BAB 2

Drama Completed 186252

SEBAIK sahaja menjejakkan kakinya masuk ke dalam sebuah rumah yang begitu mewah itu, bersinar matanya melihat kemewahan yang ada di dalam rumah itu. Ternganga mulutnya tika ini, melihat keadaan rumah itu.

" Tutup mulut tu, kang masuk lalat.. " Usik Areeq.

Sophia tersengih, mulutnya itu di tutup. Dia bukan apa, rumah ini sungguh kelihatan cantik! Terpana di buatnya!

" Awak tahu tak, saya ni tak kisah sangat pun pasal mewah-mewah ni semua awak bawak saya duduk rumah biasa pun saya okey " Tutur Sophia.

Areeq mengerling ke arah isterinya itu, sambil mengecilkan matanya itu.

" Iyer ker? macam tak percaya je " ujar Areeq lagi.

" Ehh, awak ingat saya ni materialistik ke apa? nampak je saya macam ni, apa awak ingat saya tak leh hidup susah " ujar Sophia lagi.

Areeq tertawa.

" Yer lah Puan Sophia, maafkan patik ya kerana menuduh tanpa usul periksa " ujar Areeq terus beg bagasi yang di pegang olehnya itu di tarik dan di bawa ke tingkat atas.

Sophia menjeling , terus Sophia merebahkan duduknya di kerusi. Sungguh cantik sekali rumah ini! Dia yakin rumah ini akan menciptakan pelbagai kenangannya bersama Areeq.

Ya benar,dia masih belum jatuh cinta dengan suaminya itu..Namun dia tahu perasaan itu akan datang secara perlahan-lahan. Dia yakin satu hari nanti dia akan cintakan lelaki itu sepenuh hatinya.

KREK....

Bunyi pintu di buka itu mengejutkan Sophia yang sedang membaca majalah, saat ini entah kenapa jantungnya berdegup kencang sebaik melihat lelaki itu dihadapannya. Tetapi bukanlah kerana cinta tapi.. alaa faham-faham je lah kan?

" Awak saya nak tidur tau, terus tidur.. " ujar Sophia di tekan perkataan tidur.

Areeq terus mengatur langkah kakinya ke arah katil, badannya itu direbahkan di sebelah Sophia itu.

" So? " Areeq memandang ke arah Sophia.

" Ishh, ermmm saya tak ready lagi lah. Saya harap awak faham.. " jawab Sophia spontan sambil wajahnya itu di tutup dengan majalah.

Areeq tertawa.

" Iyer, saya tahu.. saya takkan paksa awak dah tidurlah saya pun penat ni.. " Areeq terus menutup lampu bilik itu dan terus memejamkan matanya itu untuk tidur.

" Huh, selamat aku.. " terus Sophia menutup majalah yang di baca olehnya itu. Dan dia memejamkan kedua belah matanya..

PERLAHAN-LAHAN wanita itu membuka matanya itu, dia mengerling ke arah tingkap yang berhadapan dengannya itu. Telefon bimbit yang berada tidak jauh dengannya itu di ambil dia melihat jam sudah menunjukkan pukul 1 petang.

" Hah? dah pukul 1? " soal Sophia sendiri kelam-kabut dia menyandarkan badannya itu di kepala katil.

Terus Sophia meletakkan telefon bimbitnya itu di tepi, rambutnya itu pula diikat. Dia melihat di sebelah Areeq sudah tiada, bunyi bising di bawah itu membuatkan Sophia hairan.

Terus kakinya mengatur langkah keluar daripada bilik tidur itu, dan turun ke bawah untuk melihat suaminya itu sedang melakukan apa. Satu bau mulai menusuk ke dalam lubang hidungnya saat ini, sungguh bau yang menyelerakan sekali.

" Dah bangun? duduk lah sini saya dah masak ni " ujar Areeq apabila melihat wanita itu sedang tercegat di tangga.

Sophia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu, terasa malu pulak! segan pun iyer mana ada perempuan bangun pukul 1?

Perlahan-lahan Sophia menarik kerusi yang hendak dia duduki itu, daging masak lada hitam di hadapannya itu dilihat wahh sungguh menyelerakan sekali. Kecur air liurnya tika ini...

Areeq terus meletakkan pinggan di hadapan isterinya itu dan di letakkan nasi, dan di letakkan juga lauk pauk yang berada di hadapannya itu.

" Makanlah "

" Err.. ermmm " Sophia segan.

Areeq terus menarik kerusi yang berhadapan dengan Sophia itu dan terus dilabuhkan duduknya itu berhadapan dengan Sophia.

Sebaik sahaja satu sudu disuapkan ke dalam mulutnya! Boom! sumpah sedap, tidak pernah seumur hidupnya merasa masakkan yang begitu sedap seperti ini.

" Sedap? " Soal Areeq yang baru sahaja ingin menyuakan sesudu nasi dan juga lauk itu ke dalam mulutnya.

" Sedap, pandainya awak masak.. mana awak belajar? " Soal Sophia sambil menikmati masakan yang di masak oleh lelaki itu.

" Dulu zaman belajar saya selalunya masak, jaranglah makan kat kedai. Lepastu tengok YouTube and tengok umi masak.. " Jelas Areeq.

Sophia mengangguk.

" Maaflah saya bangun lambat, selalunya tak macam ni.. selalunya saya pukul 5 pagi dah bangun tau " Membongak itu lah Sophia Hardina.

Areeq hanya senyum.

" Tak per.., ehh kejap awak makanlah dulu saya nak ke dapur sekejap. Rasanya mesin basuh tu dah berhenti.. " terus Areeq bangun daripada kerusi yang sedang dia duduki itu dan mengatur langkah ke arah mesin basuh.

Sophia mengerling ke arah lelaki itu, tanpa dia sedar senyuman mulai mengukir di bibirnya tika ini.

" Dia memang lelaki yang baik, mungkin betul pilihan mama memang tak pernah salah.. aku yakin dia akan mampu bahagiakan aku.. " tuturnya.

" Tapi dalam masa yang sama, aku rasa aku tak layak untuk dia.. perempuan macam aku tak layak untuk lelaki sebaik dia " Sophia menundukkan pandangannya itu saat ini.

TING TONG! TING TONG!

Bunyi loceng yang didengar itu, terus membuatkan Sophia bangun daripada kerusi yang sedang wanita itu duduk. Perlahan-lahan Sophia memulas tombol pintu rumah dan kini dia melihat Areena berada di hadapannya saat itu.

" Ehh Kak Reena? bila akak sampai kenapa tak meseg dulu " ujar Sophia sambil mengukir senyuman tangannya itu pula dihulurkan kepada Areena untuk menyalam.

" Mana adik aku? " Soal Areena mengabaikan salaman yang dihulurkan oleh Sophia itu.

" Ada, tengah jemur kain "

" Hah? jemur kain? kau suruh adik aku jemur kain? kau fikir dia babu kau ke " ujar Areena geram.

Sophia melepaskan keluhan.

" Ehh apa bising-bising ni, aikk Kak Reena bila sampai kenapa tak bagitahu Areeq " ujar Areeq terus dia menghulurkan salamannya itu kepada Areena.

" Kau buat apa ni Reeq? kau sidai kain? yang kau tak suruh bini kau ni kenapa? " Soal Areena masih tidak berpuas hati.

" Alaa tak per lah, biarlah dia rehat lagipun semalam penat sangat lagipun bukan selalu Areeq buat " Jelas Areeq.

Sophia hanya menyilangkan tangannya itu sambil duduk di sebelah suaminya itu, kecik besar kecik besar sahaja dia melihat kakak Areeq di hadapannya itu saat ini.

Memang dari dulu lagi Areena itu tidak berkenan dengannya, dia sendiri tidak tahu mengapa. Mungkin baginya wanita sepertinya itu tidak layak untuk berkahwin dengan Areeq.

" Akak tak faham lah, macam mana kau boleh kahwin dengan perempuan yang kuat sosial ni. Tengok.. awal-awal kahwin dia dah tunjuk belang, silap-silap dia pijak kepala kau satu hari nanti " bebel Areena terus dia meluru masuk ke dalam rumah mereka berdua.

Areeq meraih tangan Sophia, itu membuatkan Sophia terkejut dengan tindakan lelaki itu yang secara tiba-tiba.

" Awak jangan ambik hati ya, Kak Reena tak maksudkan pun apa dia cakap " pujuk lelaki itu.

" Hah? terasa memang tak lah. bukan saya tak kenal akak awak tu ada je benda tak kena bila jumpa saya ni " Balas Sophia selamba badak terus wanita itu meluru ke arah ruang tamu dan melabuhkan duduknya berhadapan dengan Areena.

" Kak Reena sembanglah dulu dengan Sophia ya, Areeq siapkan kerja Areeq dulu.. " terus kakinya mengatur langkah ke arah luar dengan segera.

" Kau nampak tu? itu sepatutnya kerja engkau bukan kerja adik aku! " ujar Areena sambil menunjukkan ke arah adiknya Areeq yang sedang menjemur kain di luar.

Sophia melepaskan keluhan perlahan, badannya itu disandarkan di sofa. Tangannya itu pula di silangkan.

" Tahu tak telinga saya ni sakit sangat, dengar akak membebel macam tak der hari esok! adik akak tu jemur kain je pun "

" Bukan saya suruh dia jahit baju ke apa, jangan bising boleh tak? " ujar Sophia selamba.

Panas hati Areena saat ini apabila dia mendengar kata-kata sinis wanita itu.

" Kurang ajar kau kan! mana adab kau hah! kau percayalah cakap aku satu hari nanti Areeq akan ceraikan kau jugak! "

" Sebab apa! sebab perempuan macam kau tak layak untuk adik aku! " balas Areena lagi.

Sophia terdiam seketika, apabila Areena berkata soal cerai. Ya sungguh perkataan itu menakutkan dirinya. Kini wajah Sophia tepat memandang ke arah Areena.

Cerai. Sungguh dia takut dengan perkataan itu.

" Kau percayalah cakap aku! satu hari nanti Areeq akan tinggalkan kau! dan dia akan kahwin dengan perempuan yang sebetulnya layak untuk dia! "

" Waktu tu, kau menangislah air mata darah sekalipun dia tak kisah! tak rugi apa lah dia tinggal perempuan perangai buruk macam engkau ni! " Sindir Areena lagi sambil mengukir senyuman sinis.

Sophia terus bangun daripada kerusi yang dia duduki itu, dan naik ke biliknya semula. Areeq yang baru sahaja tiba di ruang tamu hairan apabila melihat isterinya itu yang meluru sahaja berjalannya dan naik ke atas.

" Kenapa ni kak? akak ada cakap apa-apa ke dengan Sophia? " soal Areeq.

" Akak cakap benda yang betul, kau tahu tak akak ni tak berkenan langsung dengan perangai bini kau tu! kenapa kau kahwin dengan dia hah? " Soal Areena.

Areeq melepaskan keluhan perlahan, kakinya itu terus mengatur langkah ke arah ruang tamu. Lelaki itu merebahkan duduknya itu, sambil menyandarkan badannya itu.

" Akak dah lah tu, Sophia dah pun jadi isteri Areeq.. cubalah berbaik, lagipun Sophia tu tak macam yang akak sangka.. "

" Sangka kau kata? kau sendiri kenal perangai Sophia tu kan! kaki clubbing, arak tu dah jadi kawan dia.. sosial! tahu enjoy je kerja dia kau ingat dia boleh berubah ke? "

Areeq hanya mampu melepaskan keluhan,dia tidak tahu ingin katakan apa saat ini. Kepalanya pening.

" Semua orang boleh berubah kan? Areeq yakin Sophia akan berubah.. "

" Kau nak ubah dia? dia buat kau pun macam bibik kau ingat dia nak ikut cakap engkau? memang tak lah dik.. "

" Kak, Areeq tak sukalah dengar orang kutuk isteri Areeq.. termasuk kakak " Mendatar suara Areeq saat ini.

Areena berdegus kasar, badannya itu disandarkan di kepala sofa.

" Akak ni tak nak kau menyesal, kau sendiri tahu kan perangai si setan tu macam mana! " Selamba sahaja dia menggelarkan Sophia sebegitu.

SEJAK tadi wanita itu tidak turun, Areeq mengerling ke arah jam yang terlekat di dinding jam sudah menunjukkan pukul 10 malam. Apa lah yang di katakan oleh kakaknya itu sehingga menjadikan Sophia sebegitu.

TAP..TAP..TAP..

Bunyi tapak kaki yang sedang meneruni anak tangga itu mengejutkan Areeq yang sedang duduk di sofa. Terus lelaki itu memalingkan wajahnya itu ke arah tangga, dia melihat Sophia sedang meneruni anak tangga sambil mengenakan pakaian yang agak tidak bagus untuk di lihat.

" Awak nak ke mana ni? " Soal Areeq kini lelaki itu berdiri di hadapan Sophia.

Sophia menjeling, tangannya itu pula di silangkan.

" Nak keluar, saya stress sekarang ni jangan kacau saya " sebaik Sophia ingin mengatur langkah kakinya untuk beredar. Areeq menarik lengan Sophia itu sehingga langkah kakinya itu terhenti.

" Pergi mana? dengan pakaian macam ni tak elok lah.. awak kan dah jadi isteri orang and lagi satu dah malam ni " tutur lelaki itu perlahan.

Sophia melepaskan keluhan kasar dan menyampah.

" Ishh, " degusnya.

Areeq mengusap lembut rambut isterinya itu, sambil bibir mengukir senyuman memandang wajah Sophia yang masam mencuka itu.

" Okey sayang..., saya tahu awak marah pasal Kak Reena kan? " ujar lelaki itu.

nak menjerit wanita itu saat ini, sebaik mendengar Areeq memanggilnya dengan panggilan sayang.

" awak tahu kan perangai Kak Reena tu macam mana, walaupun dia macam tu dia baik tau.. and saya minta maaf kalau kata-kata Kak Reena tadi mengguris hati awak "

Sophia menyilangkan tangannya itu, sambil mencebikkan bibirnya itu.

" Sakit tahu tak hati ni, bila ingat balik Kak Reena kesayangan awak tu kutuk saya! dah lah kutuk depan-depan " Luah wanita itu.

" Tu lah saya pun geram, berani betul lah Kak Reena tu membawang pasal isteri kesayangan saya ni.. " ujar Areeq sambil menggempalkan penumbuknya itu.

Sophia tergelak kecil melihat gaya lelaki di hadapannya itu kini sudah seperti lelaki tua yang mengamuk kerana orang mengusik isterinya.

" Awak sayang saya ke? " Soal Sophia secara tiba-tiba.

Pipi wanita itu di ulas lembut, sambil Areeq mengukir senyuman di bibirnya.

" Mestilah saya sayang awak, awak isteri saya kan? awak tu.. awak sayang saya ke "

" Saya?, ermmm tak.. saya tak sayang awak langsung.. " Selamba Sophia membalas.

Areeq hanya senyum.

" Ehh senyum pulak, tak sakit hati ke? " soal Sophia Hairan.

" Dah orang tak sayang buat apa nak sakit hati kan? apa-apapun saya tak nak tengok awak pakai macam ni lagi.. awak tu isteri orang, saya cakap ni "

" Sebab saya sayang awak, boleh dengar cakap saya tak Sophia? " Tutur Areeq lembut.

" Haihh, yer lah.. okeylah saya lapar ni dari petang tadi tak makan " Sophia memegang perutnya itu yang sudah memainkan lagu dangdut.

" Tu lah, nak merajuk sangat awak pergi tukar baju lepastu turun makan.. saya ada masak makan malam tadi.. " beritahu lelaki itu.

" Wahh! okey! " Jawab Sophia gembira, terus kakinya mengatur langkah ke arah tangga untuk naik ke bilik menukar baju.

MATAHARI yang begitu terik itu membuatkan Sophia yang sedang membersihkan laman itu melepaskan keluhan. Rumput-rumput yang panjang itu di tarik satu persatu.

" Arghh! awak! panaslah " Keluh Sophia sambil mengelap peluh di dahi itu.

Areeq menggeleng, terus lelaki itu mengatur langkah ke arah Sophia gelas yang berisi air sejuk itu di hulurkan kepada wanita itu.
Kelam-kabut Sophia mencapai gelas yang terisi air sejuk itu lalu di teguk, tekak yang tadi itu kering mulai terasa sejuk.

Sungguh melegakan!

" Haishh awak ni baru buat kerja sikit dah merungut.. " bebel Areeq.

Sophia menjeling ke arah lelaki itu, gelas yang sudah kosong itu diberikan kepada Areeq semula.

" Panas tahu tak, dah bau apa dah saya ni tau.. " rungut Sophia lagi.

" Adalah bau lembu sikit.. " usik lelaki itu.

" Apa? bau lembu ulang balik apa awak cakap! " Sophia geram.

Areeq hanya tersengih seperti kerang busuk, membulat matanya itu apabila melihat Sophia sedang membuka pili paip yang berada tidak jauh dengan mereka itu.

" Ehh.. awak nak buat apa ni, jangan Sophia.. basah nanti baju saya " lelaki itu memberi amaran.

" Bwekk, ada saya kisah? " Terus Sophia membuka pili paip air dengan kuat lalu di siram ke arah lelaki itu.

Areeq terus melarikan dirinya daripada wanita itu, malah Sophia terus mengejar lelaki itu sambil menyiram lelaki itu dengan air. Sambil tergelak-gelak Sophia saat ini, apabila melihat wajah ketakutan lelaki itu.

" Padan muka! yang bau macam lembu tu awak! bukan saya! " Ujar Sophia sambil tertawa kuat.

" Dah lah Sophia.., basah dah baju saya ni.. sejuk lah! dah lah... " ujar lelaki itu berkali-kali

" Tak nak!! " Ejeknya sambil menjelirkan lidah.

Sedang mereka berkejaran di luar rumah itu, tanpa Sophia sedar dia tersadung batu kecil yang berada di laman rumah sehingga membuatkan wanita itu tergelincir.

" Arghh, aduhh.. " Sophia memegang lututnya yang sudah terluka itu.

" Ehhh Sophia.. " kelam-kabut lelaki itu datang ke arah isterinya apabila melihat lutut wanita itu sudah berdarah.

Perlahan-lahan lelaki itu menundukkan badannya itu, luka di lutut Sophia di lihat. Bunyi tangisan itu menyedarkan Areeq yang sedang memandang luka wanita itu.

" Aikk menangis? " Areeq tertawa terbahak-bahak.

PLAK!

Satu pukulan terus hingga di peha lelaki itu dengan kuat, lelaki itu merungut kesakitan akibat di pukul oleh wanita itu.

" aduhh sakitlah, "

" Padan muka! , sakit tahu tak.. " ujar wanita itu sambil menangis.

" Haishh, sekejap.. " Areeq terus mengatur langkah kakinya meninggalkan Sophia di situ sebentar untuk mengambil peti kecemasan yang di mana tersimpan segala ubat-ubatan untuk merawat luka wanita itu.

Areeq kini kembali, terus peti kecemasan itu di buka dan di bawa keluar ubat sapuan dan air cuci luka untuk mencuci luka wanita itu sebelum meletakkan ubat sapuan.

" Tahan sikit.. " perlahan lelaki itu mencuci luka di lutut wanita itu.

" Arghhhh!! sakit lah perlahan-lahan lah arghhhhh " jeritnya sambil menangis.

Areeq hanya mampu menggeleng melihat wanita itu tidak berhenti menangis, pada masa yang sama hairan dia dengan Sophia. Jatuh sikit pun dah menangis,macam budak kecik.

" Dah jangan nangis, nanti saya belilah ais-krim ehh.. "

Sophia mengerling ke arah Areeq dengan pandangan tajam.

" Awak ingat saya budak kecik ke, nak umpan dengan ais-krim " Sophia geram.

" Memang budak kecik pun, orang dewasa mana menangis kalau jatuh sikit macam ni haihh " keluhnya.

" Elehh, aduuuu sakit " keluhnya lagi. Dan wanita itu sambung menangis kembali. Areeq hanya mampu menggeleng dengan perangai isterinya itu.

NATALIA melabuhkan duduknya di kerusi bersebelah dengan kawan baiknya itu yang sejak tadi mengukir senyuman seperti sudah angau sahaja wanita itu melihat pada masa yang sama menyampah pun ada melihat wanita itu sejak tadi senyum tanpa berbual dengannya.

" Sophia baik engkau cakap dengan aku, kenapa kau ni dari tadi tersengih-sengih apa yang kau tengah fikir " soal Natalia sambil secawan kopi yang berada di atas meja itu di ambil dan di minum.

" Eheh, aku tak tahu lah lia.. kenapa aku rasa satu perasaan yang tak pernah aku rasa, dia rasa macam best jugak perasaan ni "

" Perasaan? perasaan apa pulak ni " soal Natalia blur.

" Elehh, kalau aku cerita pun bukan kau faham. Orang yang dah kahwin macam aku ni je boleh faham " Usik Sophia.

Natalia menyilangkan tangannya itu, geram dia dengan kata-kata Sophia sebentar itu tadi. Melihat wajah Natalia yang masam mencuka itu membuatkan Sophia melepaskan tawanya itu.

" Alaa, aku gurau je lah.. okey macam ni kau tahu tak sejak aku kahwin dengan Areeq aku rasa bahagia.. " tutur Sophia sambil mengerling ke arah Natalia.

" Ohh, dah jatuh cinta dengan suami sendiri ke macam mana? "

" Entah, alaa kalau aku jatuh cinta pun dengan suami aku sendiri bukan suami orang.. uishhh mintak jauh lah benda tu " Sophia menepuk-nepuk pipinya.

" Apa yang dia dah buat sampai perempuan yang bernama Sophia Hardina ni cair cuba cerita sikit " Natalia semangat ingin tahu.

Sophia mengukir senyuman sendiri jika diingati satu persatu.

" Cara dia layan aku, macam dia sayang sangat dengan aku.. dia tak pernah marah aku walaupun kadang-kadang aku ni menyakitkan hati dia.. "

" Dia treat aku macam princess tahu tak, tutur kata yang lembut..dia selalu ucapkan kata-kata yang manis je untuk aku walaupun aku cakap aku tak cintakan dia.. " Beritahu Sophia.

" Waaa, sweet juga ehh Areeq tu walaupun nampak macam batu je " Celah Natalia.

" Kan! dia pandai masak tau selama aku kahwin dengan dia ni aku tak pernah masak yer lah aku ni masak Maggi boleh lah "

Natalia tertawa. Tapi tak boleh lah ketawa lebih sangat sebab dia dan wanita itu 2 kali 5 je sebenarnya.

" Kau yakin ke dia akan sayangkan aku seorang je?" Sophia mengerling ke arah Natalia.

Natalia mengangguk.

" Mestilah laaa, takkan orang macam Areeq tu nak curang dengan kau ke atau madu kan kau ke kan?"

Pipi Natalia itu menjadi mangsa tamparan mengejut dari Sophia.

" Aduhh sakit lah babe " keluhnya sambil menggosok pipinya.

" Ishh kau ni janganlah cakap pasal curang, aku tak sanggup tahu tak! madu? err lagi lah memang aku cincang madu aku tu hidup-hidup " Sophia menayangkan wajah geram secara tiba-tiba.

Natalia memegang bahu kawan baiknya itu.

" Janganlah risau tak mungkin, Areeq nak buat macam tu pada kau.. " ujar Natalia menyakinkan kawannya.

" I hope so.. " balas Sophia perlahan.

Benarkah dia tidak akan berubah?

Share this novel

Agnes
2023-07-05 05:56:19 

Dah Tiada rasa Cinta, pisah jak la. Dri menderita bertahan


NovelPlus Premium

The best ads free experience