Birthday to Emma.. Happy Birthday to you.. ""..
"wahhh... thanks awak.. tak sangka awak ingat birthday saya..ni hadiah ni awak ke yang post".
"Memang la saya ingat birthday orang yang paling special dalam hidup saya.. ha'ah.. buka la ".
"saya buka eakk" .
Emma membuka kotak segi empat yang berwarna pink yang dihiasi dengan riben hitam..
""waaahhh..comelnya beruang.. "
Emma lantas mengambil anak beruang yang berwarna putih itu, anak beruang itu memegang sebuah kotak kecil..
"ehh.. ada something laa.. dalam kotak ni..waahh... gelang tangan Pandora laa.. cantiknya..!! " .
"awak suka tak??!! " .
"suka.. suka sangat-sangat.. tak tahu saya nak berterima kasih macam mana lagi.. thanks awak..susah-susah je.. ".
"tak ada yang susahnya.. untuk org yang paling saya sayangi.. takde hal la"..
"thanks Ammar".
*****************************
"hurmmm.. peliknya.. takde satu pon mesej daripada Ammar harini.. kenapa ekk.. dia sibuk ke?? haishh.. aku ni.. takkan la Ammar tiap-tiap hari mesti hantar mesej dekat aku.. dia pon ada kerja dia tersendiri.. humm..
"" Debush """ .
"ehh.. sorry.. sorry.. saya tak nampak encik tadi.. ".
"lain kali kalau jalan guna mata.. bukan guna handphone".
Haish..kurang asam betul mamat ni aku dah cakap aku tak nampak kan.. nak marah-marah pulak.. yang dia ni datang dari mana entah.. tiba-tiba je muncul.. haish.. sabar je la..
"emm.. minta maaf encik.. saya memang betul-betul tak sengaja.. "..
"ye ke kau tak sengaja.. aku rasa kau memang sengaja nak langgar aku kan.. sebab kau nak perhatian daripada aku.. betul tak hah??! "..
"Eeeii.. tolong la encik.. jangan nak perasan sangat boleh tak?!? encik ingat encik hebat sangat sampai semua orang nak ambil perhatian encik.. ".
"elehh.. mengaku je la kau memang saja nak langgar aku kan?!! " .
"ikut suka hati encik lah.. malas saya nak layan orang tak betul macam encik ni.. "
"hmm.. whatever "..
Elehh.. berlagak nya.. muka je handsome.. perangai tak boleh pakai..Emma hanya mampu melihat lelaki itu berlalu pergi ..dalam hatinya tak habis-habis mengutuk lelaki tersebut.
*************************
"weh Emma.. kau tolong teman aku pergi mall kejap.. aku nak beli barang sikit ni.."ujar puteri merangkap kawan baik Emma di Universiti.
"lama ke tak kau nak pergi.. kalau lama aku tak boleh ikut sebab ibu aku tak kasi aku balik malam".
"tak lah.. kejap je.. aku janji kita balik sebelum maghrib.. okay??! ".
"okay"
Haish.. ramainya orang dekat mall ni.. diorang cari apa lewat petang macam ni...aku dah naik lemas duduk dekat sini.. dah la ramai.. beresak-esak nak ke suatu tempat.. hmm... Ammar buat apa ye.. kenapa dia tak balas mesej aku.. dah dekat seminggu takde khabar tentang dia.. kredit dia habis ke?! hmm.. boleh jadi jugak.. mungkin kredit Ammar habis and then dia tak boleh beli sebab kedai jauh.. kereta pulak takde minyak.. tapi... logik ke...haish.. Ammar.. Emma betul-betul rindu dekat Ammar..
"Hoii?!? jauh kau termenung..teringat dekat sapa?!! teringat dekat lembu iklan susu goodday ke?!!" puteri ketawa terbahak-bahak..
"ehhh... takde lah.. aku teringatkan mati... kita semua ni dekat dengan ajal.. malaikat maut akan menziarahi kita tiap-tiap hari.. jadi tak salah kalau aku teringat dekat ajal aku kan.. " .
"aishh.. kau ni.. buat aku seram sejuk la.. " ..
"hahaha... takde la aku teringatkan Ammar".
"Alololo.. sweet nya..yang sana teringatkan yang sini.. yang sini nak meletup teringatkan yang sana"..
"merepeklah kau ni.. ni.. Ammar dah dekat seminggu takde khabar berita.. aku hantar mesej tak jawab.. aku call tak angkat.. risau jugak la aku ni.. ".
"ouhh.. aku rase dia sibuk la tu.. ye la ni kan tahun dia yang ketiga...mestilah busy sikit.. kau kenalah faham.. dia tu belajar dekat luar negara.. sistem belajar diorang lain.. bukan macam kita.. ".".
"hurmmm... betul jugak apa yang kau cakapkan tu.. thanks puteri atas kata-kata nasihat kau tu.. aku rasa lega sikit.. ".
"haa.. macam tu la.. aku taknak tengok kau sedih-sedih lagi.. okay.. "..
Emma gembira kerana dapat menjadi kawan baik Puteri. Puterilah yang sanggup berkongsi suka duka bersama Emma.. memandangkan Ain dan Nina sudah tiada.. Puterilah yang membantu Emma dalam semua perkara.Emma beruntung mempunyai kawan baik seperti Puteri.
"Puteri.. kau nak cari barang apa lagi?!? ".
"aku nak cari roti sebungkus and then kita ke kaunter pembayaran".
"aku rasa lenguh kaki la aku nak pergi cari tempat duduk boleh tak?! ".
" kesian dekat kau.. takpe.. kau pergi duduk dulu ea.. kejap lagi aku datang. "..
Emma mengorak langkah untuk mencari tempat duduk.. akhirnya.. wahh... leganya.. lenguh habis kaki aku.. aku tak biasa jalan-jalan lama macam ni.. tapi untuk Puteri aku tak kisah.. nak bandingkan pertolongan dia dekat aku memang tak berbalas.. Emma mula memerhatikan suasana di mall tersebut.. penuh dengan manusia yang mempunyai hajat untuk dipenuhi.. tiba-tiba..
Emma merasakan dia sedang diperhati.. Aish.. mamat mana pulak tu.. dia kenal aku.. asal dia tengok aku macam tu.
..ataupun tudung aku senget... baju aku kotor..
Emma memeriksa dirinya..
tiada apa-apa yang lucu tentang dirinya...asal dia tengok aku macam dia kenal aku...kalau lihat daripada rupa parasnya takde saudara mara aku muka macam tu.. aku memang betul-betul tak cam siapa dia sebenarnya.. Aahh.. lantak lah.. asal dia tak datang dekat sudah..
"Emma.. jom balik".
"jom" ..
Emma bingkas bangun daripada bangku lantas mendapatkan Puteri..
Di suatu sudut ada seorang jejaka yang dari tadi asyik memerhatikan Emma.. dia tergelak kecil melihat reaksi Emma..
******************************
Share this novel