Fea terkejut dengan kedatangan Rey dan Drake.
Drake datang melawatnya di hospital? Adakah dunia sudah mahu kiamat?
"Papa" Fea memeluk erat tubuh Rey.
"Abang Drake pun datang. Terima kasih kerana sudi datang melawat Fea" ucap Fea dengan wajah yang gembira.
"Hmm" hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Drake sambil membuang pandang ke arah lain. Dia memandang ke segenap ruang bilik yang menempatkan adiknya. Adiknya tidak sepatutnya ditempatkan di ruangan ini. Adiknya sepatutnya ditempatkan di ruangan VVIP, bukan disini!
"Bagaimana dengan keadaan Fea?" tanya Rey kepada Taylor yang sentiasa menemani anaknya sejak semalam.
"Doktor cakap, kalau tak ada apa-apa masalah, hari ni Fea dah boleh balik." ujar Taylor.
"Siapa doktor yang rawat Fea?" soal Drake tiba-tiba.
Dahi Taylor berkerut. Kenapa tiba-tiba Drake bertanyakan soalan itu. Apa ada yang salah dari pertuturannya tadi? Adakah Fea masih perlu dirawat disini buat beberapa hari lagi?
"Doktor Sofia" jawab Fea. Dia tidak tahu menahu apa tujuan Drake bertanyakan hal itu. Mungkin sekadar mahu memastikan tahap kesihatannya.
Drake berjalan keluar.
"Sudahlah. Biarkan dia" ujar Rey cuba tenangkan Fea.
Drake sudah duduk dihadapan Doktor Sofia.
"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Doktor Sofia kepada Drake. Wajah tampan dan penampilan Drake menjadi perhatian Doktor Sofia. Lelaki ini bukan dikalangan orang-orang biasa, fikirnya.
Seperti yang dia sedia maklum tadi, Drake sudah kenalkan dirinya sebagai abang kepada Fea.
"Boleh saya tahu, kenapa adik saya dirawat disini? Dia sakit apa sebenarnya?" dia tidak mahu buang masa. Dia juga tahu bagaimana tugas seorang doktor. Tentu masanya juga terhad. Jadi, semuanya harus pantas. Dia tidak suka membazir waktu.
"Fea dimasukkan kesini kerana mengalami dihidrasi yang tinggi. Saya tak sangka dia sangat kuat. Dia berjaya bertarung dengan maut. Keinginan untuk hidupnya sangat tinggi. Awalnya, saya menjangka dia sudah tidak punya harapan yang tinggi untuk hidup. Tekanan darahnya sangat rendah. Detak jantung dan pernafasannya laju. Ia menyebabkan badan Fea kekurangan oksigen dalam badan" Drake menggenggam erat tangannya sehingga berurat.
"Siapa yang bawa dia kesini untuk dapatkan rawatan?" Tanya Drake dengan wajah tenang.
"Suaminya."
Raut wajah Drake berubah saat Doktor Sofia mengatakan suami Fea yang membawa adiknya ke hospital.
"Suami?" tanya Drake hairan.
"Ya, suami. Katanya, Fea merajuk selepas mereka bertengkar lalu mengurungkan dirinya di dalam bilik. Langsung tidak mahu makan dan minum." cerita Doktor Sofia lagi.
"Doktor percaya dengan kata-kata lelaki tu?"
Doktor Sofia terdiam. Dia memandang Drake hairan.
Drake menegakkan duduknya. Kedua tangannya diangkat lalu diletakkan di atas meja.
"Untuk pengetahuan doktor, adik saya Fea atau nama sebenarnya Fea Greisy Reynard Ferguson, belum pernah berkahwin."
Doktor Sofia tergamam.
"Be, betul ke? Jadi, yang semalam tu?"
"Hah!" Doktor Sofia menganga.
"Saya betul-betul percaya dengan kata-katanya " Doktor Sofia menangkup mulutnya tidak percaya.
"Suami mana yang nak biarkan isterinya berkurung dalam bilik selama dua hari tanpa makan dan minum? Kecuali dia sebenarnya telah diculik" sekali lagi Doktor Sofia tergamam dengan kata-kata Drake.
Kenapa dia begitu mudah percaya dengan cerita lelaki itu? Tapi, dari penceritaannya itu, nampak nyata dan benar. Tak sangka, Doktor Sofia telah digula-gulakannya.
"Saya mahu Doktor beri kerjasama saat polis datang dan minta keterangan dari doktor." ujar Drake lantas bangun.
"Terima kasih diatas sedikit masa yang diberikan kepada saya. Dan terima kasih juga kerana menjawab soalan saya dengan jujur." Drake tersenyum seraya berlalu.
**
Fea dibenarkan pulang. Rey sudah menyewa sebuah penginapan buat mereka yang terletak di Hill View, Balbriggan.
"Papa sewa rumah ni?" tanya Fea sekadar mahu tahu. Jikalau untuknya sendiri, lebih baik dia menginap saja dihotel. Tapi, mungkin rumah ini lebih selesa untuk mereka berempat tinggal disini buat sementara.
"Ya. Memandangkan kita berempat, jadi sesuailah untuk kita kerana rumah ini juga memiliki 4 bilik tidur" ujar Rey.
Fea mengangguk sambil tersenyum.
"Papa dengan Abang Drake nak tinggal lama ke disini? Taylor?"
"Ermm.. papa mungkin tinggal beberapa hari disini. Abang kamu, papa tak tahulah"
Drake menoleh.
"Drake ada beberapa urusan yang harus diselesaikan. Setelah itu, Drake akan pulang ke New York." balas Drake sambil meninjau-nijau disekitar kawasan rumah.
Fea tersenyum. Dia perasan dengan perubahan Drake sejak datang melawatnya di hospital tadi. Drake tetap dengan sikap arrogant-nya, namun disebalik itu, Drake nampak begitu mengambil berat tentangnya.
"Papa akan pulang ke New York dalam beberapa hari lagi. Tapi, papa akan suruh Taylor stay disini, temankan Fea sehingga kerja disini selesai."
"Disini? Dalam rumah ni dengan Fea?" Drake yang sejak tadi sedang meninjau rumah sehingga ke kawasan belakang muncul dan mencelah.
"Ya. Kenapa?"
Drake nampak tidak puas hati. Dia berbalas pandang dengan Taylor.
"Papa percaya ke dengan dia?" Pertanyaan Drake benar-benar menguji kesabaran Taylor.
"Papa lebih percayakan Taylor dari percayakan kamu" bidas Rey dengan lagak tenang.
Taylor dan Fea menahan tawa dari meledak.
Drake memasang muka ketat bila dituduh begitu oleh papanya sendiri.
Drake perasan, adiknya dan Taylor sedang mentertawakannya.
"Ehem!" Drake berdehem. Wajahnya nampak was-was.
"Kalau begitu, Drake akan tinggal disini sekali sehingga kerja disini selesai" Tiga pasang mata memandang tepat kearah Drake.
Rey berjalan kearah dinding rumah lalu cuba menggoyangkannya.
"Hmm, masih kukuh. Tiada tanda-tanda rumah ini mahu runtuh" sindir Rey sekadar berseloroh. Fea, Taylor dan Rey berdekah ketawa.
***
Taylor dan Drake baru pulang dari membeli barang-barang dapur.
"Banyaknya barang." Fea datang sambil mengeluarkan barang-barang yang dibeli dari beg kertas lalu menyimpannya di dalam peti sejuk.
"Malam nanti kita bbq dekat belakang sana" suara Taylor.
"Betul ke ni?" Fea bertepuk gembira. Sudah lama mereka tidak bbq bersama.
"Ada apa-apa yang boleh Fea bantu?" tanya Fea yang sudah siap menyimpan semua barang di dalam peti sejuk.
"Tak perlu. Pergi berehat di dalam bilik" arah Drake dengan suara mendatar.
Fea memuncungkan bibir sebelum tersenyum.
"Yelah.." balas Fea dengan nada merajuk.
Dia memandang kearah Taylor yang baru siap mencuci buah epal dan mahu menjamahnya.
"Thank you" Fea merampasnya dari Taylor.
"Fea" tegur Taylor.
Fea berjalan masuk ke dalam bilik sambil berkata,
"Ambil semula dalam chiller tu" lantas menutup pintu bilik rapat.
Taylor mengeluh perlahan.
Tanpa sedar, hujung bibir Drake terangkat.
**
Fea keluar bila terhidu bau yang menyelerakan dari arah luar. Selepas masuk ke dalam bilik petang tadi, dia tertidur. Usai mandi, barulah dia keluar dari biliknya.
"Hah, princess papa dah bangun" tegur Rey yang ligat mengipas sosej dan daging yang sedang dibakar.
"Kenapa papa tak kejutkan Fea" rungut Fea lantas mengambil penyepit lalu mengalih alihkan sosej dan daging yang belum masak.
"Papa lihat Fea nyenyak tidur. Papa tak sampai hati nak kejutkan Fea." beritahu Rey.
Setelah puas berjalan di sekeliling kawasan Hill View, Rey pulang ke rumah. Dia masuk ke dalam bilik Fea saat Taylor memberitahunya, Fea ada di dalam bilik.
Dia lihat Fea begitu nyenyak tidur sehinggakan epal yang berada ditangannya pun masih belum terusik.
"Mungkin tindakbalas ubat yang Fea makan petang tadi kot" ujarnya.
Drake keluar dengan beberapa botol wine ditangan. Kemudian dia masuk semula ke dapur lalu keluar dengan membawa 4 gelas kosong.
Fea memandang Drake sambil mengulum senyum. Dia bersyukur dengan perubahan sikap Drake terhadapnya. Dia tahu, walaupun hati Drake keras seperti batu tapi abangnya itu tetap sayangkannya.
Siap membakar, keempat mereka duduk di meja sambil menjamu selera.
"Ermm, sedapnya" puji Fea saat hirisan daging masuk ke dalam mulutnya.
"Awak yang masak ke?" Fea mengajukan soalan ini kepada Taylor.
Taylor menggeleng.
"Drake yang masak" ujarnya tanpa selindung.
"Abang Drake yang masak. Wah! Tak sangka Abang Fea berbakat" puji Fea lantas meneguk wine yang berada dihadapannya.
Drake hanya diam tanpa menunjukkan apa-apa riaksi.
Selesai makan, mereka duduk disitu sambil menikmati keindahan malam. Walaupun terasa dingin, tapi unggun api yang dibuat mereka sedikit sebanyak membantu menghangatkan tubuh mereka.
"Esok polis akan datang untuk lakukan siasatan" suara Drake.
Kesemua memandang kearah Drake.
"Polis, kenapa? Siasatan mengenai apa?" tanya Rey tidak mengerti maksud anaknya.
"Tentang kes penculikkan Fea" jawab Drake sambil menjeling sekilas ke arah adiknya.
Dia tahu, adiknya cuba menyembunyikan hal ini dari mereka.
"What!? Fea!?" Rey, Taylor dan Drake kini beralih memandang kearah Fea pula.
Fea menelan ludahnya kasar. Fea memandang Drake dengan harapan dia boleh mengelak dari menjawab pertanyaan Rey. Malang sekali, Drake tidak memberi apa-apa harapan kepadanya. Yang salah harus didakwa.
"Fea tak ada niat nak selindungkan hal ni dari semua. Tapi, Fea tak mahu hal ini diperbesarkan. Fea taknak papa risau"
"Tak mahu hal ini diperbesarkan? Sampaikan nyawa sendiri hampir tergadai?" sindir Drake kasar.
Fea menundukkan wajahnya. Dia faham maksud abangnya. Drake cuma mahu mempertahankannya.
"Apa kamu cakap Drake?" Rey menatap Drake. Wajah Rey nampak sangat tegang.
"Fea, betul ke apa yang abang kamu cakapkan ni?" Rey kemudian memandang kearah Fea.
Fea masih menundukkan wajahnya sebelum mengangguk perlahan.
Drake tersenyum puas setelah melihat pengakuan adiknya. Mungkin adiknya tidak mahu menceritakan hal yang sebenarnya tapi, lambat laun mereka akan tahu juga.
Dia sudah tahu siapa orang itu setelah melihat rakaman CCTV siang tadi.
"Siapa?" soal Rey mahu tahu.
Drake memandang adiknya yang masih menundukkan wajahnya. Dia tahu, adiknya itu tidak akan membuka mulut jika ditanya.
"Esok papa akan tahu" jawab Drake tenang.
Fea mendongak memandang abangnya. Tatapan mereka bertembung sebelum Drake tersenyum seraya bangun dan masuk ke dalam rumah.
Bersambung..
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan buruk padahnya. Itu yang berlaku pada Ed.
Share this novel