BAB 8

Drama Completed 44039

Sedang leka Iskandar ketawa,Irwan dan Irdina pun menolak Iskandar dari belakang dan itu membuatkan Iskandar hampir terjatuh.Namun sempat Nabilla menarik baju Iskandar daripada terhempap di atas tanah itu.

"APA NI?!"

"SAPA LEMAH?!"tanya Nabilla,sambil menggoyang-goyangkan badan Iskandar.Iskandar mula cuak.Dia melihat Irwan dan Irdina menaburkan paku tekan di atas tanah tersebut.

"Apa hangpa buat ni?!"rayu Iskandar.

"Sapa yang lemah paksu?"

"Aku..Aku..Aku lemah.."kata Iskandar.Nabilla tersenyum sinis.

"KUAT SIKIT!BIAR SATU DUNIA DENGAR!"

"AKU LEMAH!!"

Cepat Nabilla menarik Iskandar dan akhirnya Iskandar dapat berdiri dengan tegak dan selamat."Hangpa semua tak baik.Tangan aku kena balut pun hangpa buat macam ni kat eh?"

"Paksu mula dulu,"kata Nabilla sambil bertepuk tangan dengan Irwan dan Irdina.Mereka pun masuk ke dalam rumah bersama-sama.Iskandar seperti tidak percaya.Dia melihat Nek Ma,Bariah dan Fina yang sedang merenungnya.

"Mama.."

"You deserve it Iskandar,"kata Nek Ma dan mereka pun masuk ke dalam rumah.Meninggalkan Iskandar di hadapan rumah.Iskandar menunduk.Perlahan-lahan dia mengukirkan senyuman.Terasa girang di dalam hatinya.Mana taknya,dia bermain,bertentang mata,bercakap dan bergaduh lebih lama daripada sebelumnya dengan Nabilla.Perlahan-lahan senyuman Nabilla terukir di dalam ingatannya.

"Paksu?"suara itu.Suara yang dia dambakan selama ini.Iskandar pun memalingkan wajahnya ke arah belakang.Dapatlah dia melihat Nabilla yang sedang membawa dua cawan air.

"Paksu mesti penat.Nak minum air?"

"Kalau dengan hang,aku mau,"Nabilla tersenyum."Werk,"kata Nabilla,memberikan secawan air tersebut kepada Iskandar.Mereka pun duduk di atas tanah berumput itu.

"Terima kasih.Aku rasa gembira sangat,"kata Iskandar.Nabilla tersenyum.Cuba dia mengawal senyumannya.

"Haiwat pulak?"

"Kehadiran hang,bayangan hang,suara hang,senyuman hang,mata hang memang cukup untuk buat aku gembira,"

"Gilalah paksu ni,"

"Ha'ah,gila dengan hang,"Nabilla memandang Iskandar yang dari tadi memandangnya.

"Paksu ni okay ke tak?"

"Tak.Fikiran aku serabut.Aku dah kahwin tapi otak aku asyik ingat hang ja.Aku dah kahwin tapi hati aku asyik sebut nama hang ja.Hang rasa benda tu normal ke tak?"

Nabilla memandang Iskandar yang semakin lama semakin dekat dengannya.

"Kak bell,teman Irdina tidur boleh?"panggil Irdina secara tiba-tiba namun mata mereka masih bersua.

"Aku cintakan hang Nabilla,"bisik Iskandar,dekat di telinga Nabilla.Dia pun berdiri,meninggalkan Nabilla yang tergamam.

"Nanti kak bell datang.Jom teman paksu,basuh kaki dulu,"kata Iskandar,mengajak Irdina mengikutinya.Nabilla memandang ke arah Iskandar yang semakin menjauh.Betulkah apa yang dia dengar?

(esok paginya)

Masing-masing sibuk dengan hal.Ada yang bergurau senda,ada pula yang bergaduh."Paksu,hang ambik selimut kak bell kan?!"jerit Nabilla,dari tingkat atas.Iskandar yang dengan selamba mencuci motornya menggunakan selimut Nabilla berwarna kelabu itu tersenyum.

Dapat dia melihat bayangan Nabilla menghampirinya dengan pandangan tajam."Haiwat?Hang nak buat apa kalini?Tepuk kepala?Menjerit satu dunia?Tolak aku?Baling bola atas kepala aku?"tepat bola keranjang itu mengenai kepala Iskandar.Balingan yang dibuat oleh Nabilla memang tak pernah salah alamat.

"Apa yang paksu tak puas hati sangat ha?!"

"Hang!Aku tak puas hati dengan hang!Semua tentang hang aku tak suka!"

"Apa ingat kak bell pun suka sangat ka dengan paksu?!"

"Apa yang kecoh sangat ni?!"kata Nek Ma,mendengar jeritan Iskandar dan Nabilla dari jauh lagi."Paksu ni Nek Ma!"

"Dia yang mula dulu!"

"Sudah sudah.."Tiba-tiba,bunyi kereta mengehon memecahkan kebisingan rumah tersebut.Dapat mereka melihat terdapat 3 buah kereta yang berwarna putih berada kemas di hadapan rumah Nek Ma.

"Sapa tu?"tanya Nek Ma.

"Tak tau.."balas Nabilla.

"Assalammualaikum,"kata seorang lelaki yang kemas berpakaian baju melayu hijau.Terpesona pula mereka yang ada di rumah.

"Waalaikummussalam,"balas Nek Ma.

"Saya nak jumpa Nabilla,"kata lelaki itu.Membulat mata Nabilla apabila mendengar perkara itu.Ha sudah,aku buat apa?

"Thaqif?"Nabilla mengerutkan dahinya.Lelaki tersebut tersenyum sinis.

"Saya Thaqif.Boleh saya masuk?"Nabilla memandang ke arah keluarganya.Dia pun membuka pintu pagar itu dan serbulah satu persatu jejaka dengan dulang di tangan.

"Izinkan saya memperkenalkan diri.Nama saya Thaqif,lelaki kenalan Nabilla sewaktu kami berusia 16 tahun yang lalu,"kata Thaqif,selepas mereka sudah berada di ruang tamu.

"Apa hajat datang ke sini?"tanya Nek Ma.Thaqif tersenyum dan menunduk.

"Hajat saya datang ke sini,ingin memetik bunga di taman,untuk menemani hati yang sunyi,"katanya tersipu malu.Nabilla membulatkan matanya.Tangannya dicuit oleh Fina.Fina pula tersenyum malu.

"Saya ingin menjadi suami kepada Nabilla,"Nabilla meneguk air liurnya.Adakah apa yang paling dia takuti bakal tiba?

Iskandar yang dari tadi bersandar di dinding hanya mendiamkan diri.Dia berdoa tetapi dia tahu bahawa doanya tidak mungkin akan diterima.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience