Anya sudah memulakan kerjanya kembali, setelah sehari berehat, "Becky.. so, tinggal Encik Zahin lagi ke belum ambil pakaiannya?" soal Anya. "A ah, kita dah call banyak kali, tapi . dia tak angkat lah." kata Becky. "It's okay. Nanti aku cuba call Zahin. Mungkin, sibuk kali Zahin tu." kata Anya, mengemaskan kain-kain yang baru sahaja dia gunting.
"Okay, aku tunggu je kau buka cerita, bilanya kau jumpa si Zahin tu? Kau tak tahu lagi.. malam tu, memang berapi lah mata Abang Bahr tengok kau senyum dekat Encik Zahin tu, kau tahu?" kata Becky. "Okay.. aku jumpa dia dekat Paris haritu." kata Anya. "What?? Uish.. menyempat kau dating dengan dia eh?" soal Becky. "Aku tak dating lah gila. Aku jumpa gitu je. Hai hai gitu je. Lagipun, kan dia anak Datin Zainab." kata Anya.
"Seriuslah? Yang Datin nak sangat kenenkan kau dengan anak dia tu? Uish.. tapi, bukan apalah.. kau tu kena beringat, Abang Bahr tu. Aku mana-mana je kalau kau nak bercinta pun." kata Becky. "Apa kaitannya dengan Bahr pula? Dia bapa aku ke nak kena minta izin nak bercinta?" soal Anya. "Bukan soal bapa atau tidak, tapi.. entahlah, susah aku nak cakap."kata Becky.
"Bahr ada hidup dia, dia boleh bercinta dengan siapa sahaja. Biarlah aku yang uruskan hidup aku." kata Anya. "Okay, soalan.. kalau lah Bahr tu tak macam tu, maksud aku.. hidupnya tak dikelilingi perempuan, kau nak ke bercinta dengan dia? Ni contoh tau.." soal Becky. "Kalau eh.. kalau.. mungkin aku boleh pertimbangkan, Bahr tu tak jahat pun, dia lelaki yang baik. Tapi, perangai dia tu.. jenis kasanova, playboy semua." kata Anya.
"Jadi, sebenarnya kau suka lelaki macam mana? Yang jenis macam mana? Ciri-ciri dia? Sebab, selama kita berkawan ni, kau tak pernah rapat dengan mana-mana lelaki dan kau juga tak pernah bercinta.." kata Becky. "Okay, aku punya ciri.. macam mana ye, asalkan dia baik dengan mama dia, kira dah lepas ciri-ciri yang aku nak. Sebab aku andaikan, kalau dia baik dengan mak dia, automatik dia akan baik dengan semua perempuan." kata Anya.
"So, jenis yang hormatkan perempuan lah?" soal Becky. "And.. family man. Walau apapun, dia akan letakkan aku dan anak-anak aku sebagai orang yang paling penting dalam hidup dia." kata Anya. "So, no wonder lah kau reject awal-awal Abang Bahr tu. Sebab, dia tak akan bagi komitmen dengan seseorang. Kan? Tapi kan, aku yakin Abang Bahr tu akan berubah. Percayalah." kata Becky.
"Yelah kau, dah.. aku nak call Datin Zainab dulu ye." senyum Anya meninggalkan Becky.
***
"Kenapa sayang?" soal Bahr melihatkan Sherry yang seakan tidak berminat untuk makan. "Entahlah, mungkin I tak ada selera kut, you know.. jadual padat. I asyik fikirkan nak ambil break sekijap lah, nak bercuti." kata Sherry. "You nak bercuti dekat mana? Tell me." soal Bahr.
"You nak temankan I ke?" soal Sherry. "Tengoklah. Sebab kalau saya, saya memang sibuk, sibuk memikirkan kerja saya dekat office tu. Kalau saya ke luar negara pun, atas urusan kerja. But, if you want some money, boleh je saya bagi, anggap je sedekah.." kata Bahr.
"Tapi.. I harap you boleh temankan I, please?" rayu Sherry. "Saya tengok dulu ye." kata Bahr meneruskan makan. "You macam tak sayangkan I je?" soal Sherry. "Please Sherry, antara banyak perempuan.. you paling teratas tau. You know that, right?" soal Bahr. "Okaylah, I tak memaksa. But, I hope you can make it. Mungkin I akan ke Bali minggu hadapan. I nak rest." kata Sherry.
"Okay.. nanti I sent cheque, you puas-puas lah bercuti. Tapi, kalau I dapat bercuti dengan you, I pergi dengan you. Okay, sayang? Dah.. jangan merajuk, please makan. I risaukan you." senyum Bahr. "Thanks sayang.." manja Sherry.
***
"Maaf tau kalau saya lambat ambil baju, saya yang terakhir ke ambil baju?" soal Zahin. Becky dan Anya hanya tersenyum. "Kiranya macam tulah. Awak tak bawa adik awak ke? Boleh lah kita terus fitting." kata Becky. "Rasanya pass dekat badan adik saya baju ni." kata Zahin.
"Anyway, korang dua dah makan ke?" soal Zahin. Becky dan Anya berpandangan sesama sendiri.
"Belum"
"Dah."
Terkejut mereka berdua, dan terus mereka bertiga ketawa. Apa tidaknya, Anya menjawab sudah dan Becky menjawab belum. "Okay, jujur. Belum ke dah?" soal Zahin. "Kalau kita orang cakap dah, apa yang Zahin nak buat?" soal Anya. "Kalau dah, saya nak ajak minum petang, kalau belum.. saya terus ajak dinner. Apa macam ?" soal Zahin.
"Boleh juga tu Zahin. Sekijap ye, saya nak inform pekerja dulu. Untuk berita gembira." kata Anya. Becky hanya tersenyum melihat Anya terus mengumpulkan pekerjanya. "Berita gembira tentang apa tu Becky?" soal Zahin.
"Cuba dengar.." kata Becky.
"Baik, rasanya ni kali kedua kan saya asyik tangguh je. Okay, it's has been decide by me.. Next week kita akan bercuti ke Bali.." kata Anya dengan excitednya. "Yes.. Yay!" jerit perkerjanya. "Jangan risau pasal bayaran, saya belanja tiket kapal, hotel, dan juga duit belanja. Pastikan passport korang hidup ye." kata Anya.
"Terima kasih Cik Bos." kata semua pekerjanya. "Sama-sama. Dah, pergi balik semua. Hari ni kita tutup awal." kata Anya. Anya menuju ke tempat Zahin dan Becky.
"Next week kan? Rasanya, I ada urusan juga dekat Indonesia. Mungkin boleh lah kut lepas tu, I join korang dekat Bali.." kata Zahin. "What? Untuk?" soal Anya. "Well.. kita kan dah berkawan. Tak salah kan?" soal Zahin. Becky terus membalas, "okay je Zahin. Kita alu-alukan. Jumpa dekat Bali. Pastikan passport hidup. Hehehhe." kata Becky mengejek Anya.
"Cubit kang!" kata Anya. "So, girls. Jom, kalau tak nak makan, minum pun jadilah. Saya belanja." senyum Zahin. "Okay.. jom." kata Anya dan Becky.
***
"Macam mana Abang? Nak join tak?" soal Becky, ketika itu, Bahr sedang bertandang ke rumah Becky, dan mereka bermain PS5. "Sedangkan Sherry pun Abang cakap, Abang tengok dulu, ini kan pula korang. Asalkan korang jaga diri. Itu je." kata Bahr.
"Okaylah. Kalau macam tu." kata Becky. "Kalau nak duit, bagitahu.. " kata Bahr. "Takpe, Anya banyak duit." kata Bahr. Tersenyum Bahr apabila nama Anya diseru. "Ahh. ni Anya ada makan tak dekat butik tadi?" soal Bahr.
"Ada. Yang paling best, Zahin belanja." kata Becky. "Zahin? Zahin mana?" soal Bahr. Bahr masih fokus bermain permainan PS5, Becky sudah tersenyum.
"Alah Zahin, musuh sejati Abang dari zaman sekolah lagi." kata Becky. "What?? Dia buat apa dekat sana?" meninggi suara Bahr. Tergelak terus Becky. "Dia pergi ambil baju adik dia. Anyway, Zahin tu okay lah Abang. Baik sangat tau. Dia suka usik-usik Anya. Comel je tengok mereka berdua tadi." kata Becky, menambah perisa.
"Usik-usik?" membesar mata Bahr. Siapa yang berani mengusik Anya miliknya. "Hahahah, lawaklah Abang Bahr ni, ingat Anya tu Abang punya seorang ke? Biarlah Anya nak pilih dengan siapa lelaki yang dia nak keluar." kata Becky.
"No!" Tegas kata-kata Bahr, kelihatan merah wajahnya menahan rasa. "Okaylah, sorry.. Becky tipu je. Anya be Anya lah.. Anya layan Zahin macam Anya layan Abang lah. Jangan risau." kata Becky. "Kau tolong aku Becky, jagakan Anya untuk aku. Itu dah jadi kerja kau dari dulu lagi." kata Bahr.
"Uish.. masih berpegang pada janji nampaknya." kata Becky. "Sebab janji tulah hari di mana Anya mengorbankan nyawa dia untuk keluarga kita Becky. Kau tu walaupun sepupu aku, tapi.. aku dah anggap kau sebagai adik aku. Jadi, janji tu menyebabkan aku memang kena lindungi Anya. She take the bullet. Benda tu walaupun tiga tahun dah berlalu, masih sampai sekarang.. aku kagum dengan dia dan masih pegang dengan janji aku." kata Bahr.
"Yalah.. aku faham." kata Becky, terasa sebak. "Tulah sebab, aku nak sangat tengok dia gembira. Cukuplah tiga tahun tu, tiga tahun dia korbankan keselamatan dia untuk aku." kata Becky.
miss you, readers.. sihat ke? jangan lupa komen ye. Anyway, boleh juga baca novel Killa yang lain tau. Boleh juga jenguk-jenguk masih on going iaitu, What Dresscode For Today? so, apa macam chapter hari ni? jangan lupa komen tau... See you tomorrow for next chapter :)
Share this novel