1

Family Completed 17149

"Kenapa jadi macamni Jah?".

"Mana saya tahu abang. Sampai hati mereka buat anak kita seperti tiada harga diri".

"Mana nak letak muka ni. Semua tetamu sudah datang. Takkan nak batalkan?", soal lelaki tua itu ke isterinya.

"Apa?. Abang jangan salahkan saya pula. Jahat-jahat saya tidaklah tergamak nak malukan diri sendiri. Fitri, apa bala bawa sampai Mus lari ni?".

"Astagfirullah".

"Malu saya tau, malu....", rungut mak Jah mundar-mandir depan Fitri.

Fitri terdiam memandang mak tirinya yang sedang panik dan menggelabah selepas mendapat panggilan telefon dari keluarga lelaki. Mak Jah pada awalnya punyalah gembira anak tirinya akan berkahwin dan segala tanggungjawab dia menjaga Fitri selesai sebaik Fitri berkahwin dengan lelaki pilihannya itu. Semuanya musnah dalam sekelip mata apabila Mus lari.

“Kita terus terang je nikah hari ni batal”, balas Fitri melihat di luar tingkap tetamu jemputan di perkarangan rumahnya.

"Mus, kau sengaja buat semua ni nak malukan aku", keluh hati kecilnya terasa di permainkan oleh Mus dan mak tirinya sendiri.

Mereka tidak sedar dimana Aidil yang baru melintasi bilik pengantin perempuan, terdengar perbualan itu dari awal. Entah kenapa dia terasa ingin tahu apa yang berlaku di dalam. Telinganya di rapatkan ke pintu bilik untuk mendengar dengan lebih jelas.

"Ini semua salah awak Jah, jika awak tak beria nak nikahkan si Mus tu dengan Fitri hal ni takkan jadi", marah lelaki lingkungan usia pertengahan 50an.

"Saya pula yang salah, Mus lamar Fitri bukan dengan saya sorang, awak pun ada kan. Mana la saya tahu anak Lili tu sanggup buat anak kita macamni", sambil mundar mandir menggaru kepala terasa kusut di persalahkan.

"Habis ni sekarang apa kita nak buat, Lili sendiri pun tak call awak ke?".

"Tak, si Som kata dia malu dengan kita sebab anaknya lari lepas sarapan. Katanya nak keluar kejap, tapi sampai sekarang tak balik balik".

Fitri terdiam memandang kedua orang tuanya tanpa kata. Jquh di lubuk hatinya terasa Mus seperti sengaja ingin memalukan dia dan keluarganya kerana pernah melamar Fitri satu ketika dulu dan Fitri menolak mentah-mentah di depan rakan-rakan Mus. Kali ini Mus menggunakan makcik Som melamarnya ketika dirinya di kampus dan dia sendiri tidak tahu yang ibu bapanya terima pinangan dari Mus.

Fitri bangun, melangkah ke pintu untuk keluar memberitahu semua yang ada di luar majlis ini di batalkan. Ketika pintu bilik di buka Fitri terkejut Aidil berdiri di depan pintu.

"Aidil?".

"Fitri".

Mak Jah menghampiri anaknya dan memandang Aidil yang terpacak di depan pintu bilik pengantin. Di tenung lelaki itu dari hujung rambut hingga hujung kaki dambil mengukir senyuman yang tersurat.

“Maafkan aku Fitri. Aku terdengar semuanya tadi".

"Huh, malunya saya dengan Aidil".

"Makcik, Pakcik maafkan saya. Izinkan saya bernikah dengan Fitri sebagai ganti".

Aidil menghabiskan ayatnya dan memandang muka Fitri yang sangat cantik dan ayu berpakaian baju pengantin ketika ini menambahkan lagi terasa teruja melihat kecantikan Fitri dan ingin memiliki Fitri.

"Apa ni Aidil, ni bukan drama tau tak boleh ganti-ganti?",soal Fitri sedikit terkejut bila mendengar kata-kata rakannya itu.

"Yea betul tu nak, kamu jangan main-main. Ini benda besar", balas ayah Fitri berdiri di belakang anak perempuannya.

"Maaf pakcik, makcik. Saya betul-betul sudah buat keputusan yang saya akan gantikan bakal suami Fitri. InsyaAllah saya akan tunaikan tangggungjawab saya selepas saya terima Fitri dengan akad yang sah".

Aidil sendiri keliru kenapa dia begitu berani melafaskan semua kata-kata itu di depan Fitri dan kedua ibu bapanya. Dia seperti di pukau dan dalam masa sama dia tidak mahu Fitri di sakiti dan dimalukan di majlis ini.

"Hah, eloklah tu sudah ada yang nak ganti Mus", balas mak Jah.

"Issyhh kau ni Jah. Fitri apa pendapat kamu nak?", soal ayahnya melihat Fitri membatu di situ.

"Hah, saya?", sedikit terkejut bila ayahnya menepuk bahunya.

"Setuju je la Fitri, lagipun dia kan kawan Fitri. Rasa tak serasi cerai je kemudian", desak Mak Jah.

"Apa merepek Jah?".

"Betul la kan, bukan orang kampung tahu pun".

Fitri menggelengkan kepala tidak setuju dengan cadangan mak Jah.

"Mak Jah, ayah.. izinkan saya berbual dengan Aidil sebentar sebelum saya bagi jawapan dan kata putus".

Ayah dan Mak Jah pandang sesama mereka dan kemudian mengangguk. Mereka keluar dan menunggu di pintu manakala Aidil dan Fitri di dalam berdiri bertentangan tanpa sepatah kata. Hanya mata bertentangan mata untuk beberapa saat bersoal jawab.

"Sebab?", soal Fitri.

"Sebab kau pun tahu aku memang sukakan kau dari dulu. Cuma kau je yang mengelak. Kau juga kata dulu bila dah tiada orang nak nikah dengan kau baru kau terima aku. Kau lupa?".

"Apa Aidil nak jawab dengan keluarga nanti?".

"Pandailah aku uruskan, yang penting sekarang kau dan keluarga kau tak menanggung malu. Kita nikah".

"Aidil?".

"Fitri aku pastikan takkan apa-apakan kau sampai kita habis study".

"Janji?".

"Janji. Lagipun aku taknak kau hilang fokus belajar. Nak buat agreement pun aku sanggup".

Terasa dirinya hero yang sedang menyelamatkan kekasih hati pula bila menjawab soalan Fitri dengan yakin.

Fitri diam sejenak dan cuba menapis kata-kata Aidil tadi. Sebaik mereka mendapat kata putus, majlis akhirnya di teruskan dan Aidil menjadi pengantin lelaki hari itu serta ramai orang kampung dan tetamu terkejut kerana pengantin lelaki bertukar ketika akad nikah. Rakan-rakan rapat Fitri yang hadir di majlis itu juga turut terkejut bila melihat Aidil yang duduk di hadapan tok kadi. Mereka masing-masing tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya hinggakan Fitri dan Aidil di nikahkan.

............

Malam semakin lewat, selesai berbual dengan kedua ibu bapa Fitri, Aidil masuk ke bilik Fitri dengan memberi salam terlebih dahulu. Dia terpandang Fitri duduk termenung membelek cincin di jarinya. Jauh di sudut hati gembira rasanya Fitri sudah menjadi miliknya.

"Fitri, aku terima kau dengan akad yang sah. Aku tahu kau pasti tak dapat terima semua ni".

Fitri yang sudah selesai mandi dan masih bertuala di kepalanya menoleh ke arah rakan karib yang kini sudah bergelar suaminya.

"Salah Aidil. Fitri bukan tidak dapat terima semua ni. Fitri cuma fikirkan bagaimana kita nak teruskan kehidupan kita seterusnya?".

Aidil berdiri di depan Fitri, dengan perlahan dia memegang kedua tangan Fitri erat. Sempat dia memegang cincin di jari Fitri di belek. Muka Fitri di tenung lebih terperinci menyebabkan Fitri malu di perlakukan begitu.

"Hei, Fitri. Tenang, kan tadi siang aku suruh kau buat perjanjian. Malam ni kau senaraikan sebanyak mana yang kau nak. Aku juga akan buat yang sama ".

"Betul ni?".

"Betul la, tapi kau taknak aku lagi tak kisah".

Fitri mengganguk dan terus bangun mencapai kertas dan pen di laci.

"Apa-apa je?".

"Yea apa-apa je".

Aidil melihat Fitri menulis laju di atas kertas putih itu. Dia beralih menuju ke beg pakaiannya tidak mengendahkan Fitri berbaju pajamas cotton. Baru sahaja baju di tarik keluar Fitri berdiri di depannya dan meletakkan kertas di depan mukanya dengan jarak dekat. Dia terus merentap kasar dari tangan Fitri sengaja.

"Mak ai kau, banyak betul?".

"La tadi kata bole je apa-apa".

Mulut Aidil kumat-kamit membaca tulisan Fitri di kertas itu. Sesekali membuatkan Aidil tersedak dan tersengih sendirian. Fitri diam tanpa suara menanti. Dia hanya melihat raut wajah Aidil berubah sesekali.

"Baiklah aku terima, bak sini pen aku senaraikan list aku pula", tangan di tadah menanti pen dihulur dari Fitri.

"Jangan bising yea. Sikit pun".

Sebaik Fitri menghulurkan pen, Aidil menulis sambil tersenyum sinis. Fitri berkerut dahi merenung Aidil. Sebaik selesai Aidil menghulurkan kertas ke muka Fitri.

"Kau sign, simpan ni demi keamanan negara. Aku dah sign kat situ".

Fitri melihat kertas itu dan menoleh ke arah Aidil. Matanya di kecilkan dan terus menepuk beg Aidil dengan sengaja tanda tidak setuju.

"Betul la, kau tulis aku tak bantah pun. Kan tadi aku suruh diam. Sudahlah aku nak mandi. Malas layan kau".

Sebaik keluar dari bilik, Aidil tersenyum sinis. Senyuman seorang lelaki yang berjaya memerangkap Fitri dengan kemas sekemasnya. Mujurlah dia bijak menyuruh Fitri menulis dahulu. Mak Jah yang berada di dapur memandang kelakuan Aidil yang sedang menuju bilik air.

"Budak ni nampak berada. Senanglah hidup Fitri nanti dan aku pun boleh tumpang senang sikit. Lama dah tak merasa kuning-kuning ni. Nak harapkan laki aku memanjang je nantinya. Terpaksalah aku pura-pura kan".

"Rupa pun ada, elok sangatlah jadi menantu tiri. Aku kena layan mereka baik-baik demi kepentingan bersama".

Mak Jah mula merancang sesuatu malam itu sambil beredar baru selesai makan ubat malam.

Keesokan pagi, Fitri menolong mak Jah di dapur membuat sarapan pagi. Matanya menoleh ke arah jam di dinding dapur menunjukkan sudah 8.30pagi. Dia terus melangkah ke bilik melihat sama ada Aidil sudah bangun atau belum dari lenanya. Bantal di kepala Aidil di tarik perlahan. Sengaja dia perlakuan lelaki itu agar bangun. Namun Aidil sekadar berpusing beralih.

"Aidil, bangun. Nanti mak Jah bising. Aidil lambat keluar bilik", mengoncang tubuh Aidil yang masih berlingkar di atas katil.

"Eloklah, kita kan baru kawin", balasnya maaih menutup mata rapat.

"Aidil, jangan main-main boleh?. Kita bukan buat apa pun malam tadi".

Aidil menarik nafas panjang, bau bilik Fitri membuatkan imannya di pagi hari terasa ghairah.

"Bagi aku 5minit".

Fitri terus menarik selimut yang membaluti tubuh lelaki itu. Tergamam seketika bila melihat tubuh Aidil tidak berbaju. Selimut yang di rentap di lepaskan, terus beralih menuju ke tingkap membuka langsir elak dari melihat Aidil yang tidak berbaju tiba-tiba. Adil hanya diam ketika melihat Fitri di tingkap terus duduk di atas katil sambil mengeliat dengan sengaja suaranya di kuatkan. Entah kenapa, perasaan Aidil pagi ini lain bila melihat Fitri.

"Cepat siap", menghulurkan tuala ke Aidil.

Aidil terus bangun berdiri di depan Fitri tanpa menghiraukan tuala yang dihulurkan.

"Kenapa pandang arah lain. Buruk benar badan aku sampai kau taknak pandang. Ada kudis ke kurap ke?", mengusik Fitri.

Fitri diam namun Aidil sengaja menolaknya dengan menggunakan badannya ke arah Fitri menyebabkan isterinya berundur ke belakang mengelak.

"Fitri, Aidil. Buat apa lagi tu lama-lama dalam bilik. Dah cepat keluar sarapan. Tak payah nak main dalam bilik tu", jerit mak Jah.

"Amboi Jah", balas suaminya yang sedang makan bersamanya.

Kedua-duanya ketawa di dalam bilik serta pandang sesama mereka.

"Main apa?".

"Entah, Cepatlah sebelum nada mak Jah bertukar", balas Fitri terus keluar dari bilik sebaik tuala di sangkut ke bahu Aidil.

Aidil berjalan di belakang Fitri terus menuju ke bilik air sementara Fitri menghampiri meja makan.

"Amboi Aidil, lambat sungguh bangun. Tahu la baru nikah", mengusik menantunya.

"Mak, ayah. Maaf penat sangat", menggosok kepala terus laju melangkah masuk bilik air.

Fitri tersipu-sipu malu duduk di meja bersama mak dah ayahnya. Baru sahaja dia menarik pinggan, mereka di kejutkan jeritan dari Aidil yang berada di bilik air.

"Aidil, kenapa tu?", jerit ayah menoleh ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat.

"Hah, tiada apa ayah, air ni sejuk", jeritnya.

Fitri, mak Jah dan ayah terdiam dan pandang sesama mereka dan di akhiri dengan ketawa tiga beranak. Mereka terasa kelakar bila Aidil menjerit hanya kerana air itu sejuk.

"Yelah, lupa menantu baru awak tu budak bandar. Tak pernah duduk kampung", rungut ayah sambil menggelengkan kepala terasa terhibur.

"Suami Fitri tu", balas mak Jah.

Fitri senyum tanpa kata.Jauh di sudut hati sudah mencarut, membebel geram dengan Aidil buat kecoh pagi-pagi. Suasana di rumah itu berubah sebaik Aidil muncul di dalam keluarga Fitri. Banyak benda yang Aidil tidak biasa membuatkan mak Jah mengambil kesempatan memarahinya.

Suasana berbeza pula yang berlaku di rumah besar di bandar. Puan Ros pagi-pagi sudah merungut di meja makan bila dia tidak dapat hubungi anak bujangnya.

"Papa, Aidil tak bagitahu ke dia kemana?".

"Ada, pergi holiday dengan kawan-kawan. Kenapa risau sangat, Aidil tu dah besar panjang, pandailah dia jaga diri".

"Dia dah besarlah kena jaga. Papa tahu tidak saham dia masa ni la mahal. Semua tergila-gila dengan dia".

"Isyh àwak ni, ingat anak awak tu barang ke. Sudahlah malas nak layan awak. Dari layan awak baik layan pokok kat luar tu".

Lelaki itu bangun selepas selesai makan. Dia meninggalkan isterinya di meja makan sendirian menuju ke kawasan laman rumahnya.

"Apa yang Puan bising tu Tuan?", soal pekebun memandang ke arah lelaki di hadapannya.

"Biasalah dia, risau ke anak bujangnya. Takut sangat anak bujangnya hilang".

Tukang kebun itu tersenyum serta mengangguk faham sangat kerenah Tuan Puan di rumah ini. Walaupun dia hanya berkerja di hujung minggu uruskan kawasan laman rumah namun dia sudah masak dengan perangai orang di dalam rumah itu.

***

Setelah empat hari di kampung, mereka bersiap untuk pulang. Fitri lihat ayahnya sedang berbual rancak dengan Aidil di kereta. Langsung dia tidak mengendahkan mak Jah di depannya sedang menasihatinya.

"Fitri aku bercakap dengan kau ni?", mencubit pipi Fitri.

"Ah, apa dia mak Jah?".

"Kau ni kan, sibuk le pandang Aidil sampai aku bercakap tak dengar".

"Saya dengar mak Jah, jangan risau saya ingat nasihat mak Jah. Terima kasih bekal ni".

Selepas bersalaman dengan mak Jah Fitri terus mendapatkan ayahnya. Dia memeluk erat ayahnya sebelum pergi.

"Jaga diri Fitri, sekarang dah jadi isteri Aidil. Dengar cakap Aidil, ada masalah bincang".

"Baik ayah".

"Kami gerak dulu yea ayah. Mak Jah, Aidil dan Fitri balik dulu".

Dalam perjalanan pulang, Fitri memilih untuk diam dan tidur elak dari berbual dengan suaminya. Aidil lihat Fitri di sebelahnya kaku. Tangannya terus menekan butang suara radio agar lebih kuat dengan niat Fitri tidak dapat tidur lena.

"Amboi puteri raja ni. Aku dah kuatkan muzik ni pun dia matikan diri lagi".

"Kenapa la hidup jangan suka dengki orang, bagilah saya tidur Aidil", mengalah bila terasa bingit telinganya.

"Oh hidup lagi, ingat dah hanyut di sungai".

***

Sebaik kereta memasuki pagar rumah, Aidil dapat rasakan yang dia bakal dengar ceramah percuma dari mamanya kerana tidak menghubunginya sejak dia keluar dari rumah. Kasutnya di letakkan di depan pintu, berlari melangkah masuk mengikut pintu dapur, kebetulan mak Nik ada membantunya.

"Terima Kasih mak Nik", berbisik.

Aidil lihat Mak Nik tersenyum terus mengambil pinggan mencedok nasi dan lauk. Kemudian di gaul lauk serta di kecahkan nasi serta lauk di dalam pinggan itu sebelum letakkan di depan Aidil membuatkan Aidil tersenyum. Air di tuang separuh gelas untuk Aidil yang duduk di meja.

"Nik oh Nik.. kau nampak tak....?", terhenti sebaik melihat anaknya berada di dapur makan.

"Bila masa balik Aidil?".

"4tahun lepas mama, makan mak tapi dah nak habis".

"Makan-makan. Nanti sahajalah kita sembang Aidil lagipun mama nak keluar. Mama baru nak tanya kenapa tak balik lagi".

Puan Ros meninggalkan Aidil dan orang gajinya sambil merungut dan keliru bila masa anaknya pulang ke rumah tanpa dia sedar.

Selamat bersahur kepada semua reader dan salam ramadhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience