BAB 5

Drama Completed 552

Sejak pulang daripada Korea, Am lebih mengambil berat terhadapku. Dulu dia selalu mengkritik masakanku. Tapi sekarang, siap menyuruh aku masak. Mungkin Allah sudah membuka pintu hatinya untukku.

"Baby kawan awak dah tunggu kat bawah tu. Abang nak keluar dulu ye."

Aku tersenyum dan mengangguk.

Farina menepuk-nepuk tanganku. Matanya dibulatkan.
"Weh weh, kenapa dengan suami kau tu. Baik semacam je?"

Aku mengecilkan mata. Tudung Farina aku tarik-tarik ke belakang.

"Dia jahat salah dia baik salah. Apa da kau ni."

"Tapi macam drastik je perubahan dia. entah-entah dia ada agenda lain kot Ain. Baik kau siasat. Tapi kalau memang tak ade agenda lain mesti ada something happen kat korang ni. Apa dah jadi antara korang kat Korea haritu ha?"

Amira menekup mulut Farina. Digoncang-goncangnya kepala Farina ke kanan dan ke kiri. Gayanya seperti mahu menculik Farina.

"Shhhh. Diam la Rina. Biarlah nak jadi apa pun kat dorang. Kau pulak lebih-lebih. Ain mana sourvenier kite orang. Kau ada beli seaweed untuk aku kan?"

Aku tersenyum melihat gelagat sahabatku. Dua bungkus plastik aku serahkan kepada Farina dan Amira. Berebut-rebut mereka melihat isi kandungan bungkusan itu. Mana taknya, Korea merupakan negara idaman kami bertiga untuk travel bersama-sama. Sudah rezekiku ibu mertuaku merancang bulan madu aku dan Am di sana.

"Weh korang. Kalau aku pregnant sekarang ok tak?"

Farina tiba-tiba berdiri. Kaki sebelahnya di angkat ke atas meja. Aku dan Amira kaget dengan kelakuan Farina yang tiba-tiba itu.

"Maknanya kat Korea haritu korang berdua dahhhhhh......"

Amira pantas memasukkan potongan buah tembikai ke dalam mulut Farina. Hampir tercekik Farina dibuatnya.

"Ain korang berdua dah kahwin. Dah sah pun. Tak ada salahnya la kalau nak ada anak pun. Lagi cepat lagi bagus. Anak kan pembawa rezeki. Jangan dengar cakap budak tak cukup umur ni."

Amira memuncungkan mulutnya ke arah Farina. Tergelak-gelak aku dan Amira melihat muka Farina yang masam mencuka. Begitulah aku. Jika ada masalah Farina dan Amira lah tempat aku mengadu. Kadang-kadang melihat gelagat mereka berdua sahaja cukup untuk menghilangkan masalahku seketika.

=====

"Rina, kau dah pikir panjang ke sebelum buat semua ni? Kau tahu kan laki tu pernah sukakan Ain?"

Riak kerisauan jelas terpancar di wajah Amira. Mana taknya, tidak ada angin tidak ada ribut, tiba-tiba sahaja Farina akan melangsungkan perkahwinan dengan Ad.

Farina tersenyum. Bahu Amira dipegang.
"Aku dah fikir dalam-dalam aku akan kahwin dengan Ad. Lagipun sejak dulu lagi aku memang sukakan Ad. Jadi bila dia lamar aku, aku terus je terima."

Amira memandangku. Melalui ekspresi mukanya dia menyuruhku bersama-sama menasihati Farina.

"Kalau memang kau dah suka dengan Ad. Aku rasa tak ada masalah. Aku ikut je mana yang akan bahagiakan Farina."

Tangan Farina aku genggam. Senyuman aku berikan kepada Farina.

"Ish kau ni Ain. Aku suruh kau nasihat dia, bukan setuju dengan dia."

"Mira, jangan risau. Aku yakin Ad dah lupakan Ain. Lagipun Ain dah pregnant sekarang dah nak bersalin pun. Ad takkan berharap lagi dengan Ain."

Nada Farina sedikit tinggi. Mungkin dia bosan dengan perangai Amira yang selalu bersangka buruk dengan Ad.

Amira mengeluh. Kepalanya di angguk-anggukkan.

"Well aku cuma ada rasa tak sedap hati je Rina. Tapi sebab kau kawan aku, aku setuju je la."

Farina tersenyum. Pantas Amira dipeluknya. Diciumnya pipi Amira kanan dan kiri. Selepas itu dia memelukku. Tapi tidak mencium pipiku tapi mencium perutku.

Aku membulatkan mata tanda tidak puas hati. Akhirnya kami bertiga ketawa bersama-sama.

=====

"Alolo comeynya anak ayah ni. Awak anak ayah. Akil anak ayah."

Diciumnya pipi Akil berkali-kali. Merengek -rengek Akil kerimasan.

"Dah la tu abang. Habislah kempis pipi Akil abang buat macam tu."

Am menjelingku tajam. Di cubit-cubit pula pipi Akil. Aku menepis tangan suamiku daripada terus mengganggu Akil.

"Sukahati abang la nak buat apa. Ni kan anak abang."

"Eh. Saya yang mengandungkan dia 9 bulan. Suka-suka je ngaku anak dia."

"Itu anak korang berdua kan. Kalau tak ada kau orang mana muncul si Akil ni."
Kata ibu tiba-tiba menghentikan pergaduhan aku dan Am. Akil yang kembali tidur di pangku.

"Kau orang berdua tak nak jenguk Farina ke?"

"FARINA???!!!"
Kami serentak terkejut. Aku menjeling suamiku. Sebok je.

"Kenapa dengan Farina ibu? Dia sakit ke?"
Aku sudah mula bimbang. Kenapa dengan sahabatku seorang tu. Sakit kah?

Ibu mengerutkan dahi. Matanya memandang ke atas seolah-olah cuba mengingati sesuatu.

"Alahai. Ibu lupa nak beritahu. Semalam Amira ada telefon rumah. Dia cakap Farina masuk ward. Sakit apa ibu tak tanya pula."

"Ya Allah. Kenapa ibu baru ingat sekarang. Ain nak pergi jenguk sekarang jugak ye ibu."

Aku bergegas mencari tudung dan bersiap. Sedang sibuk mencari kunci kereta suamiku menarik tanganku supaya mengikutinya.

"Abang hantar la. Ibu tolong jagakan Akil sekejap ye."

Aku memandang ibu dan Am. Ibu tersenyum dan mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience