49 - Pujuk

Romance Completed 45760

Dari atas balkoni apartmentnya, Haiqal Jason dapat melihat bangunan yang berdiri utuh di permukaan tanah. Warna dan corak yang pelbagai sudah tentu menarik perhatian. Namun, ada juga corak yang sudah pudar dan terhakis. Entah, baru kali ini tumpuan diberikan kepada benda-benda tersebut.

Dia mengeluh halus saat ruang minda diterpa oleh bayangan Putri Hanis. Dia rindu pada wanita itu. Sudah beberapa hari dia tidak melihat wajah wanita idamannya. Dia sering ke rumah Hanis, namun wanita itu enggan keluar bertemu dengan dirinya. Tadi, sekali lagi dia menjejakkan kaki ke kediaman wanita itu. Namun, kali ini wanita itu tidak berada di rumahnya.

Dia tidak dapat menghubungi Hanis lagi kerana wanita itu telah menyekat dirinya di semua laman sosial. Itu bermakna, wanita itu ingin menjauhkan diri. Semua ini tidak akan dibiarkan oleh Haiqal Jason. Sampai bila-bila, dia akan terus memujuk dan meraih kembali hati wanita pilihan hatinya. Cepat atau lambat, dia tetap akan menghalalkan wanita itu.

“Mana awak pergi ni, Hanis?” Gumamnya sebelum melepaskan nafas yang berat.

Jason kembali masuk ke dalam apartmentnya setelah lama berada di luar melayan perasaan. Sejak kebelakangan ini, dia asyik mengelamun. Masuk bekerja pun hanya di pagi hari. Selepas itu, dia balik semula.

Baru sahaja ingin melabuhkan punggung, terdengar bunyi pintu dari luar diketuk oleh seseorang. Terdetik pertanyaan tentang siapakah gerangan orang tersebut. Kaki dihayunkan melangkah menghampiri. Seketika, pintu itu sudah terbuka. Terjengul wajah Datin Jumira saat itu bersama senyuman manis terukir dibibir.

“Mama? Masuklah...” pelawa lelaki itu. Pintu di tutup semula selepas Datin Jumira melangkah masuk.

“Tiba-tiba je mama datang sini. Mimpi apa semalam?” Tanya Jason sedikit bergurau. Bukan apa, dalam sebulan, mungkin sekali dua saja batang hidung wanita itu muncul disitu. Terkadang sama sekali tidak pernah muncul.

“Tadi mama datang ke Cafe kamu, tapi Mariam kata kamu balik sebab sakit kepala. Tu yang mama datang sini. Risau kalau kamu pengsan ke apa...” jelas Datin Jumira dengan wajah separuh mencemaskan keadaan anak lelakinya itu.

“Tak ada apalah yang nak dirisaukan. Jason dah besar dah pun. Sakit kepala pun sebab kurang tidur aje. Yelah, banyak sangat kerja nak urus dekat Cafe tu. Lain lagi dekat kebun...” balas Jason tidak mahu syurganya itu susah hati.

“Dah makan ubat belum ni?”

“Sudah tadi. Janganlah risau sangat. Sakit kepala aje pun...”

“Baguslah kalau macam tu. Ni, mama nak tanya. Kamu dapat pujuk Hanis tak?” Soalan itu membuatkan Haiqal Jason terdiam sejenak. Lambat-lambat lelaki itu menggelengkan kepala.

“Kenapa pula tak dapat? Pujuklah sungguh-sungguh. Kata nak jadikan dia isteri kamu. Kenalah explain betul-betul. Karang orang lain ambil, putih mata kamu dibuatnya!” bebel Datin Jumira.

“Bukan masalah tak bersungguh-sungguh, ma. Tapi, tulah... Hanis langsung tak nak jumpa dengan Jason. Macam mana nak explain dekat dia? Whatsapp dan Instagram pun dah kena block. Macam mana ni, ma?” Dia mulai meluahkan perasaan yang terbuku di dalam hati.

Datin Jumira terdiam seketika. Laju otaknya memproses, mencari jalan penyelesaian masalah anaknya itu.

“Mama tahu. Atiqah kan ada. Kita boleh minta dia untuk pujuk Hanis agar mahu berjumpa dengan kamu. Tak pe, yang ni biar mama cakap sendiri dengan Atiqah,” katanya setelah beberapa minit berdiam diri.

“Kalau dia tak nak juga, macam mana?” tanya Jason lagi. Jelas nadanya pasrah dengan keadaan.

“Kita tukar pergi plan B...” selamba Datin Jumira menjawab.

“Plan B?”

“Yes. Kalau Hanis tak mahu juga berjumpa dengan kamu, mama sendiri yang datang berjumpa dengan dia. Untuk sekarang, kita guna saja plan A tu dahulu...” Jason Terangguk-angguk mendengar jawapan dari Datin Jumira.

“Jangan difikir sangat pasal benda ni. Mama yakin, Hanis pasti kembali kepada kamu. Cuma sekarang dia mungkin kecewa. Mama minta maaf. Disebabkan sikap mama yang terburu-buru, kamu dengan Hanis jadi macam ni...” ujar Datin Jumira, disirami dengan rasa bersalahnya.

“Kan dah cakap, Jason dah maafkan mama. Mungkin inilah cabaran Jason dan Hanis sebelum boleh bersatu,” kata lelaki itu sambil tersenyum. Biasalah, manusia tidak akan terhindar daripada menghadapi ujian dan cabaran hidup. Ada suka dan duka. Begitulah kehidupan.

Motosikal yang ditunggang oleh Hanis mula terasa seperti susah untuk dikawal pada ketika itu. Dia memutuskan berhenti ditepi jalan untuk memeriksa keadaan motosikalnya itu. Tepat tekaannya. Tayar motosikal itu pancit. Entah benda tajam mana pula yang di langgar tanpa disedari. Duri atau paku, barangkali?

Dia mengeluh sedikit kasar. Masa itu juga pacuan dua rodanya berpenyakit. Jalan balik ke kediaman mengambil masa lebih kurang sejam lebih. Disekitarnya pula hanya ada jalan raya yang panjang dan sedikit sepi. Beberapa biji kereta saja yang lalu di situ. Ha, Atiqah! Telefon miliknya dikeluarkan lalu mencari nama wanita itu.

Beberapa saat, panggilan telah tersambung.

“Ya, Hanis? Kenapa tu?” soal sahabatnya dihujung talian.

“Atiqah, kau busy ke? Aku nak minta tolong sikit boleh?”

“Boleh, aku tak busy pun. Kau nak aku tolong apa? Kau okay tak ni? Nak aku datang rumah engkau?” bertubi-tubi soalan dikeluarkan oleh Atiqah.

“Aku bukan dekat rumah. Aku dekat Kuala Selangor nak balik ke rumah, tapi motor ni buat hal. Dahlah dekat kawasan pokok kelapa sawit...”

“Ya Allah... Kau buat apa dekat sana?” kedengaran nada suara wanita itu mula cemas pada Putri Hanis.

“Aku dari ziarah kubur ayah dan ibu. Lepas tu, aku jalan-jalan nak ambil angin area sini. Aku bosan duduk rumah. Mana tahu jalan-jalan macam ni boleh dapat kerja... Boleh tak datang ambil aku? Seramlah...” Bala Hanis. Ini kali pertama dirinya menghadapi situasi seperti itu.

“Tulah engkau. Lain kali, ajaklah aku sekali. Ni pergi seorang diri. Kalau jadi apa-apa dekat kau, macam mana?” bebel Atiqah panjang lebar. Sakit telinga Hanis mendengarnya.

“Sambung bebel nanti, boleh tak? Cepatlah datang sini. Hari pun dah nak gelap ni. Lagipun, cuaca mendung, macam nak hujan je...”

“Yelah. Tunggu tau! Jangan pergi mana-mana. Kalau ada stranger nak tumpangkan, jangan setuju faham? Share location cepat,” tegas nadanya saat itu.

Hanis tersengih dihujung talian. “Okay. Hati-hati. Jangan pandu laju sangat. Sampai jumpa,”

Panggilan terus dimatikan. Saat itu juga, Hanis segera menghantar lokasi kepada sahabatnya itu. Kemudian, dia kembali menatap tayar motosikal yang pancit itu. Tak pasal-pasal dia menyusahkan sahabatnya pula. Nasiblah Atiqah sudi membantu. Keadaan sekeliling dipandang. Semakin gelap ditambah pula dengan cuaca mendung saat ini. Harap Atiqah sampai terlebih dahulu sebelum air hujan menyirami permukaan bumi.

Lebih kurang 20 minit menunggu, sebuah kereta berhenti beberapa meter dihadapan motorsikal ditepi jalan itu. Apa yang pasti itu bukan kereta milik sahabatnya. Jika di lihat-lihat, kereta itu milik... Haiqal Jason!

Tepat tekaannya. Dia buat apa pula dekat sini?

Mata tidak terlepas daripada memandang lelaki itu, yang sedang menuju ke arahnya saat ini. Seiringan dengan itu, setitis demi setitis air hujan mula jatuh menyentuh permukaan kulitnya. Lelaki itu sudah berhenti dihadapan dan memandang ke arahnya. Jarak antara mereka hanya beberapa inci sahaja.

Debaran jantung sangat kuat dirasakan oleh Hanis saat ini. Baru lagi dia bersemuka dengan lelaki tersebut setelah beberapa dia cuba mengelak.

“Jom,” Suara lelaki itu mula kedengaran. Malangnya, Hanis enggan bergerak dari tempatnya saat itu. Jason yang sudah berbalik badan, menoleh kembali ke arah wanita itu.

“Maaf, saya tengah tunggu Atiqah. Bukan awak,” ujar Hanis acuh tak acuh.

“Atiqah tak dapat datang. Kereta dia pun buat hal. Jadi, dia minta saya jemput awak. Kebetulan sangat saya berada di area sini. Jom, saya hantar awak balik...” jelas lelaki itu sungguh-sungguh.

Hanis hanya berdiam diri tidak menjawab. Namun, beberapa saat dia menerima satu pesanan daripada Atiqah yang menyatakan bahawa wanita itu tidak dapat datang disebabkan oleh kenderaannya juga bermasalah.

'Hanis, Jason akan datang ambil kau dekat sana. Kereta aku tak boleh hidup. Jadi, aku minta Jason yang ambil kau. Tunggu dia tau. Jangan ke mana-mana. Jangan ikut sembarangan orang, okay?' - Atiqah

“Betulkan apa saya cakap? Jom. Motor ni nanti ada kawan saya akan uruskan. Dia dalam perjalanan sekarang ni,”

“Tak pelah, saya tak mahu susahkan awak. Saya tumpang sesiapa jelah nanti. Awak baliklah,” Hanis masih berkeras tidak mahu ikut dengan Haiqal Jason.

“Boleh tak awak jangan bersikap keras kepala macam ni? Sekarang, awak masuk dalam kereta sebelum hujan ni semakin lebat. Keadaan pun semakin gelap, tak baik awak berdiri tepi jalan macam ni...”

“Biarlah hujan lebat ke, badai ke, saya tak kisah. Saya tetap tak nak ikut awak, faham?!” tegasnya. Dirinya masih lagi dikuasai oleh ego yang tinggi. Beristighfar Jason dibuatnya.

“Masuk dalam kereta, sekarang...”

“Tak nak,”

Sikap Hanis yang keras kepala itu serba sedikit mengikis kesabaran seorang Haiqal Jason. Tubuh wanita itu langsung dicepung menghampiri keretanya. Menjerit wanita itu meminta diturunkan. Dada Jason dipukul sedikit kasar, namun tidak dipeduli. Tepat di hadapan pintu kereta, barulah Hanis diturunkan lalu pintu itu dibuka.

“Masuk!”

“Saya kata tak nak, tak naklah! Janganlah memaksa!”

“Saya kata masuk, masuk. Please, princess. Saya merayu...” Lembut suara Jason menusuk lubuk hatinya. Lama air muka lelaki itu ditenung sebelum akur masuk ke dalam perut kereta.

“Good girl,”

Sepanjang perjalanan sehinggalah sampai di tempat tujuan, keadaan di dalam kereta hanya ditemani oleh kebungkaman sahaja. Sesekali, Jason membuka cerita namun Hanis sering kali mematikan cerita tersebut.

“Terima kasih sebab tolong saya. Ini kali terakhir saya susahkan awak, saya janji.”

“Hanis, kejap. Pinjam masa sekejap, ada perkara saya nak cakap dengan awak, boleh?” Pintu yang baru dibuka oleh Hanis, ditutup semula.

“Atiqah ada bagitahu pasal saya dengan Haifah?” soal lelaki itu tanpa membuang masa yang ada.

“Tak, saya tak mahu tahu pun pasal benda tak penting. Ada apa-apa lagi? Kalau tak saya minta diri dulu...”

“Saya dah putuskan pertunangan tu dengan Haifah...” Hasrat Hanis ingin keluar dari kereta itu terbantut sekali lagi. Laju wajah lelaki itu dipandang.

“Saya cuma nak awak, Hanis. Please, bagi saya peluang kedua. Saya tahu salah saya sebab tak bagitahu awal pasal benda tu...” tambahnya lagi.

“Kenapa awak buat macam ni, Jason?”

“Sebab saya sayang awak. Saya tak mahu kehilangan awak dari hidup saya,”

“Please, Jason... Haifah macam mana? Tak kan awak bahagia sementara Haifah terseksa?”

“Listen to me, princess. Haifah pun sudah bersetuju dengan keputusan ni. Benda ni dah sattle dua hari lepas. Sebab tu, saya selalu datang sini nak jumpa awak, tapi...”

“Tapi, saya dah tawar hati dengan awak...” terpacul ayat itu dimulut Putri Hanis. Terkesima Haiqal Jason dikala itu. Dia menggeleng perlahan. Tidak percaya dengan kata-kata wanita disebelahnya itu.

“Tak...Tak. Awak tak boleh tawar hati. Hanis, jangan macam ni. Please....jangan buat saya macam ni...” tangan Hanis ditarik lembut lalu digenggam, kemudian dikucup oleh lelaki itu. Lama. Sangat lama. Sehingga ada sesuatu yang menyedarkan Hanis.

“Awak? Awak menangis ke?” Dia terasa air mata mula terkena belakang tangan Hanis yang berada dipipi lelaki itu saat ini. Jason melepaskan tangan wanita itu lalu membuang pandangan ke luar tingkap, tanpa menjawab pertanyaan wanita itu.

Meledak terus tawa Hanis saat itu. Dia hanya bergurau saja, mahu menguji lelaki itu. Tidak sangka pula, lelaki itu sampai mengeluarkan air mata jantan. Aduh...

“Awak?”

“Hmm..”

“Saya minta maaf. Saya gurau je tadi. Saya betul-betul minta maaf. Mana ada saya tawar hati. Saya cuma nak awak pujuk saya sungguh-sungguh...”

“Sebelum ni saya tak bersungguh-sungguh lah, macam tu?” garau suaranya kedengaran.

“Mana ada. Maaflah, saya tahu saya ego. Janganlah menangis. Nak tengok muka sikit, mesti comel...”

“Bagitahu saya yang awak tak tawar hati....please,”

“Tak, saya bergurau saja. Tapi, betul kan Haifah ikhlas lepaskan awak? Taknaklah dia datang serang saya macam hari tu lagi...” Tanya Hanis ingin kepastian.

“Sumpah, mama sendiri dengar dia cakap macam tu,” kata lelaki itu.

“Baiklah... so, dah tak ada apa-apa kan? Saya nak naik masuk rumah sekarang. Kita jumpa di pelaminan nanti... eee buruklah muka menangis...bye,” sempat lagi Hanis mengutuk kekasih hatinya itu. Jason hanya tersengih mendengar. Buruk macam ni pun sebab awak juga, Hanis. Ish!

*****

Happy reading semua <33

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience